Naru Publish time 18-12-2006 05:35 PM

Akankah manusia tersenyum?

Akankah Manusia Tersenyum?


Ledakan tercetus di sana sini
cuba menghancurkan isi bumi
tak menyedari dan tak menghargai
tak mengasihani apalagi menyayangi
kehidupan dan nyawa kini
hanyalah caturan peribadi
tangan-tangan munafik.

Jasad seperti sudah tidak berharga lagi
seperti sampah tumpah
busuk dan hanyut!
mencemari kebersihan laut
mengotori tanah dengan limpahan darah
udara berbau nanah!

Kejamnya manusia?
tak terbayangkan suatu hari nanti
bumi ditumbuhi bangkai-bangkai kehancuran
akhirnya, wang dan kuasa tidak berguna lagi
dan binatang pun membenci manusia
akankah manusia tersenyum?

(nukilan peribadi Naru/husaimy)
Pages: [1]
View full version: Akankah manusia tersenyum?


ADVERTISEMENT