zulupapa Publish time 20-7-2007 11:19 AM

Drama Bersiri 'Insurgensi'?????

Drama 26 episod ini mencipta sejarah sebagai drama termahal dengan kos melebihi RM1 juta dan tenaga kerja lebih kurang 3000 orang.
Peringkat pra produksi sahaja mengambil masa dua tahun manakala penggambarannya di sekitar negeri Perak (Trong-dekat Taiping) selama 6 bulan dalam tahun 2000. Ianya diarahkan secara bergilir oleh Aziz M.Osman dan Badaruddin Hj. Ali. Di antara pelakon utamanya ialah Normah Hakim, Razak Ahmad , Tamimi Saregar dll.
...........sayang sekali, darma ini tidak pun habis disiarkan di kaca tv.....tak tahu sebabnya..............sekali-sekala, "BILA BERJALAN, MESTI PANDANG KE BELAKANG"........

tangopapa Publish time 20-7-2007 12:21 PM

Reply #1 zulupapa's post

Dulu ada drama bersiri seakan-akan Insurgensi, "harimau malaya" klu encik ingat la....kenapa tak ditayang semula, wa pun tak tau.....

edgeare Publish time 20-7-2007 02:30 PM

takda ratings kot....

zulupapa Publish time 20-7-2007 04:43 PM

Reply #3 edgeare's post

ke ada isu sensitif......

alphawolf Publish time 22-7-2007 09:14 AM

Apa, takut ganggu sensitiviti sesuatu kaum?

Walaupun dramatisation, drama sebegini perlu sebab kita seolah-olah lupa bahwa setelah 10 tahun merdeka, darurat diisytihar semula yang walaupun skopnya lebih terhad, ianya mengambil masa lebih lama untuk tamat berbanding darurat pertama.

Gamaknya sebab lupa ada rakyat yang masih menderita akibat PKM walaupun dah merdeka sampai ada yang buat filem pasal kepala PKM, ada yang menyanjung pulak tu!

tangopapa Publish time 22-7-2007 10:14 AM

Reply #5 alphawolf's post

Nasib baik filem tu kena banned, klu tak wa rasa ada sejarah hitam berulang kembali....:@

alphawolf Publish time 22-7-2007 11:53 AM

Reply #6 tangopapa's post

Sebab orang kita sensitip tak tentu pasal....

alphawolf Publish time 22-7-2007 11:54 AM

Weh nanti aku merge la sebab benda ni dah bincang kat thread movies...

tangopapa Publish time 22-7-2007 01:48 PM

Reply #8 alphawolf's post

Tak de hal....silakan tuan hamba....:lol:

jazim Publish time 23-7-2007 10:40 AM

Reply #5 alphawolf's post

Setuju. Banyak buku banyak cerita TV keluar pasal Darurat pertama. Darurat Kedua? harap buku Insurgensi keluaran Cawangan Perisikan TD tu je la...

alien7749 Publish time 23-7-2007 01:06 PM

Aku tengok Gerak Khas je. Suspen sampai nak keluor usus.

zulupapa Publish time 23-7-2007 01:24 PM

Reply #10 jazim's post

masih boleh mendapatkan naskah buku Insurgensi lagi ke???

jazim Publish time 23-7-2007 01:28 PM

Reply #12 zulupapa's post

Tak pasti. Cuba tanya Cawangan Perisikan Mk TD

leeza_terbilang Publish time 23-7-2007 01:55 PM

dekat pilihanraya kot, ini isu sensitif...pernah dengar askar-askar lama kata,
Insurgensi kedua 1969-1989 actualy peperangan antara kaum x dan kaum y. mula masa 1969 bila kaum x bawak penyapu halau kaum y dari bandar-bandar. masa
Konfrontasi pun, askar-askar Indon landing bersama dengan gerila-gerila kaum x
yang dilatih khas.

ini terbukti dengan wujudnya lebih dari 30,000 kampung baru sampai hari ini yang
masa insurgensi dulu adalah koncentration camp kaum x.

sampai sekarang parti extrim kaum X harapkan majoriti dia aje nak menang di kawasan kampung baru x ni, sampaikan kat kawasan majoriti kaum y pun dia letak
bangsa x. manakala bagi bangsa x yang dah bekerjasama dengan bangsa y ni,
semua pemimpin atasan mereka bertanding di kawasan yang bukan majoriti kaum
mereka sendiri tetapi harapkan bantuan kaum y untuk mereka menang.

mmc Publish time 23-7-2007 02:32 PM

Originally posted by leeza_terbilang at 23-7-2007 01:55 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
dekat pilihanraya kot, ini isu sensitif...pernah dengar askar-askar lama kata,
Insurgensi kedua 1969-1989 actualy peperangan antara kaum x dan kaum y. mula masa 1969 bila kaum x bawak penyapu h ...

ini terbukti dengan wujudnya lebih dari 30,000 kampung baru sampai hari ini yang
masa insurgensi dulu adalah koncentration camp kaum x.




mana punya buku sejarah ko belajar ni, sedap aja jari-menari menaip...soalan pertama aja aku tanya ko..ko tau ke sapa punya idea buat kampung baru :shakehead3: ...aku takut kut lepas ni ada orang nak jumpa ko suruh ambik test sejarah balik..

alphawolf Publish time 23-7-2007 02:54 PM

Ha kan dah kena marah.....

Lepas tu bila kata 'kampung baru' = 'concentration camp'...mana aku pernah allegation ni ye....oh ye, allegation parti cap bintang serta sabit dan tukul.....dimana ahli dia secara amnya pakai baju korporat warna khaki brown hari-hari....

[ Last edited byalphawolf at 23-7-2007 02:57 PM ]

tin Publish time 23-7-2007 02:56 PM

Reply #16 alphawolf's post

hehehe.... :P

zulupapa Publish time 23-7-2007 03:20 PM

saya yang bersekolah darjah 7 pun tahu asal usul 'kg baru' :lol:

alphawolf Publish time 23-7-2007 04:54 PM

Reply #18 zulupapa's post

Tu tak campur pengalaman sendiri kan tuan?

dan509 Publish time 23-7-2007 07:55 PM

Originally posted by leeza_terbilang at 23-7-2007 01:55 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
dekat pilihanraya kot, ini isu sensitif...pernah dengar askar-askar lama kata,
Insurgensi kedua 1969-1989 actualy peperangan antara kaum x dan kaum y. mula masa 1969 bila kaum x bawak penyapu h ...

Sila baca buku "Pemberontakan Komunis di Malaysia" oleh Haji Redzuan Aseli dan anda akan memahami macam mana salah faham di atas berlaku. Dan jika benar pun perkara di atas seperti yang anda katakan, kenapa ramai Renjer dan anggota PDRM berketurunan X turut terkorban dalam Insurgensi Kedua. Antara sasaran paling awal adalah 3 orang SB berketurunan X dan seorang ketua polis negeri yang terbunuh dalam serangan musuh. Haji Redzuan Aseli merupakan pegawai (sekarang bersara) dari PDRM.
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Drama Bersiri 'Insurgensi'?????


ADVERTISEMENT