badreena Publish time 27-6-2007 12:07 AM

klu berhenti dr tentera(TUDM)

apa procedure berenti dr tentera?
dpt tak duit pampasan or duit tabung?
klu lari dr tugas kena tahan ker?
sekian terima kasih

[ Last edited bybadreena at 21-9-2007 02:03 PM ]

tangopapa Publish time 27-6-2007 12:40 AM

Reply #1 badreena's post

Sistem sedia ada tak seteruk ini melainkan lu x de kena mengena dengan tentera...;P

xwo2gk Publish time 27-6-2007 08:37 AM

Reply #1 badreena's post

Buat apa dah masuk bidang Ketenteteraan nak keluar masuk pulak?
Jangan nak sama kerja ini dengan kerja syarikat Swasta., hari ini masuk dan besok keluar. Kalau begitu nampak susah nak keluar... bila senang nak kerja lama.

Saya nasihat kan biar kerja sampai pencen ...bukan lama sanagat 21 tahun je.

yipun78 Publish time 27-6-2007 08:41 AM

Reply #1 badreena's post

Bad tanya ni untuk bf Bad yang keje Epos tu ke?

badreena Publish time 27-6-2007 08:54 AM

Reply #4 yipun78's post

taklah.....saja nak tau apa procedure nya memandangkan banyak yg cakap nak berenti.....diaorang cakap ada double standard ar...

badreena Publish time 27-6-2007 08:55 AM

Reply #3 xwo2gk's post

klu yg kontrak hanya utk 10 tahun mcm mana?ni utk tudm....airforce?
betul ker kena tahan dkt penjara tentera nnt klu lari dr tugas?

badreena Publish time 27-6-2007 09:08 AM

Reply #2 tangopapa's post

but as civilian....bad bole tahu kan.....

powerwoot Publish time 27-6-2007 09:26 AM

Cerita pasal nak keluar dari tentera pada tahun 2007 ni, rasanya satu trend yg menentang arus. Saya difahamkan dari rakan2 yg terlibat dalam pengambilan rekrut, setiap kali pengambilan baru dibuka, sambutan seringkali adalah diluar jangkaan, kadangkala melebihi kuota mengikut tempat dan daerah, terutamanya navy dengan permohonan melebihi 100% dari jumlah kouta. Sambutan dari kalangan kaum hawa juga mengalakkan walaupun hampir sedekad sebelum ni kerjaya tentera bagaikan taboo dalam masyarakat.

ulartedung Publish time 27-6-2007 09:16 PM

nak berenti tentera ni kalau dah masuk susah sikit.dah masuk dia kena
sambung perkhidmatan setiap lima tahun kalau tak silap aku le.nak berenti antar surat letak jawatan macam awam tak boleh.kalau dah sain
sambung kata sampai 11 tahun kena kerja terus le sampai 11 tahun.tu yg ada berenti 11,13,15.kalau lari dari tugas,sekarang ni,polis
tentera tak cari dah,tapi jadi macam pendatang haram le sebab takde
ic.askar ni ada bat c 10 tu macam ic la.tapi kena renew tiap tahun.tapi kalau dapat tangkap teruk le kena lanyak.kadang dia hukum tahanan
di balai pengawal je untuk 2 -3 bulan ke.tapi tak leh berenti.kecuali le
masa masuk mahkamah tentera tu dijatuhkan hukuman berenti boleh berenti le.tapi kena lanyak tetap kena.sebab tu kena fikir betul betul
sebelum masuk tentera.kalau dah masuk susah nak keluar.kalau masuk pusat tahanan tentera lagi teruk kena lanyak.:lol: :lol: :lol:

razhar Publish time 27-6-2007 09:21 PM

wa cadangkan g saman je kalu tak bleh resign...:lol: ;P

ToyotaWish Publish time 27-6-2007 11:10 PM

Reply #1 badreena's post

banyak prosedur dalam perkhidmatan....contohnya kena cukupkan tempoh perkhidmatan yang diwajibkan.
tiada sebarang kes....,dapatlah pampasan kalau segala syarat dipatuhi.kalau lari dari kerja,kena penjaralah....;P

tangopapa Publish time 28-6-2007 09:59 AM

Originally posted by badreena at 27-6-2007 09:08 AM
but as civilian....bad bole tahu kan.....

Bleh, no problemo...

Wa nasihatkan lu supaya lu nasihatkan bf lu tu fikir panjang klu nak berhenti....jarang ada org yg ambik keputusan utk berhenti kerana tak tahan keje dgn atm...you'll be really stupid coz of saying that..the reality is - outside the armed forces life is more tough then you think it is good for you....so, buat apa berhenti? gaji dah naik, kemudahan ATM adalah yg terbaik (perubatan, perumahan, pendidikan, kebajikan, sarahidup dll) di dlm negara...it will cost you outside....melainkan bf lu tu ada bisnes atau potential bisnes yg bf lu tu sungguh2 nak usahakan...tp biasanya hangat2 tahi ayam je la...lepas tu menyusahkan jabatan HE veteran kerana x de kerja dan duk kat rumah setinggan dgn makan nasi berlaukkan garam hari2....kemudian mengadu kat TV3 konon ATM x ambik tahu pasal kebajikan bekas anggota?

Mengikut pengalaman saya ( This is not fact;P ) majoriti anggota yang berhenti (sebelum pkhidmatan 21 tahun) dari ATM, bermasalah selepas berhenti krn tak bleh adapt dgn keadaan real world....

Sekali lagi nasihatkan dia...JANGAN BERHENTI DAN JANGAN JADI BODOH....:C sebab klu dia boleh tahan sampai 10 tahun, kenapa tidak 10 tahun lagi?

bayo Publish time 28-6-2007 12:39 PM

Aku pernah dengar dari orang-orang tua pesara ni cakap, askar ni sebenarnya
BUKAN KERJA TETAP. Sebab apa, kalau ko pangkat rendah masuk masa umur 18
tahun, masa umur 40 tahun nanti ko kena cari kerja baru, bersaing dengan orang-orang muda lepasan Universiti. Jangan cerita la pasal pencen sebab duit kita susut nilai minima 6% setahun卪aksudnya pencen RM1000 sebulan, 10 tahun nanti nilainya dah bukan RM1k lagi, masa tu umur kau baru 50 tahun. kalau anak-anak kau
berjaya masuk Universiti pun, belum tentu dia dapat kerja, ramai yang mak bapak
kena tanggung lagi bila dah grad...

Masa tu ko dah ada nak bini. Kalau ko pegawai, hanya yang pangkat BERBINTANG aje pencen macam kakitangan awam lain卻elain dari tu akan kerja masuk pasaran
kerja balik

mat_toro Publish time 28-6-2007 02:10 PM

Reply #13 bayo's post

Askar (pegawai) umur berenti ikut pangkat laaa... itu hanya applicable for Jeneral jerr... kalau dah umur 65 nak jadik platun/kompeni/battalion commander memang sakit laaa... mana masuk akal... bab adil atau tak lepas berenti askar still kena kerja tuh aku rasa kena terima gak laa... dah namanya pengorbanan... takde sapa kat pengorbanan nyawa & anggota badan jerr... dia sebut pengorbanan sebab nak kena korban semua... nyawa, anggota badan, kemewahan, masa bersama family, kekadang korban duit sendiri lagi, tenaga takyah cakap la, korban perasaan pun satu gak etc etc...

Sapa suruh masuk tentera,
sudah tahu ianya penyakitttt....:lol:

caricari Publish time 28-6-2007 02:21 PM

Originally posted by badreena at 27-6-2007 08:54 AM
taklah.....saja nak tau apa procedure nya memandangkan banyak yg cakap nak berenti.....diaorang cakap ada double standard ar...


anak murid aku yg asko pun baru je letak jawatan...dia ni pompuan...pada hal dah berada di tahap comfort zone dah..mcm yg ko sebut, dia kata ada double standard kerana dia pompuan muda yg dah pangkat tinggi..sedangkan ada yg 40-an tak dapat lg mcm yg dia dapat skrg..kesian lak aku tengok..bukan senang nak capai tahap tu, tiba2 resign la pulak..now dgr citer nak tinggalkan 10% jek pompuan dalam tentera..betul ke?

saje la nak tanya, kalo pompuan tu layak utk mendapat pangkat yg tinggi itu, nape nak menafikan kelayakannya kan? tak paham lak aku..aku tanya ni bukan la sebab aku pompuan, tapi ye la, dah bersusah payah kerja keras hingga ke satu peringkat yg tinggi, tiba2 nak berhenti kerana sebab begitu..hilang dah satu kepakaran sebelum waktunya walaupun leh diganti dgn yg lain...

mat_toro Publish time 28-6-2007 02:32 PM

Reply #15 caricari's post

Bagi setiap pompuan yg frust camtu ada 10 pegawai jantan yg kena nasib yg sama...

caricari Publish time 28-6-2007 02:41 PM

Originally posted by mat_toro at 28-6-2007 02:32 PM
Bagi setiap pompuan yg frust camtu ada 10 pegawai jantan yg kena nasib yg sama...


laaaa...ye ke...sayangnya kalau kepakaran2 yg ada tu dibiar begitu aje...

mat_toro Publish time 28-6-2007 02:47 PM

Reply #17 caricari's post

beginilah nasib diriku yg malang oh Tuhannn.... :lol:

yipun78 Publish time 28-6-2007 02:56 PM

Reply #18 mat_toro's post

Berkorban apa saja ler boss aisehmen tu lah dulu suh gi amik course lain lu gak yang pilih jadi sojar mah :P"Bersedia Berkhidmat dan Berkorban untuk Negara"

mmc Publish time 28-6-2007 02:59 PM

Reply #19 yipun78's post

ko jangan pun..ko tak tau..mat ni abis service karang boley pilih mana mau kerja tu...trade dia gila babey punya demand..bukan aja padang pasir, kat kutub pun boley kerja kalau mau...itu belum lagi masuk atau terajui JP Inc tu..;P
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: klu berhenti dr tentera(TUDM)


ADVERTISEMENT