fleurzsa Publish time 6-7-2007 10:11 PM

4 Bidang Kegiatan

Salam..

Ini adalah kegiatan2 asas dlm pembelajaran Seni

1.Menggambar

2.Membuat corak dan rekaan

3. Membentuk dan Membuat Binaan

4.Mengenal kraf Tradisional

fleurzsa Publish time 6-7-2007 10:11 PM

Menggambar

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiranserta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspekruang, struktur, imbangan dan komposisi.

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi,kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan ini merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan.

Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.

fleurzsa Publish time 6-7-2007 10:12 PM

ANTARA KEGIATAN BIDANG MENGGAMBAR:

1. Lukisan
         2. Catan
         3. Kolaj
         4. Montaj
         5. Cetakan
         6. Resis
         7. Gosokan
         8. Stensilan
         9. Percikan
         10. Gurisan
         11. Capan
         12. Mozek
         13. Poster

fleurzsa Publish time 6-7-2007 10:13 PM

Membuat Corak dan Rekaan

Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikan menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dsb. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

fleurzsa Publish time 6-7-2007 10:15 PM

CORAK TIDAK TERANCANG

1. Pualaman
                        2. Tiupan
                        3. Titisan
                        4.Ikatan dan celupan
                        5.Renjisan dan percikan

fleurzsa Publish time 6-7-2007 10:16 PM

CORAK TERANCANG :

1. Lukisan
                        2. Catan
                        3. Cetakan
                        4. Capan
                        5. Lipatan dan
                              guntingan
                        6. Resis
                        7. Kolaj
                        8. Kaligrafi

fleurzsa Publish time 6-7-2007 10:17 PM

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu.

Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu.Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran . Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

fleurzsa Publish time 6-7-2007 10:19 PM

MEMBENTUK DAN MEMBINA

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadapaspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tesebut murid dapat memahami
lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.

fleurzsa Publish time 6-7-2007 10:19 PM

Bidang kegiatanmembentuk dan membina juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.

fleurzsa Publish time 6-7-2007 10:20 PM

BIDANG KEGIATAN MEMBENTUK & MEMBINA

3 DIMENSI MERANGKUMI AKTIVITI SEPERTI :

            1. Arca Timbul
   2. Assemblaj
   3. Mobail
   4. Stabail
   5. Model
   6. Diorama
   7. Boneka
   8. Topeng
   9. Origami

fleurzsa Publish time 6-7-2007 10:20 PM

Kegiatan membentuk dan membina memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaranbahawa ideadan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.

Aspek apresiasi hasil kerjadiadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

fleurzsa Publish time 6-7-2007 10:22 PM

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinasikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yangmemerlukan daya cipta olehmasyarkat yang diwarisi turun- temurun.

1Alat domestik                     2. Alat permainan
3. Alat pertahanan diri             4. Perhiasan diri
5. Batik                                    6. Tekat
7. Ukiran                                   8. Tenunan
9. Anyaman                           10. Tembikar

fleurzsa Publish time 6-7-2007 10:22 PM

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatankraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknikmembuat,alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara sepertipernyataan, puisi, lakonan,nyanyian dan cerita.

fleurzsa Publish time 6-7-2007 10:23 PM

Gambar2 byk tapi tak leh nak upload... my photobucket kena block...nanti la..

kitul Publish time 10-7-2007 10:47 AM

di mana letaknya wau saya? :D

fleurzsa Publish time 13-7-2007 04:37 PM

Reply #15 kitul's post

Kraf tradisional...

Ur wau masih kat atas almari he he he he

kitul Publish time 16-7-2007 02:58 PM

kena melukis lagi lee saya... :lol:

fleurzsa Publish time 17-4-2008 12:06 PM

bump

Tgh bengkel program bestari ni...kat hotel somewhere in KL...ambil balik nota2 dlm board ni...;P
Pages: [1]
View full version: 4 Bidang Kegiatan


ADVERTISEMENT