Syd Publish time 14-1-2007 02:56 PM

Misteri: Yakjuj & Makjuj

Misteri: Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaibOleh Nasron Sira Rahim

DI sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.
Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.

Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi.

Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!

Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi 憄usat tahanan

katakpuruz Publish time 14-1-2007 04:20 PM

ASSALAMUALAIKUM..

   Aku cukup berminat dengan cerita-cerita Dajal dan Yakjuj & Makjuj.Apa yang aku pernah terbaca dulu, Yakjuj & makjuj ni berasal daripada air mani dajal yang dicampur dengan daging lembu..Diantara dua bukit itulah Dajal melakukan "persetubuhan" dan lahirlah Yakjuj & Makjuj.Kemudiannya dibina tembok diantara 2 bukit tersebut oleh Zulkarnain yang mana ia akan tetap teguh setiap kali laungan Azan dan manusia menyebut kalimah Allah.Ini terbukti apabila sudah hampirnya kiamat nanti, dikatakan tiada seorang manusia pun yang menyebut Kalimah Allah dan demikian runtuhnya tembok tahanan Yakjuj & Makjuj serta tersebar mereka ke seluruh pelusuk bumi.

   Kalau tidak silap aku, di dalam Kitab Yahudi pun ada diceritakan tentang kaum tersebut iaitu Gog and Magog.Di salah sebuah bangunan yang terkenal di Amerika ada diletakkan patung Gog and Magog tersebut.

GRINDSAKHTANIC Publish time 14-1-2007 06:07 PM

pada pendapat aku la kan...
al quran mengatakan tentang yakjuj dan makjuj,tapi kita tak tahu samada adkah ini kiasan dari kitab.mungkinkah yang dimaksudkan ini "yakjuj dan makjuj ini akan menyerang manusia ketika manusia tidak dapat membuat apa apa.."adalah dua bangsa yang akan berperang dan memerintah bumi dengan alatan perang yang canggih?

aku nak tau jugaklah kan,adakah manusia time tuh dah tak bleh nak handle yakjuj dan makjuj,kerana teknologi yang digunakan mereka sungguh tinggi sekali,sehinggakan nabi isa a.s berdoa pada Allah agar menurunkan ulat yang membunuh mereka?

dragger Publish time 14-1-2007 06:54 PM

ntah la , kawan aku cite gempa bumi yg kerap berlaku skang ni akibat gegaran dari hentaman tembok oleh Yakjuj & makjuj, betul ke ??? tolong huraikan sket pada sesape yg taw???

[ Last edited bydragger at 14-1-2007 06:57 PM ]

GRINDSAKHTANIC Publish time 14-1-2007 06:56 PM

Originally posted by dragger at 14-1-2007 06:54 PM
ntah la , kawan aku cite gempa bumi yg kerap berlaku ni akibat gegaran dari hentaman tembok oleh Yakjuj & makjuj, betul ke ??? tolong huraikan sket pada sesape yg taw???
huwallahualam...

azuramulyani Publish time 15-1-2007 08:52 AM

huwallahualam......samalah kita berdoa agar kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah s.wt... moga2 kita tergolong di kalangan umat yang dilindungi Allah s.wt. dan moga2 kita ditempatkan di kalangan org yg beriman di syurga Allah s.w.t nanti....Amin.... :pray: :pray: :lebai:

AirBus Publish time 15-1-2007 02:21 PM

huwallahualam...Yakjuj & makjuj..ialah satu bangsa yg
akan melakukan kerosakan di bumi nie..satu bangsa yg berad di tanah tinggi...dan ada pengakaji keturunan mrk adalh sebahagian dpd org eropah skg nie..tembok tu apa yg aku baca (aku lupa tajuk buku tu...) ada disempadan iran rusia kalau tak silap apa yg aku baca tu laaa..
huwallahualam...

AirBus Publish time 15-1-2007 02:26 PM

huwallahualam..Yakjuj & makjuj..nie ada kajian mengatakan mrk nie adalah satu bangsa yg akan melakukkan kerosakan di bumi nie..bagsa eropah skg nie adalah sebahagiannya dr mahkluk nie..tembok tu ada di sempadan antara iran rusia..
(aku lupa tajuk buku yg aku baca tu..)nie adalah kajian yg dilakukan...
huwallahualam...

GRINDSAKHTANIC Publish time 15-1-2007 03:06 PM

rasanya bangsa nih ada teknologi moden ker sampaikan manusia tak dapat berbuat apa apa??

AirBus Publish time 15-1-2007 03:46 PM

Reply #9 GRINDSAKHTANIC's post

ntah laaa...tapi pd masa skg nie bngsa eropah nie
mempunyai keupayaan teknologi canggih & terkini..
dan yg banyak membuat kerosakan pun bangsa nie jugak
perang sana sini..emmm entahlaaa

bawang-putih Publish time 15-1-2007 05:51 PM

gerun rasenyer biler bercerita pasal Yakjuj & makjuj nie kan.....eeemmm:funk:

sayang_mulut Publish time 15-1-2007 06:35 PM

aku pernah baca sumewhere...orang mongolian tu yakjud dan makjud,...sebab ade ciri2 nye..mate sepet..ape tah lagi...nni aku bace je..bukan main cakap je ni

sayang_mulut Publish time 15-1-2007 06:35 PM

aku pernah baca sumewhere...orang mongolian tu yakjud dan makjud,...sebab ade ciri2 nye..mate sepet..ape tah lagi...nni aku bace je..bukan main cakap je ni

puteri_bulan Publish time 16-1-2007 01:45 AM

tanda2 kiamat mmg menginsafkan kte...israel dah palestin perang tak kesudahan...kalu tetiba x perang mesti pelik kan??ishh...nak kiamat agaknyer...setiap kali azan tembok yakjuj dan makjuj akan kembali teguh...
kalau dh takder laungan azan dmuka bumi maka bermaharaja la mereka...
x dpt bayangkan....

miehensem Publish time 16-1-2007 01:55 AM

berimanlah kepada allah... tu la yg akan menyelamatkan kita semua..

GRINDSAKHTANIC Publish time 16-1-2007 02:40 AM

anyway,kita janganlah menerima bulat2 apa yang didefinisikan dalam quran...mungkin kah dalam quran hanya berkias tentang propercy ini??mungkin yakjuj dan makjuj ini dalam bentuk yang lain,samada dalam bentuk sistem,negara atau organisasi......huwallahu alam...

CRK Publish time 16-1-2007 08:53 AM

kalau aku, aku terima bulat2 apa yg ada dlm quran. sebab aku YAKIN. aku yakin ngan apa yg diberitakan dlm quran semuanya benar dan semuanya tepat, tidak berkias2. sejelasnya bangsa itu diceritakan wujud sejak zaman zulkarnain lagi dan baginda membina tembok utk memisahkan manusia ngan bangsa itu. seperti juga kisah nasrani yg terjumpa makhluk aneh di sebuah pulau terpencil ketika zaman rasulullah. kebenaran cerita nasrani itu diconfirmkan oleh rasulullah sendiri.

gladious_KY Publish time 16-1-2007 09:18 AM

thankss syd for sharingg..

[ Last edited bygladious_KY at 16-1-2007 09:27 AM ]

bawang-putih Publish time 16-1-2007 09:20 AM

kalau nak diikutkan memang bawang percaya apa yg ditulis didalam kitab al-quran.......tapi perlu diingat...dalam al-quran pun ada jugak maksud tersirat...ni sumer kiter kene rujuk pada yg pakar...tak boleh nak hentam tuli bahagian tersirat nie.......

CRK Publish time 16-1-2007 05:18 PM

nak tau betul ke tak... tunggu dan lihat.. tu pun kalau panjang umur.
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Misteri: Yakjuj & Makjuj


ADVERTISEMENT