Syd Publish time 30-4-2007 11:17 AM

Warisan ragam hias al-Quran

Membongkar warisan ragam hias al-Quran

APA pentingnya mengetahui ragam hias al-Quran? Al-Quran ada ragam hias? Apa itu ragam hias al-Quran? Soalan-soalan itu barangkali secara automatik terlontar saat menatap buku berjudul Ragam Hias Al-Quran di Alam Melayu tulisan pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Dzul Haimi Md. Zain.

Buku terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. itu telah pun masuk ke pasaran dan boleh didapati di kedai-kedai buku utama di negara ini sejak sebulan lalu.

Kepada penulisnya, Dr. Dzul Haimi, beliau mengakui itulah juga soalan-soalan sama diajukan kepadanya dalam usaha membatasi rentang masa cukup panjang - 12 tahun - menyudahkan kajian kesenian Islam, pengkhususan hiasan al-Quran sebelum terhasil buku berkenaan, dipercayai yang pertama di dunia membincangkan seni hiasan al-Quran di alam Melayu.

Alam Melayu di sini bermaksud, geografi meliputi wilayah di seluruh Malaysia, Kepulauan Indonesia dan Brunei Darussalam.

Sebelum secara panjang lebar memperincikan mengenai ragam hias al-Quran, beliau menarik perhatian terlebih dahulu tentang sisi duka khazanah seni bangsa Melayu.

Kata beliau, salah satu khazanah seni Melayu yang terlepas daripada penghayatan bangsa ialah seni manuskrip, tidak terkecuali manuskrip al-Quran.

Sudahlah usianya tua dimamah zaman, kalau ditulis tangan atau jawi, manuskrip lama itu makin tidak dihayati, walaupun tulisan dan hiasannya mempamerkan bentuk kesenian yang 憈idak ternilai

Syd Publish time 30-4-2007 12:39 PM

kalau al-Quran bersulam tuh, kira ragam hias gak ker?
Pages: [1]
View full version: Warisan ragam hias al-Quran


ADVERTISEMENT