Syd Publish time 11-4-2007 05:10 PM

Kebaya Nyonya

Kebaya Nyonya cerminan budaya Peranakan CinaOleh: RAHANA MD dan RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

http://www.utusan.com.my/pix/2007/0411/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_02_big.jpg
NORI Abdullah (tengah) bersama Datin Seri Masnah Rais (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Penyayang, Leela Ali melihat contoh pakaian Kebaya Nyonya yang akan dipamerkan di Muzium Victoria, Melbourne, Australia semasa sidang akhbar mengenai pameran tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

揃anyak perkara yang membuatkan saya meminati kebaya. Saya terutamanya khuatir kemahiran yang dipaparkan menerusi keindahan seni kebaya ini akan hilang jika kita tidak melakukan sesuatu untuk mengembalikan kegemilangannya.

揥alaupun kebaya moden masih menjadi sebagai pakaian tradisional oleh wanita Malaysia dari pelbagai peringkat umur, adalah amat merugikan jika kepakaran dan kehalusan seni sulaman kebaya Nyonya lama ini lenyap begitu sahaja.

fleurzsa Publish time 12-4-2007 07:40 AM

salam

Memang minat ngan kebaya nyonya

sebab sesuai dgn my struktur badan

n boleh mix n match

fleurzsa Publish time 12-4-2007 07:42 AM

lagi...

sulaman yg penuh berseni... sedap mata memandang... kepuasan memilikinya..

fleurzsa Publish time 12-4-2007 07:47 AM

Terfikir lak...

Betul la I ni Typical Malay

suka kumpul karya2 seni yg boleh berfungsi dlm kehidupan harian

I tak minat kumpul lukisan or painting

Syd Publish time 12-4-2007 09:08 AM

tingin nak pakai gak

tapi...takde size

;P


dah lah takde size, katik plak

kan tambah hodoh rupanya

:lol:

fleurzsa Publish time 12-4-2007 10:25 AM

Originally posted by Syd at 12-4-2007 09:08 AM
tingin nak pakai gak
tapi...takde size
;P
dah lah takde size, katik plak
kan tambah hodoh rupanya
:lol:

:o Tak perasan lak u kategori katik....

I rasa u sesuai la pakai kebaya nyonya ...sebab u small n sweet

:D

Syd Publish time 12-4-2007 11:42 AM

haha

tapi itu lapis2 kat peot
tak leh cover lah, kak mod

hehe ;P

dilaOHdila Publish time 12-4-2007 07:11 PM

Reply #7 Syd's post

kene pakai bengkung baru tak nampak spare tyre............;P
tapi mengah ya amat....tu yang tak tahan kalau dapat pinggang yang tak ramping nih :lol:

Syd Publish time 13-4-2007 08:58 AM

hahahaahha

last pakai kebaya dulu waktu study

;P

pastu budak2 engine kalau lalu kat school ke, selisih kat mana2 ckp

pramugari...hampeh tul..

kekekeek :lol:

dilaOHdila Publish time 13-4-2007 09:17 AM

Reply #9 Syd's post

syd
kalau kat tempat kak dilla depa panggei Pinggang Semut.................:D

Syd Publish time 13-4-2007 04:17 PM

The opulent Nyonya Kebaya
Adrian Cheah

Wearable art that knows no seasons


"When in Rome, do as the Romans do" is an oft quoted maxim about the importance of adapting oneself. Whether or not this bit of wisdom was known to the early Chinese immigrants to Malaysia, some of them eventually married the local folk and adopted Malay customs. The result of this union was the Peranakan Chinese (more commonly known as Babas and Nyonyas), a unique cultural class that flourished for centuries throughout Malaysia.

Little remains of Peranakan traditions today and what's left is barely recognisable. Still, the Nyonya influence is still very much prevalent in food, like acar hu and nasi kerabu. Other things like clothing and accessories (kebaya, kerongsang, beaded slippers and ornamental belts) are considered luxuries and worn only by a lucky few. Most of the Pernanakan Chinese in Penang today have blended into the social fabric. They are not as recognisable or as distinctive as before, and the only way of identifying one is to ask!

Peranakan influence in the family

The Nyonya factor in my family probably came from my maternal grandmother Emily Elizabeth Surin (picture right)

Syd Publish time 13-4-2007 04:18 PM

The opulent Nyonya Kebaya
Adrian Cheah

Wearable art that knows no seasons


"When in Rome, do as the Romans do" is an oft quoted maxim about the importance of adapting oneself. Whether or not this bit of wisdom was known to the early Chinese immigrants to Malaysia, some of them eventually married the local folk and adopted Malay customs. The result of this union was the Peranakan Chinese (more commonly known as Babas and Nyonyas), a unique cultural class that flourished for centuries throughout Malaysia.

Little remains of Peranakan traditions today and what's left is barely recognisable. Still, the Nyonya influence is still very much prevalent in food, like acar hu and nasi kerabu. Other things like clothing and accessories (kebaya, kerongsang, beaded slippers and ornamental belts) are considered luxuries and worn only by a lucky few. Most of the Pernanakan Chinese in Penang today have blended into the social fabric. They are not as recognisable or as distinctive as before, and the only way of identifying one is to ask!

Peranakan influence in the family

The Nyonya factor in my family probably came from my maternal grandmother Emily Elizabeth Surin (picture right)

Syd Publish time 3-5-2007 09:52 AM

Pameran kebaya nyonya di Melbourne

MELBOURNE: Pameran sulung Kebaya Nyonya di Muzium Imigresen di sini yang akan dirasmikan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Jannette Howard, isteri Perdana Menteri Australia, John Howard, hari ini, bukan sekadar mengetengahkan warisan budaya Malaysia, bahkan memaparkan asimilasi Cina ke dalam budaya Melayu pada abad ke-19.

Pengurus Muzium Imigresen, Padmini Sebastian, berkata ia adalah pengalaman yang boleh dikongsi dengan penduduk Australia kerana mereka belum pernah mendapat pendedahan seperti itu.

Beliau berkata, pameran itu bukan hanya menumpukan kepada reka bentuk yang rumit bagi setiap kebaya, iaitu pakaian tradisional masyarakat Peranakan dan Melayu, tetapi memberikan gambaran sepintas lalu mengenai budaya kaum Peranakan.

揚ameran ini amat penting bagi Australia kerana menyediakan maklumat dan pengetahuan terkini,

keptenmarbel Publish time 3-5-2007 10:39 AM

x suka kebaya nyonya...tapi suka tgk orang yg memakainyer...:lol:

Syd Publish time 4-5-2007 09:50 AM

Nyonya Kebaya抯 lesson on unity
Jessica Lim


MELBOURNE: The humble Nyonya Kebaya has a lesson or two to teach about unity, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi.

"The Nyonya Kebaya represents the best of both the Chinese and Malay communities. It抯 about getting the best of both and turning it into something beautiful."

"When you see this, you will see what we are trying to do in our country," he told a crowd of about 300 guests at the launch of the "Nyonya Kebaya: Women抯 Costume from Malaysia" exhibition at the Immigration Museum here.

The exhibition is taken from the collection of his late wife Datin Seri Paduka Endon Mahmood and is the first showcase of traditional and contemporary women抯 clothing from Malaysia in Australia.

More than 70 kebaya and other Peranakan artefacts, will be on display in a 200-square-metre space until Sept 9.
Abdullah was joined by Australian Prime Minister John Howard抯 wife Janette Howard, Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Rais Yatim, his daughter Nori Abdullah and Leela Mohd Ali, the chief executive officer of Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang), which organised the exhibition.

For most guests, it was their first good look at Peranakan clothes and culture.

Melbourne-based photographer Rodney Start said that the few kebaya he had seen in a documentary paled in comparison to the "real thing".

"It抯 exquisite".

Abdullah is scheduled to meet Howard during his stay here.

Syd Publish time 4-5-2007 09:51 AM

http://www.thestar.com.my/archives/2007/5/4/nation/n_01kebaya.jpg
Kebaya in Melbourne A pregnant Nori Abdullah standing next to her father Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as they gaze at a portrait of her late mother Datin Paduka Seri Endon Mahmood at the Nyonya Kebaya exhibition in Melbourne on Thursday. On her left is guest of honour Mrs Janette Howard, wife of the Australian Prime Minister. The exhibition at the Immigration Museum, which will run until Sept 15, brings to fruition Endon抯 dream of seeing the Malaysian traditional attire showcased overseas.

amazed Publish time 21-3-2009 06:53 AM

Kebaya Nyonya kekal unik

Oleh NUR FARISHA FAIZ


http://www.utusan.com.my/pix/2009/0321/Utusan_Malaysia/Selatan/ws_01.1.jpg
PELBAGAI warna dan sulaman kerawang kebaya Nyonya di Toko Che Ros, Dataran Pahlawan, Melaka. Gambar kanan, Sherman Sahar menunjukkan salah satu hasil sulaman bermotifkan ikan emas yang mengambil masa satu tahun untuk disiapkan. - UTUSAN/NUR FARISHA FAIZ

MELAKA 20 Mac - Potongannya yang pendek dihiasi dengan pelbagai corak bunga kerawang menyerlahkan keunikan pakaian tradisi baju kebaya Nyonya apa lagi dipakai si gadis manis.

Apabila dipadankan dengan kain batik sarung, kerongsang, kasut dan beg manik membuatkan mana-mana gadis yang memakainya tampak anggun dan pastinya semakin mencuri perhatian sesiapa yang memandang.

Inilah ciri-ciri tradisional baju kebaya bagi kaum Baba dan Nyonya di negeri ini yang masih utuh dan tidak ditelan zaman.

Kebaya Nyonya berasal daripada baju cheongsam labuh kaum Cina dipotong pendek sehingga paras punggung dan dipakai oleh kaum Baba dan Nyonya sebagai baju harian mereka.

Begitupun, hanya mereka yang berusia 30 tahun ke atas sahaja yang memakai kebaya ini kerana sudah sedemikian adatnya selain penghormatan kepada mereka yang sudah berusia.

Di sinilah terciptanya nama kebaya Nyonya yang kini dipakai oleh semua lapisan masyarakat tidak kira kaum mahupun usia kerana keunikannya yang tersendiri.

Malah ia menjadi kebanggaan kepada si pemakai kerana mempunyai nilai yang tersendiri selain harganya yang agak mahal bersesuaian dengan kualiti dan kerawang yang disulam.

Pakar menjahit sulaman baju kebaya Nyonya, Sherman Sahar, 52 , berkata, harga sehelai kebaya Nyonya terletak pada kualiti kain yang digunakan kerana sekiranya kain tidak berkualiti ia akan mudah koyak jika dijahit sulaman di atasnya.

Pernah juga sulaman yang dibuat tersilap corak lalu mencacatkan penampilan kain yang hendak dijadikan kebaya.

Walaupun hampir siap, sulaman harus dibuka semula untuk dijahit kembali dan keadaan ini amat rumit dan memakan masa.

''Orang dulu lebih suka menggunakan kain satin ataupun kain kapas kerana fabriknya lebih tebal daripada kain-kain biasa lagipun ia menyerap peluh," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sherman adalah antara pereka baju kebaya Nyonya dan memiliki sebuah kedai, Toko Che Ros yang terletak di Dataran Pahlawan.

Katanya, pelanggan zaman kini lebih suka menggunakan kain nipis dan jarang seperti kain kasa rubiah kerana lebih berkualiti mengikut harganya.

Manakala bagi sulaman pula katanya, ia akan lebih tinggi harganya sekiranya dijahit tangan berbanding menggunakan mesin kerana lebih halus dan sempurna jahitannya.

''Menjahit sulaman memerlukan ketelitian rapi supaya jahitan lebih kemas walaupun memakan masa yang agak lama tetapi paling penting seni tradisinya dapat dikekalkan keunikannya,'' kata Sherman.

Beliau berkata, terdapat empat teknik digunakan untuk membuat kerawang iaitu teknik cucuk api, cucuk elektrik, cucuk besi dan teknik sulaman goyang asli yang paling mendapat sambutan.

''Sulaman goyang asli sangat mahal harganya kerana sulaman di bahagian dalam kebaya sama coraknya dengan sulaman di bahagian luar membolehkan kedua-dua belah kain yang disulam itu digunakan," katanya.

Beliau yang menerima tempahan sulaman goyang asli, memerlukan masa lebih kurang satu tahun untuk menyiapkannya kerana ia memerlukan penelitian yang amat mendalam selain perlu berhati-hati kerana kain yang dihantar oleh pelanggan biasanya sangat mahal.

Sekiranya melihat rekaan sulaman di kedainya, kebanyakan berunsur flora dan fauna selain binatang seperti burung dan ikan emas.

Ia memerlukan masa satu hari sahaja untuk mencipta rekaan sulaman yang baru di mana kebanyakan rekaannya diilhamkan daripada kawasan sekitar rumahnya.

Ujarnya, selain kain dan sulaman, pilihan kombinasi warna benang juga sangat penting untuk dipadankan dengan warna kain kerana jika tersilap warna, rekaan sulaman tersebut tidak timbul dan kelam selain warnanya yang nampak serabut.

Sherman berkata, setiap wanita yang ingin memakai kebaya Nyonya perlu pandai memilih warna dan sulaman yang bersesuai dengan tubuh mereka kerana jika tersilap pilih, ia akan mencacatkan penampilan.

''Bagi mereka yang memiliki tubuh badan yang gemuk, mereka perlu memilih warna seperti merah cili, oren lemak ketam dan krim supaya nampak kurus dan bagi yang gemarkan warna hitam, mereka perlu memilih kerawang yang berwarna dan bukan warna hitam semata supaya lebih menarik perhatian.

''Mereka yang bertubuh kurus pula jangan memilih warna hitam kerana ia akan nampak lebih kurus dan perlu memilih warna yang lebih cerah seperti warna merah, oren dan kuning,'' katanya.

Selain warna baju, kain batik sarung yang dipadankan juga harus bersesuai dengan tubuh si pemakai.
''Jika kebaya Nyonya berwarna hitam dan oren, mereka perlu memilih kain batik sarung berwarna oren supaya penampilan mereka lebih terserlah dan nampak tinggi,'' katanya lagi.

Manakala warna coklat tidak sesuai untuk para remaja kerana tidak menyerlahkan penampilan mereka dan ia hanya sesuai untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas.

Pemakaian kebaya Nyonya ini juga akan lebih berseri jika dikenakan dengan kerongsang berantai dan tali pinggang besi yang bercirikan pemakaian tradisonal.

Kain batik sarung juga tidak digalakkan untuk dijahit kerana tidak nampak cantik dan mereka yang memakainya perlu mengikatnya menggunakan tali pinggang besi agar lebih kemas.

Sherman berkata, dia mula meminati seni menjahit sulaman sewaktu zaman remajanya apabila diajar oleh datuknya.
''Ketika saya berusia 14 tahun, saya diajar teknik menjahit sulaman daripada nenek yang ketika itu menerima tempahan menjahit baju dan menyulam,'' katanya.

Beliau berkata, harga untuk sepasang kebaya Nyonya kini mencecah ribuan ringgit bergantung kepada kualiti kain dan bentuk sulaman berbanding di zaman dahulu sekitar RM30 hingga RM40.

Kehebatan Sherman dengan baju kebaya Nyonya mendapat perhatian apabila dipilih untuk mempamerkan fesyen itu di beberapa pertunjukkan.
Hasil kerja tangannya, dia pernah mendapat penghormatan mempamerkan kebaya Nyonya di Korea Selatan pada 2005.

amazed Publish time 21-3-2009 06:53 AM

Bawa elemen baru sesuai pelbagai kaum

MELAKA 20 Mac - Kebaya Nyonya berpotensi untuk dimajukan menjadi produk baru pelancongan di negeri ini kerana keunikan jahitan dan sulaman yang masih mengekalkan tradisi silam.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pelancongan, kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Seet Har Cheow berkata, kerajaan negeri bercadang membawa elemen baru dalam reka bentuk kebaya Nyonya untuk disesuaikan dengan budaya masyarakat di negeri ini yang terdiri daripada pelbagai kaum.

''Ini termasuklah mencipta rekaan baru untuk corak baju kebaya Nyonya agar ia tampil segar, sesuai dengan konsep moden tetapi masih mengekalkan elemen-elemen tradisional,'' kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kebaya Nyonya masih mengekalkan nilai-nilai tradisi yang terdapat di dalam rekaan baju tersebut.

Har Cheow menambah, salah satu usaha untuk menarik minat pelancong dalam dan luar negara adalah dengan menganjurkan pertandingan mencipta kebaya Nyonya untuk dijadikan acara tahunan.

''Kebaya Nyonya sebenarnya diterima oleh semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa mahupun umur kerana pakaiannya yang mempunyai ciri-ciri unik dan sesuai dipadankan dalam apa jua keadaan sekali pun.

''Ia juga merupakan lambang bersatu padu antara masyarakat berbilang kaum di negeri ini walaupun ia merupakan pakaian tradisi kaum Baba dan Nyonya Melaka,'' katanya.

Selain itu juga, kebaya Nyonya merupakan 'trademark' negeri Melaka kerana setiap kali orang memperkatakan tentang kebaya Nyonya ia mesti dikaitkan dengan negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri pernah bercadang untuk melakukan promosi kebaya Nyonya secara besar-besaran bagi memperkenalkannya kepada pelancong dan generasi baru terutama mereka yang datang dari luar negeri Melaka.

Har Cheow berkata, promosi ini bertujuan menarik generasi muda untuk mencintai dan menjaga warisan yang masih ada supaya ia tidak dilupakan.

''Kita akan bekerjasama dengan pihak-pihak berkenaan untuk percepatkan lagi tarikh penganjuran ini supaya lebih ramai pengunjung akan datang terutama sekali ketika musim cuti persekolahan yang akan datang,'' katanya.
Pages: [1]
View full version: Kebaya Nyonya


ADVERTISEMENT