exinco Publish time 6-9-2007 05:18 PM

Meminta Idea-Rebut Tanah

Kepada pembaca sekalian, saya menghadapi masalah yang agak besar. Ia mengenai perebutan tanah. Bukan kami yang merebut tanah tersebut tetapi ada pihak lain.
Tanah tersebut adalah Tanah bukit yang diwariskan dari nenek moyang kami lagi.

Baru baru ini ada orang(sekampung) yang ingin melebarkan tanahnya sehingga melewati sempadan yang sepatutnya. Apabila kami menegur bahawa dia telah melebihi sempadan dia amat marah sehingga mengugut untuk membunuh sedangkan kami cuma menuntut hak sebenar kami. Orang ini sangat degil dan sering'tunjuk kuat' apabila berjumpa dengan kami.

Minta lah kalau-kalau ada dari kalangan pembaca cari.com.my yang tahu tentang
bagai mana mengatasi orang seperti ini dan undang-undang yang diperlukan.

terima kasih.

wizardLy_boy Publish time 6-9-2007 05:24 PM

Negara kita ader undang undang.....saya nasihat awak buat laporan polis....dulu pastu minta nasihat dari ketua kampung atau AJK tempat anda tinggal....

exinco Publish time 6-9-2007 05:33 PM

Reply #2 wizardLy_boy's post

Ketua kampung kami pun 'out'. Kami dah buat adauan sama ketua kampung tapi dia juga takut dengan orang(si perebut tanah) ini. Dia tidak mengendahkan laporan kami.

Airis Publish time 6-9-2007 06:00 PM

sebaiknya confirmkan dgn pejabat tanah yg berkenaan mengenai sempadan tanah u dengan tanah jiran u tu.. nak lagi senang engage juru ukur, bagi dia ukur mengikut saiz tanah yg tertulis di geran tanah u.. lepas tu letak batu sempadan.. so takde issue next time dia terlebih masuk tanah org..

exinco Publish time 7-9-2007 12:25 AM

Reply #4 Airis's post

Tanah ni sebenarnya belum ada geran. Kedua-dua nya masih berstatus LA. Sebelum ni tiada masalah, sehinggalah orang ini membukanya untuk penanaman padi bukit.

Orang ini pernah juga berebut dengan tanah adiknya sendiri. Sehinggakan timbul perkataan 'membunuh'

Kalau kamu ada senarai tindakan yang perlu dilakukan sila anjurkan. kami sebenarnya tidak berhasrat untuk membawa kes ini ke mahkamah, cukuplah diselesaikan di peringkat kampung. dengan itu saya mahukan hujah-hujah yang kukuh.

sherrina Publish time 15-9-2007 04:40 PM

saya rasa bleh lapor polis sebab cubaan mengugut tu. Kasi polis warning sama dia. Family saya pun penah juga mengalami masalah begini. Arwah atuk sedara mengambil tanah pusaka lebih dari yg menjadi haknya...kita naik court, bawak bukti dari pejabat tanah dsbnya tapi dia degil. Kita biarkan aje, tanah tu pun kita kosongkan dan tak buat apa2....
Pages: [1]
View full version: Meminta Idea-Rebut Tanah


ADVERTISEMENT