benign Publish time 29-7-2007 05:28 PM

Camne Leh start minat Metal/Rock

aku dah try carik thread ni kat bawah bawah tapi tak jumpa. mungkin tak pernah bukak. kalau dah ada tolong mergekan ye cik Mod.

aku agak baru gak la minat metal ni.. masa tu tingkatan satu dalam tahun 1994-95 (era rock rambut besar dah makin slow diganti dengan era rap rambut petak). Masa tu aku hanya layan rock jiwang jiwang sebagaimana yang selalu keluar dalam radio. Radio tak putar lagu rock ganas ganas. So ada la sekali tu aku terbaca satu tabloid (metro kalau tak silap) tentang muzik muzik syaitan. dalam artikel tu dia citer tentang muzik muzik yang ada sebut benda benda satanism dan dia list beberapa band yang kononnya dikaitkan dengan satanism termasuklah Pantera, Metallica, Helloween, Kreator, Type O Negative dan sebagainya.

Aku pun agak rasa curiouslah camne muzik setan ni bunyi. so my first tape was Helloween's Keeper of the seven keys. Gambo tangan baik beri kunci kat tangan jahat. Layan sebab helloween pakai clean vokals (kiske!) so tak jauh beza sangat ngan rock biasa.

Sehinggalah aku mencuba satu lagi band yang nampak ganas iaitu Kreator. Thrash Metal. album kedua diorang Endless Pain. Nyanyi Growl thrashy tu. Sebab band ni band German so aku tak peliklah masa tu kenapa aku tak paham apa yang diorang nyanyi. Ooo mungkin ini bahasa german. Tapi takleh layan sebab too noisy.

Pastu try layan local thrash macam Cromok. Melodic. memang best. Pastu aku mula terdedah dengan band band Black Metal, Death Metal dan sebagainya. So by 1996 aku dah mula minat Black Metal , bukan sebab satanism (walaupun takde sebenarnya) tapi sebab banyak black metal band suka main music yang depressive dan ambient. riff riff yang sedih walau vokal shriek cam hantu. Tak ramai yang bleh appreciate, apatah lagi jika band band BM yang oldschool sound yang grim dan raw macam Xasthur sebagai contoh.

bila dah lama, aku dah boleh appreciate melodi melodi tersembunyi dalam kebisingan sesetengah genre metal tu. so kaset Kreator lama aku tu dah aku jadi cvlt sebab rupa best gile.

Bila dah lama dengar metal, terasa pulak nak dengar root root muzik, so aku start gali la album album black sabbath, led zep, Judas Priest even the beatles (helter skelter tu metal apa) untuk tahu camne muzik muzik ni bleh evolve.

sampai la skarang. walau aku dengar macam macam jenis muzik tapi tetap balik dengar metal gak.

[ Last edited bybenign at 29-7-2007 05:31 PM ]

LostSoul Publish time 29-7-2007 08:13 PM

1989 - form 3. masa tu 1st time dgr lagu G N R... mmg hook up habih... n start listening to skid row, dream theater, twsited sister, poison (hahahah)... then year 1991, start dgr pearl jam n grungre music... kenal AlIC, nirvana, RHCP, blind melon, ratm, soundgarden etc...

ChildrenOfBodom Publish time 31-7-2007 01:30 AM

gua tangkap minat kt lagu2 rock sejak gua darjah 3 tahun 1995, masa tu gua suka lagu rock yg biasa2 saja macam Bon Jovi,The Cranberries etc.lpstu layan GnRoses, Skid Row Scorpions.masa gua tingkatan 3 masa isu black metal kecoh satu Malaysia time tu la kemuncak minat gua sampai la hari ni.selain muzik, lirik dan content dlm metal, gaya dressing geng2 mat metal tu la antara faktor yg bwat gua minat kt muzik ni.
lagu paling klasik yg menyebabkan gua minat rock/metal ialah Skid Row - 18 and Life...

http://img62.imageshack.us/img62//metalheadwf6.jpg

MH772 Publish time 31-7-2007 10:42 AM

Aku start minat kat metal nih waktu aku darjah 3(1996) kalau tak silap. First metal band yg aku dgr masa tuh ialah Metallica. Tht time juga aku pun layan gak la band2 lain mcm Def Leppard, Skid Row dan band2 lama yg lain. Then masa aku smp ke sekolah menengah, minat aku terhadap metal dah kurang. Apa taknya, kat TV asyik2 je main lagu pop. Kalau ada lagu rock pun lagu rock yg ntah hapa2 mcm Limp Bizkit, Korn, Linkin Park dan band2 apa ntah tuh. Bila smp kolej, kenal p2p sharing, wikipedia etc barulah aku dpt dpwnload lagu2 dr metal band yg aku pun tak kenal. Tp lagu diorang best le. Start dr tuh le aku mula sangkut balik kat lagu2 metal nih .Skg nih aku biasa layan band2 dr Europe esp band2 Gothic Metal, Symphonic Metal, Power Metal dan lain2 genre...

[ Last edited byMH772 at 31-7-2007 10:43 AM ]

Paco_de_lucia Publish time 31-7-2007 09:22 PM

lambat gak la aku start dgr lagu metal ni.mase tuh aku standard 4 lagi.,aku dgr mmbr aku main lagi gnr,metallica, iron maiden..start tuh aku try dgr lagu dorg..bes woo..paling minat time tu metallica ngan iron maiden.kalo album metallica paling aku minat ..and justice for all..superb album ni.tapi time ni aku xreti main gitar lagi..bosan gak dgr lagu tapi tak reti main..so aku blaja la main gita time form3.abes sume lagu iron maiden ngan metallica aku cari.tak tertinggal satu pon.start ni la aku cari sume genre metal n aku pon kaji la sume2 muzik ni.paling aku minat ialah power metal..clean vocal,high pitch,full technical guitar skill.,bes woo.genre lain pon aku minat gak..kire aku minat sume metal la skang nih...

dory_ann Publish time 1-8-2007 09:13 PM

Reply #1 benign's post

tau macam mana rockers time tu dah start rambut pendek? dah tak der imej rambut panjang

masa tahun 1992/93 aku selalu beli majalah Q, sebab aku suka U2 and british band
ada berita dlm tu sebut, as if dorang besar2kan cerita
meteri penerangan masa tu, mohd rahmat, kan? buat upacara MEMOTONG RaMBUTsemua rockers termasuk wings & search

dan berita tu mengatakan, kat semua rockers kat kl semua beratur gi potong rambut

sejak tu, aku perasan kebanyakan band rockers dah clean imej, dan masa tu dah start britpop, alternatives
agaknya mcm tulah

hyphrigian Publish time 1-8-2007 10:39 PM

aku start dengaq helloween jaman 1993 keeper of the seven keys part 2 aku derjah empat....
berterusan dengaq dari root metal....
koi lama koi banyak dengaq sampai la ni aku layan banyak genre muzik....
rock tetap menjadi pujaan walaupun aku layan genre lain jugak.....

acit_hensem Publish time 2-8-2007 04:10 AM

Sejak TERbeli kaset Koffin Kanser yg RM9.50 (EP) masa Form 4 kot, trus berjinak2... :loveliness: :loveliness:

dm010 Publish time 2-8-2007 10:27 AM

Gua laks, mmg dr kecik dh ikut music Rock nie...Bapak gua big fan Beatles,Deep Purple, Led Zep, Sabbath, CCR and Elvis...So, anak2 dh terbiasa di dedahkan ngan muzik 'energetic'... Then, sepupu2 lelaki yg mana lebih tua dr gua (awal 80'an) dh ikut segala band cam Search,Wings,Lefthanded etc. jadi influence tu natural la...Masuk dekat2 era 90'an muzik 'keras' ni mula menular dan tertangkap la telinga gua ngan melodi2 'riffing' dr Metallica,Megadeth,Slayer,Pantera dan yg sekutu ngan nyer...One of my cousin pulak at that particular era keja ngan satu recording company nie and dia selalu ada new up n coming albums from local n international band so, makin banyak la genre yg gua 'serap' dlm telinga...Then on my own, starting hidup bujang from 1996, sendiri me'nafsir', men'cerna' dan memahami genre muzik 'bising' nie...Skarang ni pun walau dah kawen, muzik 'keras' tu masih gua kaji dan pegang sebagai satu ingatan kpd sejarah idup gua sendiri...

munkyG Publish time 2-8-2007 12:19 PM

aku agak lambat mendengar material metal ni semua. bermula dari sekitar 1996-97 ketika dalam tingkatan 2, aku banyak mencuri-pinjam cd dari akak aku yang baru balik dari belajar oversea. kebanyakan cd nya adalah tori amos (aku rasa ada elemen rock juga), the cranberries, dream theater dan seangkatannya.

kemudian, aku masok MRSM, disini aku lebih terdedah kepada muzik metal yang sebenarnya. bermula dari koRn yang memulakan nu-wave-metal (band ini bermula dari tahun 1994 lagi, cuma exposed kepada aku lambat sikit), aku mula memahami ke'keras'an muzik metal itu sendiri. kemudian disebabkan member aku selalu main guitar layan lagu 'Nothing else matter', 'mama said' dan juga deep purple 'soldier of fortune', secara tidak langsung aku lebih banyak melayan hawa telinga kau kepada jenisan muzik seperti ini.

masuk jer matrikulasi pada 2000, aku mula mengenal death metal, black metal dan melodic metal. daripada therion kepada cradle of filth, dari burzum kepada opeth, member aku banyak membentuk aku.

dan sampailah aku masuk ke university, aku lebih bebas mendapatkan apa-apa saja material berkaitan dengan metal ini. boleh aku katakan, pengaruh ini banyak datangnya dari kawan-kawan juga. :D

[ Last edited bymunkyG at 4-8-2007 11:19 AM ]

ChildrenOfBodom Publish time 2-8-2007 05:57 PM

gua kenai band2 metal, lagu2 yg best semuanya melalui internet, join macam2 forum pasai metal-rock,download dan macam2 lagi la.dulu gua join satu forum, tiap2 hari dia bagi email dlm tu ada lbh krg 10 link utk dlod album..

kalau tadak internet alamtnya dok dengaq band mankok mainstream yg dok main kt redio ngn tv sjla macam Linkin Pork, Limp Biskutmeri........

gua pon paling suka power metal, riff-solo laju,lagu bertenaga, complicated, ceria dan power---

gua firsttime dgr band Children Of Bodom thn 2004, lpstu terus addicted dan pasaitu la gua daftr username pon guna nama tu, kira masa gua daftar forum ni masa gua tgh addicted to COB la.
\,,,/

[ Last edited byChildrenOfBodom at 2-8-2007 06:00 PM ]

sharingan86 Publish time 3-8-2007 11:50 AM

aku memula diperkenalkan dengan music metal waktu aku 5 tahun. uncle aku keje DJ time tu, so ayah aku slalu dapat banyak CD free dr dia...first lagu metak yg aku dgr was 'enter sandman'. tp time tu takdela terus jadi fanatik metal. aku melalui zaman gile boyband sampai lah aku form 2, pastu start dgr lagu limp bizkit dgn linkin park. time tu tak tau banyak sgt band metal sbb malaysia kecoh dgn black metal pejadah semua, dan kawan2 aku semua mmg gang boybands....aku rasa aku cuma slalu dgr metallica, pantera dgn slipknot he time tu sbb abang aku slalu pasang CD diorg.

masuk form 3, tertengok video clip 'toxicity' by SOAD, time tu terusssssssss tangkap cintan sama music diorg. dari situ aku die hard fan system of a down. still tak tau banyak band metal lagi...

bila dah datang sini, baru la terdedah dengan banyak lagi metal bands yg lain. pastu aku kenal plak dave, iaitu adik kepada SOAD nye bassist, shavo. dialah yg bertanggungjawab introduce aku to a wider variety of metal/rock music....dan skrg aku still hardcore fan of SOAD , dan antara band2 yg aku minat ialah strapping young lad, pantera, in flames, trivium, opeth, iron maiden, kyuss, cluth, onesidezero, neurobox, tool, iggy pop, megadeth dan juge motorhead.....

tp aku ngaku aku still tak tau banyak sgt pon about metal/rock music ni. main dengar je...kalau org tanya aku apa genre dia aku haram tak leh jawab haha

Paco_de_lucia Publish time 7-8-2007 10:51 AM

Reply #11 ChildrenOfBodom's post

caya la bro.. gua support power metal..tapi metal laen pon gua minat gak..asalkan bende alah itu bergelar metal.,itulah jiwa gua.

veitchac Publish time 7-8-2007 02:09 PM

rock? oasis rock x?
hehehe..start dgr lagu duran duran, beatles mase aku darjah 2 (1992)...then lame2 aku start ske scorpions, oasis, silverchair, green day, foo fighters, pastu band2 cam nie lame2 x puas lak dgr coz x stim sgt...so try lak slipknot, disturbed, soundgarden, tool, acdc, the cult n camtue ar...lain2 tue depends ngn melody lagu2 derang...skang nie dgr mane2 rock band yg ade lick maut, rock je la coz aku ske rock...acdc, buckcherry, darkness, motley crue, led zeppelin but xde la die hard fan sgt...kdg2 aku dgr gak so called punk rock...antara yg aku ske eve 6 (album horrorscope mmg best gile sound, clean n clear), green day n so on....and folk/country band mcm goldenhorse

fuego Publish time 19-1-2008 03:09 PM

aku minat rock mase aku darjah 4 camtu la...first rekod aku bli kaset metallica black album
tapi mase tuh tgh kecoh kurt cobain bunuh diri...then aku try plak lyn grunge..:)pastu silverchair...gun n roses pastu street rock plak...punk oi skin sume tuh hehe
skang selera lebih pd 70s ngan 80s rock je...:lol: bg aku oldskool rock lagi best dr rock skang nih :D

CAVEMAN Publish time 20-1-2008 11:07 AM

Mula degar form 2 pinjam kaset master of puppets..tapi peliknya aku tak minat.. dengan gambar salib kat depan cover aku igat ni muzik setan ni..masa tu aku bnyak layan rock kapak terutama search n wings...form 3 pinjam album crazy world-scorpions ngan so far so good so what-megadeth.actually megadeth la yg buat aku hook ngan metal...then terus metallica ,sepultura, iron maiden,helloween etc2.

geng_tx Publish time 25-1-2008 11:18 AM

aku mula rock kapak masa darjah satu dlm tahun awal 80an... aku layan search kat dewan BALORA MASTIKA di jengka... semenjak ari tu, aku rock sampai sekarang.

pada 90an aku layan alternative...

tapi sekarang ni, bila dah tua, aku layan band band yg knowledge derang dlm music bagus bagus seperti search, lefthanded, scorpion dan iron maiden.


kepuasan dlm rock bagi aku cuma satu. RIFF gitar. pedulikan tentang lirik, cuba halusi deria anda dengan petikan gitar dan efek2 yg digunakan. dan membezakan diantara rock dan lain lain rentak adalah petikan gitarnya....

cuba tengok lirik lagu peronda jaket biru atau pelesit kota, memang stoopid, but the guitar is beyond perfect.

nasihat aku pada geng rock kapak yg baru nak naik, jgn lupakan root asal, sperti janis joplin, the cure , search dsb.... sebab tiada band era 2000 boleh lawan derang ni... suma stereotype


keistimewaan band yg bagus, ialah apabila satu lagu yg 1st time kita dengar, kita tahu itu adalah trade mark atau sound dari band yg tertentu...
paling senang, cuba korang hayati intro setiap lagu scorpion atau megadth, memang bunyi ( frekuensi dan riff serta stroke)itu adalah yg boleh kita kenal pasti

rock kapak forever

kselamat81 Publish time 30-1-2008 03:56 PM

akummg suka lagu

pisang69 Publish time 1-2-2008 04:05 PM

tak berapa ingat bila gua start layan rock ni...rasa2 zaman2 80an dulu la kan...hehe
masa zaman kegemilangan rock kapak kt msia ni esp Search, wings...

pastu bila dah sekolah rendah...membe kenalkan plak album2 rock omputeh...layan jelah walaupun tak paham...rock2 klasik punya..led zep...deepurple...motorhead

pastu kemaruk jap dgn metallica...sampai bosan...ada sekali tu..belila kaset iron maiden live after death....firstime dengor jer..dah buat gua jatuh centa dgn muzik diorg ni...mmg kelas....sejak aritu gua dah tak minat layan metallica lagi...iron maiden gak gua layan ari2.... sampai la ni..still layan metal..cuma grup yg otai2 gak yg gua dengor...cam megadeth, soundgarden, RATM, Nailbom,sepultura, Fear factori...dan ramlah ram...:lol: :lol:

AceHand Publish time 6-2-2008 03:18 AM

Hmmm...

Originally posted by benign at 29-7-2007 17:28 http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
aku dah try carik thread ni kat bawah bawah tapi tak jumpa. mungkin tak pernah bukak. kalau dah ada tolong mergekan ye cik Mod.

aku agak baru gak la minat metal ni.. masa tu tingkatan satu dal ...

http://acehandspectacelar.com/a/ace/AceBar.gif

Tah lar... Aku rasa memang sejak kekecik lagi aku suka rock ni... Cuma kurang keras jer... Lelama tu makeng keras lak rocknya... Heh! Heh! Heh!

Kaset pertama yang kau beli ialah kaset Scorpions... Masa tu aku darjah 6 kot...


Jizzz... Klong! Klong!
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Camne Leh start minat Metal/Rock


ADVERTISEMENT