mamuslim Publish time 13-8-2007 03:31 PM

PEMAKAIAN TUDUNG OLEH VIP atau isteri

assalamualaikum
Setiap kali saya menjenguk ke forum ini, ada ada saja tentang isu pemakaian tudung ini oleh ramai forumers yang mahukan isteri2 VIP atau VIP itu sendiri memakai tudung kerana kononnya ianya adalah pencerminan samada seseorang itu seorang Islam yang baik atau tidak.

Bukan semua orang suka bila isu tudung ni timbul, kerana masing masing punya pendapat sendiri tentang tudung atau tidak bertudung. Isteri Pak Lah tidak bertudung, dan oleh itu, semua buat andaian bahawa Pak Lah itu bukan orang islam sebab isteri tak pakai tudung. Malah sultan brunei pun tak terkecuali kerana Pengiran isteri Azrinaz juga tidak pakai tudung penuh. ramai lagi yang terkena bahang panas isu tudung itu.

Bagi saya, tudung bukan pengukur ketakwaan seseorang muslim. Ianya lebih kepada niat suci kita.
Janganlah mengukur keimanan seseorang itu atas apa yang terdapat atas kepalanya, tetapi apa yang ada didalam kepalanya danjuga apa yang ada didalam hatinya.....

Bertudung ini bukan isu Islam sebab pada zaman Nabi Musa lagi, wanita diminta bertudung. Dan semasa Kristian disebarkan, wanita diseru memakai tudung apabila memasukki gereja. Wanita wanita Bangsa Arab zaman jahiliah juga semuanya bertudung, jadi, bertudung bukanlah sesuatu yang ekslusif kepada Islam. Wanita wanita jahiliah diminta bertudung kerana ianya dikatakan boleh menyelamatkan mata mata liar lelaki. Jadi, bukan mata lelaki yang perlu ditutup, tetapi wanita wanita yang terpaksa menutup diri mereka oleh kaum lelaki.

Misalnya, seorang itu mempunyai kereta yang cantik dan pencuri ramai yang mahu mencuri kereta itu. Tetapi bukan pencuriyang ditahan daripada mencuri, tetaPI tuan kereta yang kena menutup kereta itu bila dipandu keluar supaya tiada orang akan terliur untuk mencurinya...

jadi banyak lah kereta cantik yang ditutup semasa dipandu dijalanraya. Ini menghindar kebebasan kereta itu dipandu.

Sambil itu, kereta buruk juga ditutup supaya orang tidak mengetahui kehodohannya. Dan supaya dipastikan bahawa tiada kereta cantik dapat berlumba lumba, maka, banyak la pengesyoran penutupan badan kereta itu.

Ini cuma pandangan sahaja....


Maaf banyak2 jika ada yang tidak senang hati. Kalau ada yang mengutuk mengutuk saya kerana ini, saya nak tanya, awak pakai tudung tak? Kalau pakai, jagalah tatacara dan adab adab Muslimin...

mamuslim Publish time 13-8-2007 03:31 PM

Reply #1 mamuslim's post

Saya telah memetik



Headscarf in Islam

by Siddiq Bukhary





Question: The following query may be a bit blasphemous but I shall ask anyway as it has been preying my mind for a while.

It is about the headscarf, which I do not wear, though I do not dress provocatively. At the moment, my mind is locked with the present opinion I have about wearing the headscarf; no amount of reading religious material and even persuasion from my mother seems to change this thought.

   

Firstly I don抰 feel very comfortable in a scarf; I just don抰 think it is me. You may say 憏ou should try it

anticuado Publish time 13-8-2007 03:57 PM


Bagi saya, tudung bukan pengukur ketakwaan seseorang muslim. Ianya lebih kepada niat suci kita.
Janganlahmengukur keimanan seseorang itu atas apa yang terdapat atas kepalanya,tetapi apa yang ada didalam kepalanya danjuga apa yang ada didalamhatinya.....


Macam mana dikatakan tudung bukan pengukur ketakwaan tu?? sebab dalam islam pemakaian tudung wajib... benda wajib ni mesti dibuat atau diikut oleh pengamalnya...... bukan sunat atau harus....

klu dah benda wajib tak boleh nak ikut, macam mana nak dikira ketakwaanya tu???

Samiyusuf Publish time 13-8-2007 04:01 PM

Dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim : "Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang laindan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang danberlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidakpula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurgaitu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian." Penerangan Hadis:
Hadis di atas adalah antara hadis-hadis yangmemperincikan masalah aurat dalam syariat Islam.Istilah aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yangbererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pulaaurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yangbukan mahram. Arahan menutup aurat ini adalah hasildari keyakinan keagamaan dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan lisan dan pengiktirafan dengan hati terhadap kebenaran agama Islam. Ia adalah hubungan yang terjalin antara manusia dengan Allah atau agama yang dianutinya. Ia lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap perintah Allah S.W.T. Dalam masa yang sama ia juga adalah tuntutan ibadah dan syariat Islam yang menjadi sebahagian dari anutan, amalan dan penghayatan agama. Ia bukan simbol yang tidak memberikan apa-apa fungsi apatah lagi untuk menandakan atau menunjuk-nunjuk secara provokasi keangkuhan beragama. Islam tidak pernah mengajar manusia untuk bersikap angkuh dengan pakaian. Sebaliknya melarang perbuatan yang demikian seperti mana yang diungkapkan oleh beberapa ajarannya. Pemakaian tudung atau pakaian yang menutup aurat adalah semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama Islam yang maha suci.Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antara lain :1. Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: 扝endaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka,atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita,厖

Samiyusuf Publish time 13-8-2007 04:02 PM

Para ulama mengatakan bahawa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab, jika perhiasannya saja dilarang untuk ditampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada. Sekarang marilah kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama terhadap kata 搮kecuali yang biasa nampak厰 dalam ayat tersebut. Menurut Ibnu Umar RA. yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan. Begitu pula menurut 慉tho,

Samiyusuf Publish time 13-8-2007 04:02 PM

Pengertian jilbab ialah :

a) Pakaian yang menutupi badan langsung dari atas
sampai ke bawah.
b) Pakaian yang lebih lebar dari tudung.
c) Pakaian luar wanita seperti jubah, gamis (baju
panjang).
d) Menurut Ibnu Arabi, jilbab adalah pakaian yang menutupi seluruh badan dari kepala hingga mata kaki.
e) Al-Khatib asy-Syarbini dari al-Khalil (sebagaimana yang dikutip Dr. Abdul Halim) menjelaskan bahawa setiap pakaian dalam, pakaian luar dan pakaian yang dipergunakan untuk menutupi adalah jilbab, jika yang dimaksud dengan jilbab itu adalah gamis, maka
mengulurkannya itu ialah menyempurnakannya hingga menutup tubuh dan kedua kakinya.

Ayat ini menjelaskan pada kita bahawa menutup seluruh tubuh adalah kewajiban setiap wanita muslimah (mukminah) dan merupakan tanda keimanan mereka. Menutup aurat adalah salah satu dari kewajiban yang telah ditetapkan bagi muslimah, sedangkan menuntut ilmu adalah kewajiban lain yang berlaku untuk seumur hidup.

Hadis shahih ini menjelaskan bagaimana wanita yang tidak akan mencium bau syurga disebabkan kerana mereka berpakaian namun telanjang, ertinya pakaian yang mereka kenakan sempit, transperan (terlalu jarang) dan menampakkan bentuk tubuh sehingga Rasulullah s.a.w mengumpamakannya dengan 慴erpakaian namun telanjang

Samiyusuf Publish time 13-8-2007 04:03 PM

Hadis ini menunjukkan dua hal :a Kewajiban menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah
dan telapak tangan.
b Pakaian yang tipis tidak memenuhi syarat untuk
menutup aurat.Al-Quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam
surah An-Nur ayat 31;Maksudnya:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."Iman Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan
dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata bibir, hidung, kaki, betis, peha dan
lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Ini bermakna penutupan aurat iatu
adalah satu dari bentuk jaminan keselamatan yang diajukan oleh Islam untuk melindungi kepentingan wanita. Kalau dilihat dari sudut psikologi dan social maka pakaian menutup aurat termasuk tudung adalah selaras dengan matlamat murni untuk mengujudkan kejernihan sosial dan mengekang pengaruh rangsangan berahi seks yang jika sudah terkobar sukar dibendung, Hal ini akan menggugat maruah dan keselamatan kaum
wanita. Dalam jangka panjang menggugat peradaban dan keutuhan sesebuah negara .Dari sudut kesihatan pakaian yang menutup aurat termasuk tudung kepala lebih menjamin kesihatan diri dari debu dan kotoran persekitaran. Bagi kaum wanita yang berada di negara beriklim sederhana atau dingin maka pakaian sebegini bukan hanya merupakan keharusan bahkan amat dituntut memandangkan cuaca yang boleh memudharatkan diri mereka kalau terdedah kepada cuaca berkenaan.Dari sudut integrasi maka dasar integrasi dalam mana mana negara sekalipun mesti mengambil kira perkembangan kesedaran dan nilai-nilai sosial yang lebih sehat, selamat dan murni serta jitu untuk dijadikan dasar integrasi tersebut. Untuk mengamalkan budaya menggalakkan dialog, berfikir yang bebas, demokrasi dan positif. Oleh itu hujah menghormati dasar integrasi dalam sesebuah negara mungkin juga mewajibkan pakaian tersebut kepada semua wanita memandangkan kebaikan yang boleh dicapai dari sesuatu amalan sosial yang lebih positif, berfaedah serta waras. Amalan tersebut wajar dijadikan asas kepada dasar integrasi nasional dalam sesebuah negara; baik sekular mahupun bukan. Yang lebih penting dalam hal ini ialah berfikir dengan lebih seimbang dan bjektif dan tidak berat sebelah dalam melihat isu tudung dan pakaian yang menutup aurat ini. Jaminan kebebasan manusia untuk beragama perlu ipertahankan, Negara tidak akan runtuh hanya kerana kaum wanitanya menutup aurat atau bertudung. Negara runtuh dengan budaya porno, serba merangsang, seks bebas, penindasan, sikap tidak bertoleraensi dan kehilangan disiplin kendiri yang dijana oleh persekitaran sosial yang mewabak.Dari sebahagian dalil dan perbincangan yang telah diuraikan tersebut di atas kita dapat memahami bahawa menutup aurat adalah wajib. Bererti jika dilaksanakan akan menghasilkan pahala dan jika tidak dilakukan maka akan menuai dosa. Kewajiban menutup aurat ini tidak hanya berlaku pada saat solat saja namun juga pada semua tempat yang memungkinkan ada laki-laki lain dapat melihat aurat kaum wanita. Kebijaksanaan Allah dalam mewajibkan kebaikan cukup jelas dan tidak dapat ditolak oleh akal yang melihat agama sebagai suatu kejahatan

sinalegna Publish time 13-8-2007 04:10 PM

Reply #1 mamuslim's post

asalamualaikum... pada pendapat saya, tudung yang dipakai kerana paksaan atau sebab fesyen akan menyebabkan pemakainya melakukan sesuatu yang mencemarkan imej orang lain yang ikhlas bertudung... isteri pemimpin seharusnya bertudung kerana :

-diwajibkan dalam islam
-menjaga imej dan nama baik suami
-menyokong kepimpinan suami
-menjadi contoh kepada masyarakat
-supaya dihormati kaum dan penganut agama lain

(contohnya: Pak Lah mewar-war Islam Hadhari kepada umum, beliau menjadi imam dalam solat dan pemimpin kepada negara. alangkah baiknya jika isteri beliau bertudung, kita sebagai umat islam akan berasa syukur kerana beliau mempraktikan ajaran islam dalam keluarganya)

saya tidak menujukan anjuran bertudung khusus kepada isteri Pak Lah saja, tetapi kepada semua pemimpin islam yang lain. sebagai seorang rakyat dalam sebuah negara islam yang mengamalkan fahaman agama yang tidak fanatik, kita seharusnya menyokong dan menganganjurkan kempen wanita islam betudung. bertudung dalam islam adalah wajib kepada semua wanita, berbeza dengan agama lain yang mengkelaskan pemakaian tudung kepada golongan tertentu umatnya sahaja.

(contohnya: Rahib memakai tudung kepala dengan gaya dan cara pemakaian berbeza dengan orang islam. sebab itulah muslimah bertudung dituntut menutup dada pada hadapan tudung)

saya doakan semua muslimah akan meyedari hikmah bertudung yang sebenar dan kepada yang bertudung dan ingin betudung lakukanlah ibadah yang baik ini seikhlas hati, jaga dan tutuplah aurat setiap masa berhadapan dengan yang bukan mahram dengan adab yang sepatutnya dan jauhilah tingkahlaku yang boleh mendatangkan syak... tanggungjawab sebagai seorang wanita musimah sesungguhnya mencabar dan menuntut kesabaran. oleh itu, bersabar dan berdoalah selalu agar Allah S.W.T. menjuhkan kita dari kemungkaran, syubahah dan pintalah dari-Nya ketenangan, keredahaan serta kemudahan dalam melakukan urusan harian.... insya'allah, aminn.

fye_d_flowright Publish time 13-8-2007 04:56 PM

bertudung itu tanggungjawab dan kewajipan. bukannya hak seseorang. Sebab itulah, ramai forumer di sini kurang gemar dengan pemakaian tudung oleh orang-orang kenamaan kerana, orang-orang seperti ini menganggap pemakaian tudung dan menutup aurat itu adalah hak mereka dan bukannya tanggungjawab. apa ertinya seorang pemimpin jika hak dan tanggungjawab pun tidak dapat dibezakan? Kita diwar-warkan sebagai negara Islam tetapi isteri dan orang-orang kenamaan di sebuah negara Islam ini tidak menepati salah satu kewajipan Allah pada umatNya.

0077 Publish time 13-8-2007 05:01 PM

Reply #9 fye_d_flowright's post

i agree with you!

fye_d_flowright Publish time 13-8-2007 05:50 PM

Originally posted by 0077 at 13-8-2007 05:01 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
i agree with you!


:pompom::pompom::pompom:

gonjengjeng Publish time 13-8-2007 06:06 PM

waraknya seseorang bukan pd tudung...lately malu i, lihat anak gadis melayu dalam aksi video haram (HANDPHONE)
ada pulak yang bertudung...ish ish

muneerah Publish time 13-8-2007 10:10 PM

wow..these are heavy stuff mannnn..;P

Samiyusuf Publish time 14-8-2007 10:14 AM

Buat Renungan Bersama...Janganlah mudah meletakkan kesalah keatas sesuatu perkara dengan pemakaian tudung...

Mari sama-sama kita fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin seseorang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja.
Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mungkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?
Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang disebutkan diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar kita dengar hujah ini di media massa.
Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
揌ai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu抦in semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.

Samiyusuf Publish time 14-8-2007 10:15 AM

BANTAHAN KAUM WANITA

揈leh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu didengar bila isu ini ditimbulkan.
揚ernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?

Samiyusuf Publish time 14-8-2007 10:16 AM

ANTARA LAWAK & HUKUM
Sering kali lelaki apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. 搕ak pe kan, pandangan pertama tak berdosakan?

Samiyusuf Publish time 14-8-2007 10:18 AM

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
揌endaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.

Samiyusuf Publish time 14-8-2007 10:18 AM

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-慤qayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta抮if, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikianlah menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :

揓anganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.

Samiyusuf Publish time 14-8-2007 10:18 AM

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh . Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati抏 dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 慴uka aurat

Samiyusuf Publish time 14-8-2007 10:19 AM

DON扵 JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini sering kita dengari. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
揙rang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: PEMAKAIAN TUDUNG OLEH VIP atau isteri


ADVERTISEMENT