rienn Publish time 3-4-2007 12:18 PM

Rockensteiners (Faizal OIAM FC) - Lawatan amal ke Wad Pediatrik HKL

Rockensteiners (Kelab Peminat Rasmi Faizal Tahir OIAM) akan menganjurkan satu lawatan amal ke Wad Kanak-Kanak Onkologi KK3 (untuk pesakit kanser), Hospital Kuala Lumpur pada 2.30 ptg - 4.30 ptg, hari Khamis, 12 April 2007. Remaja/kanak-kanak yang berada di wad berkenaan tergolong dalam lingkungan umur 17 tahun dan ke bawah termasuk bayi yang baru dilahirkan. Rombongan lawatan yang dibenarkan adalah seramai 15 orang. Buat masa ini, 11 tempat telah pun terisi dan 4 tempat lagi masih kosong. Antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah mewarna dan menyanyi.

Sedikit maklumat mengenai jabatan dan wad pediatrik HKL:
http://www.hkl.gov.my/content/deptintro.php?Did=37
http://www.hkl.gov.my/content/deptservices.php?Did=37

Mereka yang ingin menyertai lawatan tersebut atau ingin memberi sumbangan barangan (melalui pos) atau wang tunai (secara bank-in) tanpa mengikuti rombongan bolehlah pm saya atau melayari http://faizaltahir.proboards83.com/ untuk maklumat lanjut. Segala sumbangan adalah amat dihargai dan semoga kehidupan anda semua diberkati, insya Allah.

Terima kasih :loveliness: :loveliness:

rienn Publish time 5-4-2007 12:00 AM

*Update

Tarikh akhir untuk sumbangan dan penyertaan ke dalam rombongan adalah pada tengahari Selasa, 10 April 2007. Pemberitahuan melalui pm hendaklah dibuat sebelum pukul 3 petang hari yang sama. Terima kasih.

Syd Publish time 6-4-2007 11:30 AM

Alhamdulillah.

Terlaksana jugak rancangan ye.

:loveliness:
Pages: [1]
View full version: Rockensteiners (Faizal OIAM FC) - Lawatan amal ke Wad Pediatrik HKL


ADVERTISEMENT