Syd Publish time 13-6-2007 05:15 PM

Prosedur dan panduan jenayah [tangkapan polis, lokap, etc]

salam.


nak tanya pasal;

- kalu ditahan/ditangkap polis
- prosedur di balai
- hak2 orang yang di tahan
- lokap / reman
- jaminan (jenis2 & prosedur)
- dan prosedur seterusnya
- panduan + tips dari sudut perundangan

Defcon Publish time 7-12-2008 08:57 PM

Originally posted by Syd at 13-6-2007 05:15 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
salam.


nak tanya pasal;

- kalu ditahan/ditangkap polis
- prosedur di balai
- hak2 orang yang di tahan
- lokap / reman
- jaminan (jenis2 & prosedur)
- dan prosedur seterusnya
- pandu ...

Menarik info ini. saya pom ingin mengetahui jugak. ada kengkawan leh kasik info?

cramer Publish time 7-12-2008 10:38 PM

try utk jawab skali imbas berdasarkan pemahaman aku..

- kalu ditahan/ditangkap polis
*polis terikat dgn undang-undang iaitu sek. 28A CPC dan Perkara 5(3) Perlembagaan untuk memberitahu org yg ditangkap sebab dia daitangkap.

- prosedur di balai
*nie terlalu subjektif nak jawab ... kena tgk keadaan dan kes kot.

- hak2 orang yang di tahan
*selepas ditahan org yg ditahan @ ditangkap, sesorg itu boleh minta utk berhubung dgn Lawyer dan ahli keluarga. segala cost perhubungan adalah percuma.

- lokap / reman
*polis berhak untuk memohon reman dibwh Sec 117 CPC jika mendapati siasatan terhadap sesog itu x dpt siap dlm tempoh 24 jam. kelulusan permohonan reman, samada diluluskan atau dibebaskan dan berapa lama ditahan reman terletak pada majistret @ mahkamah.

- jaminan (jenis2 & prosedur)
*kebiasaan jamin ada 2 jenis - Jamin oleh polis dan jamin oleh mahkamah.

my 2 cents....

Syd Publish time 9-12-2008 12:39 PM

Reply #3 cramer's post

nanti nak share gak lah

pengalaman2 sesape yang dah masuk ke dalam nih

geng_tx Publish time 9-12-2008 04:15 PM

teringat zaman muda muda masa main gig kat ipoh sana,

setiap kali gig, musti ada org yg edarkan flier percuma cara cara / apa yg perlu dilakukan apabila di tangkap pulis...

tapi dah lama sangat...... aku dah tak ingat...

philipinoe2 Publish time 10-12-2008 08:09 AM

kekdahnyer:-

1. polis boleh tahan sape2 kalu die mempunyai "reasonable suspicion"..

2. kalu polis nk tahan, die kene baca cautioned statement ie. statutori right detained person..

3. lepas ditahan, orang kene tahan (OKT) akan di bawa ke balai berhampiran atau balai yg mempunyai jurisdiksion utk direjister..

4. lps rejister OKT, polis akan kol famili OKT..

5. OKT akan di bawa utk di interogeted/soal siasat oleh investigating officer (IO) in charge...ni tmasok la proses2 tocer, saiko, dera dalaman etc...:lol:

6. in law, OKT ada hak utk ditemani loyer mase proses interogatori...in prektis, polis bolayan hak tesebot...:$

7. polis ade 24 jam utk interoget OKT...lps tu same ade OKT dilepaskan sbb xde kes, or kene bwk OKT ke majistret utk dibace pertuduhan kalu ade kes or di tahan reman sbb soal siasat belum selesai...:'(

8. hari tahan remand ikut jenies offence...subject to exension by majistret..

9. kalu OKT direman, OKt akan di bawa ke lokap balik utk sambung proses soal siasat...

10. da selesai sumer soal siasat, br polis decide utk charge OKT sbb ade cukop bukti or lps OKT sbb x cukop bukti...:loveliness:

11. kalu OKT didakwa, OKT akan di bawa ke majistret pade hari ditetapkan oleh majistret...utk di baca pertuduhan...dan diambil/direkod pengakuan OKT: plead guilty or inesen..

12. kalu OKT plead guilty, majistret akan fix nu date utk proses mitigation/mengurangkan hukuman oleh OKT dan jatuh hukom..then OKT akan di bawa balik ke lokap..

13. kalu OKT plead not guilty, majistret akan fix nu date utk OKT lantik loyer/bicara...

14. OKT berhak utk diikat jamin sementara dijatoh hukom/bicara kalu offence tesebot dlm kategori bailable under Penal Code...

15. jumlah/care bail akan dirikues oleh pihak pendakwa, contoh 100K with 1 sureties, 10K, 4K for each offences... subject to mitigation by OKT, contoh saye tak bekerja, im sole breadwinner, jd mintakkan kurangkan kpd 100,1,5 posen... then majistret decide..:$

16. ataupon mengikut budi bicara polis or jenis offences tesebot, OKT akan dilepaskan dengan ikat jamin polis...:loveliness:

medangmru Publish time 10-12-2008 08:13 AM

Balas #6 philipinoe2\ catat

Wahhhhhhhhh...bagus info ahkak ni...:D :D

Syd Publish time 10-12-2008 12:52 PM

Reply #7 medangmru's post

awam kena tahu benda nih semua

kalau tak

masak laa ko kena buli

:)

fariepari Publish time 11-12-2008 03:02 PM

Reply #6 philipinoe2's post

ahkak nih mcm majistret la :loveliness:   :loveliness:

philipinoe2 Publish time 11-12-2008 05:09 PM

Balas #9 fariepari\ catat

:$ :$ :$

ahkak cume ahli music...:( :( :(

Defcon Publish time 11-12-2008 10:51 PM

Originally posted by philipinoe2 at 11-12-2008 05:09 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
:$ :$ :$

ahkak cume ahli music...:( :( :(

Ahaaa.. makcik pulak suka ahli music.. hehehe akak nie main live band ka?

Syd Publish time 23-1-2009 11:44 PM

bZYpm1W-K08


katanya ni sbb didera teruk waktu tahanan

[ Last edited bySyd at 25-1-2009 10:44 PM ]

Syd Publish time 23-1-2009 11:53 PM

yang ni plak,

katanya disiram air panas waktu sesi soal siasat waktu kat lokap

bayangkan...aduh..sakit
menggelegak siot..dada
mesti meraung2 tahap gaban...ntah2 terus pengsan

ngeri nye nengok


http://2.bp.blogspot.com/_sEyw6txVACs/SVtt5c873VI/AAAAAAAACQM/ve0kZ8lU0yk/s400/boiling+water+victim.jpg

http://1.bp.blogspot.com/_sEyw6txVACs/SVttzS5u2VI/AAAAAAAACQE/M7PF_rOaJeU/s400/boiling+water+victim+2.jpg

:funk:

Syd Publish time 23-1-2009 11:54 PM

Reply #12 Syd's post

Kes Kematian Kugan Diklasifikasi Kes Bunuh

PUTRAJAYA, 23 Jan (Bernama) -- Kematian suspek curi kereta A.Kuhan ketika dalam tahanan polis dikategorikan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini sebagai kes bunuh, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T. Murugiah.

Beliau berkata Abdul Gani menghubunginya pagi ini bagi memberitahu tentang perkara itu, untuk dimaklumkan kepada anggota keluarga mangsa serta orang awam.

"Beliau (Abdul Gani) telah mengarahkan pihak polis untuk membuat siasatan rapi dan sekiranya proses siasatan berjalan lancar, kemungkinan besar orang yang terlibat akan didakwa di mahkamah minggu depan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Murugiah meminta agar ahli keluarga mangsa supaya memberi kerjasama penuh dalam siasatan yang akan dijalankan.

"Dalam hal ini, kita kena beri kerjasama dan kita tak boleh menuduh mana-mana pihak," katanya.

Kuhan, 22, ditahan reman sejak minggu lepas kerana didakwa terlibat dalam kes samun kereta mewah, sebelum meninggal dunia ketika dalam tahanan pada 11 pagi Selasa lalu.

Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian KuHan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair.

Murugiah berkata beliau turut menerima aduan daripada anggota keluarga Kuhan, yang antara lain tidak berpuas hati dengan laporan bahawa mereka membuat kecoh di rumah mayat Hospital Serdang, sedangkan mereka cuma merayu untuk melihat mayat Kuhan setelah lapan jam menunggu.

Katanya, mereka juga mendakwa pihak polis gagal memaklumkan kepada ibu bapa atau ahli keluarga terdekat Kuhan dalam masa 24 jam setelah dia ditahan.

"Aduan ini akan saya majukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok supaya dapat diangkat dalam mesyuarat kabinet akan datang untuk dibincangkan," katanya.

Dalam pada itu, Majlis Peguam menyambut baik pengumuman Peguam Negara yang menyifatkan kematian A. Kugan dalam tahanan polis sebagai kes bunuh.

Menurut kenyataan akhbar presidan majlis itu, Datuk Ambiga Sreenevasan, "tindakan pantas dan serius oleh pihak berkuasa, termasuk siasatan segera, adil, telus dan menyeluruh terhadap kematian dalam tahanan oleh sebuah jawatankuasa bebas" diperlukan.

"Kami percaya perhatian tidak sewajarnya tidak diberikan kepada insiden di rumah mayat. Ia mencerminkan reaksi orang-orang yang difahami marah dan emosional tentang kematian A.Kugan yang mengejut dan tidak dapat dijelaskan," kata Ambiga.

Beliau juga berkata tragedi seumpama ini menimbulkan keperluan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas mengenai Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

Suruhanjaya ini hendaklah berfungsi dengan bebas dengan sebuah badan penyelia luar bagi menyiasat aduan mengenai kakitangan polis dan menentukan polis bertanggungjawab terhadap tingkahlaku mereka.

"Kami juga menggesa pihak berkuasa mempercepatkan siasatan yang sedang berjalan terhadap kematian lain dalam tahanan. Kami bimbang kematian dalam tahanan ini akan akhirnya hanya menjadi perangkaan," tambahnya.

-- BERNAMA

jcc03270522 Publish time 26-7-2013 09:35 AM

1.kes samun blh ikat jamin x?
2.biasanya dlm soal siasat brp ari?
3.dah tangkap kena lokap brp ari?
4.kes samum akan penjara x?
5.blh panggil lawyer x?

Syd Publish time 6-8-2013 09:00 PM

link nih pung banyak info tuk kita;

http://www.ptfmalaysia.org/REDBOOK-BM.pdf

Syd Publish time 6-8-2013 09:04 PM

Hak-hak anda bila ditahan polis Malaysia

RED BOOK (BAHASA MALAYSIA)

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam,

Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; "Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda."

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah: Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna:

• Biru: Berpangkat Inspektor dan ke atas.

• Kuning: Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.

• Putih: Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 Pengenalan Diri Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Bilakah anda ditahan

Anda ditahan apabila anggota polis itu:

• menjawab "ya";

• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau

• menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Penyataan saksi/112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).

• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.

• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.

• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.

• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.

• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.

• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.

• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?" Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?" Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:

1. Keluarga atau rakan; dan/atau

2. Seorang peguam.

Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka:

• yang anda telah ditangkap;

• masa, tempat dan alasan ditangkap;

• Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:

• Di Balai Polis, atau

• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM

6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:

• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau

• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.

Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapans eorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:

• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;

• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;

• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;

• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;

• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;

• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan

• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.

• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.

• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda

• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:

1. Bantah;

2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan

3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.

8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian

• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.

• Anda ditangkap.

• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah- pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 Hak anda

• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.

• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda

Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda bolehmenggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 0

kebudakan Publish time 22-11-2015 10:53 PM

nak tanya... berapa lama polis boleh tahan remand ye..
Pages: [1]
View full version: Prosedur dan panduan jenayah [tangkapan polis, lokap, etc]


ADVERTISEMENT