Syd Publish time 4-7-2007 01:37 PM

Hipnosis

Hipnosis Boleh Rawat Penyakit Mistik

Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Percaya atau tidak, minda kita sebenarnya boleh menyembuhkan penyakit-penyakit berunsur mistik atau fenomena-fenomena yang tidak nampak oleh mata kasar.

Segala penyakit tersebut, yang dicipta dan dihantar melalui tenaga negatif boleh dilawan dalam diri setiap insan itu sendiri melalui kaedah hipnosis dan gabungan tenaga, mengikut pengasas Simfoni Minda Academy (SMA) Dr Sazali Ahmad.

Beliau berkata masyarakat kita tidak menyedari bahawa kebanyakan ilmu tenaga yang sering dikaitkan dengan kefahaman tradisional itu sebenarnya adalah sains.

Ini kerana kebanyakan teknik yang digunakan itu mempunyai penerangannya sendiri dalam bidang sains.

"Hasil kajian yang dijalankan secara saintifik tentang fenomena mistik seperti hantu, santau dan toyol, semuanya memberi kesan kepada minda dan tenaga," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

MINAT MENGKAJI MINDA

Dr Sazali berkata minatnya mengkaji tenaga minda bermula daripada pengaruh bapanya yang merupakan pengamal rawatan tradisional di Pulau Pinang.

Bapanya yang telah meninggal ketika berusia 91 tahun merupakan orang penting di sekitar kampungnya bagi mengubat pelbagai penyakit antaranya akibat terkena rasuk dan lain-lain lagi.

"Ketika berumur 10 tahun, saya selalu mengikut bapa mengubat (orang) dan dari situ timbul minat untuk mengkaji bidang ini. Sampai satu tahap saya ingin belajar sendiri ilmu perubatan tradisional," katanya.

Selepas mempelajari perubatan tradisional, timbul persoalan di hatinya bagaimana fenomena tersebut wujud dan dia mula mengkaji buku 'The Malay Magic' tulisan William Skeat yang menjurus tentang kewujudan hantu, pelesit dan perkara-perkara mistik yang diamalkan di kepulauan dan nusantara Melayu.

Beliau membuat kajian yang mempersoalkan kenapa dan bagaimana fenomena mistik sering ditakuti manusia itu wujud.

Hasil kajiannya yang bertajuk 'Mystic Craft & Mind Craft' diterima oleh University British Columbia, Kanada sebagai hasil tesisnya bagi mendapatkan ijazah kedoktoran.

Beliau juga turut mendapat pengiktirafan kedoktoran hipnoterapi dari Professional Board Of Hypnotherapy Canada setelah berjaya menyelesaikan dan menyembuhkan kes orang dalam keadaan koma dan penemuan penyembuhan melalui kaedah tersebut.

BIDANG-BIDANG HIPNOTERAPI

Selain menjalani terapi bagi mereka yang mengalami penyakit mistik, kaedah hinopsis yang dijalankan oleh SMA juga turut menjalankan beberapa program kursus jangka pendek untuk orang ramai dan juga syarikat-syarikat korporat.

Antara kursus yang disediakan ialah simfoni terapi iaitu kaedah hipnoterapi bagi mengatasi masalah trauma, fobia, sakit mental dan fizikal serta untuk keyakinan diri.

Katanya pelbagai bidang boleh menggunakan kaedah ini antaranya bidang perniagaan, sukan, hiburan dan forensik.

Dalam perniagaan pula mereka menyediakan beberapa program terapi, antaranya 'Sales Magic' dan 'Corporate Mystique'.

Sales Magic merupakan program minda bawah sedar untuk golongan yang terlibat secara langsung dengan para pelanggan, manakala program 'Corporate Mystique' akan mendedahkan syarikat-syarikat korporat kepada teknik yang diguna syarikat-syarikat gergasi dunia menguasai minda bawah sedar para pelanggan.

"Boleh dikatakan semua orang yang membuat kerja kreatif perlu masuk ke dunia bawah sedar untuk mencapai segala maklumat dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang kehidupan dari dalam diri mereka," katanya.

Bidang hipnosis forensik dan 'remote viewing' dapat digunakan bagi membantu pihak polis mendapatkan bukti ataupun mencari mangsa hilang.

Kaedah tersebut katanya telah lama digunakan oleh CIA, FBI bagi mengesan mangsa dan penjenayah, malah ahli-ahli psikologi yang membuat kajian mengenainya mendapati kaedah ini berkesan bagi mendapatkan keterangan daripada penjenayah mahupun mangsa.

KAEDAH HIPNOTERAPI

Kaedah hipnosis yang digunakan katanya telah wujud sejak 300 tahun dahulu di Amerika Syarikat dan telah dikaji oleh ramai pakar saintis dan ahli psikologi, malah ia telah digunakan sebagai kaedah utama dalam bidang psikologi.

Di SMA, ia menggabungkan kaedah hipnoterapi, psikolinguistik dan psikologi tenaga.

"Ini berbeza dari hipnoterapi biasa iaitu dengan menggunakan psikologi dan tenaga. Psikologi ini berasaskan metafizik dan semua kaedah ini digabungkan ketika membuat rawatan," katanya.

Dr Sazali berkata dalam proses hipnosis tersebut, terdapat beberapa peringkat bagi memasuki tahap bawah kesedaran awal, pertengahan dan mendalam.

Untuk mendapatkan perkhidmatan dan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Simfoni Minda Academy of Mind Science, sila hubungi 017-6399463 atau layari laman web www.simfoniminda.com

-- BERNAMA

[ Last edited bySyd at 25-9-2007 10:23 AM ]

Caranthir Publish time 4-7-2007 03:10 PM

:lol:cubaan yang bagus, tapi hal hal rohani ni lain sket..

bhc_keorange Publish time 4-7-2007 05:59 PM

makin ramai power ranger

Sonic Publish time 4-7-2007 07:13 PM

Reply #3 bhc_keorange's post

Emow Emow Emow...
kamen rider lor..hehehe...aku ingat kat Malaysia nie x ramai pkar hipnosis:o

kroit92 Publish time 4-7-2007 09:52 PM

Reply #1 Syd's post

:L :L :L :sweat3: :sweat3: :sweat3:

puterikhaleeda Publish time 6-7-2007 08:19 AM

kat mesia ni pun ada persatuannya.. cuma tak berkembang lagi... lagi pun org mesia ni suke bebeno kaitkan hypnosis dgn unsur mistik... payah sikit nak berkembang...kecuali org yg terbuka sikit fikirannya dan dapat pengalaman dari luar

emaya Publish time 6-7-2007 11:50 AM

Originally posted by puterikhaleeda at 6-7-2007 08:19 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
kat mesia ni pun ada persatuannya.. cuma tak berkembang lagi... lagi pun org mesia ni suke bebeno kaitkan hypnosis dgn unsur mistik... payah sikit nak berkembang...kecuali org yg terbuka sikit fi ...

emmmmmmmm.....aku rasa kau ni pun berpengalaman juga dalam metafizik..cuba kau bagi tips sikit ttg hipnosis ni boleh kita share pengalaman yg ada..

Syd Publish time 6-7-2007 12:36 PM

Hipnosis atasi masalah perubatan, emosi
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@nstp.com.my

Proses pemikiran kritikal dipintas ke satu tahap tidak sedar digunakan untuk perubatan sejak 1950

PERNAHKAH anda mengalihkan perhatian anak anda ketika dia meraung kesakitan akibat jatuh basikal sehingga berhenti menangis dan lupa kesakitan yang dialaminya? Atau adakah anda pernah 憈erpukau

Syd Publish time 6-7-2007 12:37 PM

Ajar minda jadi tenang
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

APABILA seorang teman memberitahu dia dapat mengatasi masalah darah gemuruh melalui hipnoterapi atau rawatan hipnosis, sukar untuk mempercayainya. Bagaimana hipnoterapi yang dilakukan dalam keadaan separuh sedar boleh meningkatkan keyakinan dalam masa singkat?

Namun, menurut teman tadi, semuanya boleh dilakukan asalkan ada kemahuan dan kesungguhan. Mendengar katanya, penulis semakin keliru, apatah lagi terbayangkan kaedah hipnosis menggunakan rantai yang dihayun di depan mata seseorang sehingga dia 慿hayal

Syd Publish time 6-7-2007 01:18 PM

Berita Harian
       
Tuesday, 09/01/2007
       
Hipnoterapi mampu bantu kawal kegemukan?

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

PERNAHKAH anda membayangkan diri anda mengalami hipnosis? Tentunya perkara pertama yang terlintas di fikiran anda apabila mendengar perkataan hipnosis ialah hayunan rantai atau pendulum di depan mata hingga menyebabkan khayal dan minda di bawah kawalan orang lain.

Namun, itu adalah kaedah konvensional yang dilakukan oleh pengamal hipnosis sejak dahulu kala lagi. Berdasarkan kajian, kaedah hipnosis dipercayai telah dimulakan sejak tahun 1743 lagi oleh Dr. Franz Anton Mesmer.

Kaedah yang dinamakan Mesmerisme sempena nama beliau, menggunakan teknik kuasa percakapan (power of words).

Menurut seorang pengamal hipnosis bertauliah, Dr. Zulkifli Alias, semuanya boleh dilakukan asalkan ada kemahuan dan kesungguhan.

Beliau menerangkan maksud hipnosis ialah keadaan separa sedar yang membuatkan seseorang tenang (fizikal dan mental) hingga membolehkan dia membuat perubahan kelakuan seperti dikehendakinya.

"Dalam keadaan ini manusia sebenarnya memulihkan diri mereka sendiri, bergantung kepada tahap ketenangan yang mampu mereka capai," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Desa, Kuala Lumpur.

Senarionya, rawatan hipnoterapi kini diterima secara meluas dalam dunia perubatan Barat, cuma di negara ini ia masih di peringkat awal. Malah ada segelintir individu yang menganggapnya sebagai satu perkara negatif yang dikaitkan dengan amalan pukau.

Kata Zulkifli, kaedah hipnosis telah diiktiraf sebagai sebahagian rawatan alternatif untuk membantu pesakit menyelesaikan masalah pada diri mereka sendiri.

Antara masalah yang boleh diselesaikan melalui rawatan dikenali sebagai hipnoterapi ialah tekanan emosi, kesukaran tidur, tiada keyakinan diri, memudahkan serta mengatasi masalah bersalin, menghilangkan tabiat merokok dan banyak lagi.

"Ramai wanita di pertengahan usia turut mengamalkan hipnoterapi untuk menurunkan berat badan dan menaikkan seri wajah," tambahnya.

Menurut Zulkifli, pesakit perlu berasa selesa dan dia perlu mencatatkan impian atau sasarannya supaya perkara tersebut boleh disebut ketika minda pesakit dalam keadaan separa sedar.

"Pesakit tidak perlu bimbang kerana mereka berhak membawa rakan atau ahli keluarga untuk menemani sepanjang proses hipnoterapi berlangsung."

"Terdapat banyak cara boleh dilakukan untuk mencapai minda separuh sedar sama ada berbaring atau duduk mengikut keselesaan pesakit. Pesakit mungkin diminta membayangkan keadaan yang selesa dan pendengaran ditumpukan kepada suara pengamal hipnoterapi," jelas Zulkifli.

Malah, pesakit tidak perlu risau kerana mereka boleh kembali ke minda sedar sepenuhnya pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.

"Dalam perawatan, mereka diminta untuk menenangkan diri dan membayangi diri mereka seperti yang dikehendaki, pengamal hipnoterapi pula akan membantu menerusi tutur kata dan itulah keajaiban minda di bawah sedar," ujarnya.

Untuk rawatan hipnoterapi menurunkan berat badan atau hipnoslimming, pesakit perlu melalui tiga proses iaitu membayangi, mempercayai dan sentuhan.

Bagaimanapun, Zulkifli menegaskan, hipnoterapi bukan bertujuan mengambil alih rawatan moden, sebaliknya melengkapkan kaedah rawatan sedia ada bagi kebaikan pesakit. Ia sebagai rawatan alternatif asalkan mereka yakin dan percaya dengan cara yang dipilih.

"Yang paling penting kaedah hipnoterapi tidak menggunakan sebarang ubatan dan tiada kesan sampingan," tambahnya.

Kesan hipnoterapi ini juga berbeza antara individu. Ada yang memerlukan hanya lima jam untuk menampakkan keberkesanan, bergantung kepada tahap ketenangan masing-masing.

Sementara itu, pengamal hipnoterapi dari London College of Clinical Hypnosis, Sheila Menon berkata, rawatan hipnosis klinikal boleh membantu individu bermasalah.

Malah, tiada sesiapapun berhak dihipnosis tanpa keizinan individu itu sendiri.

Kata Menon, ia boleh dilakukan dengan memberi cadangan positif kepada minda separuh sedar tadi oleh pengamal hipnoterapi.

"Hipnosis ialah cara paling berkesan untuk kita berhubung atau berkomunikasi dengan diri sendiri yang dalam keadaan bawah sedar."

"Wanita sering mengalami masalah kegemukan terutama selepas melahirkan anak. Akibat daripada kegemukan tersebut ramai di antara mereka yang hilang keyakinan diri, mengalami tekanan, gangguan emosi dan malu untuk tampil di khalayak ramai," ujarnya ketika membentangkan ceramah sempena Simposium Kesihatan Wanita Antarabangsa 2006, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Lebih malang menurut Menon lagi, tidak ramai daripada wanita ini dapat meredakan gangguan emosi akibat masalah kegemukan dalam jangka masa singkat.

Biasanya, ia berlanjutan hingga masalah baru timbul dan badan akan menghasilkan lebih banyak hormon tekanan. Akibatnya, paras hormon tekanan akan berganda daripada normal.

Kata Menon, antara cara terbaik mengawal berat badan melalui rawatan hipnoterapi ialah belajar berehat dan bertenang.

Namun, dua perkara ini lebih mudah diucap daripada dilaksanakan, tetapi ia bukan mustahil untuk dicapai.

Menon menjelaskan, hipnosis untuk menurunkan berat badan boleh dilakukan sendiri dengan berbaring di katil dan rehatkan semua otot serta lapangkan fikiran.

"Kemudian bayangkan perkara yang anda ingin lakukan. Gunakan imaginasi seolah-olah anda melakukan perkara berkenaan. Ia juga cara terbaik untuk mengatasi perkara digeruni seperti darah gemuruh."

"Kaedah hipnosis sendiri ini jika diamalkan selama 21 hari boleh membantu memupuk sifat positif, keyakinan dan keupayaan diri. Apabila mahir, ia boleh dilakukan di mana saja, termasuk ketika menunggu kenderaan awam supaya anda sentiasa tenang."

"Namun paling penting ialah kesungguhan kita untuk memupuk sifat positif dalam diri," katanya.

Tips mengelakkan pemikiran dikuasai :

    * Apabila berjalan seorang diri jangan memikirkan satu perkara sahaja terutama apabila berada di tempat yang ramai orang. Caranya; menyanyi dalam hati.

    * Jangan berkhayal terutama di tempat sibuk.

puterikhaleeda Publish time 6-7-2007 04:23 PM

Originally posted by emaya at 6-7-2007 11:50 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif


emmmmmmmm.....aku rasa kau ni pun berpengalaman juga dalam metafizik..cuba kau bagi tips sikit ttg hipnosis ni boleh kita share pengalaman yg ada..

manede.... haku ni penoreh gotah jo kek jempol

emaya Publish time 6-7-2007 04:24 PM

fuhhhhhhhhh....panjangnya penjelasan...aku tanya sikit saja..dia punya tips/shortcut ka..
hipnosis ni tak dak ka yg xpress.
5 jam baru ada kesan..huhhh..lama tu.Boleh cari makan ka dengan hipnosisi ni....

Setahu akulah hipnosis dengan pukau ni lebih kurang saja........semuanya kelebihan mengawal minda bawah sedar.

Dulu aku ada seorg kawan,..pakar juga dlm bidang ni samada hipnosis/pukau aku pun tak tanya..kallau dia mengubat orang dia cuma pegang dahi saja terus pesakit tu trance..........tanyalah pesakit tu apa soalan pun mesti dia jawab.dan suruh buat apa pun mesti diikutnya...bunyi tu macam pukau tapi kawan aku ni pernah mengikuti kursus hipnosis beribu2 ringgit.....
dimana.......wallhualam.Mau juga aku belajar kursus macam ni..kalau ada.

paler kembang Publish time 6-7-2007 07:00 PM

tak paham aku, sebab aku kira hipnotise tu sama dgn pukau jer...
macam hipnotise awek untuk romance ;P

harjo07 Publish time 7-7-2007 10:40 AM

Reply #13 emaya's post

apa yg kau merepek ni emaya..hipnosis dengan pukau ni 2perkara yg berbeza.

Hipnosis ni lebih kepada mengarah minda bwh sedar sebab tu dia ada suggesti pujuk rayu/bayangan untuk menenangkan fikiran dulu...dan seterusnya.

Pukau ni pulak ganas sikit..kau suka atau tidak dia dah dapat menguasai minda bawah sedar kau dan ikut apa yg disuruh tanpa kau sedari.

GRINDSAKHTANIC Publish time 7-7-2007 02:09 PM

kalau orang yang ada masalah tidur,boleh jugak nih kene hiposis.....eh...pemende disebut tuh....???hitosis??hipokritus??ehh....hippotetemus...????(terbelit lidah aku...)

bhc_keorange Publish time 7-7-2007 04:32 PM

Originally posted by harjo07 at 7-7-2007 10:40 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
apa yg kau merepek ni emaya..hipnosis dengan pukau ni 2perkara yg berbeza.

Hipnosis ni lebih kepada mengarah minda bwh sedar sebab tu dia ada suggesti pujuk rayu/bayangan untuk menenangkan fik ...
sama jela dua dua ni cuma cara je lain

rdzy Publish time 8-7-2007 04:26 PM

Originally posted by bhc_keorange at 7-7-2007 04:32 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

sama jela dua dua ni cuma cara je lain

emmmmmmmmmm...............images/smilies/3shakehead.gif

emaya Publish time 10-7-2007 05:21 PM

Reply #11 Syd's post

tn syd..mlm tu diTV8 jam 9.30 ada program exposed mistik..........cerita berkaitan hipnosis dan pukau.ko tak tengok ka ,rugi....klu tak tengok.

aku pun sempat tengok sikit saja.10 min..klu tak silap aku, tok guru yg kau sebuttu ada buat demo hipnosis.........tapi tak brape clear.

mungkin ada yg dah tengok tu, boleh cerita2 sikit disini full versionnya.

falcon_9009 Publish time 12-7-2007 01:13 AM

aku pon dah terkene hip hop abes sume dah..:eek:

GRINDSAKHTANIC Publish time 12-7-2007 07:25 AM

bukan takat hip hop dahhh.....hip hip horrey pun dah....
Pages: [1] 2
View full version: Hipnosis


ADVERTISEMENT