Obersliutenant Publish time 30-3-2007 02:55 PM

Grow your own fertilliser : Pokok Comfrey

http://www.british-wild-flowers.co.uk/040603%20Lathkill%20Dale/Comfrey,-Common-2.jpg


ahaaa ni dia, setelah buat research ... biar saya share sedikit sebanyak hasil googling di internet mengenai pokok ini. Dikenali sebagai pokok yang unik kerana keupayaanya menyimpan bahan nutrien NPK( nitrogen, fosforus, potassium) dalam dedaun dan batangnya, rata ratanya pokok ini dipotong dedaunya untuk dibuat baja. Akar pokok comfrey adalah sejenis taproot ( akar yang menusuk jauh ke dalam tanah) mempunya fungsi yang menarik iaitu 'melombong' bahan2 nutrien2 yang diperlukan pelbagai sayur-sayuran, bunga ros, kekacang legume, dan lain2...akar akarnya menusuk jauh ke dalam tanah lalu dibawa ke permukaan

http://www.british-wild-flowers.co.uk/00%20Dave%20Mitchell/Comfrey,-Common.jpg

cara pembiakaan: melalui keratan akar dan benih,


entahlah kalau ada pokok malaysia yang mempunya keupayaan yang sama , buat masa sekarang... pokok ini merupakan sesuatu penemuan yang menarik ...

[ Last edited byObersliutenant at 30-3-2007 03:08 PM ]

Obersliutenant Publish time 30-3-2007 03:07 PM

Reply #1 Obersliutenant's post

untuk pengetahuan bersama

, adalah digalakan menanam pokok2 kekacang setelah menanam tomato, sayuran? ini kerana pokok kekacang mengembalikan kandungan nitrogen ke dalam tanah setelah ia digunakan oleh sayuran2...

( pokok kekacang atau legume memiliki kelebihan mengambil kandungan nitrojen dari udara dan memperkayakan bumi dengan nutrien dan nitrogen... Sememngnya sisa pokok legume( kekacang) adalah bahan yang amat sesuai untuk dijadikan baja.

mok_nik Publish time 30-3-2007 06:06 PM

Ada ker pokok ini kat malaysia:hmm:

Obersliutenant Publish time 30-3-2007 06:23 PM

, habitat asalnya bukan di meleysia...tetapi buat masa sekarang... ari tuu saya balik ke malaysia utk bercuti saya teringat ada menanam Hybrid Comfrey di halaman rumah saya di Kota Kinabalu...

Alhamdulillah ada sekurang2nya 2 pokok...

[ Last edited byObersliutenant at 30-3-2007 06:24 PM ]

Obersliutenant Publish time 30-3-2007 06:29 PM

ia boleh mencapai ketinggian sekurang kurangnya 5-6 kaki..

dan ia merupakan jenis pokok yg amat lasak.... jika menanam pokok ini adalah dinasihatkan untuk menghadkan lokasinya atau memberikan ia tempat yang permanent...

kerana apabila ia mula establish dirinya memang susah untuk dibasmikan...

mok_nik Publish time 30-3-2007 06:32 PM

hidup subur eh?

wahh balik nanti jgn lupa snap gambar :)

Obersliutenant Publish time 30-3-2007 06:38 PM

Insya'allah .. itulah yang diharapkan... di Australia banyak betul mereka jual benihnya.Bolehlah katakan saya betul2 dengki dengan perkembangan teknology agriculture di sini ... begitu maju ...sedangkan celery kita kecil kecil belaka , celery om puteh besar melebihi paras lengan.

mok_nik Publish time 30-3-2007 11:29 PM

wahh seronoknya ... kalaulah mokn ik dpt benih tuh nak juga cuba tanam kat KB ni :bgrin:

Teknologi luar memang pesat dan canggih ..tak yah gi jauh2, jiran kita thailand jauh lebih majuteknology agriculture nya berbanding malaysia :malu:

razifah Publish time 4-4-2007 11:45 AM

Reply #1 Obersliutenant's post

Ober...pos kat ifa bole tak? Nampak cantiklah pokok munge tue....:lol:

afyyzuul Publish time 4-4-2007 02:35 PM

Err nak jugak boleh:lol: :lol:
Mcm best aje.Bunga pun cantik.

Obersliutenant Publish time 4-4-2007 07:43 PM

insya'allah nanti sya stok-kan banyak2 nanti balik tanam, kalau dah ada ready stock, sya postkan akar-akarnya ... dan lepas tu tanam jer...

calvwong Publish time 27-7-2020 09:55 AM

Hi, do you still have the comfrey plants?
Pages: [1]
View full version: Grow your own fertilliser : Pokok Comfrey


ADVERTISEMENT