honey_dew Publish time 22-12-2006 02:54 PM

Sihat, Cantik Semulajadi bersama Raja Alga - Crypto

Cryptomonadales adalah alga yang paling lengkap. Cryptomonadales tidak mengandungi bahan beracun walaupun diambil dengan berlebihan. Tidak menyebabkan apa-apa kesan buruk jika diambil bersama ubat barat.

CRYPTOMONADALES - RAJA ALGA
Lebih 4 kali ganda - GLA dari klorela
Lebih 2 kali ganda - Faktor pertumbuhan sel dari klorela
Lebih 1,000 kali ganda - Vitamin B12 dari klorela
Lebih 10.7 kali ganda - DNA dari klorela
Lebih 4 kali ganda - Fiber dari spirulina
Lebih 10 kali ganda - Klorofil dari spirulina
Lebih 2 kali ganda - Fikosianin dari spirulina
Lebih 500 kali ganda - Asid Folik dari spirulina
Lebih 20 kali ganda - Beta karotin dari spirulina
Ia adalah alga tunggal yang mempunyai Germanium Organik

Kebaikan Cryptomonadales
Keseimbangan nutrisi
Cryptomonadales mengandungi hampir semua jenis nilai nutrisi yang diperlukan oleh sistem badan kita. Ia mengandungi protein yang kaya dengan asid amino perlu. Malah Cryptomonadales adalah terkenal dengan kandungan pelbagai jenis vitamin semulajadi. Vitamin-vitamin ini dapat menyumbang dalam merangsang sistem badan kita dan pada masa yang sama mengekalkan kesihatan.

Cryptomonadales adalah amat kaya dengan klorofil. Klorofil mempunyai keupayaan untuk membersihkan saluran pemakanan dan peredaran darah kita, ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah serta meningkatkan pemulihan badan kita.

Penyakit-penyakit kronik yang dialami oleh masyarakat hari ini adalah lanjutan daripada diet yang kurang nutrisi dan gaya hidup yang tertekan. Pengambilan makanan harian yang semulajadi, hidup, organik dan menyeluruh akan mengelakkan kita daripada mendapat penyakit dan mengekalkan kesihatan. Cryptomonadales adalah makanan yang kaya dengan bahan mineral dan vitamin untuk kesihatan yang lebih sempurna.

Perubahan sifat fizikal dari asidik kepada alkali
Cryptomonadales dapat mengubah sifat badan yang asidik kepada sederhana alkali. Sifat badan yang asidik adalah punca kebanyakan penyakit pada zaman moden ini. Badan manusia sepatutnya adalah sederhana alkali. Individu yang sihat sepatutnya mengekalkan pH yang seimbang di antara 7.35 - 7.45. Apabila badan kita tidak berada dalam keseimbangan ini, ia akan mengakibatkan berlakunya penyakit.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada perubahan keadaan badan kepada asidik.
a. Pemakanan berlebihan
Memakan secara berlebihan umumnya terutamanya protein binatang (makanan berasid). Protein binatang akan menyebabkan pembusukan dan zimosis ("zymosis") kerana ia menghasilkan hidrogen sulfida, fenol dan sebagainya yang membebaskan gas tosik dan pada masa yang sama mencemarkan darah manusia. Akhirnya ia menyebabkan penghasilan darah yang berasid dan keruh.

Protein binatang juga mengandungi kolesterol yang tinggi. Pengumpulan kolesterol di dalam salur darah akan menyebabkan ia tersumbat dan seterusnya miokardia (serangan jantung), infaksi dan pendarahan otak. Pengambilan makanan berasid yang semakin banyak akan menyebabkan darah semakin berasid dan peningkatan viskositi darah. Jumlah darah yang mengalir melalui kapilari darah juga akan berkurangan dan membawa kepada pembekuan darah di bahagian tangan dan kaki, bahu serta insomnia.

Pengambilan kolesterol yang berlebihan boleh melambatkan peredaran darah. Ini bermaksud jantung kita perlu mengepam dengan lebih kuat untuk meningkatkan peredaran darah yang akhirnya mengakibatkan peningkatan tekanan darah yang boleh membawa kepada hipertensi.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengambil lebih banyak sayur-sayuran yang dapat membantu mengubah keadaan badan supaya lebih beralkali. Sayur-sayuran adalah kaya dengan vitamin dan bahan organic, pelawas dan pelbagai jenis enzim. "Cryptomonadales" adalah tumbuhan yang mengandungi klorofilin yang tertinggi jika dibandingkan dengan sayur-sayuran lain.

b. Makanan "refined" dan penambahan bahan kimia
Pemakanan nasi yang telah "dibersihkan", roti putih dan gula putih dan sebagainya boleh menyebabkan badan lebih berasid. Kita perlu selalu ingat bahawa makanan yang diambil oleh kita saban hari mengandungi bahan kimia yang memudaratkan badan kita. "Cryptomonadales" dapat membantu badan kita menyeimbangkan proses badan kita.

c. Tekanan
Tekanan hidup juga boleh menyebabkan keadaan badan menjadi berasid. Kita perlu berdepan dengan pelbagai halangan dan tekanan dalam menghadapi pekerjaan, keluarga dan hubungan peribadi setiap harian. Kita perlu berhadapan dengan kerisauan, keletihan, insomnia dan emosi yang tidak menentu. Tekanan hidup merupakan satu keadaan yang biasa dihadapi oleh masyarakat moden kita dewasa ini yang menjejaskan sistem endokrin dan hormon kita, seterusnya menjejaskan kesihatan kita.

Tekanan hidup boleh menjadikan badan kita bersifat asidik. Ini juga akan menyebabkan pengurangan perkumuhan K dan Na melalui urin. Selanjutnya meningkatkan asiditi badan kita.

Cryptomonadales dan kanser
Kejadian kanser telah dikaitkan dengan sistem badan yang berasid, agen oksidasi, diet dan gaya hidup yang kurang sihat. Sel-sel yang normal akan mutasi dan bertukar menjadi sel kanser apabila ia tidak mendapat nutrien yang secukupnya. Cryptomonadales dengan kandungan nutrien yang kaya disertakan dengan gaya hidup yang sihat akan dapat mencegah kejadian penyakit kronik seperti kanser. Kajian telah menunjukkan bahawa Cryptomonadales boleh meningkatkan penghasilan interferon, salah satu faktor imuniti yang bermanfaat kepada pesakit kanser.

Cryptomonadales dan diabetes
Simptom pertama diabetes mellitus ialah dahaga, makan dengan lebih banyak dan kerap membuang air kecil. Simptom yang seterusnya ialah penyakit gigi dan gusi, penglihatan yang kurang baik dan penurunan nafsu seksual.

Cryptomonadales dapat membantu pengidap diabetes secara menyeimbangkan keadaan asidik dan dan ketidakseimbangan dalaman. Ia bertindak dalam rawatan dan pencegahan penyakit ini.

Cryptomonadales dan penyakit perut dan salur pencernaan
Cryptomonadales dapat memperbaiki membran mukus yang melapisi dinding perut dan salur pencernaan kerana ia bertindak mengurangkan asiditi dan membantu mengekalkan keseimbangan semulajadi untuk kesihatan.

[ Last edited byhoney_dew at 16-1-2007 10:52 AM ]

honey_dew Publish time 22-12-2006 02:55 PM

Rawatan asas untuk penyakit yang berkaitan dengan perut dan salur pencernaan adalah:
1. Membaiki tisu dinding perut dan salur pencernaan.
2. Memulihkan fungsi normal membran mukus.
3. Memulihkan keseimbangan flora salur pencernaan.
4. Meningkatkan fungsi pencernaan.

Cryptomonadales dapat membantu dalam proses penyembuhan ini.Faktor-faktor yang mungkin menyebabkan penyakit perut dan salur pencernaan adalah seperti berikut:
1. Makanan "refined" seperti nasi putih dan gula putih.
2. Pengunyahan makanan yang tidak mencukupi.
3. Kekurangan pengambilan sayur-sayuran.
4. Pemakanan protein binatang, daging, susu, telur dan sebagainya di mana ia adalah sukar
untuk dicernakan.

Cryptomonadales dan penyakit hepar
Cryptomonadales dapat memberikan kesan yang baik ke atas fungsi hepar secara:
1. Meningkatkan pertumbuhan semula tisu hepar.
2. Meningkatkan metabolisma secara keseluruhannya.
3. Meningkatkan peredaran darah dalam hepar.

Kebanyakan orang mengaitkan masalah hepar dengan bakteria atau virus lanjutan daripada pengambilan alkohol yang berlebihan dan persekitaran yang bertosik. Tetapi sebenarnya faktor yang disebut tadi bukan merupakan sebab utama masalah hepar. Faktor sebenar yang menyebabkan penyakit hepar adalah kualiti badan dan tisu hepar yang semakin lemah. Faktor yang utama mungkin adalah pengambilan makanan yang salah.

Cryptomonadales dan penyakit ginjal
Ginjal mengumuhkan bahan buangan metabolisma melalui urin. Ini merupakan salah satu cara badan kita membersihkan darah kita. Penyakit ginjal lazimnya disebabkan oleh gaya hidup yang kurang sihat. "Cryptomonadales" berfungsi secara:

1. Memperbaiki metabolisma bahan mineral.
2. Memperbaiki kualiti badan yang alergi.
3. Eliminasi kualiti badan yang berasid.


Cryptomonadales dan alergi
Golongan yang alergi adalah mereka yang mempunyai tindak balas berlebihan terhadap bahan asing. Atau boleh dikatakan mereka adalah lebih mudah mendapat inflamasi. Kunci untuk mencapai kesihatan ialah melalui perubahan kualiti badan yang alergi tersebut, misalnya asimilasi. Asimilasi adalah proses menukarkan bahan asing yang memasuki badan kepada bahan yang tidak berbahaya. "Cryptomonadales" dapat menguatkan proses asimilasi dengan lebih lanjut lagi.

Cryptomonadales dan anemia
Anemia merupakan penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah dalam darah. Dengan kata lain, sel darah merah tidak dapat dihasilkan dalam jumlah yang mencukupi. Badan manusia bergantung kepada sel darah merah untuk memindahkan bahan nutrien kepada sel-selnya. Apabila sel darah merah berkurangan maka ini akan menyebabkan penurunan metabolisme tisu. Seterusnya ini akan menjejaskan semua fungsi badan dan imunisasi.

Peningkatan jumlah sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen ke tisu badan kita dan membuang bahan yang tidak dikehendaki oleh sel pada masa yang sama. Proses pemindahan nutrien dan oksigen adalah lambat apabila anemia berlaku. Ini akan menyebabkan fungsi badan terganggu dalam jangka masa panjang. Peningkatan sel darah merah adalah satu pendekatan yang penting untuk merawat anemia. Cryptomonadales mengandungi klorofil yang sangat tinggi dan kaya dengan zat besi dan vitamin B12 dapat meningkatkan penghasilan sel darah merah.

Zat besi merupakan komponen utama Cryptomonadales dan struktur utama sel darah merah. Beta karotin mempunyai kesan yang serupa dengan vitamin A di dalam badan, meningkatkan fungsi ovari, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan fungsi sel darah merah.

Cryptomonadales dan katarak
Cryptomonadales mempunyai kesan positif terhadap penyakit degeneratif mata seperti katarak dan degenerasi retina yang kronik. Cryptomonadales bertindak melindungi tisu mata yang amat sensitif secara melambatkan proses penuaan badan dan membolehkan badan kita berfungsi dengan seimbang. Selain daripada itu, ia juga mengandungi vitamin yang penting untuk penyelarasan dan pemulihan tisu mata.

Cryptomonadales mempunyai protein asas yang diperlukan untuk membina tisu baru untuk menggantikan tisu yang lama. Bahan mineral diperlukan untuk memperbaiki fungsi badan secara keseluruhan.

Klorofil yang merupakan komponen utama Cryptomonadales berfungsi membersihkan darah. Sementara elemen lain yang terkandung dalam Cryptomonadales pula dapat membantu mencegah dan merawat penyakit mata. Elemen-elemen ini termasuk beta-karotin yang merupakan elemen utama yang membina membran dalam mata. Vitamin E dapat membina koloidin yang dapat memperbaiki sel, zat besi dapat mencegah mata daripada cepat letih. Asid pantotenik dan kolin pula dapat memajukan metabolisma otak.

Sistem regulasi autonomik
1. Sembelit
Apabila seseorang tidak memakan makanan yang betul dan berada di bawah keadaan tertekan, keadaan sembelit akan berlaku. Mereka yang mempunyai masalah sembelit lazimnya mempunyai tanda-tanda kekenyangan perut, kurang selera, terasa perit dan berangin pada perut. Mereka juga akan merasa sangat dahaga, kesakitan bahu, sakit di bahagian kepala, pening, keletihan dan mudah panas baran.

Cara yang disyorkan untuk merawat sembelit ialah melalui memperbetulkan corak diet seseorang, misalnya makan makanan semulajadi untuk melancarkan penyahtinjaan. Mereka sepatutnya membolehkan bakteria normal hidup dalam "bowel" (di mana ini akan dapat menurunkan tension dalam salur pencernaan) dan melakukan senaman dengan lebih kerap. "Cryptomonadales" merupakan makanan semulajadi yang dapat memperbetulkan keadaan ini.

2. Keletihan
Cara untuk mengurangkan keletihan ialah secara meningkatkan stamina dan fungsi pelbagai sistem badan. Ini dapat dicapai dengan mengambil makanan semulajadi yang dapat membersih dan memperbaiki kualiti darah.

3. Sakit tulang belakang
Kita sering mendapat sakit tulang belakang disebabkan berdiri terlalu lama. Leher dan tulang belakang merupakan dua tempat yang paling lemah pada badan kita, maka ia adalah amat mudah tercedera. Sebab-sebab mengapa seseorang mendapat sakit belakang adalah:
a. Kurang bersenam
b. Tekanan yang kuat ke atas tulang belakang secara tiba-tiba, misalnya semasa bermain
golf atau memandu untuk jarak jauh.
c. Tekanan, tekanan otot yang berterusan yang menambahkan tekanan kepada otot tulang
belakang.

Sakit tulang dapat diatasi dengan memperbaiki peredaran darah manusia.

4. Sakit kepala
Secara umumnya, sakit kepala dapat dibahagikan kepada dua jenis. Salah satunya disebabkan oleh otot. Ini berlaku apabila seseorang itu makan secara berlebihan, terutamanya apabila sebahagian besar diet mereka terdiri daripada daging yang menghasilkan asid dalam sistem badan kita. Asid ini akan mengakibatkan kontraksi otot yang membawa kepada sakit kepala. Sakit kepala jenis ini berkaitan dengan makan secara berlebihan gula yang "refined". Ini akan menyebabkan badan kita kekurangan vitamin B kompleks yang akan mengganggu sistem saraf yang mengawal salur darah tersebut. Sakit kepala jenis ini adalah lebih kerap berlaku pada wanita berbanding dengan lelaki.

http://i3.photobucket.com/albums/y56/Lynnar/pdt_p-crypto1.gif - http://i3.photobucket.com/albums/y56/Lynnar/cry_p-logos1.gif


HALAL
100% Croptomodales semulajadi
Reg No : MAL 19991958TC


[ Last edited byhoney_dew at 16-1-2007 10:17 AM ]

honey_dew Publish time 23-12-2006 02:00 PM

Testimonial sendiri setelah makan 2 botol Crypto :
Badan rasa ringan dan segar
Kulit muka rasa licin
Penglihatan bertambah baik
Pembuangan air ** lancar
Tumit kaki tak merekah seperti sblm ni

Nanti letak more testimonial yang pernah makan Crypto

honey_dew Publish time 16-1-2007 10:12 AM

Ni antara testimonial yang dah makan Crypto :

Testimonial 1

Sblm ni setiap kali period mesti makan ponstant 8 biji sehari. Sejak makan Crypto sampai sekarang tak payah makan ponstant lagi.

-------------------------------------------------------------------------------------

Testimonial 2

Setahun sekali baru ada period. Dah makan within 3 months period kembali normal.

-------------------------------------------------------------------------------------

Testimonial 3

MIL allergy ubat dan seafood. Walau sikit udang tak boleh makan boleh bengkak muka. Sejak makan cypto tak ada masalah allergy lagi.

-------------------------------------------------------------------------------------

Testimonial 4

Setiap pagi bangun tidur kebas tangan. Cuba crypto selama seminggu masalah kebas tangan hilang.

-------------------------------------------------------------------------------------

Testimonial 5

Sebelum ni selalu takut bila nak period kena cramp. Sekarang dah tak lagi seperti dulu.

honey_dew Publish time 16-1-2007 10:50 AM

Fibro Fruit
Pengambilan serat yang cukup, amat penting untuk mencegah masalah sembelit dan meningkatkan tahap kesihatan kolon. Ia membantu pergerakan bahan buangan dalam kolon dan mempercepatkan pembuangan bahan dan toksin dalam usu kita.

Kelebihan serat :

- Membantu pergerakan bahan buangan dalam kolon dan meningkat fungsi sistem pencernaan
- Mengurangkan lemak dalam tubuh badan, sesuai pada yang ingin mengurangkan berat badan
- Membaiki masalah kulit
- Membaiki masalah kolon

Diperbuat drpd - OAT BRAN, WHEAT FIBRE, VEGETABLE POWDER, FRUITS POWDER, FRUCTOSE AND LEMON POWDER

http://i3.photobucket.com/albums/y56/Lynnar/pdt_p-fibro1.gif

[ Last edited byhoney_dew at 17-1-2007 10:44 AM ]

candiew Publish time 16-1-2007 10:55 AM

wow...hebat nya!!!! agak2 brapa hengget nie ekk?????

honey_dew Publish time 16-1-2007 11:11 AM

Oviana Beauty Mask

Mask kecantikan Cyptomonadales mempunyai pelbagai jenis faktor pemutihan dan zat2 untuk menggiat semula kulit. Berkesan dalam pemulihan sel dan pembinaan sel yang baru. Meransang peredaran darah, pertumbuhan sel dan mempercepatkan proses penyembuhan muka dan seluruh badan. Membekalkan perlindungan yang maksimum kepada epidermis drpd UV, pencemaran udara dan faktor luaran mengakibatkan penuaan kulit dan cela tanpa kesan sampingan.

Kandungan 100% serbuk Cyptomonadales, vitamin B dan anti-oksida sepeti vitamin A, C, E dan beta carotene bagi memelihara fisiologi sel kulit. Pelembap yang aktif, menambah kandungan air dan melembutkan kulit.

http://i3.photobucket.com/albums/y56/Lynnar/pdt_p-oviana1.gif

honey_dew Publish time 16-1-2007 12:16 PM

Lagi testimonial :

Testimonial 6

XXX masa mula2 ambil dia pun dpt sakit ulu hati yang teruk....sampai satu hari satu mlm....dia mmg ada masalah angin...Dia kena teruk....then after a month tak silap lah...pigmen muka dia....kurang hitam
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Testimonial 7

XXX (kawan ipar) ada masalah period setahun sekali dan gastrik...Bila ambil sebulan...mula dia rasa pening2, berak berdarah (sikit je lah)..kemudian dia kurang selera makan....sebab dia pun ambil fibro....dlm seminggu turun beberapa kilo tapi cantik lah....kulit pejal dan tegang. Najis ada traces of blood tu sebab gastrik dia...Period dia dah regular, once a month.No more gastrik...dan kurus langsing dan kulit cantik...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Testimonial 8

Allergy teruk sangat sampai kalau mkn sambal udang pun boleh sampai muntah darah. Lepas ambil dua bulan....dia terbaring selama beberapa hari sebab organ over fatigue..selama ni dia tak sedar dia test mkn udang dua ekor pun tak apa. According to him...He did try many medicine and supplement - Langkawi
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Testimonial 9

Gout...bila panjat rumah dia sakit lutut dan susah nak buat kerja......bila ambil...dia ckp rasa selesa dan okay....mula2 dia rasa sakit2 tempat yang affected areas....then later dia rasa okay dan rasa bertenaga
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Testimonial 10

Neighbour dpt kebas2 (numbness) setiap kali bangun tidur....dia umur dah lebih 60 tahun...penyakit tua...lepas ambil sebotl...dia dah tak rasa kebas lagi

[ Last edited byhoney_dew at 16-1-2007 12:18 PM ]

honey_dew Publish time 16-1-2007 12:20 PM

Reply #6 candiew's post

More info bout price check pm

220796 Publish time 23-2-2009 03:59 PM

xde update ke pasal produk ni?

putri_darulnaim Publish time 23-2-2009 05:06 PM

rumput ijau ni yek....
i know about this since 3 year before...

honey_dew Publish time 23-2-2009 07:41 PM

Reply #10 220796's post

ingat dah x de topic ni
nanti i update lg

honey_dew Publish time 23-2-2009 07:42 PM

Reply #11 putri_darulnaim's post

ni bukan barley grass tu..
ni cryptomonadales, bentuk elipse color hijau

eastrun Publish time 23-2-2009 08:34 PM

Reply #3 honey_dew's post

bukan sebab you pakai Glyco ke muka you licin?

akumakanhati Publish time 23-2-2009 08:46 PM

hahahahahahahahaha... kantoi ker:P

azsagi Publish time 23-2-2009 09:36 PM

raja kepada spirulina dn chlorella la ni ya...

sharing link ni:-
http://www.omnidefood.com/files/nutritional_contents3.htm

honeydew makan 2btl tu dec 2006kan.. sekarang masih amalkan lagi?

honey_dew Publish time 25-2-2009 04:41 PM

Reply #16 azsagi's post

haah masih amal lg sampai skrg..now i maintain 5 tablet per day
even my sis & dad btw lepas few weeks dia mkn nampak anak rambut tumbuh.
its depend on yr body reaction..either its fast or slow feedback.
until now i mmg dah x pakai spec..its almost 1 yr

putri_darulnaim Publish time 17-3-2009 04:33 PM

Reply #13 honey_dew's post

i knw...coz i dah cb...
my previous co. jual product ni...n as a staff...i kena wat research...
tht's why i called rumput ijau...;P

Arissa_Sofea Publish time 23-12-2011 07:40 AM

Macam mana crypto ni boleh tolong diabetes?

mieyrasfea Publish time 18-2-2023 11:59 AM

Nama produknya pun kak oi
Pages: [1]
View full version: Sihat, Cantik Semulajadi bersama Raja Alga - Crypto


ADVERTISEMENT