farah_syazie Publish time 1-5-2007 12:07 PM

Kaulah Sandaran Hati

Kite try buat yek... hope ade yg sudi baca cite nie...

*****************************
Effie Nabilla mengeluh kepenatan. Punggungnya sudah terasa sakit kerana duduk terlalu lama di bangku perhentian bas. Gelisah dia susuk di situ lama-lama. Resahnya bukan kerana bas yang ditunggu begitu lama. Resah kerana lelaki yang duduk di sisinya asyik memerhatinya dengan pandangan yang nakal. Jarak kedudukkan lelaki itu dengannya semakin mendekat. Mahu saja Effie menjerkah pemuda itu. Tetapi dia takut untuk berbuat begitu. Takut lelaki itu akan bertindak diluar dugaannya.

"Adik ni skolah kat mane?" Lelaki itu menyoal perlahan. Masih dengan senyuman nakalnya.

Hisy...... gatal betul mamat ni! Kang aku bukak silat abis ko aku kerjakan nanti! Rungut hati Effie dengan geram. "Err... mane-mane jelah," jawab Effie. Hatinya semakin tidak selesa dengan pemuda itu. RIMAS!!!

"Alah, sombongnyer!" ejek pemuda itu dengan bibirnya terjuih.

Effie menjeling. Suke hati kiteler! Gumamnya dalam hati dengan rasa geram yang semakin membuak-buak dalam jiwanya.

Tiba-tiba seorang lelaki yang menunggang motorsikal terhenti betul-betul di hadapannya. Effie tergamam. Hah... mamat ni apsal plak?

"Effie, jom saya hantar awak balik..." kata lelaki yang memkai helmet dan jeket hitam itu.

"Tak payahlah.Kite boleh balik sendiri!" jawab Effie. Hairan dia dengan Adam Hafis yang tiba-tiba menegurnya.

"Jangan degil... saya taulah awak tu pandai silat.Tapi biarlah saya hantar awak balik..." Adam cuba memujuk. "Meh, saya hantar awak balik..." sambungnya.

Tiba-tiba lelaki yang duduk disebelah Effie ketawa sinis. "Ko ni bodohlah! Kalo girlfriend ko ni tak nak balik ngan ko, tu maknanyer dia nak ngan aku! Paham?" ejek lelaki itu dengan nada sindiran.

Effie menoleh dengan pandangan tajam. Ape kate mamat ni tadi? Aku nak ngan die? Hisy... meluatnya! Yucks...... http://forum.cari.com.my/images/smilies/j-jelir.gifhttp://forum.cari.com.my/images/smilies/j-jelir.gifhttp://forum.cari.com.my/images/smilies/j-jelir.gif Aku girlfriend Adam? Ish... betul ke tak mamat sebelah aku ni?

"Kan cik adik... awak nak ngan saya kan?" soal lelaki itu dengan senyuman nakal.

Effie menjuihkan bibirnya. Meluat. "Excuse me dude! Kite nak ngan awak? Sorry sikit! Muka awak pun kite tak nak pandang tau!" Akhirnya terluah juga rasa geramnya pada lelaki itu sejak dari tadi. Tidak dia peduli dengan mata-mata yang mula menoleh ke arah mereka.

"Tu, cik adik dah pandang tu..."

Urghh... Effie rasa ingin menjerit. Sakit hati betul aku ngan mamat ni! Kang aku tempak kang! http://forum.cari.com.my/images/smilies/tembak.gif "Awak tak sedar ke? Kite pandang awak dengan pandangan yang meluat!" Effie terus bangun sebaik sahaja dia menyudahkan kata-katanya tadi. Sebalum dia mendekati Adam, dia sempat meyepak kaki lelaki itu. Hmm... rasakan!

Lelaki itu mengaduh kesakitan. Tidak disangkanya gadis yang diperhatinya selama ini adalah seorang gadis yang garang. Rupa gadis itu cantik, manis, ayu, lembut... tapi garangnyer!

"Adam, awak hantar kite balik. Tak tahan kite duk kat sini lame-lame. Makin lame, makin meluat kite kat sini... Kalo lame lagi, nak muntah kite dibuatnye!" sindir Effie dengan nada suara yang sedikit mendatar.

"Kalo nak muntah sangat, senang jer.. tong sampah kan ade!" jawab pemuda itu dalam bentuk sindiran juga. Tidak puas hati dengan gadis itu.

Effie menoleh. "Whatever dude! Later! Wekk!" dia menjelirkan lidahnya. Dia menghadap Adam yang tersenyum memerhati gelagatnya.

"Ape senyum-senyum?" soalnya dengan marah.

"Tak sangka saya awak ni garang eh..." ujar Adam sambil menghulurkan helmet pada gadis itu.

Effie tersengih. "Awak tak kenal kite lagi..." balas Effie sambil menyambut huluran helmet ditangan Adam. Untuk seketika dia merenung helmet yang sudah bertukar tangan.

"Ape tengok je? Pakailer!"

Effie tersentak. "Awak ni macam tau-tau je kite naik motor awak hari ni," kata Effie sambil memasang helmet ke kepalanya.

Adam tersenyum. "Saya dapat rasa... jomler naik.."

Berdebar-debar perasaan Effie menaiki motor Adam. Tidak pernah-pernah dalam hidupnya membonceng motosikal. Apatah lagi dengan lelaki. Hisy... harap-harap takde pape pun yang berlaku. Doanya dalam hati. Jeket saja yang dipengang. Tidak berani dia untuk memeluk pinggang Adam kecuali apabila motor Adam sedikit terhinjut-hinjut keraa jalanraya yang tidak rata barulah dia memeluk pinggang Adam tanpa kawalannya. Hisy.... patutler mama selalu pesan, jangan naik motor lelaki. Tak baik!

Sebenarnya Effie dan Adam berkawan sejak kecil. Rumah mereka hanyalah bersebelahan. Tapi hubungan mereka tidak lagi rapat seperti dahulu. Mungkin kerana Adam suah mempunyai kawan-kawan bujang dan Effie lebih suka duduk didalam rumah sepanjang hari. Jika keluar pun hanya ke rumah Marina. Adam pula suka melepak dihadapan rumah dengan kawan-kawannya.

Walaupun mereka satu kelas, mereka langsung tidak bertegur sapa. Bila hendak berbual pun jika perlua sahaja. Kat rumah apatah lagi... buat macam tak kenal je ler... buat tak tahu... atau lebih senang buat bodoh! Soalan yang asyik bermain-main di benaknya sekarang... kenapa Adam tiba-tiba mahu menegurnya?

Kalau Ina hadir hari ni kan bagus... tak payahlah aku nak tumpang ngan mamat ni... Gumam Effie dalam hati. Marina sudah tiga hari tidak hadir ke sekolah kerana demam panas.

Sampai sahaja di hadapan rumah kembar dua tingkat itu, Effie terus membuka helmet lalu dihulurkan pada Adam.

"Thanks sebab hantar kite..." ucap Effie sambil mempamerkan senyuman nipis pada Adam.

Adam memangguk sambil membalas senyuman gadis comel itu. "Esok camne? Nak saya tumpangkan awak lagi tak?" soal Adam. Dalam hati dia berharap agar gadis itu bersetuju.

"Hmm... tak payahler, its okay. Kite boleh balik sendiri... and i think Ina hadir sekolah gak esok hari..."

Dalam diam Adam mengeluh hampa.

"Okeylah, kite masuk dulu..." Effie meminta diri. Tetapi tidak jadi apabila dia teringat yang dia mahu menyoal Adam sesuatu. Satu soalan yang asyik bermain-main dibenaknya sejak tadi. "Ermm, Adam, nape awak tiba-tiba cakap ngan kite?" soalnya ingin tahu.

Adam terkedu. "Ermm, saje je... Nape? Tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh... but it's weird," balas Effie perlahan.

"Well, sometimes weird thing could happened, right?"

Effie tersenyum mendengar kata-kata Adam. "Yeah, i guess you're right.." Effie sedikit setuju dengan pendapat Adam. "Anyway, thanks for the ride, Adam..."

"Sure, no problem!"

"See you around..."

"Yea... see ya!"

Effie terus bergegas masuk ke dalam rumahnya.




aina_shaira Publish time 1-5-2007 12:59 PM

jlan citer yg baik,truskan usaha.:pompom:

ain_nurain Publish time 1-5-2007 10:47 PM

best.... sambung la...:loveliness:

skyati Publish time 1-5-2007 11:29 PM

chaiiiyoookkk farah!!!!!!!!!!!!!!!:lol:
syabas sebab berani memulakan langkah...
:loveliness:

nazurah Publish time 1-5-2007 11:48 PM

congratssss....

juliet80 Publish time 4-5-2007 12:58 PM

pmulaan yg mnarik....:loveliness:
juliet tngu story strusnya dr ko, farah....
congrat.....

ilya Publish time 5-5-2007 10:41 AM

Besh Besh... :clap:

Teruskan farah, Jgn lambat sgt ek...:D

isif Publish time 7-5-2007 10:13 AM

a'ah..good intro.. keep up girl...:D

[ Last edited byisif at 7-5-2007 10:15 AM ]

thah Publish time 7-5-2007 11:45 AM

:D :D :D cayunk

juliet80 Publish time 7-5-2007 03:16 PM

farah...
sunyi sepi je ni....

10S10L Publish time 7-5-2007 10:23 PM

farah ..
go on ..







http://forum.cari.com.my/images/common/sigline.gif
lepas darsita selesai potong 30 kredit, bibir buret darsita terus
mengemut ngemut sebanyak 30 kali. haa.. haa...

purnama Publish time 8-5-2007 10:52 AM

masih x besambung lagi ke

juliet80 Publish time 8-5-2007 10:59 AM

Originally posted by purnama at 8-5-2007 10:52 AM
masih x besambung lagi ke

mn farah ni......:o

aina_shaira Publish time 8-5-2007 04:21 PM

farah,mana kau ni?kau pegi mana?

harmoni Publish time 9-5-2007 02:58 PM

bace intro pun dah best...
mana farah nie? ke tgh carik ilham?

juliet80 Publish time 10-5-2007 02:02 PM

Originally posted by aina_shaira at 8-5-2007 04:21 PM
farah,mana kau ni?kau pegi mana?

......? :o

aina_shaira Publish time 10-5-2007 05:38 PM

farah sayang,farah kat mana?busy sngat ke?bila nak cambung citer ni.

ayang77 Publish time 17-5-2007 08:27 AM

best gak citer nie...teruskan dan teruskan lagi

milanhawkin Publish time 17-5-2007 08:33 AM

aiseh, cik farah ni tanak update lagi ker citer ni? huhuh

skyati Publish time 18-5-2007 01:32 PM

aah la.. penat tunggu neeeeee :mad:
Pages: [1] 2
View full version: Kaulah Sandaran Hati


ADVERTISEMENT