hambaAllah Publish time 5-5-2007 02:27 PM

identiti komik malaysia

assalamualaikum....
ambe sebenarnya rinduk pada komik/kartun malaysia dulu macam kat majalah gila2( 3 dara pingitan, along, ouk ouk orang batu, periwira mat gila, ujang, Madu Tiga hanya sebut beberapa tajuk), gelihati( slash, gelihati kurang baca la) kalo kartunis-kartunis ni bayk gak yang suka mcm jaafar taib, ujang, rejabhab, gayour, YO(Yusof Osman-plukis gelihati), Li, Zoy(plukis kat berita harian nih) byk lagi nih. ambe suka bukan apa sebab bagi ambe kurang pengaruh kartun luar... sekarang amber tgk magazine tempatan pun dah tengok manga laa...bukan nak kutuk laaaa... ambe rindu laa nak tengok kartun jenis2 macam tu tapi sekran susah nak dapat la... ish,ish,ish.... lansung ambe dah tak beli mag local... dulu xpnh miss beli gila2 kadang beli gelihati......
tapi ambe rasa pernah ade jenik magazine komik keluaran creative enterprise(pengeluar gila2) yang dipanggil Fantasi... yang tu pun aku rasa komik grafik yang cool, byk citer komik yang dilukis oleh pengkomik tempatan yang beridentiti tempatan, bukan pengaruh manga... tapi aku rasa yang ni ada pengaruh komik omputeh sikit2, heheheh...
pe2hal, aku rndu nak tengok komik yang bila kita tengok, kita boleh bangga bahawa itu komik orang tempatan, bukan bila tengok orang cakap itu komik manga tapi pengkomik dia orang tempatan walaupun citer die tempatan... come on laaaaaa cari identiti kartun/komik malaysia balik...
tak salah minat anime ke manga ke omputeh(DC comic) ke, tapi........ malas dah nak cakap, nanti orang kata membebel,hehheheeh.......

korang tak rasa mcm aku ke???????(walaupun aku suka komik2 jepun ni ngan omputeh ni, tapi identiti nak kene jaga la)

Mily Publish time 5-5-2007 02:33 PM

aku setuju..
tp sbb permintaan demand org ramai yg membeli lebih kepada style manga, anime..
tuh yg menyebabkan lebih ramai pengelur2 komik nih mengeluarkan komik mcm tuh..

tp suka gaks lukisan2 komik dolu2..
cam cabai, tan tin tun..3 dara..
skrg nih mcm pelukis2 komik yg melukis style dolu2 dah x menarik laa...
:hmm: jalan cita yg bosan..kadang2 lawak yg x menjadi..
mungkin perlukan idea2 baru kot..:L

GRINDSAKHTANIC Publish time 5-5-2007 07:16 PM

kalau korang ingat la kan,dulu ada banyak komik buatan malaysia yang harga 30 sen dalam pek kropok entah apa nama keropok tuh....ada macam macam komik bertarung buatan malaysia.......pendekar api,kapten malaysia....cuma yang aku terkesan sekali time aku kecik kecik dulu,pasal citer komik kapten malaysia...ala ala kapten emrika gitu,tapi lambang malaysia laaa.....diap lawan sotong gergasi nak melilit jambatan pulau pinang(time tuh kebanggaan malaysia la..)....korang ingat tak??rasanya,komik nih boleh di hidupkan semula la..

hambaAllah Publish time 6-5-2007 10:57 AM

Reply #3 GRINDSAKHTANIC's post

aku memang ingat komik kapten malaysia... itu dalam akbar kanak2,kalo xsilap aku akbar tu nama bintang kecil, dulu bintang kecil akbar, bukan majalah.... lepas tu aku ingat lagi laaa kalo komik dalam pek keropok tu... memang best laaa...

GRINDSAKHTANIC Publish time 6-5-2007 06:05 PM

yer...yer....aku rasa,komik dalam pek keropok tuh la antara komik berkualiti pernah dihasilkan oleh kartunis kartunis akhir 80 an gitu.......time tuh,komik diorang banyak dipengaruhi oleh stan lee punya style,tapi still kemelayuan...skang...aku tak nampak pun style malaysian punya komik...

HangPC2 Publish time 7-5-2007 11:30 AM

Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 5-5-2007 07:16 PM
kalau korang ingat la kan,dulu ada banyak komikbuatanmalaysiayangharga30 sen dalam pek kropok entah apa namakeropoktuh....adamacammacamkomik bertarung buatanmalaysia.......pendekar api...


itu Komik Tiruan dan di tiru dari Komik Keluaran Mediaseni komik tahun 80an banyak pengaruh dari cerita Conan Babarian, Captain America walaupun jalan Cerita Komik Pendekar melayu

p/s: syarikat Mediaseni pun dah tak wujud :L

[ Last edited byHangPC2 at 7-5-2007 11:35 AM ]

HangPC2 Publish time 7-5-2007 11:37 AM

zaman Komik lawak dalam Majalah dah berlalu . Orang sekarang nih lebih suka membeli komik berbentuk Graphic Novel (kebiasaan Manga Jepun dalam Bentuk Ini ) macamKomik Kartunis AIE Loveville

Squall-Leonhart Publish time 7-5-2007 04:56 PM

Originally posted by Mily at 5-5-2007 02:33 PM
aku setuju..
tp sbb permintaan demand org ramai yg membeli lebih kepada style manga, anime..
tuh yg menyebabkan lebih ramai pengelur2 komik nih mengeluarkan komik mcm tuh..

tp suka gaks luki ...
:setuju:
Aku setuju gak... tapi pasal idea yang sama jer yang dimainkan tu yang buat peminat komik bertukar arah... perubahan tu ada kalanya penting untuk industri komik Malaysia... kalau setakat lawak jer memanjang memang la bosan sebab takder bender yang baru... kalau sentuh gak bab2 ilmiah mesti bleh meletup nyer, macam citer Rurouni Kenshin yang terapkan unsur2 sejarah Jepun time zaman Pemulihan Meiji dulu...

CharlieDale Publish time 7-5-2007 05:27 PM

Rasa ada juga percubaan utk menghasilkan koleksi komik beridentiti Malaysia ni antaranya Urban Comics. tapi usia pun tak lama. 18 keluaran jer dan isu terakhir adalah pada Disember 2002. ditutup kerana masalah kewangan. antara yang menarik perhatian aku ialah siri Urban Babes dan Paskal Garuda.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/3/33/Urbancomics1415.jpg/300px-Urbancomics1415.jpg

GRINDSAKHTANIC Publish time 7-5-2007 08:46 PM

sadis eh..takde produksi besar yang betu betul terbit untuk komik nih...susah la pelukis komik nak carik makan kat sini....macam aku.....aku mengalami kepayahan nak kembangkan bakat aku kat luar.......aku dah siapkan satu hero (tak lah hero sangat.....ada anti heroic sikit la hero nih...) yang memang gore giler la kalau dia nak bunuh musuh dia.........tapi projek aku nih terbengkalai disebabkan aku mengalami masalah kewangan....terpaksala aku carik keje lain even aku memang masih nak teruskan komik nih...

Squall-Leonhart Publish time 7-5-2007 08:50 PM

Yang lebih tepat sebenarnya ialah bawa pembaharuan kepada industri komik Malaysia laa... sejarah industri mainstream komik Malaysia ni memula setakat komik dalam surat khabar jer, pastu start tahun 1978 baru la start ada majalah Gila-Gila. Tapi malangnya majalah Gila-Gila ni macam tak nak terima perubahan dalam industri komik Malaysia, so nama Gila-Gila makin jatuh bila majalah komik cam Gempak start naik, dan bila arwah Pak Jab meninggal, Gila-Gila macam dah hilang arah... hidup segan, mati tak mau. Sungguhpun Gila-Gila sekarang dah susah nak cari dan sales dier pun dah rendah, tapi still bleh bertahan sebab Creative Enterprise banyak buat novel, tu yang still boleh survive.

Nak buat apa2 memang perlukan perubahan lepas tiba satu2 tahap. Pembaca dah bosan bila asyik2 lawak bodoh jer takder idea baru, padahal Pak Jab nyer komik sendiri ada banyak unsur ilmiah, unsur ilmu... takkan laa takleh cedok plak idea dari arwah Penghulu Komik Malaysia tu...?

Squall-Leonhart Publish time 7-5-2007 08:58 PM

Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 7-5-2007 08:46 PM
sadis eh..takde produksi besar yang betu betul terbit untuk komik nih...susah la pelukis komik nak carik makan kat sini....macam aku.....aku mengalami kepayahan nak kembangkan bakat aku kat luar. ...
Bukan susah nak cari makan... boleh jer, tambah lak sekarang ni ada internet, so banyak kartunis underground Malaysia dapat jual bakat diorang melalui ruang siber... sebab tu la ada beberapa kartunis Mesia yang dapat offer melukis untuk komik Amerika...

Yang sebenarnya ialah fahaman syarikat komik jugak laa yang membantutkan usaha kartunis Malaysia nak kembangkan bakat, padahal diorang sepatutnya sedar yang syarikat2 komik yang dapat bertahan malah menguasai industri komik Malaysia sumernyer yang boleh terima perubahan. Dulu Karangkraf pernah terbitkan majalah Gelihati, tapi dah pun dihentikan tahun 1999... bila diorang dapat terima arus perubahan industri komik baru laa diorang kembali semula dengan majalah G3 dgn Klik.

Tenko Publish time 7-5-2007 09:22 PM

Yup! Seme pendpt di atas termasuk bab Kapten Mesia tuh aku sokong!
Semenya kira cam kenangan indah zaman dulukala.
Ingat lagi tak citer Che Awang Bolan yg makan kenduri tak basuh tangan and jadik menantu org kaya?
Pastu citer2 ala2 misteri oleh Bawang kot?
Pastu kartu AZA yg tak ber dialog.
Nih sekadar menyebut tambahan dr siri yg telah disebut di atas.
Dulu2 asal nak raya or posa mesti GG akan kuarkan super bumper diaorg.
Rindu sgt kartun dulu2...

CharlieDale Publish time 8-5-2007 09:53 AM

aku pula suka hasil karya pelukis Nud's. yang berkait dengan isu-isu semasa. memang majalah yang lawak lani pun dah hilang lawaknya. dulu memang ternanti nanti majalah ujang tapi lani nak tgk pun tak sudi. bukan apa, rasa macam dah tiada daya penarik dalam tu.

Squall-Leonhart Publish time 8-5-2007 11:23 AM

Yups, sebanyakan komik Nud's sumer berasaskan isu semasa. Kartun camtu yang bagus, sebab dari sini kita dah nampak yang kartunis Nud's ni rajin membaca, dan nak mendidik pembaca dengan komik dier.

weta_studio Publish time 8-5-2007 11:47 AM

komik di malaysia bleh berkembang lagi jika usaha berterusan. Mengikut perubahan,idea yang baru peminat tempatan boleh terima,kualiti komik,jalan cerita yang menarik jika betul usaha boleh membuat satu identiti sendiri dalam komik tempatan.

kalo jepun sana dengan byk kuasa ajaib,barat dengan hero pakai custom , Malaysia bleh buat satu lain dari yg lain menonjolkan identiti malaysia tapi berciri antarabangsa supaya perkembangan komik tempatan boleh dikembangkan ke luar negara.

hambaAllah Publish time 8-5-2007 03:47 PM

ramai jgk yang nak sokong local komik tapi...

memang la...seme pelukis komik/kartun dah beralih arah mcm style mangga atau dc komik... tapi bagi ambe laaa komik tempatan nak la nampak tempatan, biar orang luar tengok je tau bahawa itu adalah kartun malaysia... bukan bila tengok local komik tapi orang luar anggap itu komik mangga jepun yang dialih bahasa... tentu tak bes... deme tgk pelukis Aie, dia punya artwork tersendri laa... mcm Oren, artwork dia pun tersendiri, bukan mangga kan... Mcm Nud's pun, ujang, pak rejab, kerengge, fatah, etc... bila kita tgk artwork dorang, kita blh la claim itu style malaysian yang lukis... bg ambe plukis next generation cuma kene bg lg halus laa artwork dorang sebab kita tgk plukis-plukis lama buat artwork dorang agak kasar mcm kartun/komik 'A.Mahmud'(tak ingt sapa lukis), cabai etc. tapi kartun/komik dorang bila tgk je, kita blh tau, ini plukis local... Pak Nan dengan komik Ayub Anak Tulakang(korang ader baca) blh dah dikira plukis yang halus, tak lupa Aie, Oren, ntah sapa lagi.... Rasa2 komik identiti tempatan blh pegi jauh gak laaa... tapi kalo yang kartun lawak tu, aku stuju, lawak kartun tempatan dah makin tawar sejak orang-orang lama ni dah tak berkarya... xder mesej... sayang seribu kali sayang bila next generation tak ikut mcm mana otai2 ni buat kartun... ambe pun mcm korangjugak, nak sgt2 support local kartunis ni, tapi bila tgk kartun dorang buat lawak ntah apa2, lansung xnak beli laa.... masalahnyer pada idea dorang, bila dah makin tumpul susah laa... stakat bakat tapi syok sendri, sapa nak support kan... ambe harap ader laaa kartunis local baca thread ni.... dan cuba buat perubahan...perubahan tu bukannyer local2 komik/kartunis ni lukis mcm manga tapi cari identiti malaysian balik dan asah balik idea... biar pembaca komik tempatan boleh berbangga dengan kartun/komik tempatan yang malaysian... bukan manga atau dc komik... biar orang luar tgk komik/kartun tu terus je tau, that's malaysian komik/kartun...

ra5101 Publish time 8-5-2007 08:32 PM

aku ada simpan lagi komik lama2 nii... sayang lak nak buang. maklumlah kekadang dapat dr main tikam hehehe... mesti dah boleh masuk muzium semua tuu. Citer mcm jaka tunggal, aladin, wak dogel, dan ader komik dari creative yg berkaler lupa lak tajuk yg dilukis oleh azman yusuf tak silap aku. komik kecik pun banyak gak... dulu aku suka beli gelihati sbb ada sorang pelukis nama nen buat citer pasal mat motor lukisan nyer pun kiut. Dulu cita2 nak jadi pelukis dah terbabas masuk bidang IT.

GRINDSAKHTANIC Publish time 8-5-2007 10:29 PM

wakakaka.....korang dah menggamit memori aku plak!!!

aku teringat ada satu komik entah lupa nama pelukis tuh,kalau aku tak silap dalam ujang ker GG,citer pasal "pendekar tanjung...."ntah pe nama tanjung tuh....tapi yang aku tau,tuh nama lama johor bharu ker hapa......komik tuh memang malaysian betul..even muka karakter tuh macam muka usop sontorian,tapi citer tuh serius sikit...citer pasal menentang penjajah...

shirayuki Publish time 8-5-2007 10:59 PM

semua ni kena tengok kat suasana kita dibesarkan, mcm aku. kecil2 lagi aku sudah kena dikeliingi oleh manga yang pada masa itu sedang membiak bak cendawan selepas hujan. so aku cenderung pada stail manga ni. bukan tak suka komik tempatan, tapi cerita komik tempatan aku tengok semakin bosan ( dulu aku selalu beli lanun, best wo ) dan punya lawak basi. tapi tengok jugalah minat masing2... :D
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: identiti komik malaysia


ADVERTISEMENT