seribulan Publish time 20-1-2007 07:05 PM

...HIJRAH...

:hmm: Apakah 'hijrah' yang anda pernah buat?

mrs_livingstone Publish time 21-1-2007 04:48 PM

Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain.


Oleh: Hasnan bin Kasan
(panel penulis Jakim)


antara hijrah yg pernah saya lakukan:
-hijrah tempat (untuk belajar, untuk membina hidup baru bersama suami)
-hijrah dari tidak suka membaca kepada suka membaca
-dari sifat kurang sabar kepada lebih sabar

seribulan Publish time 22-1-2007 05:55 PM

hijrah diri yang pernah dilakukan-

semasa tunggu keputusan SPM...

sewaktu memula bekerja...

...to be continued...

psychomaniac Publish time 23-1-2007 05:21 PM

Aku tak tahu kenapa aku perlu ambil masa yang lama ......tercongok depan pc untuk nyatakan sebarang penghijrahan yang aku lakukan...

Kerana jawapannya....aku sendiri tak tahu adakah aku pernah melakukan satu penghijrahan......pembaharuan dalam hidup aku......

~ Aku igin mencipta satu penghijrahan.....yang menjadikan aku lebih baik dari masa lalu ~

seribulan Publish time 24-1-2007 12:13 AM

baru tringat...hijrah yg terawal adalah semasa
tingkatan 2...

lows^man^lyrics Publish time 24-1-2007 11:56 AM

very interesting topic

aku berhijrah dari satu tempat ke satu tempat..sebab ikut ayah aku yang selalu bekerja pindah randah..cam ibarat pelarian la di tanah air sendiri..

aku merasa semua tempat di semenanjung kecuali sabah dan sarawak..beza antara satu tempat dan satu tempat jaraknya adalah 3 tahun

dan sekrang tak perlu berhijrah lagi kerana aku dah boleh survive sendiri dah ada pekerjaan tetap..hijrah satu tempat ke satu tempat banyak pengalaman kerana kita mengenal budaya orang..tetapi betul la ungkapan peribahasa melayu..hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri..lebih baik dinegeri sendiri..:D

RedAlert Publish time 29-1-2007 02:08 PM

Penghijrahan yang amat bermakna dan membawa perubahan besar dlm hidup aku ialah bila aku dijabkabulkan sebab:

- Life is never the same after that... for the better, of course!
- Hijrah ini mencetuskan hijrah-hijrah lain yg tak kurang pentingnya dlm kehidupan aku....

f@uzi Publish time 5-2-2007 02:36 PM

Kalau boleh nak Hijrah setiap hari... agar hari ni lebah baik dari hari semalam... tapi sedih gak... bukan selalu dapat seperti yang diingini... usaha sedangkan kesan Nya Allah yang beri....

ct_og Publish time 9-4-2007 12:59 PM

Hijrah adalah membuat pembaharuan yang positif yang dilakukan untuk mencapai matlamat yang baru...

Keisha_izara Publish time 10-4-2019 12:01 AM

Hijrah dari free hair ke bertudung dan menutup aurat

Alhamdulillah

Aquagurlz Publish time 10-4-2019 12:13 AM

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Chorus
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Ulang Chorus

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Ulang Chorus 2X

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

Setiap hari kita berhijrah sbb imgin melakukan yg lebih baik drpd hri sebelumnyer..

Hijrah yg still bertarung dlm diri adalah untuk menjadi muslim yg lebih baik dr hri ke hri.

tkay Publish time 10-4-2019 06:36 AM

Hijrah... moga menjadi manusia yang lebih baik sentiasa...

fahdramli Publish time 10-4-2019 08:52 AM

Hijrah terbesar, kami sekeluarga berpindah keluar dari kg halaman, semata2 utk kehidupan yg lebih baik dan memudahkan proses arwah apak utk daaptkan rawatan perubatan.

AlterEgo Publish time 10-4-2019 10:14 AM

My "hijrah" doesn't stop ever since I started..towards betterment of myself,going through ups and downs along the way - but I know it's going to be worth it..

Telah menceritakan kepada kami Yahyaa bin Yahyaa At-Taimiy dan Qathn bin Nusair -lafazhnya milik Yahyaa-, telah mengkhabarkan kepada kami Ja’far bin Sulaimaan, dari Sa’iid bin Iyaas Al-Jurairiy, dari Abu ‘Utsmaan An-Nahdiy, dari Hanzhalah Al-Usayyidiy -radhiyallaahu ‘anhu-, -Hanzhalah termasuk salah seorang juru tulis Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam- ia berkata :

Abu Bakr -radhiyallaahu ‘anhu- berjumpa denganku, ia menyapaku, “Bagaimana keadaanmu, wahai Hanzhalah?” Aku menjawab, “Munafik-lah Hanzhalah!” Abu Bakr terkejut seraya berkata, “Subhanallah! Apa yang kau katakan?” Aku berkata, “Kami pernah berada di sisi Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam ketika beliau sedang mengingatkan kami mengenai neraka dan surga hingga seakan-akan kami melihatnya dengan mata kepala kami. Akan tetapi ketika kami beranjak dari sisi beliau Shallallaahu ‘alaihi wasallam, kami kembali tersibukkan dengan istri-istri dan anak-anak kami, kami kembali melakukan perbuatan-perbuatan yang sia-sia dan kami banyak lalai.” Abu Bakr berkata, “Demi Allah, sesungguhnya kami pun sering seperti itu.”

Maka bertolaklah aku dan Abu Bakr menuju kediaman Rasulullah hingga kami berdua memasuki kediaman beliau Shallallaahu ‘alaihi wasallam.

Aku berkata kepada beliau, “Munafik-lah Hanzhalah, wahai Rasulullah!” Rasulullah bertanya, “Apa yang kau maksud?” Aku menjawab, “Wahai Rasulullah, kami pernah berada di sisimu ketika engkau sedang mengingatkan kami mengenai neraka dan surga hingga seakan-akan kami melihatnya dengan mata kepala kami. Akan tetapi ketika kami beranjak dari sisimu, kami kembali tersibukkan dengan istri-istri dan anak-anak kami, kami kembali melakukan perbuatan-perbuatan yang sia-sia dan kami banyak lalai.”

Maka bersabdalah Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam, “Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, jika kalian menetapi perbuatan ketika kalian berada di sisiku dan ketika berdzikir, niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian dalam setiap bentang perjalanan hidup dan langkah-langkah kalian, namun (ingatlah) wahai Hanzhalah! (Yang demikian itu akan kau dapatkan jika kau rutinkan) sedikit demi sedikit dari waktu ke waktu.” Beliau mengucapkannya tiga kali.”



makketom Publish time 10-4-2019 10:53 AM

Hijrah ku dari kampung ke bandaraya kuala lumpur dari situ merubah akudari kotak jiwa dan paradigma minda lama yang pasif kepada perubahan yang aktif dan produktif..

putribatrisya Publish time 10-4-2019 12:04 PM

antara hijrah aku ialah

1- dari free hair ber hijrah ke tutup aurat walau pun masa tu kira dh agak lambat sb dh dekat 40
2- dari wanita ber kerjaya berhijrah jd suri rumah demi anak2

pasni cadangan aku nk berhijrah dr double ke single maybe :lol:

tapi aku xbleh nk berhijrah dari cari forum sb nnt sunyi hidup wooo hahahaha

Maz_Jeffri Publish time 29-5-2019 12:08 PM

aku teringin nak berhijrah (migrate) ke luar negara. tak kisah la mana pon. untuk memperbaiki taraf kehidupan yg sekarang ni..

org kata kalau kita berhijrah, kita akan lebih dekat dengan Tuhan sebab kita keluar dari zon selesa kita. jauh dari org2 yg biasa kita jumpa. dan sebab tu kita secara tak langsung akan lebih byk berdoa kepadaNya untuk melindungi kita daripada apa apa yg tak baik

tapi..

kehidupan skrg ni byk betul komitmen, mcmana nak settle down sume benda dan nak pegi ke tpt lain...

seribulan Publish time 29-5-2019 03:27 PM

Jun ni moga lulus berhijrah tempat kerja. Doakan {:1_545:}

mamarock Publish time 31-5-2019 12:26 AM

Edited by mamarock at 31-5-2019 12:31 AM

Hijrah yang paling bagus dalam hidup bagi mama,secara fizikal, sanggup lepaskan kerja seketika walaupun gaji dah agak lumayan waktu tu.. bukan mudah tapi selepas mempertimbangkan buruk baiknya, berhijrah ke luar negara mengikut suami bekerja di perantauan. Keputusan yang tepat kerana segala hutang piutang beli rumah dll di Malaysia ditanggung beres. Daripada segi pendidikan, anak-anak lebih bebas dan kreatif. Ibubapa dan adik beradik pun seronok, dapat melancong free sambil melawat kami. Hubungan kekeluargaan makin erat. Nasib baik, hijrah kembali ke Msia, sambung phD dan masuk kerja semula. Rezeki.

Hijrah dalam erti kata pemikiran dan tindakan.

Suami lebih praktikal dan lebih kepada sikap berdikari. Mungkin sebab lama membesar di luar negara. Anak-anak diajar tidur bilik berasingan sedari kecil. Makan sendiri walaupun bersepah. Biar anak buat keputusan sendiri walaupun berlawanan dengan pendapat kita, contohnya nak bawak duit belanja lebih ke sekolah. Bila dah diterangkan mungkin akan hilang dan apa akibatnya sekiranya hilang, tak dapat duit poket ataupun denda bersihkan mana-mana bahagian rumah. Belajar drp pengalaman. Kalau buat salah, kena sesi bersoal jawab dengan kami, bukan macam tipikal org kita, kamu diam bila ibubapa bercakap. Things like that lah lebih kurang. Jadi mama dah kurang sifat protective seperti ibu-ibu yang lain terhadap my boys. Hasilnya, the boys lebih yakin dalam membuat keputusan dan pada masa yang sama manja, selalu report apa saje kat Mama. Bila pindah balik Malaysia, selalu diorg cakap cikgu/lecturer/kawan selalu cakap semua nak report kat mama kamu ye.. :lol:

Mama sebagai ibu pun tak pening kepala sangat nak fikirkan apa yang bagus untuk kamu tetapi anak-anak lebih tahu mana hala tujunya. Sebagai tambahan, kita hanya guide dan kasi pendapat pro & cont pilihan mrk itu. Bila dah decide, mama dan papa support aje.

Pernah my husband cakap suatu ketika dulu. Cuba tengok burung sebagai contoh. Kalau ibunya asyik takut nak lepaskan anak dia belajar terbang daripada sarang, sampai bila-bila pun anaknya tak akan terbang kan.. kita just lead the way, biarkan mereka, lepaskan bebas, biar mereka explore, secara berperingkat mengikut kesesuaian usia. Nanti senang kita jugak di hari tua. Silapnya ibu-ibu, terlebih melindungi anak sehingga mematikan kretiviti anak-anak menempuhi kehidupan. Sehingga hilang keyakinan diri dalam melindungi sesuatu. Awalnya terasa, sekarang ni betul-betul selesa:loveliness:

namakusiapa2 Publish time 11-10-2019 09:49 AM

Pergi surau? Sedekah kepada orang err entahlah.
Pages: [1] 2
View full version: ...HIJRAH...


ADVERTISEMENT