fleurzsa Publish time 26-10-2010 04:31 PM

TINDAKBALAS ESTETIK (AESTHETIC RESPONSE)

Tindak balas spontan terhadap karya

Berlaku pada karya dan pada alam

Tindakbalas pertama terhadap karya adalah lazim berkaitan dengan kualiti karya atau alam yang dilihat. Cth, cantiknya warna bunga tu atau sapuan warna yang menarik.

Aspek kualiti berkaitan dengan kualiti literal, kualiti rekaan dan kualiti ekspresif.

fleurzsa Publish time 26-10-2010 04:32 PM

Kualiti Literal – rujuk kepada keupayaan pengkarya menghasilkan karya secara realistik melalui peniruan terhadap alam sekeliling.

Kualiti Rekaan – Rujuk kepada kaedah menyusun elemen dan prinsip seni dalam sesuatu hasil karya.

Kualiti Ekspresif atau Kualiti Emosi – berkaitan dengan tindakbalas emosi, mood dan idea penonton yang mengamati karya.

fleurzsa Publish time 26-10-2010 04:37 PM

Pilih karya yang berkualiti – karya seni mempunyai standard dan kualiti mengikut jenisnya.

Mempunyai Kepelbagaian Media dan Teknik

Kepelbagaian Gaya, Budaya dan Artis – latarbelakang dan budaya artis perlu diberi perhatian.

fleurzsa Publish time 26-10-2010 04:39 PM

Post Last Edit by fleurzsa at 26-10-2010 16:41

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ESTETIK

    Membantu membina perkembangan artistik emosi dan kognitif

Meningkatkan Kefahaman Terhadap Imej Bahasa Visual – dapat mempeljarai gaya bahasa tampak .

Menyemai kefahaman Terhadap Satu Sama Lain – memberi kesedaran bahawa tidak semua orang melihat karya dengan cara yang sama.

Meningkatkan Keupayaan Pemikiran – dapat membuat perbandingan, perbezaan, menganalisa dan menilai karya.

Menggerakkan daya pemikiran

alinorlina Publish time 12-10-2012 05:15 PM

masih x faham maksud estetik nih......:mad:

fleurzsa Publish time 17-8-2013 05:04 PM

alinorlina posted on 12-10-2012 05:15 PM static/image/common/back.gif
masih x faham maksud estetik nih......

Kalo dlm karya Monalisa.. estetika berbentuk kecantikan, kemewahan,
Kalo dlm karya The Scream.. estetika berbentuk kecelaruan, ngeri

Dzulqarnain Publish time 13-12-2013 07:51 AM

Yg cantik², yg indah², yg harmoni, yg selesa pandang-dengar juga citarasa...what soothes the heart - Hawa
Pages: 1 [2]
View full version: Estetik / Estetika


ADVERTISEMENT