putra_bengal Publish time 30-3-2007 08:15 AM

[Merged] Harimau

hai kawan2.. saya di sini akan menyenaraikan tiga jenis harimauyg suatu masa dahulu mempunyai zaman kegemilangannya sendiri.. tetapi malangnya hasil pemburuan yg tak terkawal pada masa dulu menyebabkan 3 jenis harimau belang ini hanya meninggalkan nama sahaja.. kita ikuti.....


Harimau Caspian
http://www.geocities.com/harimau_yosri/GambarHarimauCaspian.jpg

Harimau Caspian (Panthera tigris virgata) - yang telah pupus sekitar 1950an. Harimau Caspian ini pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan dan padang rumput Afganistan, Iran, Mongolia, Turki, dan kawasan Asia tengah Russia.


Harimau Jawa
http://www.geller-grimm.de/museum/imag/tiger06.jpg

Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) - yang telah pupus sekitar 1972. Harimau Jawa pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Jawa, Indonesia.


Harimau Bali
http://bigcats.ru/images/tiger_podvid/photos/javanskij.jpg

Harimau Bali (Panthera tigris balica) - yang telah pupus sekitar 1937. Harimau Bali pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Bali, Indonesia.




[ Last edited byati1402 at 20-9-2008 02:46 AM ]

putra_bengal Publish time 2-4-2007 04:11 PM

selamatkan lah haiwan yg hampir pupus nie.. jika ia dah jadi semacam ke tiga harimau nie.. keluar air mata darah pun tak guna..

azam2066 Publish time 2-4-2007 09:07 PM

Reply #2 putra_bengal's post

nak buat macam mana putra, bila habitat mereka semakin kecil, makanan mereka jadi buruan manusia, apa yg mereka nak makan? bila makan lembu,ramai2 pakat tembak....sian......

putra_bengal Publish time 2-4-2007 10:04 PM

Reply #3 azam2066's post

betul tu.. mrk tak tau di sebabkan mrk la binatang semua nie pupus.. selalunya harimau takkan masuk kampung serang binatang ternakan atau manusia.. kecuali mereka cedera.. kalau harimau cedera.. mesti dia takleh memburu kan? so mesti dia ambil jalan alternatif yg lain dengan mencari mangsa yg mudah.. so sebab tu serang manusia or binatang ternakan

putra_bengal Publish time 4-4-2007 12:39 AM

[Merged] Harimau

Harimau tergolong dalam kerajaan haiwan dalam filum kordata (bersaraf tunjang), sub-filum vertebrata (bertulang belakang), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu), susunan maging (Carnivor), keluarga felidae (kucing), genus panthera, spesies tigris (harimau).

http://www.geocities.com/harimau_yosri/GambarHarimauBengalPutih1.jpg
Pada tahun 1951 seekor harimau putih yatim telah ditangkap oleh Maharaja Rewa di India. Harimau jantan ini bukannya putih disebabkan albino (yang mempunyai mata pink), tetapi merupakan harimau yang mempunyai bulu putih. Ini adalah disebabkan mutasi gen alleles yang bertanggungjawab menghasilkan warna kulit. Harimau Bengal yang mempunyai dua gen alleles atau satu normal dan satu allele putih mempunyai warna kuning bata. Hanya dua gen alleles mutasi akan menghasilkan harimau putih. Harimau putih pada kebiasaannya mempunyai bulu perang, hidung bewarna merah jambu, dan mata biru yang terdapat dalam beberapa variasi.

Sepanjang 100 tahun hanya lebih kurang sedozen harimau putih dilapurkan di India dan hanya untuk sub-spesies Bengal membuktikan mutasi ini berlaku satu bagi setiap 10,000 kelahiran di hutan.

Harimau dipercayai berasal daripada sejenis haiwan pemangsa zaman purba yang dikenali sebagai Miacids. Miacids hidup pada akhir zaman Cretaceous kira-kira 70-65 juta tahun dahulu semasa zaman dinosour di Asia Barat (Andrew Kitchener, "The Natural History of Wild Cats").Sulur-galur harimau kemudiannya berkembang di kawasan timur Asia di China dan Siberia sebelum berpecah dua, satunya bergerak ke arah hutan Asia Tengah ke barat dan baratdaya menjadi harimau Caspian. Sebahagian lagi bergerak dari Asia Tengah ke arah kawasan pergunungan barat, dan seterusnya ke Asia tenggara dan kepulauan Indonesia, sebahagiannya ke barat sehingga ke India (Hemmer,1987)

[ Last edited byati1402 at 20-9-2008 02:45 AM ]

rinafarha1709 Publish time 4-4-2007 02:10 PM

ee mesti garang ni......

pisang69 Publish time 4-4-2007 03:33 PM

ni harimau albino ker?:o
:lol:

blackmamba Publish time 6-4-2007 11:05 AM

bukan albino la... payah nak jumpa rimau ni

blackmamba Publish time 6-4-2007 11:29 AM

mmm.... diorang dah takde tempat tinggal. semua hutan dah kena tarah...

ati1402 Publish time 6-4-2007 11:34 AM

kesiannye...
dah lumrah dunia mcmtu kan..susahnye..
walaupun manusia dah cuba selamatkan tp kejadian atau putaran kehidupan ni mcmtu..harimau2 ini mnjadi mangsa..
tp manusia pun nak hidup juga..
yg teruskan kehidupan (punca rezeki) kat hutan2 tu..
mcm org2 felda ke..msti takut dgn ancaman harimau..:L
cuma,kerajaan kena laa ambil berat dan lebih prihatin..

bubpallo Publish time 6-4-2007 12:09 PM

kat m'sia leh bele gajah ato rimau tak?..kalu leh bagaimana?..minat bangat ngan dua specis nie...sape2 tahu?...

putra_bengal Publish time 6-4-2007 07:33 PM

Reply #7 bubpallo's post

ok bubpallo.. boleh.. tp dengan syarat yg begitu ketat.. diorg akan tgk tempat, cara ko jaga n kesesuaian binatang itu pada ko.. dengan syarat binatang tu di bela masa baby n dia tak dapat hidup berdikari dan memerlukan manusia sebagai tempat berlindung...

so aku bg contoh.. ko nak bela harimau.. duk kawasan umah teres.. adfa logik ka diorg nak bg lesen?

kes nie penah kena kat kawan aku punya kawan kat bukit selambau kedah.. dia dah minta lesen nak bela harimau kat kerajaan.. dah bg surat kat Perdana menteri kita.. tgh proses.. last dia telah lakukan kesilapan.. dia beli dulu harimau tu kat org thailand... tup2 masuk paper dia bawak bersiar harimau tue.. abis la.. kena tarik balik semua..

bubpallo Publish time 8-4-2007 07:29 PM

Originally posted by putra_bengal at 6-4-2007 07:33 PM
ok bubpallo.. boleh.. tp dengan syarat yg begitu ketat.. diorg akan tgk tempat, cara ko jaga n kesesuaian binatang itu pada ko.. dengan syarat binatang tu di bela masa baby n dia tak dapat hidup...


yup, Bub pon dok kat kawasan tu, tahu yg nak bele harimau tu, tapi tu la, silap dia sbb bawak rimau tu bersiar...mmm...Bub nie kirra cicit kepada gembala gajah la d katakan. tak tahu sape tahu atau kenal, masa sblm jepun tu, ada 2 ekor gajah kat kawasan pendang, yg satunya milik datok mak saya, tapi last2 kene jual kat jepun jgak..........rimau nie belum bela la, tapi minat sangat....hujung tahun nie ingat nak g lawat Thailand...nak lawat gajah kat kawasan pemeliharaannya......HEEEE..... da minat nak wat cmner..harap2 tak ada aral melintang, kalu tak tak dapat pergi plak...

putra_bengal Publish time 8-4-2007 08:31 PM

Reply #9 bubpallo's post

la... ya ka? cheq org kedah gak.. hang tau pasai kes pendang ngan gurun tahun lepas? yg pasai geng tomoi gaduh ngan geng silat kat gurun tu..

ati1402 Publish time 8-4-2007 09:20 PM

hehehe..aku yg duk dekat ngat ngan thailand pon x penah jejak2 agi ke negara tuhh..
kat sempadan tu penah laa pi skali time kecik..
mak borong brg murah2 kat rantau panjang tu kann;)

putra_bengal Publish time 8-4-2007 09:24 PM

Reply #11 ati1402's post

hehehe.. thailand nie mcm2 ada... lebih2 lg kalau nak gi makan kat kedai2 kat sana.. hati2 erk.. baca ayat kursi dimulakan dengan bismillah..

bubpallo Publish time 9-4-2007 03:57 PM

Originally posted by putra_bengal at 8-4-2007 08:31 PM
la... ya ka? cheq org kedah gak.. hang tau pasai kes pendang ngan gurun tahun lepas? yg pasai geng tomoi gaduh ngan geng silat kat gurun tu..


mak aii, cmner leh terlepas....x dengar pon.......jarang blek kg la bro....so cmner?..saper menang n saper kalah?....area saya nak kekwsn sik nun....tmpat ideal tok bela rimau n gajah....heheee..:lol: :lol:

finnie Publish time 9-4-2007 06:55 PM

sedihnya....banyak lagi sebenarnya spesis yg dah pupus....

putra_bengal Publish time 9-4-2007 07:07 PM

Reply #13 bubpallo's post

cheq dengaq dah setel.. tapi blah pendang sana kalah.. otai2 sana tak turun.. kalau turun mau abis gurun tu rasanya..

bubpallo Publish time 10-4-2007 08:28 AM

Originally posted by putra_bengal at 9-4-2007 07:07 PM
cheq dengaq dah setel.. tapi blah pendang sana kalah.. otai2 sana tak turun.. kalau turun mau abis gurun tu rasanya..

la nie rasa cm lain mcm ya saya balik tgk, budak2 kat kedah la nie depa kuta2 semua, jalan selisih bahu pun x buleh.....silap jalan pijak ibu jari kaki seket danak bergaduh, bukan sorang plak tuh, datang skali ngan geng....ishhh..takut cheq........bek kita bela rimau noh, biaq dia gigit bebudak tu...hehheee;P ;P
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: [Merged] Harimau


ADVERTISEMENT