taurean Publish time 1-4-2007 02:10 AM

Aids!

Kejadian aids di kalangan remaja semakin menular! Ramai yang berpenyakit aids walau di sekolah menengah lagi! Faktor yang menjurus kepada kejadian aids adalah banyak!

Faktor utama di negara kita adalah kerana jarum dadah. Kedua, hubungan seks dengan banyak teman! Pendermaan darah daripada penderma! Jangkitan ketika terdedah kepada luka pesakit aids!

Pesakit aids sering dipulau dan dipinggirkan oleh orang ramai! Mereka sentiasa hidup merana dan berasa sunyi sepi!

Oleh itu, kami di sini memerlukan bantuan anda!

[ Last edited bytaurean at 1-4-2007 02:13 AM ]

kiuros Publish time 1-4-2007 09:58 PM

AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome) di sebabkan oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV).Orang yang dijankiti virus ini dipanggi pembawa HIV dan sehingga daya penahanan badan mereka menjadi lemah sehingga diserangi oleh penyakit lain saperti radang paru-paru, barulah mereka menjadi pesakit AIDS.

Sebenarnya, masyarakat sekarang lebih sedar tentang golongan pembawa HIV dan penyakit AIDS dan ada bebagai agensi dan NGO yangmembantu golongan pembawa HIV dan pesakit AIDS.Antaranya, khidmat kaunselling, hospice dan sokongan.

taurean cuba layari website http://www.mac.org.my/ untuk mendapat lebih keterangan dan makluman khidmat sokongan

pink panther Publish time 2-4-2007 01:17 AM

:D

Okay gak thread ni. Very informative. Bagi saya yang kena sebab tak berhati-hati & tak ambil precautionary actions to memang patut kena ler. Tapi bagi kanak-kanak dalam kandungan tu pity kat dia orang sebab terpaksa ambil burden di atas kesilapan orang lain..   Macam manapun kedua-dua kategori ni patut dibantu kerana mereka pun sebahagian dari society kita. Btul tak? :L :o

taurean Publish time 2-4-2007 10:19 PM

Reply #3 pink panther's post

Saya berharap forum ini akan memberi petunjuk kepada orang yang memerlukannya! Saya berharap pesakit Aids akan mendapat kesamarataan hak seperti manusia lain, selain daripada hanya terperuk dalam bilik yang terhad!

aycaramba Publish time 3-4-2007 12:39 PM

Terima kasih di atas informasi ini :)

ArahMan7 Publish time 16-4-2007 01:50 PM

Originally posted by taurean at 2-4-2007 10:19 PM
Saya berharap forum ini akan memberi petunjuk kepada orang yang memerlukannya! Saya berharap pesakit Aids akan mendapat kesamarataan hak seperti manusia lain, selain daripada hanya terperuk dalam ...

Aku tahu benar camana penderitaan pesakit AIDS lalui kerana aku pernah menjaga merekalebih kurang setahun lamanya. Sebenarnya mereka tersisih kerana kurang ilmu pasal AIDS. Hanya dengan TIGA cara sahaja AIDS boleh berjangkit, kongsi jarum, sex rambang dan ibu mengandung. Bahkan jika aku cium mulut dengan mereka pun tidak menjadi hal (itu hanya sebagai contoh).

Tidak ada sesiapa pun yang mahu mendapat AIDS. Jangan ada yang kata mereka sebenarnya yang cari sakit.Itu dah bahagian mereka, bahagian kita tidak tahu lagi. Aku hanya mampu berdoa buat mereka agar sakit mereka sebagai kifarah bagi melupuskan segala dosa2 mereka.

Seperti yang aku katakan diatas, aku dapat selami hati budi mereka kerana dekat setahun aku makan minum tidur bersama mereka2 ni. Aku nak tanya, sanggupkah seorang normal buat begitu? Bukan bermaksud mendabik dada, tapi pengetahuan mengenai AIDS perlu diperluaskan lagi agar mereka dapat hak sama rata sama rasa.

jejakadesa Publish time 19-12-2008 02:39 AM

Yang dah terkena mnyesal tak brgune yang belum ni kene jage kerana ia AIDS


-Angkara
-Iblis
-Dan
-Syaitan

fleurzsa Publish time 23-12-2008 01:00 AM

salam

My sister kerja bahagian Aids ni..... tapi dia pantau dari office je... belum lagi turun padang..

I pun tak pernah terfikir nak ambil tahu pasal aids ni.... maybe krn I tak pernah face 2 face ngan org yg ada aids
Pages: [1]
View full version: Aids!


ADVERTISEMENT