intan Publish time 13-2-2007 10:34 AM

Cntai sungai kita

salam.

sungai kita makin tercemar
sungai kita merupakan sumber air berseh. malah memainkan peranan dalam kehidupana seharian...ekosistem dsb.
masalahnya : pembuangan sisa toksik, sampah sarap dan segalanyanya.
bagaimana kita dapat mendidik diri kita dan masyarakat kita agar mencintai sungai kita.
atau perlukah satu peraturan atau undang-undang yang ketat.

http://www.cuti.com.my/Sub/Selangor/selangor_sungai_gabai_waterfalls.jpg
indahnya sungai kita, cintai sungai kita

seribulan Publish time 13-2-2007 01:31 PM

no conscience;P

redsinner Publish time 13-2-2007 05:59 PM

walaupun bende ni bukan baru tapi kesedaran rakyat + pemerintah masih kurang terhadap pemuliharaan alam sekitar.
mungkin lebih baik ada bencana melanda baru rakyat + pemerintah akan tersedar dan mengambil langkah?

semua org tahu kos pembersihan sungai melibatkan perbelanjaan yg besar. bukankah baik duit itu disalurkan utk membina prasarana rakyat utk melengkapkan kemudahan asas yg sepatutnye dinikmati bersama.
tapi sekiranya semua org tidak mengambil berat n leka terhadap perkembangan alam sekitar yg semakin tercemar ini, bersamalah kita menghadapi akibat bencara + malapetaka yg dahsyat.

i'll paste an article i came across today...

redsinner Publish time 13-2-2007 06:01 PM

Utusan Malaysia Online, 13 February 2007 - Rencana

Usaha memulihara sungai wajar berterusan

Pendapat
PADA 6 Februari tahun lalu, pengumuman untuk menswastakan tiga batang sungai utama di Selangor dikemukakan.

Tahun ini pula satu lagi pengumuman oleh Ketua Pengarah, Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Keizrul Abdullah dibuat bahawa kos pemuliharaan bagi sebatang sungai yang tercemar mungkin mencecah RM400 juta.

Kesemua pengumuman dan kenyataan ini lahir adalah berikutan daripada kekecewaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pencemaran sungai di negara kita.

Ini juga menggambarkan tumpuan dan keutamaan yang diberikan oleh pelbagai pihak dalam menangani kelemahan pengurusan sumber air bersepadu serta pencemaran sungai di Malaysia. Sejumlah 90% daripada sumber air kita berpunca daripada sungai malah pencemaran sungai bukanlah merupakan satu perkara yang asing dan ia berlaku di serata dunia.

Pelbagai usaha dan inisiatif sedang diambil, walau bagaimanapun perkara yang harus kita teliti ialah keberkesanan projek-projek pemuliharaan sungai yang akan dijalankan.

Pihak yang bertanggungjawab haruslah menjalankan projek pemuliharaan dan pemeliharaan secara bersepadu dan lestari selain hanya menumpukan perhatian dalam pembersihan sungai secara berkala iaitu pembersihan sungai setelah sungai tersebut mencapai tahap sangat tercemar atau menjadi sungai mati (Kelas 5).

Kira-kira RM25 juta telah dibelanjakan untuk pemuliharaan Sungai Pinang baru-baru ini menerusi projek 憇atu negeri satu sungai

Syd Publish time 14-2-2007 09:16 AM

nyelit sket...

link:http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=236261&highlight=sungai%2BSyd

intan Publish time 21-2-2007 08:30 AM

Originally posted by seribulan at 13-2-2007 01:31 PM
no conscience;P
logik jugak tu bulan :)

intan Publish time 21-2-2007 08:33 AM

Originally posted by redsinner at 13-2-2007 05:59 PM
walaupun bende ni bukan baru tapi kesedaran rakyat + pemerintah masih kurang terhadap pemuliharaan alam sekitar.
mungkin lebih baik ada bencana melanda baru rakyat + pemerintah akan tersedar dan ...
Intan rasa sedeh bila lihat banyak sungai dicemari

dulu masa kecik2 dulu, intan selalu ikut pakcik intan memancing disungai kelang..walaupun airnya keruh tapi masih banyak ikan yang hidup.
tapi sekarang...tak ada apa lagi

satu lagi
dulua ada bukit belacan kawasan perkelahan anak sungai yang indah di KL
namaun sekarang hanya tinggal nama

apakah yang dapat kita sumbangkan agar perkara ini tidak bertambah buruk :(

intan Publish time 21-2-2007 08:40 AM

Originally posted by Syd at 14-2-2007 09:16 AM
link:http://forum.cari.com.my/viewthr ... hlight=sungai%2BSyd
thanks syd :)

syd..ada sebuah sungai yang masih berseh airnya yang ingin intan ketengahkan iaitu sungai perak
masih banyak ikan didalamnya....kalau musim air kerinmg...best berenang dalamnya
tapi kalau kita menyusuri sungai itu menghilir.... ada beberapa lokasi yang mulai dicemari....iatu pembuangan sampah amat berleluasa. rasa sebak dada bila melihatnya.
salah satu lokasi yang intan lihat tak berapa jauh dari kompleks sejarah pasir salak...kalau kita menghilir sedikit menyusuri jalan tepi sungai tu...ada sebuah kawasan yang menjadi tempat pembuangan sampah oleh penduduk berdekatan...
intan pernah kesana..mengunjungi rumah teman
intan rasa mual melihat sampah sarap berkumpul digigi air.
rasa sebak di dada

ajis_kg Publish time 21-2-2007 04:37 PM

Originally posted by intan at 13-2-2007 10:34 AM
salam.

sungai kita makin tercemar
sungai kita merupakan sumber air berseh. malah memainkan peranan dalam kehidupana seharian...ekosistem dsb.
masalahnya : pembuangan sisa toksik, sampah sara ...


metaliti rakyat pengotor nih mesti kena ubah.. kalu kerajaan dok pantau pastu dok perabih duit nak bersehkan sungai2 nih..tapi masih wujud manusia bodoh gitu2 pon tak guna gak.. ujudkan atau gubal undang2 supaya mereka yg mencemar sungai2 nih dihukum tembak sampai mati jika disahkan kesalahannya.:$

intan Publish time 6-3-2007 08:56 AM

Originally posted by ajis_kg at 21-2-2007 04:37 PM



metaliti rakyat pengotor nih mesti kena ubah.. kalu kerajaan dok pantau pastu dok perabih duit nak bersehkan sungai2 nih..tapi masih wujud manusia bodoh gitu2 pon tak guna gak.. ujudkan at ...
itulah...
bagaimana kita dapat mengubah mentaliti masyarakat kita agar menyayangi sungai warisan kita ini.
kempen cintai sungai kita telah lapan tahun berlalu, namun semakin banyak sungai2 kita yang tercemar.
Paling ngeri tengok sungai juru dan sungai pinang di Pulau Pinang yang diwartakan sebagai anatar sungai paling tercemar di asia.
Apa agaknya yang dapat kita sumbangkan gar sungai kita semakin dihargai

mahathirGX Publish time 6-3-2007 05:12 PM

kerosakan   itu   datangdarimanusia   ....bahkandidalamAl-Quran   ..kitadiberitahu   bahawa    manusia   niseringmelakukan   kerosakan ...memusnahkanalam sekitar....sungaikitaakantercemar   selagi   adamanusia   yglupajanji Tuhannya....

seribulan Publish time 8-3-2007 01:06 PM

200 juta diperuntukkan dalam RMK9 untuk sungai kita termasuklah mungkin menjadikan tebing sungai tempat rekreasi. Dari kira-kira 500 sungai dikatakan anggaran 16 telah tercemar.

Berita jam 7 tv3 hari ini.

ct_og Publish time 13-3-2007 11:01 AM

Sedih dengan nasib sungai... manusia sebagai pemimpin dah gagal memerintah alam... dah sampai masanya masing-masing sedar peranan masing-masing... alam perlu didampingi dengan lebih erat bagi mengenalkan kita pada Yang Empunya diri...

ibnur Publish time 15-3-2007 11:36 PM

Salah kerajaan atau salah orang ramai atau salah semua orang.

Cuba lihat longkang kat kebanyakan rumah-rumah.kebanyakan air mandi, air singki semua masuk longkang.dari lonjgkang terus masuk sungai.siapa punya rancangan yang jadi macam tu?

Gunner Publish time 16-3-2007 10:25 AM

kemajuan sekarang tidak seiring dengan pemeliharaan alam sekitar.alam sekitar termasuk sungai menjadi mangsa kepada pembangunan dan kemodenan yang tidak dikawal dengan sebaik mungkin.sisa rumah,industri dibuang ke dalam sungai.akibatnya berlakulah kerosakan dan ketidakstabilan ekosistem dan pencemaran yang menjurus kepada kemerosotan kualiti hidupan bukan sahaja di dalam sungai tetapi juga kepada hidupan di daratan yang turut sama menggunakan air sungai.

keep88 Publish time 22-3-2007 01:53 PM

Sedih lah juga memikirkan tentang sungai ni. But then, untuk me'reverse'kan keadaan memerlukan perancangan yang teliti.

Teliti? A way to do this dgn mengikut contoh sungai singapura. namun it is impossible considering the number of rivers yang memerlukan program begini. Terlalu banyak! Ini memerlukan masa yang lebih ie. 60 untuk semua sungai menjadi bersih. Tambhan pula keseriusan (long term commitment) pihak tertentu perlulah ada kalau tak sia sia saja

wei_loon5063 Publish time 22-3-2007 03:04 PM

ini semua sikap rakyat malaysia.... cuba lihat kat venice, italy..... bandar air....
air sungainye bersih dari zaman ke zaman... kat malaysia.. kerajaan guna duit
buat kempen cintai sg, bersih sg, akhirnye sg kotor jugak..........
salah kerajaan ke? bukan... sikap rakyat msia yang suka buang sampah merata dan
kurang prihatin kepada alam semulajadi.....

seribulan Publish time 28-3-2007 03:18 PM

nampaknya semakin banyak usaha dilakukan pihak atasan sekarang,
selain mengatasi pencemaran, tindakan undang-undang akan diambil...
umpama yang akhir dicantas, yang mula dibanteras...

;P cam Karam Singh Walia pulak rasanya;P

Gunner Publish time 30-3-2007 02:27 AM

bertindaklah sebelum terlambat.selain pihak berkuasa,masyarakat dan individu juga perlu bekerjasama membantu menyelamatkan dan memuliharakan sungai-sungai yang tercemar.setiap orang mesti ada kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar.sama-sama membantu dalam menjaga dan memakmurkan alam yang dikongsi bersama.

redsinner Publish time 3-4-2007 11:25 PM

the citizen's environmental awareness is still low, apart from the insensitivity of higher authority of these matters.
thus making the efforts of saving the rivers and other natural resources seem hopeless.

perhaps a rally and widely publicised articles have to be promoted about these matters to the public so that they know what is going on and critically analyse every option available to them as citizen to help.
Pages: [1] 2
View full version: Cntai sungai kita


ADVERTISEMENT