abgboroi Publish time 27-5-2009 07:35 PM

pembedahan ni hanya dibuat di hospital sahaja...memerlukan banyak pemeriksaan...yang bagus pasal gastric bypass ni bukan sahaja boleh menurunkan berat badan tapi boleh memulihkan pesakit kencing manis menjadi normal semula yang sebelum ni agak mustahil....

kos pembedahan rawatan ni terlalu mahal...puluh ribu juga...

aku x rasa Aizat buat gastric bypass....sebab operation ni memerlukan rehat..lagipun mengambil masa 2 tahun untuk turun ke berat yang ideal...sedangkan aizat hanya mengambil masa beberapa bulan ajer..lagipun berat badan cam Aizat tak perlu gastric bypass...dier bukan kategori obesity....

[ Last edited byabgboroi at 27-5-2009 19:37 ]

auntie_girl Publish time 27-5-2009 07:41 PM

;P dah jadik gossip tentang aizat plak dah:$

chisels Publish time 27-5-2009 08:39 PM

hanya itu yg ku mampu utk turunkan berat bdn...:lol: :lol: :lol:

makcikmengamok Publish time 27-5-2009 09:29 PM

you must be really2 fat..

ctredzuan Publish time 28-5-2009 02:32 AM

Originally posted by merrissa at 27-5-2009 19:34 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
bukn dia kata dia juz exercise je ke...mn dia ad wat operation kn...
ke aku yg tertinggl kpl selm nih...hehehe

wallahualam dia buat GB atau liposuction

ctredzuan Publish time 28-5-2009 02:33 AM

Balas #4 abgboroi\ catat

memerlukan masa 2 tahun tu cemana, kena rehat tak boleh kerja ke?
chef zam punya 3 bulan je dia cakap kena rehat
macamana dgn pemakanan.. utk ppuan yg consume nk pregnant boleh ke?

ctredzuan Publish time 28-5-2009 02:34 AM

Balas #7 makcikmengamok\ catat

:lol: :lol: haku tanya jelah.. sbb dlm gossip cakap kesian dengan syanie. bahaya ke utk ppuan

abgboroi Publish time 28-5-2009 03:37 AM

Originally posted by ctredzuan at 28-5-2009 02:32 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif


wallahualam dia buat GB atau liposuction

macam Aizat tak sesuai utk GB...sebab dier bukan obesity yang memerlukan GB...lagipun kos sangat tinggi sedangkan badan macam Aizat boleh dikawal dengan pemakanan...

liposuction?tak sesuai juga...lain laa kalau nak tummy tuck...kalau kita tgk satu badan Aizat tu kurus...tu adalah kesan exercise dan diet...lagipun Aizat kan rajin main futsol...bukan satu masalah tu....

ctredzuan Publish time 29-5-2009 07:44 AM

Balas #11 abgboroi\ catat

TAKDE KE DOC KAT SINI YG BOLEH MENJAWAP:loveliness:

makcikmengamok Publish time 29-5-2009 07:58 AM

Balas #9 ctredzuan\ catat

aku dulu tengok cerita kat tv..
org lepas buat bypass...salunya makan liquid food jerk dulu

Sabby Publish time 1-6-2009 09:41 PM

I tak rasa Aizat buat gastric bypass.. kalau syani memang betul la.. baru je buat.. lagipun gastric bypass bukan semua orang gemuk boleh buat pembedahan ni.. rasanya kalau berat lebih dari 150kg baru dibenarkan.. tapi kalau buat gastric bypass mmg CONFIRM kurus.. sebabnya perut dah takleh terima makanan yg berlebihan.. dah ada set limit.. so nak tak nak kena berhenti makan gaks.. kalau tak sure muntah.. lagi satu bila buat gastric bypass ni untuk 3 bulan pertama mmg suffer la.. sebab cuma bleh makan makanan berbentuk cecair je.. semua ni i tahu masa tengok rancangan Oprah.. pasal gastric bypass ni laa

kismis Publish time 1-6-2009 11:31 PM

Aizat bukan buat GB la, dia mengaku sendiri makan magic oat

redbun Publish time 2-6-2009 01:06 AM

Jadi kurus selepas dipukau

GASTRIC BYPASS nih kena operate..dan ada bahayanya disamping kos yang banyak... apa kata try cara lain lak.. tak payah kena operate..cam dia nih..:)

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0526/Kosmo/Dunia/du_10.1.jpg
GAMBAR menunjukkan Marion menjadi kurus selepas menjalani teknik rawatan hipnosis.


MERSEYSIDE - Seorang wanita Britain, Marion Corns hilang berat badan sebanyak 25.40 kilogram dengan menggunakan kaedah hipnosis atau pukau, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia menggunakan kaedah pukau itu di sebuah klinik pada minggu lalu di Sepanyol selepas gagal menguruskan badan dengan menggunakan pendekatan diet dan senaman.

Bagaimanakah kaedah pukau itu berjaya menguruskan badannya?

Di klinik itu, ketika berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau dipukau, dia diberitahu bahawa tubuhnya dimasukkan sejenis alat yang mampu mengurangkan jumlah makanan yang dimakannya.

Walaupun Marion mengetahui tidak ada sebarang peralatan yang dimasukkan ke dalam tubuhnya namun otaknya menguasai pemikirannya bahawa peralatan itu sudah berada di dalam perut.

Seorang doktor dari Scotland, James Braid menggunakan istilah hipnosis pada 1841 selepas mengkaji teknik bersantai dan bertafakur yang digunakan dalam perubatan serta amalan agama di Asia.

Pada masa sama, seorang lagi doktor dari Scotland, James Esdaile menggunakan teknik sama seperti hipnosis bagi menenangkan pesakitnya ketika pembedahan.

Kes ganjil Marion itu dianggap sebagai kemenangan bagi pihak yang memperjuangkan perubatan alternatif. - Agensi

credit to Kosmo.

ctredzuan Publish time 3-6-2009 10:21 PM

kalau utk ppuan yg nak plan mengandung merbahaya tak

makcikmengamok Publish time 3-6-2009 10:37 PM

ader lagi alternative lain selain dari bypass
pakai cam band...
dier ikat...atas perut tu..
biar org tu rasa tak lapar sangat..
and it's reversible...leh buka band tu with surgery of course..

it's called lap band..

Muntz Publish time 4-6-2009 10:38 PM

Aku teringin nak buat gastric bypass ni. Tapi aku dengar kena consult psychologist dulu sbb impact gb pada polar pemakanan mmg dahsyat. Bayangkan sblm ni nafsu makan besar, alih2 takleh makan. Haruslah rasa moody bagai kan. 2-3 bulan pertama lepas pembedahan mmg murung, sbb takleh nak makan benda yg kita nak. Tapi gradually kita akan terima keadaan tubuh baru lah.

makcikmengamok Publish time 5-6-2009 10:50 AM

Originally posted by Muntz at 4-6-2009 22:38 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Aku teringin nak buat gastric bypass ni. Tapi aku dengar kena consult psychologist dulu sbb impact gb pada polar pemakanan mmg dahsyat. Bayangkan sblm ni nafsu makan besar, alih2 takleh makan. Ha ...

ko gemok ker Muntz?

klu coba lap band bagus lagi...dier main ikat pakai band jerk...
takder buat bypass or anything like that..

Muntz Publish time 5-6-2009 09:07 PM

Reply #20 makcikmengamok's post

How does it look like? :o :o

makcikmengamok Publish time 6-6-2009 12:40 AM

Balas #21 Muntz\ catat

http://jeffreyleow.files.wordpress.com/2008/07/lap_band_gbs.jpg

redbun Publish time 6-6-2009 03:21 PM

2 tahun untuk Syanie kurus

nih berita pasal Syanie yang baru jer lepas buat pembedahan燵i]爂astric bypass.

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0606/Kosmo/Hiburan/hi_02.1.jpg
"KEPADA mereka yang bertubuh besar seperti saya, tolonglah jaga kesihatan," kata Syanie.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0606/Kosmo/Hiburan/hi_02.2.jpg
KEADAAN bentuk tubuh Syanie sebelum (kiri) dan selepas dibedah (kanan) belum menunjukkan sebarang perubahan ketara.

SIAPA yang tidak kenal dengan Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham. Pelakon yang berusia 35 itu, memang terkenal dengan saiz badannya yang agak besar, dia sentiasa menyenangkan orang sekeliling dengan sifat ramah-tamahnya. Oleh kerana saiz badannya juga, Syanie kelihatan begitu comel setiap kali muncul di kaca televisyen. Namun baru-baru ini, Syanie terpaksa menjalani pembedahan yang dinamakan gastric bypass.

Ramai yang salah sangka termasuklah peminat Syanie yang beranggapan pelakon kesayangan ramai itu melakukan pembedahan pada 28 Mei lalu di Hospital pakar Damansara dengan tujuan untuk kurus dan cantik.

Namun, tujuan sebenar Syanie melakukan pembedahan tersebut bukanlah untuk kurus tetapi kerana tahap kesihatannya yang semakin membimbangkan.

Malah, jika tidak dibedah, Syanie memberitahu, jantungnya mungkin tidak akan bertahan lama.

baru-baru ini melawat Syanie di hospital bagi melihat sendiri perkembangannya selepas pembedahan yang dilakukan.

Bagaimana dengan kesihatan Syanie sekarang ini?

Syukur, semuanya berada dalam keadaan baik, walaupun rasa sakit selepas pembedahan itu masih ada.

Ramai yang bertanya, kenapa baru sekarang Syanie lakukan pembedahan ini?

Biar saya betulkan keadaan, saya lakukan pembedahan ini bukan untuk kurus dan cantik tetapi demi kesihatan. Malah, pembedahan ini telah disarankan oleh doktor. Badan saya telah bertambah besar, jantung bekerja dua kali ganda. Doktor cakap kalau tidak buat, nampaknya tidak lamalah saya di dunia ini. Maklumlah, orang badan besar senang dapat penyakit. Kalau tidak jaga daripada sekarang, nanti lain penyakit kronik pula yang datang.

Bila sedar yang Syanie perlu dibedah?

Sebelum ini saya ke hospital sebab batuk-batuk sahaja. Bila doktor periksa, tahap kesihatan saya sudah menurun. Doktor yang sarankan. Kalau tidak, saya pun tak mahu dibedah.

Berapa lama fikir untuk buat pembedahan?

Lama juga, dalam masa setahun. Semuanya sebab takut. Saya pun tahu juga, orang badan besar ini susah sikit nak dibedah. Maklumlah, lemak banyak (ketawa). Tetapi bila saya jumpa Chef Zam (selebriti masakan), dia cerita tentang pengalaman buat pembedahan yang sama, saya mula berfikir akan kebaikannya. Setelah lama berfikir saya ambil keputusan untuk bedah selepas berbincang dengan keluarga.

Apa yang membuatkan Syanie mengambil keputusan nekad untuk dibedah?

Saya buat keputusan setelah berfikir, sampai bila saya nak begini? Kalau boleh saya tidak mahu menyusahkan orang lain. Emak saya pun sudah tua, nanti kalau dia sakit, siapa yang nak jaga dia kalau saya pun sakit sama. Selama ini dia jaga saya, biarlah lepas ini saya pula yang jaga dia.

Apa yang berada difikiran Syanie semasa dalam bilik pembedahan?

Macam-macam yang saya fikir, nasib baik sepupu yang bekerja sebagai jururawat teman saya masa bedah. Kalau tidak mesti saya meraung juga. Memang takut, sebab doktor ada cakap macam-macam boleh terjadi semasa pembedahan berlangsung. Bagi orang yang badan macam saya ni, kalau kurang bius boleh terjaga masa bedah. Terlebih bius pula boleh jadi koma. Itu yang menakutkan.

Dugaan semasa mengambil keputusan ini?

Ramai juga yang membantah termasuk peminat. Kata mereka lepas ini saya sudah tidak comel. Ada juga yang marah-marah siap suruh saya makan sayur sahaja. Ada juga yang menghantar sajak berkenaan sikap saya yang kononnya sudah melupakan jasa perut kerana kononnya saya nak buang perut. Walhal, sebelum ini sudah macam-macam cara saya cuba, memang tidak boleh kurus. Saya pun bukannya buang perut, mereka tidak faham tujuan pembedahan ini dilakukan.

Orang ramai beranggapan, Syanie selepas pembedahan ini akan jadi langsing, memang boleh ke?

Mana ada? Sekarang ni tengoklah perut saya macam mana. Berat badan saya bertambah lagi 5 kilogram sekarang ini. Mereka semua sudah salah faham, saya bukan buang lemak tetapi buat pembedahan memotong sedikit usus supaya pendek dan mengalih ia ke perut yang lebih kecil. Jadi selepas ini selera makan saya tidaklah sebesar dulu. Sekarang makan sikit pun sudah kenyang.

Maknanya lepas dua tahun, peminat bakal menyaksikan Syanie yang kurus?

(Ketawa) Tidak terbayang macam mana kalau saya kurus. Saya ni tak pernah kurus pun. Berat saya akan turun, tetapi bukan sekarang kerana ia berlaku perlahan-lahan. Mungkin ambil masa dalam dua tahun untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Bagi saya dapat pakai baju lama pun sudah memadai. Baju lama saya pun besar juga (ketawa). Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi, sebab selama ini pun, saya tidak pernah kurus.

Macam mana pula dengan selera makan?

Dulu saya akui memang hebat. Tanyalah kepada siapa sahaja yang rapat dengan saya, semua tempat makan yang sedap saya tahu. Adik-adik saya pun begitu juga, sebab kami memang kaki makan. Jadi, secara tidak langsung badan pun berkembang sampai sekarang. Bila sampai nak jalan pun sudah semput, itulah sebabnya saya kena buat pembedahan. Sekarang ini selera makan sudah kurang sikit berbanding dulu.

Bila akan kembali bekerja seperti biasa?

Buat masa ini emak tidak bagi saya keluar wad lagi kerana dia risau. Katanya lebih baik saya duduk di hospital sebab ada doktor dan jururawat. Rasanya-rasanya dalam tiga bulan juga untuk pulihkan kesihatan saya. Nampak sahaja macam sihat tetapi doktor kata pembedahan yang saya buat itu kira pembedahan major, cuma orang tak nampak sebab dalam perut. Kalau nak diikutkan, badan saya sudah ditebuk-tebuk.

Nasihat kepada orang 'besar' di luar sana?

Nasihat saya, selagi boleh, jagalah kesihatan dengan baik. Macam saya, menyesal juga sebab masa muda-muda dulu tidak terfikir untuk kuruskan badan, dah tidak boleh jalan barulah tersedar. Orang badan macam saya, cubalah dahulu alternatif untuk kurus. Biarlah pembedahan menjadi jalan akhir kerana selain sakit, risiko besar. Lagipun ia memerlukan wang yang banyak.

kredit to Kosmo!
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: gastric bypass surgery


ADVERTISEMENT