forselab Publish time 14-4-2009 03:40 PM

Mitos Kehebatan Kerajaan Melayu Lama
- Utusan Malaysia


LANGKASUKA sememangnya nama sebuah kerajaan Melayu lama yang telah membentuk kerajaannya yang hebat pada sekitar abad ke-2 dahulu. Kerajaan ini terletak diantara negeri Kedah tua dan Pattani di selatan Thai, sebelum kerajaan Langkasuka dikuasai oleh sebuah lagi kerajaan Melayu lama yang juga cukup hebat dan besar pada zamannya iaitu Kerajaan Sriwijaya sekitar abad ke-7. Kehebatan dan kebesaran Langkasuka ini telah menjadi legenda yang turut disebut dalam catatan Laksamana Cheng Ho dan tidak kurang telah membentuk mitosnya sendiri.

Kisah legenda dan mitos yang melingkari kehebatan kerajaan Melayu lama ini sudah cukup untuk menjanjikan dasar sebuah filem epik yang menarik dan spektakular. Dengan keupayaan industri filemnya yang besar, Thai telah menghasilkan sejumlah filem epik dan berbudget besar antaranya Suriyothai, King Neresuwan, Kunpan. Queens of Langkasuka (Permaisuri Langkasuka) merupakan epik dan filem bercita-cita besar terbaru yang diarahkan oleh Nonzee Nimibutr, pengarah generasi baru Thai yang turut bertanggungjawab mengangkat seni filem Thai di persada antarabangsa apabila filemnya Nang Nak mencipta fenomena di beberapa festival filem dunia. Filem Nang Nak berjaya mengembalikan penonton generasi baru kembali menonton dan menyukai seni filem Thai. Nonzee kemudian menghasilkan filem Jan Dara.

Queens of Langkasuka yang ditulis oleh Win Lyovarin bagaimanapun tidak mengangkat elemen sejarah yang menjadikan kerajaan ini hebat dan besar. Sebaliknya Win Lyovarin lebih tertarik kepada aspek mitos dan fantasi yang melingkari kerajaan yang diperintah oleh seorang raja wanita iaitu Puteri Hijau (Jurunee Suksawat) dan turut dibantu oleh Puteri Biru (Jacqueline Apithananon) dan Puteri Ungu (Anna Ris) serta pendekarnya yang gagah Jarang (Chupong Changprung).

Kekuatan dan kehebatan Langkasuka bagaimanapun sedang diancam oleh Putera Rawai yang bersekutu dengan sekumpulan lanun yang mempunyai ketua yang hebat dengan ilmu sakti luar biasa yang dikenali sebagai Du Lum.

Tetapi yang menjadi punca perebutan antara kumpulan lanun, si Putera Rawai dan Puteri Hijau adalah meriam raksasa yang telah dicipta oleh seorang lelaki Cina Kim Lium (Jakkrit Phanichphatikran) dan seorang lelaki Belanda (Andre Machielsen). Bagaimanapun kapal yang membawa meriam raksasa telah karam ke dalam laut di situ.

Filem ini cuba menggabungkan beberapa plot dalam sebuah cerita yang menyebabkan jalan ceritanya tidak lancar dan kemas. Queens of Langkasuka turut mengangkat kisah Pari (Ananda Everingham), anak yatim dari perkampungan orang laut tersebut yang sering menjadi sasaran para lanun tersebut. Pari diselamatkan oleh seorang mahaguru (Surapong Chatree) yang mempunyai kehebatan ilmu sakti dan berusaha mengajar Pari dengan ilmu tersebut.

Pari yang berjaya menyelamatkan Puteri Ungu daripada kumpulan lanun tersebut kemudian menjalin hubungan mesra, tetapi Puteri Ungu sebenarnya hendak dikahwinkan dengan Putera dari Pahang (Jesdaponn Phuldee) yang sememangnya mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Langkasuka. Sebaliknya Pari juga sedang berhadapan dengan kisah zalim masa lalu yang mana kekasihnya semasa kecil telah dibunuh kejam oleh para lanun tersebut.

Dengan kemudahan teknologi digital, bukan terlalu sukar buat Nonzee Nimibutr mencipta adegan-adegan spektakular yang sememangnya lebih sulit jika dihasilkan secara manual. Bagaimanapun berbanding dengan filem epik Thai sebelum ini seperti Suriyothai dan King Neresuwan (arahan Prince Chatrichalerm Yukol) nampak kedua-dua filem tersebut jauh lebih besar dari aspek binaan set, kekuatan pelakon dan ciptaan efek khasnya.

Sememangnya filem Queens of Langkasuka turut memaparkan binaan set yang menarik terutamanya pada keindahan set istana Langkasuka yang memancarkan hiasan ukiran yang halus. Begitu juga kostum yang dipakai oleh pembesar istana Langkasuka yang memperlihatkan pakaian Melayu dengan tengkolok serta songket yang digunakan memperlihatkan kerapian dalam rekaan kostum.

Filem ini juga memperlihatkan koreografi adegan aksi pertempuran yang menarik dan padat terutama adegan dalam gua lanun. Adegan pertempuran yang melibatkan aksi pendekar jarang dikoreografikan dengan pengaruh silat, seni mempertahankan diri orang Melayu.

Bagaimanapun efek digital yang digunakan untuk adegan pertempuran, seperti ketibaan ratusan buah kapal untuk menyerang Langkasuka dan binaan set yang memperlihatkan istana Langkasuka tidak dihasilkan dengan cukup mantap dan halus.

Disebabkan filem ini lebih banyak tumpuan kepada adegan pertempuran yang memungkinkan lebih banyak penggunaan efek khas atas tujuan mencipta elemen spektakular menyebabkan elemen penting iaitu alur penceritaan yang lebih fokus pada perwatakannya terabai. Hasilnya kita hanya menyaksikan lebih banyak adegan aksi dan penggunaan efek khas tetapi gagal menyelami kekuatan penceritaan. Apatah lagi apabila unsur mitos dan fantasi menjadi keutamaan untuk memungkinkan permainan efek tetapi nilai sejarah yang menjadi dasar kekuatan cerita diketepikan.

eco_internet Publish time 14-4-2009 03:51 PM

Reply #304 forselab's post

tak kisah la apa pendapat utusan bahawa "Apatah lagi apabila unsur mitos dan fantasi menjadi keutamaan untuk memungkinkan permainan efek tetapi nilai sejarah yang menjadi dasar kekuatan cerita diketepikan."..tp thai berjaya juga membuat satu flem epik yg menarik..malaysia ni bila lg? asik filem cinta murahan je..:(

capiloton Publish time 14-4-2009 05:40 PM

sabbas kepada film maker dari thai..
w'pun ni bukan sejarah mereka (siam), tapi mereka ada inisiatif untuk naikkan mitos n lagenda melayu ke luar..
lepas ni ramai org di luar siam n malaya yg akan google n wiki pasai langkasuka..

melayu ni banyak sejarah, mistik n lagenda..
kalo di angkat semua sejarah melayu ni jadi filem, pasti lagi hebat dari filem hollywood, lord of the ring trilogy..
macam PGL dulu la, tapi agak bosan dgn citer cinta meleret..
babak perang n pertarungan tu kurang.. maybe nak save bajet..
biasa la, standard filem malaysia..

cuba la tgk filem m'sia yg ada ni.. kalo tak pasai cinta lemau, mesti pasai komedi bodo..
maklom la.. bajet ciput, tapi nak untung banyak..
heran aku penduduk malaya ni suka tgk filem2 yg berjiwa kecik..

kalo ms'ia mampu buat at least macam filem thai ni.. market satu dunia beb..
secara tak langsung, akan ada mat salleh yg coba belajar bahasa melayu sebab nak paham lagenda melayu..
lagenda sejarah melayu tu banyak.. lagi hebat dari lagenda movie hollywood yg di adaptasikan dari buku..

kerajaan tak ada sediakan bajet utk filem sejarah epik melayu ker?
ker ada udang di sebalik batu..
mau melayu terus buta sejarah sampai kiamat?

[ Last edited bycapiloton at 14-4-2009 17:58 ]

capiloton Publish time 14-4-2009 05:55 PM

Originally posted by Maxx at 13-4-2009 09:13 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

memang org barat suka putar belitkan sejarah supaya generasi akan datang fikir org barat nih supreme...

empayar melayu dulu2 memang advance jugak sebab depa pun bersahabat baik ngan China yg sah2 empayar yg banyak mencipta teknologi ..macam gun powder , kertas etc


betoi tu.. dulu kerajaan melaka n pemerintahan di raja china mmg bersahabat baik..
n empayar kesultanan melaka juga bernaung di bawah bendera khilafah uthmaniah (Ottoman)..
time ni pasai meriam, ballistik n navy, memang empayar ottoman is the best..
special elite unit mereka ialah Janissary.. sapa main game AOE3 tau pasai mende ni..
so technology ottoman ada sampai ke melaka..
so meriam melaka dulu mmg besau gedabak..

yg cuma pakai tombak n lembing dalam filem melayu dulu2 cuma mitos semata2.. :lol:
kapal sultan melaka (Mendam Berahi) sendiri berganda kali besau dari kapal penjajah portugis..
so kesimpulannya, pikiran kita mmg sejak dulu di brainwash bangsa melayu itu mundur n pemalas..
sampai nak buat pin pun melayu tak tau.. (mesti hangpa tau pasai mitos ni)
tu hasil sejarah yg di tulis dalam buku sejarah sekolah menengah, versi british dan "agennya" ..

[ Last edited bycapiloton at 14-4-2009 18:06 ]

dCrook Publish time 14-4-2009 06:21 PM

Reply #299 revolusi_30's post

no my dear, fire arm dah diperkenalkan kat melaka sebelum kedatangan portugis. kene ingat, meriam dan sebagainya adalah ciptaan orang arab, bukannya eropah. dan orang arab berhubung lebihlama dengan melaka dari eropah. Perang melaka - portugis, orang melayu byk guna meriam kecil mcm lele, rentaka etc. Kaliber kecik lawan kaliber besar. Portugis terpaksa bertarung selama 1 bulanbaru dapat control melaka secara total.

revolusi_30 Publish time 14-4-2009 07:54 PM

Originally posted by capiloton at 14-4-2009 17:55 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


betoi tu.. dulu kerajaan melaka n pemerintahan di raja china mmg bersahabat baik..
n empayar kesultanan melaka juga bernaung di bawah bendera khilafah uthmaniah (Ottoman)..
time ni pasai me ...

nak menipu pun beragak la...Uthmaniah takde kene mengena dengan Melaka...Uthmaniah hanya jalinkan hubungan dengan Kerajaan Melayu Acheh je...dan Uthmaniah berbeza tahunnya dengan Melaka...:D

eco_internet Publish time 14-4-2009 08:42 PM

Reply #307 capiloton's post

betul tu..harap2 ada producer filem baca komen ko ni pastu leh wat citer pasal melaka vc portugis..:lol:

rimau_manja Publish time 14-4-2009 11:44 PM

Originally posted by capiloton at 14-4-2009 17:40 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
sabbas kepada film maker dari thai..
w'pun ni bukan sejarah mereka (siam), tapi mereka ada inisiatif untuk naikkan mitos n lagenda melayu ke luar..
lepas ni ramai org di luar siam n malaya yg a ...

haha, diorg bukannya baik sangat nak popularkan mitos n lagenda melayu ke luar. kalau ye pun bangga dgn queen of langkasuka, tak perlu ler sampai terhutang budi sangat dengan siam yg bikin filem ni. diorg bikin filem ni sebab pattani kan skrg ni sebahagian drpd thailand (jajahan thailand), tajuk asal filem ni pun queen of pattani. bukan diorg baik sangat nak popularkan melayu pun :lol:

rimau_manja Publish time 14-4-2009 11:50 PM

Reply #302 azazral's post

filem ni memang bukan filem sejarah pun, maybe dari segi kostum dan kelengkapan ikut sejarah, tapi jalan cerita kan rekaan semata2. lagipun kuasa luar biasa, lelaki menunggang ikan jerung di laut, takkanla sejarah jugak.

junkredish Publish time 15-4-2009 08:22 AM

kenapa dlm filem ni cara keris digunakan berbeza. x mcm kebiasaannya

ataupun sbnrnya jurus keris mmg lebih dpd tikam & elak. maknanya pertarungan Tuah & Jebat mcm dlm filem Hang Jebat(Nordin Ahmad) sbnrnya lebih dpd yg digambarkan ?

revolusi_30 Publish time 15-4-2009 09:48 AM

Originally posted by junkredish at 15-4-2009 08:22 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
kenapa dlm filem ni cara keris digunakan berbeza. x mcm kebiasaannya

ataupun sbnrnya jurus keris mmg lebih dpd tikam & elak. maknanya pertarungan Tuah & Jebat mcm dlm filem Hang Jebat(Nordin A ...
yang jenis tikam dan elak tu..Keris Semenanjung...kerisnya pendek aja...tapi untuk Keris Jawa/Majapahit...memang fungsi dia untuk bertempur macam dalam cerita Indonesia dan Langkasuka ni..tapi untuk Keris Pattani agaknya mesti sama macam Keris Semenanjung...

HangPC2 Publish time 15-4-2009 11:36 AM

Reply #314 revolusi_30's post

Keris Sundang @ Keris Moro Untuk Melibas.....

HangPC2 Publish time 15-4-2009 11:38 AM

Reply #312 rimau_manja's post

tapi sedih aku tengok produksi Malaysia buat filem purba kostum kadang2 tuh tak tepat senjata nampak macam fake jer....

pisang69 Publish time 15-4-2009 11:43 AM

bila la msia nak buat film silat2 ni....:(

munkin drama keris hitam bersepuh emas..bg aku yg terbaik dr segi aksi persilatan...jln citer pun best....:D

azhardanil Publish time 15-4-2009 11:56 AM

Balas #306 capiloton\ catat

Aku sokong ko..malaysia kite sndr byk lagenda,mitos dn sejarah yg bleh diangkat menjadi filem..
kite mampu sbnrnye buat filem epik berdasarkan lagenda dn mitos org melayu dn kerajaan melayu kite dulu.. contoh mcm PGL..dh o.k dh sbnrnye tp unsur cinta tu yg lebih menjadi plot utama citer tu.. babak2 pertarungan, fakta dan mitos tu kurang ditekankn sgt..

Contoh mcm Legenda Hang Tuah tu sendiri, bleh dibuat filem tu..byk fighting scene bleh dibuat..Tuah lawan Tamingsari, Tuah lawan Jebat, Lima bersaudara tu lawan ngan org yg mengamuk kt pasar melaka tu.. Pastu Kesultanan Melaka tu sndr bleh diangkat menjadi filem.. Mcm ne Portugis melanggar Melaka.. mcm ne Melaka plak cube utk menawan semula Melaka dr Portugis.. Mungkin filem2 mcm ni bleh setanding dgn filem Troy, Kingdom Of Heaven, Gladiator, Alexander..

HangPC2 Publish time 15-4-2009 12:54 PM

Malaysia terlampau tumpu dekat Kesultanan Melaka kerajaan sebelum Melaka pun hebat jugak macam Kedah Tua.....

dreamerzzz Publish time 15-4-2009 01:27 PM

Malaysia tertumpu untuk membuat filem yang berkaitan Bohsia dan Mat Rempit jeh..cuba fikir dalam masa 3 tahun kebelakangan ni berapa banyak filem Malaysia yang berlegar di sebalik kehidupum dorang jeh?

Apa pun tabik la kepada production filem ni..berani mencuba!

HangPC2 Publish time 15-4-2009 01:49 PM

Reply #320 dreamerzzz's post

Dicalon ke Festival Piala Abu Jahal



Festival PIALA ABU JAHAL



http://img379.imageshack.us/img379/4811/pialaabujahalmp6.gif




http://pialaabujahal.wordpress.com

Sources : http://tehranifaisal.blogspot.com

pialaabujahal@yahoo.com


azhardanil Publish time 15-4-2009 04:59 PM

Balas #320 dreamerzzz\ catat

Aku sokong ko... Remp-It, Bohsia, Anak Halal, Haru-Biru.. Ape motif..??
Nilai moral xsemestinye dr iktibar dr keburukan je.. Ni yg terbaru nk kluar ni, Anu Dalam Botol..
Motif??

eco_internet Publish time 15-4-2009 09:27 PM

Reply #322 azhardanil's post

citer2 yg takyah pikir banyak n keluarkan bnyk idea, 1 hari wat skrip n jalan citer siap, tak yah wat research, kostum..pakai pelakon seksi, adegan 18sx mesti laku..:lol: :lol:
Pages: 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 [16] 17 18 19 20 21
View full version: THE QUEEN OF LANGKASUKA


ADVERTISEMENT