Syd Publish time 13-2-2007 10:28 AM

RELA

ada tak yang kat sini join RELA?

marilah share pengalaman.

:P

http://www.moha.gov.my/system/images/uploaded/bhgrela1.jpg

[ Last edited bySyd at 13-2-2007 10:30 AM ]

Syd Publish time 13-2-2007 10:29 AM

Sepintas lalu;

RELA telah ditubuhkan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menganggotai secara sukarela sebuah agensi keselamatan kerajaan yang diwujudkan bagi membantu, memelihara dan mempertahankan keselamatan dan keamanan negara.

RELA juga memain peranan yang penting dalam pembangunan sosial - menjadi pelopor kepada aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Syd Publish time 13-2-2007 10:30 AM

Peranan;

Peranan RELA

Pertahanan kawasan mengikut konsep mengikut konsep yang digunapakai oleh pasukan Home Guard, iaitu memelihara keselamatandan keamanan setempat sehingga diambil alih oleh pasukan keselamatan.

Peranan ini pula meliputi:

    * Keselamatan dan pertahanan sasaran penting dalam kawasan tanggungjawab, jika ada.

    * Perpindahan serta perlindungan penduduk awam ke kawasan penempatan yang selamat

    * Tugas geraksaraf khasnya dari segi mengawasi pihak-pihak yang dianggap sebagai musuh dalam selimut di dalam kawasan tanggungjawab.

    * Tugas pencegahan jenayah bagi kawasan tanggungjawab sehingga diambil alih oleh
      pihak polis.

Tenaga anggota RELA juga boleh digembeling bagi berbagai tujuan mengikut kemahiran masing-masing. Di antara kemahiran anggota yang telah dikenalpasti:-

    * Pertukangan dan binaan

    * Juruteknik

    * Pemandu (berat dan ringan)

    * Kemahiran mengguna senjatapi

Pasukan RELA dengan hampir sebahagian besarnya anggota berumur di bawah 40 tahun adalah 憆eady material

Syd Publish time 13-2-2007 10:31 AM

berminat? hubungi;

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)

Ketua Pengarah RELA:

Dato' Zaidon Bin Haji Asmuni

Ibu Pejabat RELA Malaysia
Aras 6, Blok D2, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya

No. Telefon
03-88863354 / 03-88863097 / 03-88886298 / 03-88886308

No. Faks
03-88886314 / 03-88886317 / 03-88886316 / 03-88886309

Pegawai Perhubungan Awam
Telefon : 03-8886 3105
Emel : razali_m@moha.gov.my

Syd Publish time 13-2-2007 10:34 AM

Hasrat ingin berbakti dorongan sertai Rela
oleh Rosman Shamsudin


Peserta sanggup ikuti jadual ketat dan latihan lasak tanpa mengira usia mahupun jantina


SUNGKAI: Membentuk anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, bangsa dan negara bukan perkara mudah jika tiada kesungguhan membabitkan anggota Rela itu sendiri.

Sebagai ahli Rela, mereka perlu memahami peranan dan tanggungjawab yang dipikul apabila diterima menjadi anggota pasukan itu serta amanah yang diberikan perlu dilaksanakan dengan telus tanpa ada sebarang gangguan yang boleh mencemar nama baik pasukan.

Kekuatan Rela bukan terletak pada pakaiannya dan kuasa yang diberikan tetapi sebenarnya bergantung kepada sejauh mana keikhlasan anggota Rela dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Sehubungan itu, satu kursus pengenalan Rela siri 1/2007 (KPRS1) anjuran Pejabat Rela daerah Batang Padang, Tapah selama dua hari diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Perlok, Sungkai, baru-baru ini.

Kursus yang dihadiri 77 peserta menjadi medan awal perjuangan anggota Rela sebelum bertugas dalam situasi sebenar.

Majlis penutup kursus disempurnakan Kolonel Kehormat (Rela), Datuk KRA Naidu dan turut dihadiri Penolong Pengarah Rela negeri Perak, Shaharudin Nulup Ibrahim dan Pegawai Rela Daerah Batang Padang, Tapah, Ramli Abdul Hadi Ismail serta Ketua Perhubungan Rela Mukim (KPRM) setempat.

Sepanjang berkampung di SK Perlok, peserta mengikuti jadual ketat yang ditetapkan seperti ceramah dan taklimat yang disampaikan oleh Jabatan Penerangan negeri, Jabatan Imigresen serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi membentuk disiplin di kalangan anggota Rela, mereka turut mempelajari asas kawad kaki sebagai pengenalan tatacara dalam menyertai pasukan pakaian seragam itu.

Rata-rata peserta ketika ditemui menyatakan faktor ingin menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara adalah pendorong utama mereka tampil menyertai Rela walaupun pada usia muda dan segelintir lagi sudah bergelar isteri.

Jika semangat awal ini dijadikan ukuran menyertai Rela, pasti imej Rela sentiasa terpelihara dan terus mendapat sokongan daripada masyarakat serta kerajaan yang sentiasa mengiktiraf sumbangan Rela.

Seorang anggota Rela Platun Sungkai, Siti Zaharah Yah Arif, 18, berkata golongan wanita muda juga mampu memerah keringat dan bakti untuk bersama-sama kaum lelaki di dalam membantu menjaga keselamatan negara.

Beliau berkata, pandangan pihak tertentu bahawa wanita hanya sesuai di dapur dan menjaga anak tidak boleh diguna pakai lagi kerana hari ini sudah banyak bukti kejayaan yang diraih golongan wanita.

"Sepanjang menjalani kursus, saya tidak mempunyai masalah dan melakukan apa yang dilakukan oleh anggota Rela lelaki dengan jayanya dan ini membuktikan golongan wanita bersedia menerima apa juga tanggungjawab yang diberikan kepada mereka,

razhar Publish time 11-3-2007 06:46 PM

kelantan,kat mana?

Syd Publish time 7-8-2007 09:39 AM

RM20.5 juta bayar elaun Rela
Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD

KUALA TERENGGANU 6 Ogos

NagaVillage Publish time 9-8-2007 10:57 PM

baper elaun rela ek??

deentaro Publish time 15-8-2007 01:15 PM

AKUN TGK RELA NI KEJE JAGA PARKING OWNG KAWIN JE
Pages: [1]
View full version: RELA


ADVERTISEMENT