Syd Publish time 7-7-2007 03:01 PM

Orang Minangkabau, Budaya & Adat Perpatih

Cara Minangkabau kekal budaya patut dicontohi
Oleh Sazarina Shahrim (Yang berkunjung ke Padang, Indonesia baru-baru ini)

BUDAYA menunjukkan bangsa. Dari tingkap pesawat Airbus yang dinaiki penulis, mata sudah terpaku pada keunikan bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, dengan reka bentuk bumbung Minangkabau yang melengkung tajam di dua belah hujungnya menyerupai tanduk kerbau.

Sesungguhnya penduduk wilayah kelahiran Adat Perpatih ini bangga dengan reka bentuk Minangkabau atau dalam bahasa Melayu bermaksud 慚enang Kerbau

Gravedigger Publish time 7-7-2007 10:43 PM

Alhamdulillah, saya sendiri pun pernah berkunjung 2 kali ke Padang untuk menjejaki akar-akar asal keturunan ketika MAS mengadakan promosi tambang murah ke sana. Ketika berjaya menemui saudara mara sebelah ayah di sana, mereka menyambut saya bagai anak rantau sendiri yang dah lama tidak pulang. Mereka menunjukkan tanah dan rumah peninggalan pusaka yang masih ada sambil ada orang tua yang masih mengenali datuk menceritakan kisah-kisah silam kenangan semasa dia di sana. Datuk yang terlibat dengan penentangan terhadap Belanda akhirnya melarikan diri ketika Agressi Belanda ke dua dimana Belanda telah menyerang dengan hebat kampung2 di sana. Dengan membawa 2 orang anaknya yang masih kecil Datuk telah menyeberangi selat melaka di malam gelap gelita dan akhirnya berjaya sampai ke Tanah Melayu.

Semasa di sana dan berjalan-jalan di Bukittinggi sungguh mengasyikkan. Dengan cuacanya yang sejuk dan keindahan alam di sekeliling adakalanya menimbulkan suasana syahdu dan tanpa disedari terasa pipi panas di basahi airmata. Alangkah lebih indahnya lagi jika arwah bapa masih ada dan bersama menyusuri tanah kelahirannya yang selalu disebut-sebutnya semasa hayatnya namun hajatnya tidak kesampaian. Benarlah kata ayah bahawa Ranah Minang memang tidak ada tandingannya dari segi indah adat dan budayanya.

http://www.youtube.com/watch?v=9bwB1O6PPdI

Gravedigger Publish time 7-7-2007 11:02 PM

Keindahan Alam Bumi Minangkabau.

Indah ranahnya Minangkabau
Rupa kelapa tinggi tinggi
Bentuk pinangnya tinggi semampai
Bukit berderet kiri kanan
Merapi dengan Singgalang
Pasaman dan Gunung Sago
Tandikat dan Gunung Talang
Puding emas di kiri kanan jalan
pohon beringin di tengah koto (desa)
jalan lurus jalannya lebar
Sawah bertumpuk di tempat rata
Ladang berbilang di tempat lereng
Sungai mengalir di alur bukit
Hasil karya nenek moyang
Hasil kerja keras rang tua kita
Sawah sempurna dengan luasnya
Ladang lengkap dengan ranjinya
Sawah meluas bersepadan
ladang diberi berpagar batas
padang diberi tanaman linggundi
Bukit diberi batas pohon karatau
Ke atas berbatas embun jantan
Ke bawah berbatas sampai ke pasir bulan
Hak sudah berpunya,genggam sudah bermilik
Rumah gadang serambi Aceh
yang sebebas kuda berlari
yang sepuas kucing melompat
Sendi bernama alur adat
Tonggak bernama tempat bersandar
Lantainya rata berlapis kulit
Licinnya berlantai papan
Gonjongnya bernama rebung membersit
Timah memutih di atasnya
Tonggak pohon gaharu lantai cendana
Terali gading berukir
Bubungan beruk merayap
Tuturan atap lebah mengirai
Bandul bergambar ular bercanda
Wajah bagai ukiran Cina
silih berganti air perak
anjung bertingkat bergelombang
Tempat mengukir dan menyulam
Tempat peranginan sang puteri.

[ Last edited byGravedigger at 7-7-2007 11:04 PM ]

Gravedigger Publish time 9-7-2007 10:03 PM

RANAH TERCINTA - TANAH PUSAKA

Sifat berkampung memagar kampung
Sifat bersukumemagar suku
Sifat negeri memagar negeri
Sifat beralam memagar alam

   Kalau terjadi perang antara suku
   Dihentikan perang antara kampung
   Kalau terjadi perang antara alam
   Dihentikan perang antara negeri

Terbang kenari jadikan kasau
Masak nasi dalam teraju
Kembang negeri carilah rantau
supaya senang anak dan cucu

Gravedigger Publish time 9-7-2007 10:08 PM

Kata Rang Minang......

Aduh Minang
Kalau tidak di rumput surut
Tidaklah pandan berderai
Kalau tidak sulit hidup
Tidaklah kita akan bercerai
                         (Hamka)

Keratau madang di hulu
Berbuah berbunga belum
Merantau bujang dahulu
Di rumah berguna belum (belum berguna)
                               (Muchtar Naim)

Terdorong jalan menurun
Tertukik jalan mendaki
Adat dan syarak
kalau tersusun
Bumi senang padi menjadi
                        (Amir M.S.)

Gravedigger Publish time 13-7-2007 12:10 AM

Pantun pepatah orang Minang menyebutkan:

Kerana angin basahlah padi
Di cupak datuk temenggung
kalau hidup tak berbudi
Duduk tegak segala canggung.

Pepatah Minang mengajarkan:

Berat sama di pikul
Ringan sama di jinjing
Yang ada sama di makan
Yang tiada sama di cari

Ke bukit sama di daki
Ke lurah sama menurun
Yang ada sama di makan
Terlentang sama minum air
tertelungkup sama makan tanah

Kalau jauh saling mengenang
Kalau dekat saling mendatangi.

BeachBoys Publish time 18-7-2007 05:24 PM

:) :) :) :) :) :) :) :) :)

Gravedigger Publish time 22-7-2007 10:21 PM

SIFAT PERIBADI MINANG

Salah satu tujuan adat pada umumnya, adat Minang pada khususnya adalah membentuk individu yang berbudi luhur, manusia yang berbudaya dan manusia yang beradab.

Dari manusia yang beradab itu diharapkan akan melahirkan suatu masyarakat yang aman dan damai, sehingga memungkinkan suatu kehidupan yang sejahtera dan bahagia dunia dan akhirat. Suatu Baldatun Toiyibatun wa Robbun Ghafuur. Suatu masyarakat yang aman damai dan selalu dalam lindungan Tuhan.

Untuk mencapai masyarakat yang sedemikian, diperlukan manusia2 dengan sifat2 dan watak tertentu. Sifat2 yang ideal menurut adat minang sebagai berikut.....

HIDUIK BARAKA, (Hidup Berakal)
BAUKUE JO BAJANGKO. (Berukur dengan Berjangka)

rainbows Publish time 17-11-2007 08:28 PM

Keturunan diraja pagar ruyung,

boleh sesiapa ceritakan pd aku sikit...

Info yg aku dpt :

1.keturunan quraish bani hasyim

2. ada darah ahlulbait keturunan al idrus

sebenarnya yg aku dapati mereka kelompok elit dari bangsa minang kerana meletakkan agama islam lebih dari adat..

sekian dahulu.

pink_lavender Publish time 18-11-2007 01:24 AM

Reply #9 rainbows's post

nak tanya?? adakah semua org negeri sembilan asal dari keturunan minang???

Gravedigger Publish time 20-11-2007 01:46 AM

Mengikut sejarah....sebelum penghijrahan orang2 minangkabau dari Sumatra Barat, negeri sembilan telah didiami oleh orang2 Asli dari suku Sakai, Semang dan Jakun. Orang2 minangkabau yang lebih bertamadun kemudiannya telah meneroka dan membuka negeri sembilan serta memperkenalkan adat perpatih. Namun demikian orang2 asli yang ada tidak dipinggirkan kerana mereka turut sama disertakan dalam budaya dan adatmereka ini. Orang2 asli ini malah diiktiraf sebagai waris asal negeri tersebut dan dalam setiap upacara yang diadakan mereka di berikan penghormatan yang sewajarnya dari segi adat. Orang2 asli inilah yang kemudiannya di berikan nama sebagai suku Biduanda yang sehingga hari ini mendapat kedudukan yang istimewa dari segi adat.

dilaOHdila Publish time 20-11-2007 03:30 PM

揕elaki wajib mencari nafkah untuk keluarga mereka tetapi tidakbermakna golongan wanita hanya duduk di rumah. Wanita Minang juga kuatbekerja membantu suami mencari nafkah sama ada berniaga mahupunmembantu di sawah,

daydeck86 Publish time 2-4-2008 05:26 PM

Balas #11 Gravedigger\ catat

amak waden suku biduanda.......

daydeck86 Publish time 2-4-2008 05:31 PM

Balas #1 Syd\ catat

alah 2 kali ka ranah minang
tapi slalu nyo waden pai ka bangkinang
riau

Syd Publish time 7-5-2008 01:43 PM

info ttg show Randai @ Istana Budaya


Randai Kasih Menanti

Venue / Lokasi
       
Panggung Sari, Istana Budaya
Date / Tarikh
       
9

Syd Publish time 7-5-2008 01:49 PM

Randai


Randai berasal dari perkataan merandai yang bererti mengarang atau melingkar suatu kawasan lapang untuk mencari sesuatu yang hilang.

Terdapat pelbagai versi sebenarnya tentang asal usul randai ini. Struktur persembahan randai berkonsepkan gerak tari silat diselangi nyanyian berunsur lagu rakyat serta diiringi muzik caklempong, rebana, salung dan gong. Randai sering di persembahkan pada pesta menuai padi, upacara perkahwinan dan adat istiadat lain.


http://www.heritage.gov.my/kekkwa/upload/gambar_isi_web/Randai001.JPG

http://www.heritage.gov.my/kekkwa/upload/gambar_isi_web/Randai2.JPG

Syd Publish time 7-5-2008 01:52 PM

ID5ExN5aQ_U

nidzrain Publish time 21-5-2008 09:17 PM

wah.....

ader thread utk org minang....

bangganya aku jadi anak minang..... minang asli.... huhu...

daydeck86 Publish time 22-5-2008 07:39 PM

Balas #18 nidzrain\ catat

kiter mesti bangga jadi anak minang yang kaya dengan adat ...

Syd Publish time 27-5-2008 03:27 PM

hehehe

ye ye

kita semua anak minang

:lol:
Pages: [1] 2 3
View full version: Orang Minangkabau, Budaya & Adat Perpatih


ADVERTISEMENT