dexa Publish time 24-1-2007 07:41 PM

About Guru2 dan Kelas Pendidikan Khas Di Sekolah -

saya berpendapat- mana2 sekolah yang ada kelas pendidikan khas
ini patut dipuji dan digalakkan sentiasa

as well- sangatlah bagus jika banyak lagi sekolah yang dapat
peruntukkan dari kerajaan untuk menyediakan kelas pendidikan
khas ini -- supaya mana2 murid yang kurang upaya dan tidak
bernasib baikjuga tidak akan dibiarkanmalahan dijaga dan
diberi peluang sama seperti murid2 yang bernasib baik --

usaha yang patut dipuji -
mana2 guru yang bersabar dan menjalankan tugas dengan ikhlas -
hanya tuhan yang membalas jasa2 guru-guru ini --

[ Last edited bydexa at 15-3-2008 11:26 PM ]

dexa Publish time 24-1-2007 07:42 PM

Tambah kemudahan: Sultan

KUANTAN: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berharap Kementerian Pelajaran dapat memberi lebih peruntukan kepada sekolah yang menyediakan kelas pendidikan khas supaya pelajar yang mengikuti pendidikan di situ mendapat kemudahan lebih baik.

Bagaimanapun, titah baginda, beliau berpuas hati dengan kemudahan yang ada cuma berharap kementerian dapat memberi lebih peruntukan bagi membolehkan kelengkapan lebih baik diberikan kepada pelajar yang mengikutinya.

Baginda bertitah demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di Bandar Indera Mahkota dekat sini, semalam.

Baginda menghabiskan masa lebih sejam melawat dan mendengar taklimat mengenai kemudahan disediakan di sekolah itu, terutama bagi pelajar cacat penglihatan yang mengikuti kelas pendidikan khas di situ.

Pendidikan Khas Masalah Penglihatan di SM Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad dimulakan pada 1999 dengan dua pelajar dan dua guru.

Program itu adalah satu-satunya yang disediakan di Pantai Timur bagi memberi kemudahan pembelajaran kepada pelajar bermasalah penglihatan pada peringkat menengah dan kumpulan pelajar terbabit ditempatkan di Asrama Sekolah Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuantan.

Tahun ini, bilangan pelajar sekolah itu mencecah 12 orang dengan enam tenaga pengajar

hambaAllah Publish time 5-6-2007 03:23 PM

pemulihan khas

nak tanya la... pemulihan khas tu bidang apa ???

irmamanggis Publish time 6-6-2007 02:25 AM

banyak nyer yang ko tanya....

sayawifenikmie Publish time 10-6-2007 09:56 AM

Reply #1 hambaAllah's post

kalau bidang pendidikan...rasanya kelas untuk murid yang tidak dapat menguasai 3M.

norsha Publish time 10-6-2007 08:45 PM

pendidikan khas adalah kelas untuk mengajar budak2 yg bermasalah..

it can be masalah pembelajaran atau boleh jugak sb those students down syndrome atau autism

hasling Publish time 12-8-2007 02:34 PM

Pemulihan khasutk murid2 yang lemah 3M
Pemulihan masalah pembelajaran utk down syndrown,autisme

put_272 Publish time 14-8-2007 04:32 PM

hmmm..pmulihan khas ni..utk budak2 yg lemah..tak leh mmbaca..menulis...yg murid2 istimwa tu lak..pendidikan khas..so..jgn terkonpius lak..pndidikan khas ngn pmulihan khas bukan bnda yg sama...

hasling Publish time 15-8-2007 11:25 AM

Reply #6 put_272's post

pemulihan termasuk dlm pendidikan khas...

dalam pendidikan khas ada 2 iaitu pemulihan & pemasalahan pembelajaran.Untuk pemulihan (dikenali pemulihan khas) untuk kanak2 yang mengalami masalah menguasai 3M, terdiri dari kanak2 yg normal. Manakala utk pemasalahan pembelajaran tu utk down syndrome,autisme,s low learner,disleksia.. ada satu lg pendidikan khas utk golongan cacat .. (maybe pendengaran, bisu, pekak, anggota)

put_272 Publish time 16-8-2007 12:57 PM

hmm..tul tu...under jabatan yg sama...tapi..pendidikan khas tu tak sama ngn pemulihan khas...cuma cabang yg berbeza...sbb...ramai yg kata pmulihan khs tu sama ngn pendidikan khas...

fidadida Publish time 28-8-2007 05:05 PM

oo k tq info kenkawan

eeza25 Publish time 2-3-2008 03:44 PM

Guru Pendidikan Khas

Sape penah jadi cikgu pend. khas??? Last year aku jadi gstt pend khas...seronok gak,kire pengalaman baru bagi aku yg x penah jadi cikgu & x penah keje gomen...Byk yg aku belajar, especially tahap SABAR kena tinggi,tambahan pulak aku ngajar sekolah rendah.Kadang2 ada yg lari...kena kejar...ada yg MEMBUANG...kena basuhkan...ada yg hingus meleleh...kena lapkan...mcm2 pengalaman yg x dpt aku lupakan....

TAPI....aku masih x phm, kenapa cikgu-cikgu normal selalu ingat cikgu pend khas nie x buat keje & suka goyang kaki?? Pernahkah mrk cuba mendekati & mengajar sendiri budak-budak istimewa tu????

Bukankah cikgu tetap cikgu...tugasnya tetap MENDIDIK & MENGAJAR.....

[ Last edited bydexa at 8-3-2008 01:37 PM ]

senduduk Publish time 2-3-2008 10:12 PM

pls..saya nak minta kepada sesiapa di luar,...bagi yg BETUL2 ikhlas nak didik anak2 istimewa dan anak-anak prasekolah, anda bulih ambil kos PENDIDIKAN KHAS atau PRASEKOLAH..

bagi yang tak berminat..bagi yang anggap, kedua2 kos nie akan diunderestimate org ramai dan sesama rakan guru, susah nak dpt peluang posting, susah nak cari tempat kosong kat sekolah lain, akan diposting sekiranya sekolah memerlukan guru2 berkenaan..


luapakanlah niat anda...kalau tidak ia akan menjadi bebanan dan tekanan sahaja..

bagi yang ikhlas dan tak kisah semua cabaran di atas, silakanlah...semoga Allah merahmati usaha anda itu

kepada pmbuka thread, kalau anda bebetul2 ikhlas peduli apa org kata.....

zull_akz Publish time 3-3-2008 12:28 AM

Reply #1 eeza25's post

aku setuju ngn senduduk!!!!

apa2 keje pun yg kite buat, jgn PEDULI apa org kata...tambah2 yg bende-bende yg negatif & melemahkan semangat,yg penting kite tau apa kite buat,niat kite betul & ikhlas kerana Dia.

eeza25,biarlah org sekeliling dgn pandangan die,janji kau sendiri kena LEBIH kuat semangat utk sentiasa bg yg terbaik buat anak2 istimewa tu...psl ikhlas ke tak,tepuk dada tanya lah hati...

eeza25 Publish time 3-3-2008 01:17 PM

thanks everyone....betul la korang ckp tu.

bile aku pikir2 balik nawaitu asal aku masa join pend khas dulu,aku bukan nak org puji pun...so,from now onwards,aku akan lebih pekakkan telinga aku nih heheee...

terima kasih la sbb ingatkan aku,aku manusia biasa...sentiasa terlupa...

Pr|nCeSS^M|cKeY Publish time 4-3-2008 09:59 AM

Reply #1 eeza25's post

M|cKeY pernah jadi cikgu pendidikan khas...
walaupun hanya sebulan....
tp pengalaman yg dapat....mmg tak blh dibeli dgn wang ringgit....

first2 mmg takut...
M|cKeY takpernah ada adik kecik...
dan terpaksa melayan bdk2...
yg istimewa pulak tu...
tp lama2 rasa mcm seronok je masuk dunia diaorg....

kalau ada peluang mmg la mengajar diorg lagi...
sapa2 yg tahu mcm mana apply gstt pendidian khas...
tlg2 la bgtau M|cKeY er....

lindasam Publish time 4-3-2008 12:18 PM

pendidikan khas ni bukan ajer tuk pekak dan bisu tp merangkumi pelbagai jenis kurang upaya mcm budak sindrom down...to eeza wa tabik spring kat lu sbb lu cukup sabar n tabah nak mendidik budak2 ni. semoga lu ada rezki join kpli n jd guru yg sebenar2nya.

hb ku pre-school teacher pun dah mencabar apa lg nak ngajor budak pendidikan khas.

dee_dee Publish time 5-3-2008 10:40 AM

bagi aku bukan senang jd cikgu pendidikan khas,
cukupo mulia... :)
aku harap cikgu2 ni terus sabar :D

artilaa Publish time 5-3-2008 11:08 AM

Originally posted by lindasam at 4-3-2008 12:18 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
pendidikan khas ni bukan ajer tuk pekak dan bisu tp merangkumi pelbagai jenis kurang upaya mcm budak sindrom down...to eeza wa tabik spring kat lu sbb lu cukup sabar n tabah nak mendidik budak2 n ...

jd pre-school teacher mencabar jugak ke?baru plan nak apply pre-school teacher taun ni..:D

zailoas Publish time 5-3-2008 09:17 PM

korang kejala baik2..aku akan pastikan nasib cikgu2 pendidikan khas terbela..lagipun elaun guru khas dah naik.. ikhlas dari aku yg keja kat Jbtn. Pendidikan khas, Putrajaya
Pages: [1] 2 3
View full version: About Guru2 dan Kelas Pendidikan Khas Di Sekolah -


ADVERTISEMENT