Syd Publish time 27-8-2007 02:10 PM

Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia

Misteri: Omardin ditanam 4 jam masih hidup
Oleh Nasron Sira Rahim

RANCANGAN 憀uar biasa

Syd Publish time 27-8-2007 02:10 PM

PROFIL

DATUK OMARDIN MAUJU

Usia: 68 tahun

Asal: Dilahirkan di Puchong, Selangor dan dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Kuala Lumpur.

Jawatan: Mahaguru dan pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM).

Pengalaman: Omardin menghidap penyakit polio sejak kecil. Ketika berusia 18 tahun, beliau bertemu guru silat iaitu Syed Abdul Rahman Syed Ismail di Pulau Besar, Melaka dan guru silat berkenaan menasihatinya mempelajari 慡ilat Tarah

Syd Publish time 27-8-2007 02:14 PM

http://pesakamalaysia.org/omardin.jpg

MAHAGURU & PENGASAS PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA
Dato' Haji Omardin bin Mauju



Dato' Haji Omardin bin Mauju merupakan Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM). Silat Lincah adalah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia dengan nama PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA (PSSLM).

Sejarah Dato' Haji Omardin dengan Melaka cukup sinonim dari hubungan kekeluargaan hinggalah ke dunia persilatan. Beliau merupakan cucu saudara kepada Allahyarham Tuan Haji Taha Kalu dan sehingga ke hari ini masih mempunyai adik-beradik dan keluarga di Merlimau, Melaka. Manakala sejarah persilatan, dari sebuah pulau kecil yang penuh dengan kesuciannya iaitu Pulau Besar, Melaka yang mana di sinilah Silat Lincah dilahirkan, pertubuhan yang dipimpin oleh Dato' Haji Omardin bin Mauju hari ini yang bergerak aktif sejak didaftarkan pada tahun 1969, bukan sahaja dikenali di Malaysia sebaliknya berjaya mengembangkan sayap ke beberapa negara luar termasuk England, Belgium, New Zealand, Holland, Perancis, Madagascar dan yang terbaru di Korea Selatan, sehingga kini mencapai 30,000 keahlian di luar negara.

Dengan keunggulan kepimpinan Dato' Haji Omardin, kini PSSLM sudah pun mempunyai keanggotaannya seramai lebih dari 800 000 orang ahli di pelusuk tanah air dan tercatat dalam buku Malaysia Book Of Record terbitan tahun 1998 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohammad pada Disember 1998, sebagai sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang mempunyai 揔eanggotaan Terbanyak dan Terunggul
Pages: [1]
View full version: Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia


ADVERTISEMENT