keledek Publish time 12-1-2007 05:23 PM

Monolog Aku & Semalam

Tatkala gerimis berlalu
Tatkala redup menyusur lalu
Aku masih berteleku, teroleng-oleng di dada waktu
Syahdu...pilu...
Kenapa pula kau mengusik hatiku
Dengan membawa pulang wajah semalamku
Bukankah telah kubiarkan semalam itu berlalu
Usah dikaburi pada hatiku yang penuh syahdu
Usah kau cemburui pada aku dan hari ini
Usah kau tabur aku dengan gelisah dan pujuk rayu
Yg telah cuba kutinggal padamu semalam

Tatkala mataku hampir layu
Terawang-awang wajah semalam yg lalu
Mengorek, merobek bagaikan sembilu
Aduh... tak bisa rasanya diriku
Untuk berdiri memandang wajahmu ..semalam
Bukan bencinya aku, bukannya tak suka
Bukan berdendam atau terasa
Pada semalam yg muncul hari ini
Tapi cukuplah semalam sebagai semalam
Semalam yang meyulam diari hati
Semalam yang meyimpul rahsia diri
Kerana semalam... hadirnya aku hari ini.....

-------------
ori fm myheart
Pages: [1]
View full version: Monolog Aku & Semalam


ADVERTISEMENT