LLM Publish time 12-7-2007 09:23 PM

Rintihan Hati Polis Angkasalepas Gaban

Suasana hening menyelubungi stesen angkasalepas yang sedang mengorbit Bumi.

Aku duduk di stesen kawalan, bermenung. Terfikir akan hari tuaku yang sudah kesampaian. Aku..aku bernama Gaban. Wira angkasalepas di masa mudaku. Kelenjar najis bagi Don Horror kerana aku selalu menggagalkan rancangan laknatnya untuk memperkosa Bumi.

Tetapi..sekarang ini aku kesepian di angkasa lepas. Ramai rakan persejuangan telah terkorban di perbatasan cakrawala yang luas ini. Tidak lama lagi aku akan keseorangan berada di stesen yang usang ini. Aku memikirkan saat-saat indah bersama mereka. Berjuang, bergelak-ketawa, menangis bersama-sama.

Kekosongan jiwaku sekosong lubang hitam angkasa yang menyedut segala benda yang berada di arah laluannya...

bersambung...;P :I

LLM Publish time 12-7-2007 10:07 PM

Jam menunjukkan pukul 10.03 malam. Aku masih belum dapat tidur lagi. Aku sudah lama tidak boleh tidur awal. Entah mengapa mataku tidak boleh dipejamkan.

Sekarang ini aku tidak lagi keluar dari pakaian besiku itu. Aku mahu hidup dan mati berpakaian sebegitu. Sebab, cuma itulah satu-satunya benda yang aku masih miliki..Biarlah aku dikuburkan sedemikian.

Bersambung:I :I

LLM Publish time 14-7-2007 07:44 PM

Tiba-tiba aku terdengar satu suara di dalam cip audio helmetku. 'Gaban..Gaban. Tidurlah. Biar esok jadi hari yang baru bagi kau.."

Dengan tidak semena-mena aku tertidur serta-merta.

:mad: ;P :I

LostSoul Publish time 14-7-2007 08:13 PM

hahahahahhaha... betul mengingatkan balik zaman skolah dulu.. budak lelaki sanggup ponteng prep ptg psal nak tgk gaban...hahahahha

EXLESSIA Publish time 16-7-2007 10:24 AM

bukan Gaban dah bersara ke???
:lol:

LLM Publish time 16-7-2007 08:49 PM

Gaban tengah nazak. Aku nak cuba membuat 'chronicle' pasal hari hari terakhir Gaban di dunia fana ini ;P

shachihata33 Publish time 16-7-2007 10:44 PM

Originally posted by LLM at 16-7-2007 08:49 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Gaban tengah nazak. Aku nak cuba membuat 'chronicle' pasal hari hari terakhir Gaban di dunia fana ini ;P

;P;P;P cepat buat...supaye dak gaban x cari ko pd hayat akn dtg :lol::lol:

LLM Publish time 18-7-2007 12:28 AM

Selang beberapa jam, aku pun terbangun. Kepala aku berpinar-pinar. Tiba-tiba penggera keselamatan automatik stesen angkasa berbunyi. "RED ALERT! RED ALERT! Don Horror's attack fleet enroute to Gaban Space Station!"

Aku terkujat mendengar pengumuman itu. Aduh..memang celaka malapetaka sudah kedatangan pada hari ini..

:I :I bersambung

LLM Publish time 25-7-2007 06:08 AM

Aku segera menekan suis komunikasi. "All personnel to their battle stations! Code alpha delta gamma emergency!"

Aku memandang skrin pengawasan. Memang Don Horror telah menghantar semua kapal perangnya untuk memusnahkan aku.

Mungkinkah ini pertempuran terakhir bagiku? Pada usia yang semakin menyenja? Biar apa-apa pun aku akan berjuang habis-habisan bersama petugas-petugas stesen angkasa lepas yang masih ada di sini. Biar aku buktikan bahawa Gaban Space Station adalah kubu yang terkuat di alam semesta ini!

:I bersambung

LLM Publish time 8-8-2007 01:53 AM

Pertarungan menjadi semakin sengit! Ledakan peluru berpandu laser semakin membingitkan telingaku..Para petugas stesen angkalepas sibuk mengendalikan stesen kawalan senjata menangkis ancaman peluru berpandu..
Pesawat peronda pula berkeliaran di ruang angkasa bertempur dengan pesawat pejuang Don Horror.

Aku dengan perasaan nekad menuju ke arah sebuah pesawat yang masih belum berlepas. Aku berkata kepada juruterbang yang kelihatan begitu muda itu "You man the battle-stations, I'll fly this spaceship!" Dengan taatnya dia memberi tabik hormat dan turun dari pesawat itu.

Kemudian aku dengan tidak berlengah lagi berlepas dari stesen dan terus menyertai kumpulan pesawat peronda dan bertempur dengan armada perang Don Horror.

Ini pasti pejuangan ku yang terakhir. Aku akan memusnahkan ancaman Don Horror di alam semesta ini walaupun aku akan ditakdirkan menyertai rakan persejuanganku yang telah terkorban..

Ruang angkasalepas ini akan dibasahi oleh darah pahlawan Gaban!!! Ganbare!!!!

raiqah Publish time 14-8-2007 08:47 AM

hahahahahah...tergelak pepagi ni baca cite ni.......

gaban dah nak nazak kerrr......sian GABAN aku......:'( :'( :'(
Pages: [1]
View full version: Rintihan Hati Polis Angkasalepas Gaban


ADVERTISEMENT