fleurzsa Publish time 20-8-2007 06:27 PM

ASWARA ke? ASK

salam,

So aper citer menarik kat sana?

Kalo tak silap Miss Libra dr ASK kan?

Baru2 ni ada terserempak pegawai yg bertugas di sana... beliau ajak buat lawatan..

fleurzsa Publish time 16-11-2007 07:35 PM

Aswara sedia pikul tanggungjawab sastera

KETIKA kegelisahan masyarakat tentang masa depan sastera Melayu yang penuh berliku, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bersedia untuk turut memainkan peranan.

Aswara akan menggunakan kemudahan dan sokongan yang ada untuk meletakkan sastera tanah air sebagai suatu bentuk industri kreatif yang dilaksanakan secara profesional.

Seperti yang disuarakan oleh rektornya, Omar Awang, setidak-tidaknya Aswara turut membantu memperkasakan sastera tanah air bersama institusi-institusi lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Penerapan konsep pengajaran di Aswara yang lebih menekankan kepada aspek praktikal berbanding teori dapat dianggap kelebihan tersendiri berbanding institusi-institusi pengajian tinggi lain.

揗emang kita akui, terlalu rumit untuk mempertahankan khazanah seni bangsa meskipun banyak usaha dijalankan oleh pelbagai pihak sama ada dalam bidang seni mahupun sastera.

揚elbagai inisiatif diberikan oleh kerajaan tetapi sejauh mana ia dinikmati oleh karyawan sastera di negara ini untuk terus berkarya dan menjamin masa depan penulisan kreatif tanah air?
Pages: [1]
View full version: ASWARA ke? ASK


ADVERTISEMENT