ichbin Publish time 6-3-2007 03:54 PM

Program Gemilang Kasih - Bantuan Anak-Anak Yatim

Program Gemilang Kasih (PGK) adalah sebuah daya usaha Chaz Enterprise dengan kerjasama Yayasan An-Nur Maisarah untuk mengutip dana bagi membiayai pembinaan kompleks asrama anak-anak yatim dan miskin.
Majlis pelancaran telah diadakan di Ipoh pada 1 Mac 2007 dan dirasmikan oleh Dato' Siti Salmah Mat Jusak, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perak. (Sila rujuk akhbar Kosmo terbitan Utara bertarikh 2 Mac 2007).
Penderma yang menderma RM10 akan menerima sekeping resit rasmi yang mempunyai nombor siri. 100 hadiah akan diberikan kepada penderma bertuah. Hadiah-hadiah adalah berupa permainan Sony Playstation 3, komputer riba Acer, kamera digital Canon, pemain MP3 Apple iPod Shuffle dan sebuah kereta Proton Satria Neo 1.3 (M).
Hanya agen-agen yang sah dilantik oleh Chafz Enterprise sahaja yang diberi kuasa membuat jualan atau mengutip derma bagi program ini. Kempen program ini diadakan di seluruh negara bermula 1 Mac 2007 sehingga 30 Jun 2007. Pada 30 Jun 2007, sebuah Majlis Cabutan akan diadakan dan senarai nombor siri penderma-penderma bertuah dakan disiarkan di akhbarselepas tarikh tersebut.
Kepada individu dan syarikat swasta yang mahu menderma, sila hubungi kami (Chafz Enterprise) di talian
03-8925 1525 atau faks ke 03-8925 5125
atau email kami :
harrisandria@chafz.com atau rita@chafz.com

Oleh itu dengan penuh harapan danKASIH,
sama-samalah kita membina masa depan mereka supaya terusGEMILANG..


[ Last edited byichbin at 7-3-2007 12:49 PM ]

sherrina Publish time 8-3-2007 02:19 AM

mak aiii hadiah2 lumayan habis. baik amik duit2 beli hadiah tu aje bagi kat anak yatim tu :o

fleurzsa Publish time 11-3-2007 10:38 PM

salam

Sekarang ni mcm2 cara org nak kutip derma...

ichbin Publish time 16-3-2007 01:54 PM

Mereka memerlukan RM1.7juta untuk membina rumah tersebut. Program ini hanya boleh menjanakan 1/3 dari jumlah tersebut. Manakala hadiah-hadiah adalah merupakan satu jumlah kecil berbanding jumlah dana yang bakal dikumpul..Maka dengan itu, hadiah-hadiah tersebut merupakan suatu pelaburan kepada program ini. Tujuan utama program ini adalah untuk mengutip dana pembinaan asrama anak-anak ini dan sekiranya penderma dapat hadiah..maka ia adalah suatu bonus. Terpulang kepada mereka sekiranya mereka ingin mendermakan hadiah mereka itu. Apa yang penting, nawaitu mesti ikhlas.

ichbin Publish time 16-3-2007 02:05 PM

Let me explain...konsep ini sama seperti majlis makan malam untuk kutipan derma seperti yang selalu kita dengar dan lihat. Mungkin ada yang akan mempersoalkan kenapa tidak dermakan sahaja kos majlis tersebut..jangan salah sangka, tujuan majlis tersebut adalah untuk mengutip lebih banyak dana. Kos perbelanjaan majlis makan adalah terlalu sedikit berbanding dana yang dikutip. Ia adalah suatu pelaburan.
Harap saya dapat menjelaskan keadaan.

ichbin Publish time 16-3-2007 03:16 PM

Bukan sahaja anak-anak ini akan mendapat bangunan asrama impian mereka tetapi juga kompleks ini bakal menjadi hub pendidikan tempatan (local education hub) bagi anak-anak yang senasib dengan mereka. Kompleks ini juga akan mempunyai bengkel dan pusat pembelajaran yang selesa yang bukan sahaja dikhususkan untuk anak-anak ini tetapi juga untuk anak-anak lain yang senasib di seluruh Malaysia, khususnya di Perak. Antara perancangannya adalah untuk memberi peluang kepada mereka menimba ilmu yang bukan sahaja tertumpu kepada kokurikulum yang sedia ada tetapi juga menawarkan kursus atau program motivasi supaya mereka lebih bersedia untuk keluar nanti.

sherrina Publish time 17-3-2007 08:24 AM

ok paham dah...thanks :)

ichbin Publish time 22-3-2007 06:21 PM

Reply #7 sherrina's post

Semua sumbangan derma boleh dikecualikan dari cukai (# Ruj. LHDN : 01/35/42/51/179-6.5412)
Pages: [1]
View full version: Program Gemilang Kasih - Bantuan Anak-Anak Yatim


ADVERTISEMENT