riena19 Publish time 7-3-2007 01:32 PM

kemajuan @ kemanusiaan?

patutkah hutan ditebang untuk membina empangan...? ataupun dibiarkan tenggelam didalam kawasan tadahannya...? sedangkan bukan sahaja hutan yang menjadi mangsa, malah hidupan liar yang akan sama turut tenggelam bersama khazanah alam.

sebagai contoh, empangan hidroelektrik di Bakun, Sarawak, ketika ini projek sedang giat dijalankan... kadar keluasan tadahan empangan ialah seluas negara singapura.
projek ini dijangka akan mengambil masa selama 2 tahun lagi untuk siap beroperasi.

Apa yang dikesalkan, penduduk pri-bumi seperti suku2 kaum minoriti sarawak seperti iban, kadazan. dayak,rungus, dan pelbagai lagi, cuba mempertahankan peninggalan nenek moyang mereka. Kebanyakan mereka masih mengamalkan cara hidup asal seperti memburu, berkebun dan mengutip hasil2 hutan untuk meneruskan kehidupan.

melalui sumber saya, masih terdapat suku2 kaum ini yang masih tidak berpindah... dan tak mahu berpindah. ada juga yang sanggup tenggelam bersama harta "nenek moyang" mereka.

apa yang kita kejarkan selama ini....

kemajuan atau kematian?

apakah pendapat forumer tentang masaalah ini?

toilet Publish time 7-3-2007 03:05 PM

adakalanya kita terpaksa berkorban sedikit demi keselesaan di masa hadapan

sayawifenikmie Publish time 7-3-2007 09:55 PM

Originally posted by riena19 at 7-3-2007 01:32 PM
patutkah hutan ditebang untuk membina empangan...? ataupun dibiarkan tenggelam didalam kawasan tadahannya...? sedangkan bukan sahaja hutan yang menjadi mangsa, malah hidupan liar yang akan sama t ...

1. Adakah kaum yang terlibat ini tidak diberi perhatian atau ganjaran atau petempatan baru yag lebih selesa?

2. Untuk merangsang peluang perkerjaan kite perlu kepada tenaga yg mencukupi...

                  a. kita tak boleh terus bergantung kepada sumber tenaga/bahanapi fosil....ianya akan terus susut.
                  b. untuk membangunkan sektor perindustrian sudah tentu kite perlukan sumber tenaga yg mencukupi,...bila sektor
                      perindustrian maju..maka peluang-peluang pekerjaan semakin bertambah sekali gus memyediakan peluang pekerja
                      an kepada kaum-kaum tadi...dengan tak langsung ianye dapat mengurangkan kadar kemiskinan.

3. Memang di akui perlu di sedarkan masyarakat di sana akan pentingnye sumber tenaga hidro...dan ...perubahan hidup mereka rasanye ke arah yg lebih baik.

4. kematian dalam projek ini boleh di elakan...kemajuan perlu untuk megubah taraf hidup penduduk. Walaubaimanapon itu semua perlu kebijaksanaan kerajaan pelaksana.

sekian.tq.

Gunner Publish time 8-3-2007 02:02 AM

kemajuan dan pemeliharaan alam sekitar perlu seiring..kerana kedua2 aspek tersebut sama penting...

riena19 Publish time 8-3-2007 08:23 AM

.........Originally posted by toilet at 7-3-2007 03:05 PM
adakalanya kita terpaksa berkorban sedikit demi keselesaan di masa hadapan


bukan kah kita ada option lain untuk menjana tenaga?
sebagai contoh... power plant, yang dijana dari air laut.
ada juga stesyen janakuasa yang menggunakan tenaga diesel.
mungkin diesel mahal, arang batu pun masih ada...
tapi kenapa perlu menyusahkan penduduk pribumi semata-mata untuk mengejar kemodenan?

menyebut pula tentang peluang pekerjaan yang boleh dijana oleh mereka....
apakah pasti mereka dapat menyesuaikan diri dalam kelompok berpelajaran tinggi?
rata2 penduduk ini tidak berpelajaran tinggi, malah ada yang tidak pernah bersekolah.
ada juga yang tak fasih berbahasa melayu lagikan pula english..
kerana mereka masih berpegang teguh kepada ajaran nenek moyang mereka.
apa pekerjaan yang sesuai untuk mereka...?
tukang kebun? sapu sampah? atau pun pembersih jalan...?
selain daripada itu, apa yang boleh dilakukakan oleh pihak yang berwajib untuk membantu masyarakat yang sering tertindas?

tidak ada....

kawasan penempatan semula yang sering digembar-gembur khas buatmasyarakat yang terlibat juga pun masih tidak nampak batang hidungnya.lagi pula kawasan penempatan baru ini hampir dengan bandar, jika merekaberpindah ke kawasan penempatan baru, apa yang mereka boleh buat untukmencari rezeki, sedangkan apa yang mereka boleh lakukan adalah mencarihasil hutan, memburu dan berkebun. ataupun pihak yang berwajib bolehmenyediakan peluang pekerjaan untuk mereka... mungkin.

memang perubahan adalah sesuatau yang elok. tapi biarlah bersesuaian untuk semua pihak.

rudz Publish time 8-3-2007 08:42 AM

Originally posted by riena19 at 8-3-2007 08:23 AM
bukan kah kita ada option lain untuk menjana tenaga?
sebagai contoh... power plant, yang dijana dari air laut.
ada juga stesyen janakuasa yang menggunakan tenaga diesel.
mungkin diesel mahal, arang batu pun masih ada...

nape tak pakai tenaga nuklear je ? :)... btw bagi teman selain dari nuklear...hanya hidroelectric saje yang effisien dan cos efektif kat Malaysia nie

menyebut pula tentang peluang pekerjaan yang boleh dijana oleh mereka....

mungkin bukan untuk depa ...mungkin untuk keturunan depa akan datang... walaubagaimanapun teman berpendapat sedikit pengorbanan dari small group untuk faedah group yang lebih besar (mungkin juga termasuk depa) adalah suatu tindakan yg rasional dan acceptable...

jika merekaberpindah ke kawasan penempatan baru, apa yang mereka boleh buat untukmencari rezeki, sedangkan apa yang mereka boleh lakukan adalah mencarihasil hutan, memburu dan berkebun. ataupun pihak yang berwajib bolehmenyediakan peluang pekerjaan untuk mereka... mungkin
bagi teman...masalah ini boleh diselesaikan oleh Pihak berkuasa tempatan... dan teman tak nampak mengapa PBT tidak boleh mengambil tindakan yang proaktif dalam hal ini

weta_studio Publish time 8-3-2007 09:26 AM

kemajuan perlu untuk kebaikan manusia.Tapi seimbang dengan pemuliharaan alam sekitar.Sebagai cth : Pembinaan pulau buatan.isunya adalah menyebabkan hakisan pantai semulajadi,pembiakan lumut berlebihan jika sistem pengairan laut terjejas,kehidupan di dasar laut akan terjejas.

dan sebagai cara mengatasinya seperti hakisan pantai perlu dipantau teliti dengan menambah pasir dipantai semulajadi,pengaliran air laut perlu dijaga sepenuhnya dengan mewujudkan saliran air laut yang efisen dan berkesan,meletak tukun tiruan supaya kehidupan laut tak terjejas akibat penambakan laut.

setiap pembangunan perlu selari penjagaan alam sekitar.itu paling penting.PBT perlu pantau dengan teliti
Pages: [1]
View full version: kemajuan @ kemanusiaan?


ADVERTISEMENT