fleurzsa Publish time 11-1-2007 02:44 PM

Dunia Melayu Tanpa Budaya

Post Last Edit by fleurzsa at 19-1-2010 15:07

Salam,

Cuba fikir....

Apa akan berlaku sekiranya budaya tidak diwujudkan di dunia ini?

fleurzsa Publish time 11-1-2007 02:45 PM

Mungkin manusia hidup seperti binatang.....

redsinner Publish time 11-1-2007 10:21 PM

mungkin juga tidak akan wujud ketamadunan manusia....
spt empayar cina, rom, india + islam yg gemilang

Gravedigger Publish time 11-1-2007 11:04 PM

Originally posted by fleurzsa at 11-1-2007 02:44 PM


Apa akan berlaku sekiranya budaya tidak diwujudkan di dunia ini?

Sekiranya budaya tidak diwujudkan di dunia ini maka manusia akan hidup berbogel, tidak akan makan, hidup bersendirian, tidak minat bercinta, tak mau berforum dan mati pun nanti dicampakkan saja ke sungei.

borderBOYS Publish time 11-1-2007 11:28 PM

Originally posted by fleurzsa at 11-1-2007 02:44 PM
Salam,

Cuba fikir....

Apa akan berlaku sekiranya budaya tidak diwujudkan di dunia ini?

Tunggang langgang..tak berperaturan...tidak akan wujud sistem sosial...

fleurzsa Publish time 12-1-2007 02:12 PM

Apabila kita berbincang ttg budaya, secara tak langsung ia menyentuh ttg wujudnya seni.

Why? Bcz seni adalah satu bentuk komunikasi sejagat dgn pelbagai budaya n peradaban. Merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan ttg nilai, kepercayaan dan sikap sosial dlm sesuatu budaya.

So, kalo tak der budaya, tak der la seni....

fleurzsa Publish time 12-1-2007 02:12 PM

Apabila kita berbincang ttg budaya, secara tak langsung ia menyentuh ttg wujudnya seni.

Why? Bcz seni adalah satu bentuk komunikasi sejagat dgn pelbagai budaya n peradaban. Merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan ttg nilai, kepercayaan dan sikap sosial dlm sesuatu budaya.

So, kalo tak der budaya, tak der la seni....

JooJambul1 Publish time 12-1-2007 09:51 PM

Originally posted by Gravedigger at 11-1-2007 11:04 PM


Sekiranya budaya tidak diwujudkan di dunia ini maka manusia akan hidup berbogel, tidak akan makan,
hidup bersendirian, tidak minat bercinta, tak mau berforum dan mati pun nanti dicampakkan sa ...

:P   atau separuh bogelhe he.

grugals Publish time 17-1-2007 11:24 AM

Reply #1 fleurzsa's post

takda kaum kot..atau kita tak kena asal usul kita..:nerd:

JooJambul1 Publish time 18-1-2007 01:10 AM

dunia tentu tidak teratur without budaya

JooJambul1 Publish time 18-1-2007 01:10 AM

tentu tak dapat berforum di mana-mana portal.

JooJambul1 Publish time 18-1-2007 01:11 AM

Reply #2 fleurzsa's post

mungkin juga manusia tak kenal binatang

JooJambul1 Publish time 18-1-2007 01:12 AM

Reply #7 fleurzsa's post

semesti ke dua2 tu ada :hmm:

fleurzsa Publish time 19-1-2010 03:02 PM

Budaya adalah tamadun, peradaban, cara berkelakuan dan berfikir atau kemajuan akal budi. Alam Melayu atau Dunia Melayu yang wujud tidak kurang 3,500 tahun dahulu telah didiami oleh orang-orang Melayu.

Kebudayaan Melayu yang ada sekarang ini sebenarnnya telah mengalami proses persambungan dan perubahan mengikut penyesuaian keadaan.

fleurzsa Publish time 19-1-2010 03:03 PM

Abdul Latiff Abu Bakar (1987: 74) menyatakan sejak 3,000 tahun dahulu, kebudayaan Melayu telah melalui berbagai-bagai ujian tetapi tidak terhapus di rantau ini, bahkan telah disesuaikan dengan cara kehidupan mereka mengikut perubahan masa.

fleurzsa Publish time 19-1-2010 03:04 PM

Difusi budaya turut meragamkan bentuk budaya.

Mungkin boleh diterima daripada ciri-ciri budaya yang khas terdapat di suatu wilayah kebudayaan yang bersumberkan satu pusat kebudayaan akan mengembangkan ciri-ciri tersendiri di sesuatu daerah itu.

Seperti yang kita ketahui dalam budaya Melayu sifat terpuji ialah kesederhanaan, tidak membesarkan diri, tidak mahu menunjuk-nunjukkan kepandaian dan kemewahan.

fleurzsa Publish time 19-1-2010 03:05 PM

Di dalam zaman prasejarah, orang-orang Melayu mempunyai cara hidup dan system masyarakat yang tersendiri.Di samping itu mereka telah menerima berbagai perkembangan dan pengaruh dari India (Hindu-Buddha) sejak 1,500 tahun lalu, Arab-Parsi (Islam) sejak 800 tahun yang lalu dan pengaruh barat sejak 500 tahun yang lalu.

fleurzsa Publish time 19-1-2010 03:05 PM

Kebudayaan Melayu pada mulanya berasaskan kepercayaan animisme mempunyai nilai yang tersendiri sebelum kedatangan pengaruh kebudayaan luar.Setelah pengaruh kebudayaan luar meresapi masyarakat Melayu, orang-orang Melayu telah menilai dan menyaring mana-mana yang berguna dan sesuai diterima oleh masyarakat Melayu (Abdul Latiff Abu Bakar, 1987: 74)

fleurzsa Publish time 19-1-2010 03:06 PM

Menurut Aziz Deraman (1975: 27),wujudnya budaya Melayu telah dapat membentuk masyarakat yang maju di samping mempunyai system pemerintahan, ekonomi dan agama yang tersendiri.Pengaruh dari luar terhadap masyarakat Melayu telah menunjukkan bahawa masyarakat Melayu purba merupakan masyarakat yang maju dan sentiasa terbuka kepada idea-idea dari luar.

fleurzsa Publish time 19-1-2010 03:08 PM

Kewujudan kedaulatan Melayu telah menentukan kesatuan kebudayaan dan kebangsaan dalam alam sekitar rantau ini dan memberi identiti serta wadah bagi perpaduan penduduknya yang telah berkembang dari alam terpencil kepulauan hingga menjadi amat beragam.

Namun dalam keragaman yang amat itu wujud prinsip dan lunas kebudayaan yang menyatukan mereka dalam himpunan unit-unit leksikon asas dan system bahasa, alam fikiran dan tanggapan alam tabii mereka juga mitos-mitos kewujudan manusia. R Linton ( 1958: 49).
Pages: [1] 2
View full version: Dunia Melayu Tanpa Budaya


ADVERTISEMENT