myown_s Publish time 23-2-2007 10:07 AM

Kerinduan Ini

Kerinduan ini...
Seringkali menjelma tanpa ku sedari
Inginku menepis memori luka itu
Tapi terpercik ke dalam naluri hati

Kerinduan ini...
Tak pernah ku undang menghadirkan diri
Tetap bertandang dalam kamus memori
Sisipan angin bayu dengan girang menerbangkan rindu
Membelai jiwa yang terusik kini

Kerinduan ini...
Melenyapkan sebuah egois ratapan hati
Tidak pernah pergi berjauhan lagi
Kerna rindu tetap hadir
Dalam mimpi, dalam jaga, dalam keluhan kecilmu...

====================================
Rindu katakan rindu...
jangan dibohongi diri ini...
walau tak tercapai maksud diri...
====================================

BeruangKutub Publish time 1-3-2007 12:07 AM

tumpang sekaki...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kerinduan ini...
datang dan pergi
selalu ku ditemani

kerinduan ini.....
telah cuba ku usir pergi
jangan datang lagi
tapi ia tak pernah peduli
semakin dekat aku dihampiri

kerinduan ini....
tak ingin ku tangisi
tak ingin ku ingat lagi.....

myown_s Publish time 1-3-2007 04:44 PM

silakan tumpang ;-)

terima kasihlah kepada en/cik beruangkutub kerana tumpang sekaki / menjawab puisi saya tu. Walaupun kita nak melupakannya tetapi waktu itu jugalah kita akan teringat kembali. Puisi saya tu simple tapi saya suka buat puisi yang ada jiwa, makna dan tepat ke hati.

BeruangKutub Publish time 1-3-2007 09:33 PM

Originally posted by myown_s at 1-3-2007 04:44 PM
terima kasihlah kepada en/cik beruangkutub kerana tumpang sekaki / menjawab puisi saya tu. Walaupun kita nak melupakannya tetapi waktu itu jugalah kita akan teringat kembali. Puisi saya tu simple ...

samer samer...:bodek:

nanti aku sambung lg!!

lost_angel Publish time 1-3-2007 10:14 PM

nak tumpang juga

kerinduan ini.......
membuatkan aku menjengah dalam diri
mencari erti sebenar sebaris bait menusuk hati

kerinduan ini........
pernah mengangkat aku ke puncak dunia
namun menjurus aku ke dasar bumi jua akhirnya

kerinduan ini........
menyakinkan aku dia bukan milikku
menyedarkan aku dia bukan hakku

kerinduan ini......
pasti terhapus selari dengan masa
pasti ternoktah selarai dengan noktah usia

miezarra_27 Publish time 2-3-2007 09:52 AM

Tumpang sikit jer...

kerinduan ini
membuat hati bertambah sepi

kerinduan ini
entah bila ia akan pergi...

myown_s Publish time 2-3-2007 10:21 AM

Reply #5 lost_angel's post

Terima kasih juga buat lost_angel's yang turut sama berkongsi puisi mengenai 'kerinduan ini'. :-) Pastinya kita akan melalui detik-detik itu walau dicuba utk melupakannya. Suara hati diri kita yang ikhlas ni membuatkan kita lebih kreatif dalam mengarang. Tambah lagi ada pengalaman...Terima kasih.

myown_s Publish time 2-3-2007 10:23 AM

Reply #6 miezarra_27's post

Bila 'kerinduan ini' akan pergi? :-) diri kita aje yang setkan macam mane kita nak deal dengan masalah mcm ni. Tapi xpe, tuhan penentu segalanya...Thanx miezarra_27 kerana turut sama berkongsi.

thah Publish time 2-3-2007 10:40 AM

sorry nak tumpang gaks

kerinduan ini...
membuatkan hatiku sayu,
membuatkan jiwa ku sepi,

kerinduan ini...
mengajarku erti hidup,
mengajarku erti kasih syg,
mengajarku erti kekecewaan,

kerinduan ini...
ingin ku tepis pergi,
inginku usir dari kehidupanku,
agar aku bisa berdiri tanpanya,

kerinduan ini...
menyeksa naluri dan hati ku,
kerana ia aku teratas,
kerana ia aku di bawah,

kerana...
kerinduan ini juga,
kehidupanku bersinar,

kerana...
kerinduan ini juga,
kehidupanku bermakna....

thah Publish time 2-3-2007 10:41 AM

sorry nak tumpang gaks

terpost 2x laks

[ Last edited bythah at 2-3-2007 10:43 AM ]

myown_s Publish time 2-3-2007 11:26 AM

Reply #10 thah's post

Rindu lagi nampaknya forumer kat writer's room ni. hehehe...xpe, luahkan isi hati...semoga terubat luka di hati walau sukar mencari penawar.

[ Last edited bymyown_s at 2-3-2007 11:50 AM ]

thah Publish time 2-3-2007 12:19 PM

kerinduan ini buat aku keliru...
kerinduan ini buat jiwa ku celaru...
kerinduan ini menyetap ketengana hatiku...:cry:

myown_s Publish time 5-3-2007 04:55 PM

Reply #12 thah's post

rindu...dan rindu...nanti aku sambung lagi puisi rindu ni.

kupay Publish time 5-3-2007 10:39 PM

nak join gak...

kerinduan....
tak akan menghilang..
kau selalu rasa...
tak mungkin ku menghindar...
kau berikan apa yang ku pinta...
kau selalu rasa...


ntah apa2 daa

PureSilk Publish time 5-3-2007 11:31 PM

kerinduan ini..
kadangkala mengundang kelelahan
kurasakan kepayahan dalam helaan nafas ku

kerinduan ini...
payah untuk dimengertikan
semakin kumenghindar, terasa dalam tusukannya

kerinduan ini..
sukar diterjemah dgn kata-kata
kerana bisanya, walau sedikit cuma..mampu menggugat ketenangan jiwaku..

noraidil_06 Publish time 6-3-2007 10:24 AM

kerinduan ini
mendera seluruh raga ku
cinta yg x mungkin ade hujungnye
atau hujungnye cuma kekecewaan yg akn terus mendera

miezarra_27 Publish time 6-3-2007 06:22 PM

kerinduan ini
membuat ku mencari wajah mu dicelah2 bayang
mendengar suara mu bersama desiran angin petang

kerinduan ini
membuat aku merintih pada malam yang kelam
melemaskan aku didalam lautan air mata yang dalam...:'(

myown_s Publish time 7-3-2007 09:21 AM

Reply #17 miezarra_27's post

waduh2...sungguh mendalam sekali bait2 puisi tu. Walaupun sy ni lelaki, tp ada some part yg ada tusukan jiwa pada puisi awak tu. Banyakkan bersabar...ingat tuhan selalu... :-)

miezarra_27 Publish time 7-3-2007 12:30 PM

Originally posted by myown_s at 7-3-2007 09:21 AM
waduh2...sungguh mendalam sekali bait2 puisi tu. Walaupun sy ni lelaki, tp ada some part yg ada tusukan jiwa pada puisi awak tu. Banyakkan bersabar...ingat tuhan selalu... :-)

my own....

kenkadang kerinduan ini membuat kita lupa..
terbuai didalam alam khayalan..

myown_s Publish time 9-3-2007 09:22 AM

Reply #19 miezarra_27's post

Betul tu...saya pun x nafikan. Tapi perkara mcm tu mematangkan diri kita. Mengenal erti hidup ini yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Yg penting jgn smpi terjejas mutu kerja/pendidikan kita. Dunia ni masih luas lg. Semua org blh berjaya jika ada usaha. InsyaAllah...
Pages: [1] 2
View full version: Kerinduan Ini


ADVERTISEMENT