LailaTempawan Publish time 2-1-2007 01:41 PM

PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM SEHARIAN

Apa pendapat anda? kerana isu ini menjadi isu semasa pada masa ini..

[ Last edited byLailaTempawan at 5-1-2007 09:27 PM ]

seribulan Publish time 2-1-2007 01:59 PM

Seharian dan internet? no rules...anything boleh!

LailaTempawan Publish time 2-1-2007 07:12 PM

yer memang betul tu, tetapi penggunaan bahasa melayu dalam internet ni, ada seorang pakar bahasa telah menyatakan penggunaan bahasa melayu dalam internet ni, tidak betul nahu mahu tatabahasa dan juga hukum-hukum bahasa melayunya.. ..:) jadinya, apa pendapat korang?:P

[ Last edited byLailaTempawan at 2-1-2007 07:13 PM ]

neeziee Publish time 2-1-2007 09:11 PM

mm..rasanya tak perlu la formal sangat.

lain majlis lain bajunya

ahaks

LailaTempawan Publish time 3-1-2007 02:13 PM

memang betul tu neeziee..:) hehe..

tetapi pendapat aku lah.. sekarang ni memang sukar nak dapat orang melayu sendiri berbahasa melayu dengan betul dan tepat cara penggunaannya..

Apa mesej yang sebetulnya ingin saya sampaikan disini ialah.kenapakah orang melayu kita sendiri menggunakan bahasa melayu dengan salah, sedangkan kita sendiri yang digelar bangsa melayu tu.. Saya pun memang terasa begitu juga, saya cakap macam ini bukanlah kata bahasa melayu saya ni sempurna atau apa, memang masih ada kesilapan dan penggunaan bahasa saya ni yang tak betul, tetapi apa yang ingin saya tekankan ialah, kenapa lah sampai macam tu sekali rupanya..

Pengaruh dari bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa itu mungkin satu faktornya, dan tidak dapat kita nafikan yang kita HARUS mempelajarinya, tetapi kenapakah bahasa melayu kita harus menjadi "korban", sedangkan bahasa melayu itu adalah warisan nenek moyang kita yang harus kita mertabatkan walaupun pengaruh dan juga bahasa Inggeris menjadi keutamaan pada masa ini. Keperluan untuk mempelajari bahasa inggeris memang mesti, tetapi jangan lah kita memperlekehkan tentang kewajipan kita mempunyai dan menggunakan bahasa Melayu yang betul dan tepat.

LailaTempawan Publish time 3-1-2007 08:56 PM

Hope semua paham apa yang Laila katakan..

neeziee Publish time 3-1-2007 10:12 PM

masa aku pergi pelancaran buku nilai-nilai melayu dari sudut pandangan orang luar dari Laurent Meztger dia kata orang melayu sendiri yang merendah-rendahkan bahasa melayu.

Laurent Meztger ni Pensyarah Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Universiti La Rochelle, Perancis.

lagi satu ada buku dari Indonesia.tulisan Remy Sylado.9 DARI 10 KATA BAHASA INDONESIA ADALAH ASING.

kita selalu sentiasa mencipta dan mengadaptasi istilah pelik-pelik.

lama-lama 10 dari 10 bahasa melayu adalah asing.ahaks

artgeex Publish time 3-1-2007 11:47 PM

Aku tak tau aku jawap topik ke tak

Pendapat peribadi; saya tak paksa orang setuju dengan saya. First of all, saya ni orang yang tak kisah langsung tentang bangsa. Bagi saya, saya ni Islam; dan setiap yang baik tu semua datang dari root agama saya Islam. Malah kalau boleh saya katakan, saya mahu berbangsa Islam, so that saya tak perlu bezakan diri saya dengan Cina, India, Pakistan dan sebagainya.

Jadi bagi saya, kalau saya terlalu mengagung-agungkan certain bahasa, tapi dari segi intelektual saya ketinggalan, pun macam ada guni besar tapi beras separuh je. Bagi saya, bagaimana penyampaian, bagaimana penggunaan kata, biarlah kena pada tempatnya. Kalaupun kita tidak 'akur' pada penggunaan bahasa yang tepat dalam Internet, itu tidak menjadikan kita less Melayu dari orang lain. Kalaupun kita beria-ia cakap dengan nahu, slanga, baku yang betul sekalipun, tapi isinya kosong, atau orang tak faham, atau simply off topic, pun takde maknanya. Again, berbalik kepada perenggan saya yang pertama di atas, terkorban ke bahasa Melayu bila kita campur adukkan English dengan BM, terutama dalam istilah teknologi? Ambil contoh kalau saya nak alihbahasa 'plug in' kepada bahasa melayu 'masuk plag'. Faham ke kita? Bertambah ke pengetahuan kita dengan perkataan masuk plug yang memang dah sah sah takder dalam sistem tersebut?(Contohnya). Terkial-kial kita nanti bila nak cari, kat mana letak nak masuk plug tu. Bazir masa lagi. Ok, mungkin bahasa Melayu kita tepat, tapi dari segi intelektualiti kita, maju ke mundur?

So kesimpulan dari apa yang saya nak cakap di kala mood saya menaip panjang pada malam ini, yang penting mesej. Tersampai ke tidak. Terbekesan ke tidak (ada ke ayat macam ni).

Sekian, harap maklumat

LailaTempawan Publish time 4-1-2007 06:15 AM

Bagi pendapat aku, jika kita menggunakan BAHASA PINJAMAN, mungkin tidak menjadi kesalahan.. Kerana kita TERPAKSA menggunakannya, terutama sekali bahasa teknologi.. Contohnya:

1) 'Technology' - Teknologi
2) 'Computer'- Komputer

dan lain-lain
Disebabkan peminjaman bahasa inilah, kita harus memberikan penekanan terhadap penyebutan perkataan tersebut dengan betul. Contonya, sebutan perkataan TEKNOLOGI adalah TEK-NO-LO-GI, tetapi bukanlah TEK-NO-LO-GY sepertimana sebutannya dalam bahasa Inggeris. Penyebutan perkataan betul akan membezakan sama ada kita sedang menyebutnya dalam bahasa Melayu atau pun tidak. Jika kita menyebutnya dengan loghat bahasa Inggeris, maka ini telah menjadikan kita sebagai pengguna bahasa Melayu yang tidak betul sedangkan ia cuma salah dari segi sebutan.


Tetapi jika sekiranya perkataan inggeris atau perkataan-perkataan teknologi itu memang tidak dapat ditranslasikan lagi, contohnya 'plug-in' tadi.. jadinya, wajarlah kita menggunakan tanda petik ini '' atau ' sebelum dan selepas perkataan tersebut, dan jika sekiranya kita sedang membuat presentasi atau bercakap atau perbincangan formal , kita haruslah menggayakan tubuh ('body language') kita dengan menaikkan kedua tangan kita sambil menemukan kedua jadi telunjuk dan jari tengah kemudian diturunkan separuh secara cepat untuk menunjukkan yang perkataan itu ada tanda petik ini   --> "____" atau '___'

Walaubagaimanapun, terpulanglah kepada setiap individu itu untuk memikirkannya sama ada kita HARUS kah tidak untuk memartabatkan bahasa melayu yang betul ini.

Sekian terima kasih dan harap maklum

[ Last edited byLailaTempawan at 4-1-2007 06:23 AM ]

LailaTempawan Publish time 4-1-2007 06:26 AM

Originally posted by neeziee at 3-1-2007 10:12 PM
masa aku pergi pelancaran buku nilai-nilai melayu dari sudut pandangan orang luar dari Laurent Meztger dia kata orang melayu sendiri yang merendah-rendahkan bahasa melayu.

Laurent Meztger ni Pen ...


Menarik.. terutama sekali mengenai Laurent Meztger. Adakah beliau merupakan seorang yang berbangsa Perancis ? Terasa malu lah pula bila orang luar sendiri menjadi pakar dalam bahasa ibunda kita sendiri.

LailaTempawan Publish time 7-1-2007 07:29 AM

Menarik.. terutama sekali mengenai Laurent Meztger. Adakah beliau merupakan seorang yang berbangsa Perancis ?

neeziee Publish time 10-1-2007 11:00 PM

Originally posted by LailaTempawan at 7-1-2007 07:29 AM
Menarik.. terutama sekali mengenai Laurent Meztger. Adakah beliau merupakan seorang yang berbangsa Perancis ?

haah dia orang perancis.
memang fasih berbahasa melayu

LailaTempawan Publish time 11-1-2007 09:40 PM

Originally posted by neeziee at 10-1-2007 11:00 PM


haah dia orang perancis.
memang fasih berbahasa melayu


Terima kasih kerana memberikan informasi tersebut :)

mizahanan Publish time 7-10-2007 02:32 AM

salam....

ade sesiapa di sini menggunakan perkataan 'rewel' dlm kehidupan seharian?

saya br dgr perkataan tu td kt klasik.fm..

buley tgk maknanya di sini..
http://sbmb.dbp.gov.my/kamus/perkamusan/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx

migdal_bavel Publish time 8-10-2007 06:57 AM

Originally posted by LailaTempawan at 3-1-2007 02:13 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
memang betul tu neeziee..:) hehe..

tetapi pendapat aku lah.. sekarang ni memang sukar nak dapat orang melayu sendiri berbahasa melayu dengan betul dan tepat cara penggunaannya..

Apa mesej...

Sedihnya, sku sendiripun tak reti nak cakap dengan betul BM ni...bile buat presentation mesti bercampur dengan BI dan jadi macam rojak sebab vocabulary untuk BM aku terlalu kurang.

LailaTempawan Publish time 25-2-2009 10:16 PM

Balas #15 migdal_bavel\ catat

tak mengapa.. cuma.. kita hanya dapat mencuba mengelakkan dan meNGURANGkan kesalahan dalam menggunakan bahasa melayu.. :)

sri_rampai Publish time 27-2-2009 01:56 PM

adalah digalakkan untuk menggunakan bahasa Melayu seharian....dengan sepenuhnya maksudnya tiada bercampur dengan bahasa lain...

Naru Publish time 8-3-2009 01:08 PM

Reply #9 LailaTempawan's post

Biasanya tanda petik " digunakan untuk dialog (cakap ajuk), iaitu dalam penulisan cerpen, novel...

Bagus guna tanda ' pada ayat-ayat atau perkataan asing, dalam ayat...

Bagi saya, Bahasa Melayu ialah sebuah bahasa yg boleh menerima pembaharuan; supaya ia boleh bertahan & berkembang.Tidak menjadi kesalahan BM banyak meminjam peraktaan asing, memang dari dulu pun, kan?

Ya, saya setuju!Bahasa Melayu (BM Standard) perlu diujarkan dengan sebutan baku, lebih-lebih lagi dalam situasi formal.Misalnya, sebutan konsonan T, D & G:Tek-no-lo-GI bukannya Tek-no-lo-Je (GY).

Seperkara, dalam nyanyian (kebanyakan penyanyi Melayu, berbangsa Melayu) seperti tidak menghormati bahasanya sendiri; sebutan SALAH:cinta menjadi ChinTTTHHHAAA... Antara contoh saja.Sedangkan nyanyian itu sangat berpengaruh besar terhadap pendengar, khasnya remaja Melayu.

Taklah mau nanti, bangsa Melayu itu dikatakan LAYU... Me-LAYU, tiada identiti.

beribiru Publish time 10-3-2009 02:38 AM

Budi Bahasa Budaya Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Bahasa Melambangkan Bangsa

Tokoh pejuang bahasa negara almarhum Tun Syed Nasir pernah melafazkan "Beratus-ratus tahun lamanya bahasa Melayu (Malaysia) menjadi senjata kebangsaan (yang dahulunya tajam dan sakti) tetapi telah dibiarkan tergantung sahaja di dinding, menjadi hiasan. Di dinding itulah senjata ini berkarat dan berlapuk, tidak seindah dahulu dan tidak pula diperdulikan.

Seluruh rakyat memandang bahasa Malaysia itu hanya sebagai barang simpanan yang dipuja-puja. Orang yang mendapat senjata baru iaitu bahasa Inggeris, memandang bahasa Malaysia, senjata sakti bangsanya itu, sebagai barang mainan yang tidak berharga". (Koleksi Ucapan Tun Syed Nasir, 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 178)

Bahasa Ibunda sendiri dirasakan tidak berstandard jika dituturkan...sebaliknya jika menuturkan b.inggeris dirasakan bahawa sangat berdarjat tinggi dan berstatus moden.....
Inilah realiti bangsa Melayu hari ini....
Pages: [1]
View full version: PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM SEHARIAN


ADVERTISEMENT