tangopapa Publish time 9-8-2007 09:30 PM

Askar veteran British dirai

Askar veteran British dirai

Oleh AISHAH ALI

MEREKA datang sebagai anggota askar muda 50 tahun dahulu tetapi kini mereka akan berada di Malaysia sebagai veteran perang dan mereka akan diraikan semasa perayaan Hari Kemerdekaan.

Penulis sempat menemu bual beberapa anggota ini di London baru-baru ini.

Bagi kebanyakan mantan anggota tentera British yang telah dihantar ke Malaysia pada zaman darurat dan masa Konfrontasi Indonesia pada lewat tahun 1940-an sehingga 1960-an, pengalaman mereka berada di hutan belantara dan bandar-bandar di sempadan, akan kekal dalam ingatan mereka.

Daripada 30,000 orang anggota angkatan keselamatan yang telah berkhidmat di Malaya, hampir 19,000 daripada mereka tinggal di United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada dan Eropah. Kira-kira 4,000 berada di United Kingdom.

Alangkah terkejut dan gembiranya mereka apabila kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk menganugerahkan setiap seorang daripada mereka sebuah pingat peringatan yang digelar Pingat Jasa Malaysia (PJM).

Anugerah ini adalah khusus bagi warganegara dan tentera British dan Komanwel yang telah berkhidmat dalam polis dan jabatan-jabatan kerajaan di Malaysia di antara 31 Ogos 1957 dan 12 Ogos 1966.

Selain daripada itu, veteran-veteran ini akan bersama kita meraikan perayaan ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 pada bulan Ogos ini. Mereka yang sanggup membuat perjalanan ke Malaysia, telah dijemput bersama menyertai lakonan semula saat-saat bersejarah kemerdekaan pada tahun 1957 di Dataran Merdeka pada 30 dan 31 Ogos ini. Mereka akan menyertai perbarisan khas yang merupakan sebahagian daripada perayaan besar di Stadium Merdeka anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Seramai 250 orang warga Britain yang terdiri daripada Persatuan Rakyat Malaysia dan Britain serta angkatan tentera veteran dijangka akan datang. Kira-kira 150 orang mantan anggota tentera telah mengesahkan kehadiran mereka.

Salah seorang daripada mereka ialah Fred Burden, 72, yang merupakan Setiausaha Keahlian Persatuan Veteran Malaya dan Borneo (NM & BVA).

Menurut Burden, persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1994 apabila sekumpulan veteran yang telah bercuti di Malaysia mengadakan majlis perjumpaan semula apabila mereka kembali dari Malaysia. Daripada situ kumpulan ini berkembang menjadi 26 cawangan di merata United Kingdom dan kini pengerusinya ialah Ian Hone.

Menurut Burden, ramai yang ingin menyertai persatuan ini yang matlamat utamanya adalah untuk menyatukan mereka yang telah berkhidmat di Malaya, Singapura, Borneo dan Brunei semasa zaman yang penuh konflik itu.

揚ersatuan ini seperti sebuah kelab sosial dan kami sering berjumpa dan berbual tentang betapa baiknya orang Malaysia. Kami sangat besar hati menerima PJM ini daripada kerajaan Malaysia,

edgeare Publish time 10-8-2007 09:47 AM

Originally posted by tangopapa at 8/9/2007 21:30 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Askar veteran British dirai

Oleh AISHAH ALI

MEREKA datang sebagai anggota askar muda 50 tahun dahulu tetapi kini mereka akan berada di Malaysia sebagai veteran perang dan mereka akan diraik ...

walaupun depa nih rakyat asing tapi kit kena menghargai jasa jasa diorang...

juga jasa rakyat Malaysia yg jadi askar british tak dilupa jua....

Merdeka... Merdeka... Merdeka...

:shakehead3: :shakehead3: :shakehead3:

paleface0711 Publish time 10-8-2007 10:45 AM

Originally posted by tangopapa at 9-8-2007 09:30 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Kenyataan di atas mempunyai seribu satu persoalan dan relevansi serta keperluan ke atas sambutan yg diadakan kepada pejuang2 asing di negara kita.......dan benarkah kita masih dijajah sehingga kini menyebabkan bantuan tentera british ketika zaman komunis? Apa kaitan dengan skrol kemerdekaan dengan negara2 komanwel?.....

Let's not forget that we're Malaysians. It is our culture to remember those friends that have help us in our hour of needs. We are taught to be honest, gratious and be respectful. We do not forget the sacrifices that other have made to defend our "tanahair".

Please forgive me in advance if you feel offended but I feel your statement is being disrespectfu;l to those who have helped fought our freedom during the birth of our country. They send their young here to fight & defend others. Have we done the same? Have we send our troops to a distance land and fought for other freedom? Yes we did because we learned this great lesson from them. We knew how it was like to fight an insurrection and what it feeld like when there is someone else willing to come forward & help u out. Why else would we go participate in numerous UN peacekeeping missions. Think about that for a min.....

gekko Publish time 10-8-2007 12:23 PM

hutang budi di bawa mati

rocket22 Publish time 31-5-2010 08:40 AM

mereka bukan tolong kita, tp jaga kepentingan mereka sendiri...pikir2 lah
mereka bukan bersifat baik tp hnya bertanggungjwab terhadap kesalahan sendiri.

1) british adalah pemerintah malaya. jd kewajipan mereka utk mentadbir malaya. mcm kewajipan umno mentadbir malaysia. seburuk2 umno, dpt jugak semua bangsa dijaga. cina india melayu org asli. wlpn org selalu kata melayu lebih.at least lebih pun mcm 20% je. tp zaman british, org melayu dipinggir dan dibuli, cina dpt 200% lebih. itu la RACIST SEBENAR. british saje kata kita pemalas supaya xnpk yg mereka jahat

2)tp sebagai kerajaan, kemudahan yg mereka sediakan hnya lah utk kepentingan sendiri . adakah itu kerajaan yg elok? semua harta kita diambik, tanah malaya xdpt ape.

askar2 british yg berjuang disini berjuang utk british kerana tanah malaya adalah kepentingan british yg bnyk menyumbang kepada mereka. klu kita bukan taklukan british, dorang nak tolong ke? hahahaha

so buat ape kita nak rai kan mereka?
biar rakyat british je raikan mereka. itu pejuang mereka yg berjuang utk mereka.

baik kita raikan pejuang2 kita sendiri

rocket22 Publish time 31-5-2010 08:43 AM

the british are just conquerors, as well those pkm and indon forces. all they want is to conquer us. so we are just victims stuck in the middle.
the soldiers who fell are not malayan heroes, becoz they fought for their respective countries.

alphawolf Publish time 31-5-2010 01:52 PM

Bloody ungrateful boyo....heheh

Foxtrot Publish time 31-5-2010 02:05 PM

Biarlah, diorang pun dah tak lama lagi nak jalan.....
memetik kata-kata Jeneral George S. Patton," I am a soldier, I fight where I am told, and I win where I fight".
Pages: [1]
View full version: Askar veteran British dirai


ADVERTISEMENT