zorroe Publish time 6-6-2006 12:25 PM

Mior Shariman Hassan

http://i5.tinypic.com/11tvd5l.jpg

Cincin Permata Biru - Mior Shariman Hassan

Penerbit - CESB
Cetakan keenam - 2002
Harga - rm23.90

Sinopsis Dari Belakang Novel
Benarkah cincin itu membawa tuah?Atau ia membendung sial di sebalik dusta yang dilakukan oleh manusia pemburu mimpi. Atau sekadar...cincin permata biru penghias jari...

Komen Saya
Setelah terlalu muak disogokkan dengan novel2 cinta yang takberkesudahan saya nekad untuk mencari buku2 atau novel (melayu khususnya.. kalau novel inggeris memang berlambak) yang ada kelainan total. Saya terjumpa novel ini. Setelah puas membelek saya putuskan untuk membelinya.

Buku ini mengisahkan sebentuk cincin sakti yang dipuja oleh sesetengah penduduk yang dipercayai boleh memenuhi impian dan kehendak si pemakai. Tetapi setiap impian yang dipenuhi pasti akan ada harga dan tukarannya yang kelak akan membawa malapetaka kepada si pemakai.

Buku ini penuh dengan misteri dan menyeramkan.Selain itu buku ini juga mempunyai unsur humor yang terkawal. Pada saya gaya bahasa penulis ini amat baik, pengolahan yang bagus. Buku ini telah membuatkan saya tak nak tidur kerana seram tetapi masih nak tahu kesudahan cerita. Buku ini cukup semuanya, all in one, seram,misteri,cinta, kelakar-semuanya ada. Dailog, gaya bahasa dan olahan cerita yang amat baik, plot yang amat menarik dan kompleks tetapi tidak mengelirukan.

Bagi peminat buku bergenre alam mistik, ini amat tidak merugikan untuk dibeli. Pasti tidak mengecewakan pembaca. Lain dari novel yang lain.

[ Last edited bymardhiah12 at 24-8-2007 04:18 PM ]

aza Publish time 6-6-2006 12:33 PM

ini cita lama ni.. dah baca dah pun.. ok laaa

zorroe Publish time 6-6-2006 12:41 PM

Reply #2 aza's post

memang buku lama, aza. tapi zorroe baru beli and bace. best jugak.

katanye ada sambungan Cincin Permata Biru 2 dan Cinta Dua Dimensi tapi bukan dari terbitan CESB. ia dari terbitan Creative Corporation Sdn Bhd.

limau_nipis Publish time 6-6-2006 12:52 PM

dah baca.. buku lama ni, tahun 1995 ke..

tapi jalan cerita menarik, dan satu buku yg sgt menyeramkan, kalau baca tgh malam buta.. sure terketar gak :)

nonoiz42 Publish time 6-6-2006 01:51 PM

dia ni penulis novel main-main cinta tu kan?

zorroe Publish time 6-6-2006 07:03 PM

ha ah.. ye, nonoiz.. and buku terbaru meor rasenye terbitan Marshall Cavendish iaitu Kasanova.

http://i6.tinypic.com/11udfkh.jpg

Cerita ni pasal Eddie sorang kasanova yg suka mempermainkan pompuan. dia memalukan rozana dan selepas itu kehadiran Zuraida, gadis cantik dan berbudi pekerti tinggi, merubah hidup Eddie. Keikhlasan hati Zuraida menambat hati Eddie. Zuraida pula jatuh cinta kali pertama dengan Eddie.

Namun kemunculan Rozana, yang ingin melihat Eddie merana, telah berjaya memusnahkan perhubungan Eddie dan Zuraida.

Kiranya perbuatan baik dibalas baik, perbuatan jahat dibalas jahat. Terpaksalah Eddie merebut Zuraida semula.

bulan_scorpio Publish time 14-5-2007 03:04 PM

Kasanova - Meor Shariman

Eddie, jejaka kacak dan bergaya, sering menggunakan kemewahannya serta pekerjaan sambilan sbg model utk mendekati gadis2 jelita. Sejarah hidup serta kepahitan cinta menjadikannya seorang yg gemar mempermainkan wanita dan rozana menjadi mangsa terbarunya. Akibatnya Rozana yg telah diragut maruah diri, menyimpan dendam.

Kehadiran Zuraida, gadis cantik dan berbudi pekerti tinggi, merubah hidup Eddie. Keikhlasan hati Zuraida menambat hati Eddie. Zuraida pula jatuh cinta kali pertama dgn Eddie.

Namun kemunculan Rozana, yg ingin melihat Eddie merana, telah berjaya memusnahkan perhubungan Eddie dan Zuraida. Dapatkah Eddie menggunakan segala kepakarannya sebagai seorang Kasanova utk memikat gadis idamannya semula?


Siapa dh baca novel nih?
saya baru baca separuh..jln cerita yg agak menarik..

[ Last edited bybulan_scorpio at 14-5-2007 03:11 PM ]

aprilsnow Publish time 15-5-2007 10:10 AM

Reply #1 bulan_scorpio's post

mcm best jer cito nie bulan...keluaran mana nie bulan?

bulan_scorpio Publish time 15-5-2007 10:18 AM

Reply #2 aprilsnow's post

best gak la...keluaran serambi romantika..
sepupu den boli...den tukang baco..:lol:
hargo 29.90...481 m/s..

seribulan Publish time 15-5-2007 10:21 PM

Dia ni yg menulis skrip tu jugak ke...Cicakman ke?

Ada sesapa boleh kasik biodata dier tak?

bulan_scorpio Publish time 16-5-2007 08:42 AM

Reply #4 seribulan's post

kt buku tu tk de biodata dia..
tp dia ni mmg penulis buku cicakman..
dia ada banyak novel terbitan KRU..

[ Last edited bybulan_scorpio at 16-5-2007 08:46 AM ]

mardhiah12 Publish time 24-8-2007 04:19 PM

kasanova & cincin permata biru, merged under author's name

chit_ana Publish time 2-7-2011 09:52 PM

sape mau let go novel mior shariman ni eh.kalu ada pm ana{:1_132:}

attokz Publish time 5-7-2011 09:00 PM

Wah topik mendap ni ana angkat balik hehehe?
Ana nak cari novel yang mana? Rsnya macam ada perasan di thread swap n sell tu hari.
Kalau Cinta Gadis Pontianak ana nak tak? Atau novel lain penulis?

chit_ana Publish time 6-7-2011 03:26 PM

Wah topik mendap ni ana angkat balik hehehe?
Ana nak cari novel yang mana? Rsnya macam ada perasan...
attokz Post at 5/7/2011 21:00 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

upkan balik ;Pnak cari novel beliau.xkisah tajuk pe2. Cinta Gadis Pontianak tu attokz jual ke?:o

attokz Publish time 17-11-2011 02:35 AM

try nak cari Cinta Dua Dimensi.
isk..

zareeda79 Publish time 21-9-2014 05:14 PM

Mior Shariman Hassan & Meor Shariman rasanya orang yang berbeza.

Mior Shariman / Mior Sariman / Mishar (bukunya)
1. Falsafah Bodoh-Bodoh
2. Ilusi
3. Cincin Permata Biru 1 & 2
4. Perhentian
5. Anak Bapak
6. Ketulahan

Meor Shariman (bukunya)
1. Kasanova
2. Cinta Gadis Pontianak
3. Badang
4. Puaka
5. Main-main Cinta

Maaf kalau saya silap & mohon di betulkan... :-)

SayaSayangMama Publish time 25-11-2014 04:29 PM

Pnah baca novel ni. Lucah ya amat.
Pages: [1]
View full version: Mior Shariman Hassan


ADVERTISEMENT