Naru Publish time 10-8-2007 11:45 AM

Senyuman Yang Indah (untuk anak-anak murid istimewaku)

Kulihat
Sendaan dan gelak tawa sering berkumandang
di laluan hidupmu yg kusam
bersama keegoaan
sebilangan mereka memandangmu rendah
bodoh
lembab
geli
jijik
dan menyusahkan
engkau sering menjadi tajuak hinaan :( .

Tak apalah gelak tawa itu
biarkan saja terus mengusikmu
biarkan mereka terus alpa tertawa
dan menjadikanmu bahan lelucon
kerana mereka kan cantik dan segak
mereka kan serba sempurna
mereka kan tidak bodoh
mereka kan tidak lembab.

Tak apalah
jika kau tak daya membela diri
janganlah berkecil hati
kerana Allah Maha Adil
Maha Pengasih dan Penyangang
tak apalah engkau jarang ketawa hari ini
kerana di akhirat nanti
aku percaya
nanti
engkau akan menjadi
sebuah senyuman yang indah.


(Nukilan peribadi gurumu... Sedakar luahan)

Naru Publish time 13-8-2007 02:28 AM

Tetapi mereka sering saja mengata
walau tidak dengan kata-kata tapi dengan mata
mata nan berkata dan tertawa
tak pasal-pasal kekuranganmu dibuat senda
kelainan fizikalmu dibuat cerita
aku tahu walaupun engkau yang terasa
manusia oh manusia
kadang-kadang kamu ni gila
sebenarnya!

[ Last edited byNaru at 13-8-2007 05:39 PM ]

Naru Publish time 14-8-2007 11:15 PM

Sememangnya engkau perlukan perhatian
tapi hanya yang faham bisa mengerti
dan itu rasanya sukar dizahirkan
kerana lafaz kasihan nan di bibir saja
tak bererti!

indah1285 Publish time 16-8-2007 04:15 PM

Teringat kepada Fasihah
anak kecil down sindrom
tersesat melewati rumah kami
comot dan keletihan
kami mengajaknya minum petang, bermain bersama
begitu galak dan keletahnya tiada gusar dan resah
sehingga sore sudah jauh berlabuh
dan senja kian pamit
kami mandikan anak kecil yang luhur itu

Pakcik menunggu di pintu pagar
sehingga kelihatan seorang pemuda mengayuh basikal sambil memanggil Fasihah..!

Oohh.. Fasihah, anak kecil yang manis hatinya
yang cerah jiwanya tanpa dosa di sisi Tuhan
kami disalami dan dicium
kerana Fasihah kan balik bersama abangnya yang kian kepenatan mencari Fasihah
di segenap taman...
Fasihah menunjuk-nunjuk
baju tidur baru yang kami pakaikan
kepada abangnya dengan bahasanya yang tersendiri..

Kami tersenyum... kerana Fasihah gembira bersama kami....

~ Indah, sore khamis

Naru Publish time 22-8-2007 03:05 PM

Pagi tadi aku melihat senyumanmu
aku gembira melihatmu tersenyum
aku gembira melihatmua gembira

senyumanmu...
mungkin bagi orang lain adalah modal buat tawa
tetapi senyumanmu walau seketika
cukup membuatkan aku ini bahagia.

rollence Publish time 3-9-2007 06:57 PM

http://img380.imageshack.us/img380/5240/331vpq0zw9.gif         http://img108.imageshack.us/img108/1350/332vvp9tr0.gif   http://img380.imageshack.us/img380/717/335vep3lj5.gif

indah1285 Publish time 30-10-2007 07:31 AM

Dalam perjalanan ke Kelana Jaya


Dalam LRT, dari KLCC ke Kelana Jaya
berdiri di sisiku anak kecil yang istimewa
dia memaling, menyembang muka ke riba ibunya
bila ku senyum dan menghulur sekeping coklat dari tas tanganku
kuelus jejari halusnya yang memegang erat lengan ibunya
dia berpaling dan mendepa telapak tangannya... jejari kami bertaut..
Aku masih menguntum senyum yang benar
menghulur kembali coklat dan tangan kirinya menyambut..
tetiba ibunya menepis... menukarkan tangan kanan si kecil itu
dan kami tersenyum...

bintangporno Publish time 25-12-2007 04:47 PM

Reply #7 indah1285's post

wow... simple and nice. A rarity. Encore! Encore!

Naru Publish time 11-6-2008 08:41 PM

..........Kau sudah tahun dua kini
dan kulihat senyummu masih begitu
lahir bersama harapan yang sama
untuk berkawan...:)

Naru Publish time 11-6-2008 08:53 PM

Seiring perjalanan usia
engkau berlari sama seperti mereka dengan caramu
nyata masih ada persenda menyanggah
yang merendahkan hakmu
untung masih ada sudi
memimpin jabatmu.
Pages: [1]
View full version: Senyuman Yang Indah (untuk anak-anak murid istimewaku)


ADVERTISEMENT