skert_kembang Publish time 6-7-2007 11:25 AM

Aku Masih Setia...

* Sekadar mencuba untuk menulis dan hanya untuk suka2. seandainya ada yang tidak menyenang hati pembaca, maafkanlah...*


Bab 1

Aku merenung inai dijari. Manis. Sekejap lagi aku akan bergelar isteri. Maknanya selepas ini aku akan mulakan kehidupan baru yang bergelar alam rumahtangga. Mampukah aku? Persoalan yang menghantui fikiranku kala ini. Di luar kedengaran suara riuh rendah sanak saudara dan jiran tetangga yang datang bertandang. Bilik aku juga tak pernah sunyi dengan kehadiran rakan-rakan ibu ku dan jiran-jiran, masuk untuk mengucapkan tahniah. Tak kurang juga ada yang meneliti seluruh bilik ini sambil berbisik sesama mereka. Apa pun yang dibisikkan mereka aku malas nak ambil tahu. Debaran didada aku sekarang lebih penting dari cakap-cakap mereka.

`Ija...

Aku menoleh ke arah suara yang amat aku kenali. Aku cuba untuk tersenyum, tapi entah kenapa air mata ini yang mengalir dulu tatkala aku melihat wajah itu.

`Ija... kenapa ni? Ija kan dah nak jadi isteri orang sekejap lagi. Tak elok menangis macam ni,揫/color]

Suara itu berkumandang lagi. Dengan tak semena-mena aku terus memeluk lelaki itu tanpa segan silu. Aku menggogoi seperti anak kecil di dalam dakapannya. Dia hanya membiarkan aku menangis sambil tangannya menusap tudung kepala yang aku pakai. Sesungguhnya di saat-saat begini memang aku memerlukan seseorang seperti dia untuk aku melepaskan keresahan yang bersarang di fikiranku. Aku dah tak peduli dengan orang yang berada di dalam bilik ini yang sedang memerhatikan perlakuanku.

揂..Abah...Akak...akak takut bah... Akak takut.

skert_kembang Publish time 6-7-2007 11:27 AM

揂kak, pengantin lelaki dah sampai. Akak dah siap?

skert_kembang Publish time 6-7-2007 11:28 AM

Bab 2

      Alhamdulillah. Dengan hanya sekali lafaz, sudah sah aku menjadi isteri kepada seorang lelaki yang aku cintai. Aku rasa amat bertuah kerana pernikahanku telah di akad oleh abah ku sendiri. Selesai majlis membatalkan air sembahyang, aku masih berteleku di atas katil pengantin, merenung cicin dijariku. Cincin emas bertahtakan belian.
      
      

skert_kembang Publish time 6-7-2007 11:28 AM

Tatkala aku melangkah keluar, semua mata memerhatikanku. Aku hanya melemparkan senyuman ke arah mereka semua. Dari beranda rumah, aku lihat Amir melambaikan tangan memanggilku supaya datang kepadanya. Dengan berhati-hati aku menyarungkan kasutku yang memang telah tersedia di luar. Aku berjalan menghampiri Amir sambil diiringi adik bongsuku, Wanie.

      `` Buat ape kat dalam rumah lama-lama?

~elYna~ Publish time 6-7-2007 01:09 PM

good.. sambung ar lagi.. smbg cepat2 ek.. jgn la bt org tertunggu.. :(

thah Publish time 6-7-2007 01:12 PM

sama mcm aku...tiap kali dia ucapkan kata syg dan cinta nya yg amat dlm...dada seperti mau pecah...:P

raiqah Publish time 6-7-2007 01:25 PM

apsal aku rasa sedey erk bila baca cite ni....mesti aku tgh mental ni..hahahaaha :lol:


apapun cepatlah sambung..x sab ar nak baca ni...:loveliness:

purnama Publish time 7-7-2007 10:10 AM

best ada ceta baru.....
sambung lagi

undefined

juliet80 Publish time 7-7-2007 11:00 AM

best.. cter baru...

tp juliet mcm dpt rsa yg ksah dlm cter ni mest ade kemelut yg akn mlanda dlm hubungn ija dan amir...

nant smbng lg ekk skert...nk yg pnjang2 .. cpt2 lg bgus ;P ;P

skert_kembang Publish time 7-7-2007 03:57 PM

Bab 3

"Alaa... Sayang, awak cakap la dengan ma yang kita ada tournement esok malam. Pagi esok abang datang jemput Ija."

"Ok. I'll try. tapi kalau ma tak benarkan macam mana?"

Sepi. Tiada balasan dihujung talian. Cuma kedengaran keluhan nipis. Kenapa dengan abang ni? Tingkah Ija dalam hati. Baru tadi mereka berbicara mesra. Bergelak ketawa, usik mengusik. Mulanya mereka hanya berutusan melalui SMS. Oleh kerana tak puas dan tak ada 'umph' kata Amir, dia menghubungi Ija pula.

"Abang.." panggil Ija mesra.
"Sayang, nanti Ija cuba pujuk ma baik-baik yer. I'm sure, ma pasti benarkan." sambung Ija nada memujuk setelah penggilannya tiada jawapan tadi.

"Ok lah. Abang tidur dulu. Jumpa esok yer. I love you!"
Amir mengakhiri perbualan. Kedengaran seperti kesal. Mungkin dia marah atau merajuk dengan aku. Fikir Ija.

"I love you too, abang. Tidur elok-elok tau. Jangan nakal-nakal. Mimpikan Ija malam ni. Ija rindu abang." Ija cuba menarik kembali perhatian Amir. Mendengar kekekan kecil di sana, hati Ija lega.

"Ok, my loving wife. Bye!"

Hummpphh.... Berat keluhan Amir yang dilepaskan. Sebaik sahaja mendengar kucupan sayang dari isterinya sebentar tadi, Amir mematikan talian. Entah mengapa setiap kali bersama Ija, perasaannya tenang. Sejak mereka bercinta sehinggalah mereka diijab kabulkan pada petang tadi, perasaan itu tetap sama. Tapi dalam masa yang sama, hatinya keliru. Keliru dalam menilai erti cinta. Dia tak pasti samada keputusannya untuk menamatkan zaman bujang di usia 27 tahun itu tepat. Tapi yang dia pasti, Ija adalah pilihannya.

Ija bagaikan seorang ibu buatnya. Memang tak patut dia menganggap isterinya sebegitu. Tapi itulah realitinya. Setiapkali dia bermasalah, Ija lah tempat dia mengadu. Ija yang banyak beri dia nasihat dan semangat. Walaupun kadang kala dia tak ambil endah dengan nasihat Ija, Ija tak pernah merungut. Segala kehendak Amir, Ija turutkan tanpa banyak bertanya. Kalau dia marah, Ija jarang melawan. Lebih banyak diam. Pendek kata, Ija bijak membaca hatinya. Tanpa dipinta, Ija sering tiba tepat bila dia memerlukan. Sebab itu juga Amir sering terkantol kalau dia buat sesuatu tanpa pengetahuan Ija. Amir tersenyum sendirian mengenangkan peristiwa terserempak dengan Ija di pusat snuker.

Bunyi lagu "Unfaithfull'' manarik perhatian Amir untuk melihat telefon bimbitnya. Bibir Amir terukir senyuman tatkala melihat nama si penghantar pesanan ringkas itu. Amir bingkas bangun menuju ke balkoni biliknya untuk menghubungi penghantar SMS tersebut. Hatinya berbunga riang bila suara yang dirindu berkumandang dihujung talian.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

juliet80 Publish time 10-7-2007 12:51 PM

mcm x puas lak juliet bca skert... nk lg ;P ;P

last skali 2 mcm suspen lak !

skert_kembang Publish time 12-7-2007 04:37 PM

kawan2... skert minta maaf yer.. 2,3 hari ni skert sikit bizi...
skert janji.. esok, sket post byk2 ok...

thanks pada yg membaca....

juliet80 Publish time 13-7-2007 11:34 AM

thanks pg skert jgk...

smlm skert ckpesok 2.. mksdnye hr ni la kn... ;P ;P

peaceofme Publish time 17-7-2007 03:12 PM

skert... smbung lg yerkkk :P

thah Publish time 17-7-2007 03:23 PM

org lain ke 2???
amir ada org lain ker???

ienasyaf Publish time 17-7-2007 03:28 PM

skert jgn lupe smbg lg...
nak tahu apa rahsia amir tu..:(

harmoni Publish time 18-7-2007 04:33 PM

skert, sambung panjang2 k
nk tau gak ape kena ngan si amir tue, kan diorg baru kawen.......

juliet80 Publish time 20-7-2007 10:23 AM

skerttt....

aina_shaira Publish time 27-7-2007 06:49 PM

hai skert,bila nak smbung ni,lama aina tunggu,smpai berjanggut ni,mlawak aje.:lol:

2charmed Publish time 12-10-2007 11:42 AM

sambung lah pls:(
Pages: [1] 2
View full version: Aku Masih Setia...


ADVERTISEMENT