dexa Publish time 20-12-2006 11:23 PM

HAIWAN MACAM MUSANG, MULUT MACAM BABI = BAMBUN

Haiwan macam musang, mulut seperti babi sebenarnya bambun
20-12-2006

KUALA LUMPUR:Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menjelaskan seekor haiwan ganjil yang ditemui penduduk Kampung Batu Hitam, Perak pada Khamis Lepas adalah bambun ekor pendek atau short tail mongoose dalam bahasa Inggeris.

Pengarahnya Sabrina Mohamed Sharif berkata haiwan itu, yang nama saintifiknya Herpestes brachyurus Gray, amat jarang ditemui dan hanya terdapat di Semenanjung, Sumatera dan Borneo.

Haiwan karnivor itu adalah satu daripada empat keluarga bambun -- tiga lagi ialahbambun kelabu, bambun jawa, dan bambun kecil.

"Kami telah mengambil haiwan itu sejak kisahnya tersiar di akhbar Ahad lepas.

"Kami turut memasang mikrocip di telinga bambun jantan seberat 1 kg itu untuk identifikasi sebelum dilepaskan ke Rizab Hidupan Liar Sungkai esok," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas tentang kemunculan seekor haiwan yang dilaporkan mempunyai badan seperti musang dan muncung menyerupai babi yang telah menggemparkan penduduk kampung berkenaan.

Haiwan itu ditemui seorang penduduk dalam perangkap perosak tanaman pada Khamis lepas.

"Sejak kami mengambilnya setelah laporan itu tersiar, Perhilitan Perak dikunjungi oleh orang ramai yang ingin melihat haiwan yang dikatakan ganjil itu dari dekat," kata Sabrina.

Beliau berkata haiwan itu boleh mencederakan manusia jika terancam kerana ia menggunakan giginya yang tajam sebagai senjata.

Katanya bambun merupakan haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar -- jika memilikinya, seseorang boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya. BERNAMA

dexa Publish time 20-12-2006 11:37 PM

http://arcbc.org/cgi-bin/abiss.exe/fimg?SID=1737086006&fimg=10783&tx=MA&pid=86&size=1
Herpestes brachyurus picture by Karen Phillipps
Family Genus Species English name
Herpestidae Herpestes brachyurus Short-tailed mongoose

hulia Publish time 22-12-2006 07:41 PM

ni mesti kes tak dapat nak goda haiwan sama jenis, senang senang dapat goda babi pun jadi :lol

bzzts Publish time 22-12-2006 09:15 PM

kat klantan, dioraNG panggil "bokbong" :lol

Kunpan81 Publish time 30-7-2012 01:12 AM

Tp bokbong, rupe mcm musang je.. tp versi kenit... hehe

tuah_r Publish time 7-8-2012 03:37 PM

http://www.fwrc.msstate.edu/borneocarnivoresymposium/images/species/short_tailed_mongoose.jpg

inikah?

Donatello86 Publish time 15-8-2012 09:11 AM

huduhnye ghupenye..hidong cenoik cam vavi jer...

none88 Publish time 24-9-2012 04:14 PM

err...x pernah taw pon ada binatang nie....

saifukaziz Publish time 23-1-2014 05:03 PM

hulia posted on 22-12-2006 07:41 PM static/image/common/back.gif
ni mesti kes tak dapat nak goda haiwan sama jenis, senang senang dapat goda babi pun jadi :lol

lol!!!mungkin btul jhga pakmu ckp ni

ninja2014 Publish time 4-5-2014 09:29 AM

x pernah lagi jumpa haiwan gini. thxz 4 sharing

khaira01 Publish time 15-6-2014 03:08 AM

Mesti garang hewan ni.

AppropriateNick Publish time 13-12-2014 12:22 PM

mmg wujud ke

animcute Publish time 21-12-2014 08:46 PM

rupanya mmg bambun ni ujud, ingatkan hanya imaginasi opah je sb dia yg selalu cerita pasal binatang ni..

mice_cheese Publish time 8-5-2015 04:50 PM

Macam2 ade..
Pages: [1]
View full version: HAIWAN MACAM MUSANG, MULUT MACAM BABI = BAMBUN


ADVERTISEMENT