alifinara Publish time 6-6-2007 11:36 AM

Keladi Kemoyang

Assalamualaikum semua....:)

Ini pertama kali saya nak bukak thread kat HG ni. Kalau salah harap tunjukkan.

Saya sangat berminat dengan Keladi Kemoyang ni. Ada beberapa forumers yg pernah posting berkenaan dgn Keladi Kemoyang dlm thread lain, jadi saya pastekan semula di sini.

So sambung borak pasal Keladi Kemoyang ni kat sini ekkk...

Tq.

alifinara Publish time 6-6-2007 11:40 AM

Posted by Razifah:

KELADI KEMOYAN

Sekali dilihat pokok ini umpama pokok keladi. Pokok ini merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga keladi.Ia tidak mempunyai isi yang boleh dimakan.Namun begitu pucuknya enak dimakan dengan nasi.

Caranya adalah dengan membuang kulit ari batang pucuk tersebut dan dicelur terlebih dahulu dan dimakan bersama nasi samada dengan budu dan cincalok.Memakan pucuk ini selalu menjadi amalan masyarakat kampung terutama bagi wanita yang baru lepas bersalin.Ia mampu menyembuhkan luka-luka dalam dan menguatkan kembali tenaga yang hilang.

Pucuk ini juga enak dimakan jika dijadikan kerabu.

http://agrolink.moa.my/jph/kelantan/kemoyan.JPG

[ Last edited byalifinara at 7-6-2007 08:28 AM ]

alifinara Publish time 6-6-2007 11:46 AM

Posted by Syd:

Keladi kemoyang mudahkan bersalin
Oleh RAMLI ABDUL KARIM

http://i103.photobucket.com/albums/m153/alifinara/kemoyang-1.jpg

BAGI golongan wanita, melahirkan anak merupakan saat-saat paling genting terutama bagi mereka yang kali pertama bersalin.

Pada masa itu mereka terpaksa mengerah keringat dan kudrat di samping menguatkan semangat, kesabaran dan ketabahan.

Bersalin secara normal memanglah pilihan setiap wanita. Namun sesetengah ibu menghadapi kesukaran untuk melahirkan bayi mereka sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

Sebelum bersetuju untuk menjalani pembedahan, setiap ibu akan berusaha sedaya upaya melahirkan bayi mereka secara normal.

Walaupun kemungkinan sama ada bersalin secara normal atau pembedahan bergantung kepada kedudukan dan perkembangan bayi serta sifat fizikal ibu, namun terdapat juga cara untuk memudahkan kelahiran.

Dalam perubatan tradisional berasaskan herba, pokok KELADI KEMOYANG atau nama saintifiknya Homalomena pendula daripada keluarga araceae dipercayai boleh membantu mempermudahkan ibu-ibu bersalin.

Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, pokok keladi kemoyang selalu dijadikan selusuh oleh ibu dan bakal-bakal ibu.

Kata beliau, selalunya seluruh pokok termasuk daun dan akarnya direbus sebelum air rebusan diminum oleh wanita yang akan bersalin.

``Pengambilan rebusan pokok keladi kemoyang ini biasanya dilakukan beberapa minggu dari tarikh jangkaan bersalin.

``Air rebusan ini boleh membantu proses kelahiran bayi malah kadang-kadang ibu-ibu tidak perlu terlalu meneran ketika bersalin,'' kata Tajuddin.

Beliau memberitahu, daun keladi kemoyang juga selalu dijadikan ramuan mandian lepas bersalin di samping dijadikan alas tungku.

Kata Tajuddin, selain itu keladi kemoyang turut digunakan untuk mengubati kembung perut iaitu dengan melayurkan daunnya di atas api sebelum ditekapkan dan dibalutkan pada perut.

``Sebelum dilayur dan ditekapkan di atas perut, daunnya perlu disapukan dengan minyak terlebih dahulu,'' jelasnya.

Selain itu, pokok keladi kemoyang yang dihancurkan boleh menghilangkan bau hanyir ikan.


[ Last edited byalifinara at 7-6-2007 08:28 AM ]

mizahanan Publish time 6-6-2007 11:53 AM

Reply #3 alifinara's post

baru first time dgr keladi kemoyang, buley dijadikan hiasan jugak ke alfi?

alifinara Publish time 6-6-2007 12:00 PM

Reply #4 mizahanan's post

Saya pun first time Miza, bila baca posting Syd yg kata boleh memudahkan bersalin tu, saya begitu teruja.

Memang ada yg buat sbg hiasan pun. Saya tgh order benih dr Kedah, tunggu 'abang' tu dtg KL.

alifinara Publish time 6-6-2007 12:02 PM

Posted by Haniman:

Pokok kemoyan ni sedap masak.Rupanya cantik juga yer bila ditanam dalam pasu untuk hiasan.Selalunya kita tengok pokok ni tumbuh disemak-semak.

[ Last edited byalifinara at 7-6-2007 08:29 AM ]

alifinara Publish time 6-6-2007 12:10 PM

kemoyanghttp://melur.com/images/myherba/kemoyang.JPG Nama Tempatan:kemoyangNama Saintifik:Homalomena sagittifoliaNama Lain:keladi KemoyangFamili:ARACEAELokasi dijumpai:Tumbuhan liarAsal:keterangan:Kemoyang ialah sejenis keladi liar yang mudah dijumpai dikawasan belukar atau hutan hujan tropika.Ia mempunyai ubi yang mempunyai bau wangi. Daunnya menyerupai daun keladi lain dengan permukaan daunnya yang licin dan berkilat.Bunganya yang berbentuk tirus berwarna merah boleh dijumpai tersembunyi dibawah daunnya, dicelah-celah rumpunnya. Ia membiak melalui anak yang akan terhasil dari rizomnya.
kegunaan:ubi atau isi kemoyang banyak digunakan dalam perubatan melayu tradisional terutamanya untuk mengubati demam panas (high fever). Isinya direbus dan air rebusan ini diminum.Kemoyang popular sebagai tumbuhan untuk wanita selepas bersalin. Daunnya dijadikan balut tungku manakala isinya di rebus dan diminum airnya 2 hingga 3 kali sehari untuk mengembalikan kecergasan diri dan mengecutkan rahim.Untuk perut senak atau tidak selesa, daun dan batangnya yang dilumatkan hingga menjadi pes boleh dijadikan ubat sapu.Air rebusannya juga dapat mengubati cirit-birit.Selain daripada itu daun dan batangnya yang telah dicelur sedap dijadikan kerabu dan sayur masak lemak. Kemoyang dikatakan dapat melancarkan perjalanan darah.


sumber:http://melur.com

mizahanan Publish time 6-6-2007 01:15 PM

keladi liar ni.. buley cari kt hutan yg berhampiran.. hehe:L :L

mamia Publish time 7-6-2007 12:09 PM

tak gatal ker makan masa berpantang....????:o

abby1647 Publish time 10-6-2007 03:22 PM

ooo..keladi kemoyang namanya..;P ;P
kita ada gak tanam..nnti kita tempek gambar..
ada dalam 4 pasu kat uma,tpi tak tahu lak leh makan..:lol: :lol:

razifah Publish time 10-6-2007 06:10 PM

Reply #10 abby1647's post

tepek jangan tak tepek.....;P

alifinara Publish time 11-6-2007 09:08 AM

Reply #11 razifah's post

A'ah tepeklah gambonya, saya sedang mencari2 benih keladi nih...mana nak carik nih...:'(

ayasofiya Publish time 14-6-2007 04:08 AM

ni baru tau khasiat keladi kemoyan.. bagus la tanam.
masa kecik2 dulu amik kat tepi2 semak buat main masak2;P .tak gatal dan bau dia wangi.org tua2 dulu amik pucuk dia buat ulam (dicelur dulu ).hem.. balik kg nanti nak kena redah semak carik keladi ni :L .harap2 ada la lagi keturunannya.:pray:

alifinara Publish time 14-6-2007 04:10 PM

Originally posted by ayasofiya at 14-6-2007 04:08 AM
ni baru tau khasiat keladi kemoyan.. bagus la tanam.
masa kecik2 dulu amik kat tepi2 semak buat main masak2;P .tak gatal dan bau dia wangi.org tua2 dulu amik pucuk dia buat ulam (dicelur dulu...

Eloklah tu, kalau dah dpt benihnya nanti campak kat saya sikit ekk...teringin betul nak tanam keladi nih..:)

ayasofiya Publish time 2-7-2007 07:39 PM

Originally posted by alifinara at 14-6-2007 04:10 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


Eloklah tu, kalau dah dpt benihnya nanti campak kat saya sikit ekk...teringin betul nak tanam keladi nih..:)

eh eh eh.... cam kenal jer nick nii...:P hehehe jumpa lgi kita.. kalau dah jodoh tak kemana..:loveliness: .:);P :lol:

alifinara Publish time 3-7-2007 09:33 AM

Reply #15 ayasofiya's post

;P ;P ;P ha..ha..jumpa lagi ....

Eh, saya serius ni. Kalo Ayasofiya ada pokok ni, saya ajak asben balik kg..kalo setakat Kelantan tu memang kitorang boleh cariklah rumah Ayasofiya, insya-Allah...nanti saya bwkkan beberapa anak bunga yg Ayasofiya nakkan tu...oh ya, selain dr HSM, pokok apa lagi yg Ayasofiya nak?

ayasofiya Publish time 3-7-2007 10:50 AM

kak aya sekarang ni merantau laa... dok prk ni. kelate tu kg.. umah mak ayah.baru balik cuti skolah baru2 ni.. tapi seblm balik x baca tred keladi ni.. tu pasal x cari masa balik ari tu..

alifinara Publish time 3-11-2008 10:57 AM

Keladi kemoyang pemberian Kak Ayafofiya,

http://i103.photobucket.com/albums/m153/alifinara/bunga/bunga1621.jpg

http://i103.photobucket.com/albums/m153/alifinara/bunga/bunga1622.jpg

http://i103.photobucket.com/albums/m153/alifinara/bunga/bunga1623.jpg

Setiap gambar dr angle yg berlainan.....

:loveliness:

nazurah Publish time 3-11-2008 12:04 PM

tengok gambar jek sy dah rasa gatal kat lidah....

rumah sy mmg takde spesis apa jenis keladi pun...:(

pakupayung21 Publish time 3-11-2008 12:06 PM

Reply #18 alifinara's post

ooOoo..ini ke keladinye
penah la tgk:)
Pages: [1] 2
View full version: Keladi Kemoyang


ADVERTISEMENT