PengKid Publish time 25-9-2007 06:49 PM

PILIHAN TERBAIK: Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek
jalanyang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mestisemua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempungmenyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalukena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajardi luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naimjuga mesti terlopong
melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadiberhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kakihampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorangduduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orangitu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambilmenggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi!Engkau rupanya! Apa kau buat
tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang
terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysiajadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar,manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidakmenjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naimdari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampakberserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kauni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalahje..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik
rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
"Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naimlalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi
cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yanglusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je
bolehdengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilangpulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli akumakan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, akubetul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raizmenyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergibelajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita.Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumahaku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisiteh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai beginisusah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kauni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintakmaaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nakbuat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini!ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujungrambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kitaberkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larutmalam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa.Ketika matanya terasaberat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum.Terus Raiz tertidur.
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz
bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan
ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kautidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?"jerkah ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada
gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia,dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malammenjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiztemui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanyaterduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwahmalam tadi.

"Kaudah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nakraya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujungkaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lahrumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naimlalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepadaarwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan amandi sana!

[ Last edited byctredzuan at 9-10-2007 01:17 AM ]

jezz12 Publish time 25-9-2007 06:51 PM

Reply #1 PengKid's post

mak aihhh...panjang nye....
penin aku nak bace:mad: :mad: :mad:

fly_in_d_sky Publish time 25-9-2007 07:02 PM


moral of the story
rerajin le berkomunikasi dgn kekwn korang
terutama yg kat kg tuh ........
yer la masa kat kg ....... korang ajer la yg bersama
bile sorg da pindah sambung blaja atau keje kat bandar
trus putus hubungan
balik kg pun payah
last2 ........ tau da meninggal ........

boblynn02 Publish time 25-9-2007 07:26 PM

jadikan sebagai ingatan untuk kita....

nazzazos Publish time 25-9-2007 07:45 PM

meremang bulu roma baca...
bukan apa.. kesian si naim... tunggu punya tunggu sampai jadi penunggu..
dua tiga kali jugak aku dengar cerita 'friendship' macam ni...
malam raya pulak tu.. sedih siot...

al-fatihah untuk kawan kawan aku yang pergi awal dari ku...



errr errrrr mana nak cari lagi cerita cerita macam ni haa...bukan pasal hantu.. pasal friendship lah... aku tak suka hantu sebab aku pun dah cukup iblis dah...

[ Last edited bynazzazos at 25-9-2007 07:49 PM ]

kupay Publish time 25-9-2007 08:02 PM

Originally posted by PengKid at 25-9-2007 06:49 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa m ...



huhu...aku terase insaf sekejap...aku ngn member2 kg aku pn dh tak rapat dh...dulu ms kecik2 kami 6 org satu geng...lps tu aku dpt msk hostel...maka terpisahlah dunia aku dgn dieorg....apetah lg skrg....aku membawa diri ke kl...org hbs degree 5 thn...aku dh nak menginjak ke thn-6...bukan aku tak nak jumpe kwn2 aku tp...aku dh tak ngam dgn dieorg...dieorg dh ade gang masing2...aku mcm terontang-kanting sorg2...lg pn byk sgt benda jd kt aku...aku hanya pendam sorg2...skrg aku mmg membawa diri...

nazzazos Publish time 25-9-2007 08:30 PM

Originally posted by kupay at 25-9-2007 08:02 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif




huhu...aku terase insaf sekejap...aku ngn member2 kg aku pn dh tak rapat dh...dulu ms kecik2 kami 6 org satu geng...lps tu aku dpt msk hostel...maka terpisahlah dunia aku dgn dieorg....ap ...

tak pa.. memang rasa pelik.. at least pi la say hello.. tanya khabar pun dah cukup..kalau tak serasi tak payah la nak geng geng lagi.. sapa pun akan jadi macam ni.. hang belajar tinggi.. sebab tu diaorang segan... hang lapi bercampur dengan diaorang tak payah tunggu diaorang datang...

PengKid Publish time 26-9-2007 12:31 AM

Reply #6 kupay's post

ko takpe gak... dah terpisah dengan kengkawan kg so jadi tak rapat tu perkara biasa la... aku ni selalu je kontak kawan lama... tapi kengkawan aku tak ngam ngan aku lagi... dah jadi renggang dah... depa bawak idup style barat sgt...aku jadi mencik tgk gaya depa... bila aku tegur...aku balik yg salah....last2 renggang tros...sedih gak aku.. kalo depa mati pon...ntah2 aku tak heran....:funk:

PengKid Publish time 26-9-2007 12:32 AM

Originally posted by jezz12 at 25-9-2007 06:51 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
mak aihhh...panjang nye....
penin aku nak bace:mad: :mad: :mad:

nama lagi bod writer... nak yg pendek2 pi masuk bod borak la... posting satu perkataan sambil tambah kedit macam orang gile...hahahahahh ;P

kupay Publish time 26-9-2007 01:31 AM

Reply #7 nazzazos's post

aku dh bt dah dulu...aku pn terase jugak...aku selalu je pg umah kwn2 aku...tp dieorg tak penah pun nk dtg umah aku ke hape ke...mak aku ade gak tanye nape aku slalu g umah dieorg...tp dieorg tak pg umah aku...tp aku mmg dh tak serasi ngn dieorg...hr tu slh sorg dr kwn2 aku ni kawin...msg pun mcm ntah pape je...bg aku...klu nak pggl kawin...jemputlah betul2...aku tak fhm...jemputlah ke rumah mas...die bt kenduri...aku pun tak tau kenduri ape die bt..kenduri doa selamat ke...kenduri..arwah ke...kenduri kawin ke...aku nk tanye...tp mase tu krdt mmg takde...pokai mase tu...

then bile aku msg lps tu...kwn2 aku tanye psl ape tak balik...aku igt kenduri2 biase je...rupe2nye kenduri kawin...mane lah aku tau dpt msg mcm tu...lgpun aku mmg bz ngn project final year aku....tak ape la...klu sorg nak lwn 5 mmg kalah r aku...

aku slalu igt dieorg...tp keadaan n mase dh berubah...bukan same spt dulu...aku lbh rapat dgn kwn2 aku mse sek men...sbb 5 thn duduk sebumbung kat hostel nun...dh rs mcm adik beradik sendiri...slalu igt kenangan zaman sek dulu...huhu....

biggirlduncry Publish time 27-9-2007 02:26 AM

aku pun jua.....ada sahabat yg penah close masa belajar tp dh lost contact..haru aku mengenangkan dirinya:$

biggirlduncry Publish time 27-9-2007 02:33 AM

Reply #1 PengKid's post

aku penin bila mikirkan kwn aku sorg nih...:shakehead3:
ntah nape dia mendiamkan diri lgsung dr aku..sedih gak rasanya kdg2 tuh:'(
..aku cuba gak contact dia..tp no reply...huhuhuuu..memg dulu kamcing..
yg aku tahu dia dah berkeluarga...Semoga dia bahagia dan ingat kat aku gak...:rf:

PengKid Publish time 27-9-2007 08:53 PM

aku ingat kn aku sorang je yg ada masalah dengan kawan... huhuhuuh

shahhana Publish time 27-9-2007 11:34 PM

sedih nya:'( :'( :'(

lipsofanangel Publish time 28-9-2007 07:58 PM

sadis...... huwa...nak balik raya.........................

nauze Publish time 1-10-2007 02:47 AM

sedih...teringat kat kekwn aku..huhu

thah Publish time 1-10-2007 12:15 PM

tingat kat kwn2...
kwn2 masa skolah dulu ada yg ngam ada yg x...
tp contact2 pun ikut FS jer coz masing2 dah jauh2...
ada yg kat oversae tp alhamdulillah still lgi msg2..
cume kdg2 aku jer yg nak asingkan diri coz trasa mcm rendah diri jer..yelah depa ngah amik degree aku plak dah keje dah...diploma pun xdak...
yg kat kolej plak jarang2 dah contact...ada yg dah tukar no...aku plak dah terhilang no diaorg...kes nye sim kad aku rosak n kena format...aku plak xdak backup masa 2...ape lgik hilang sume no...sape yg contact aku smula je aku tahu no diaorg..huhuhu...lgpun ramai dah yg kawin...masing2 ngan keluarga masing2...

juliet80 Publish time 3-10-2007 02:01 PM

huhuhu~~ sdih la pengkid cter ni...pngalaman sndri ke 2..??

btul2 trasa cam juliet lak dlm cter 2...huhuhu~~ agaknye ade kwn2 lma yg juliet dh lupakan kot...@pun uat2 lupa ekk..adeeii...

juliet80 Publish time 3-10-2007 02:02 PM

huhuhu~~ sdih la pengkid cter ni...pngalaman sndri ke 2..??

btul2 trasa cam juliet lak dlm cter 2...huhuhu~~ agaknye ade kwn2 lma yg juliet dh lupakan kot...@pun uat2 lupa ekk..adeeii...

bundle Publish time 10-10-2007 03:54 PM

xsabar deh.. nak jumpe member aku kat kampong... aduss... lambatnyer nak abis waktu kerje nie.. otak aku dah duk kat kampung dah... nak wat keje pun malas dah...
Pages: [1] 2
View full version: PILIHAN TERBAIK: Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya


ADVERTISEMENT