Syd Publish time 13-12-2006 04:56 PM

Kelab sukan bermotor di daerah @ Johor

Kelab sukan bermotor di daerah


SEGAMAT: Kerajaan Johor bercadang menubuhkan kelab sukan bermotor di seluruh daerah di negeri ini, sebagai persediaan awal mencungkil bakat baru dalam sukan motor lasak.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Aziz Kaprawi, berkata sehubungan itu, kerajaan negeri akan memberi peruntukan bagi membolehkan semua daerah di negeri ini menubuhkan kelab sukan bermotor masing-masing.

Beliau berkata, ia juga bertujuan menarik minat lebih ramai remaja dan belia yang berminat menyertai sukan tersebut mempunyai pelbagai program dan aktiviti yang terancang.

Katanya, langkah menubuhkan kelab sukan bermotor di setiap daerah di negeri ini bagaimanapun hanya dapat direalisasikan menerusi kerjasama persatuan belia tempatan dan Majlis Belia Daerah.

"Kelab ini akan menjadi tempat pencarian bakat baru dalam sukan motor lasak dan kita akan bantu mereka yang berbakat supaya diberi latihan secukupnya supaya dapat mewakili negara.

"Ia juga sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk menganjurkan pertandingan motosikal lasak pada peringkat rantau Asia dan dunia pada masa akan datang," katanya.

casio Publish time 1-3-2007 05:42 PM

Reply #1 Syd's post

syd,

apa story sukan bermotor johor? ada buat autoshow x? buatla karnival motor satu johor
Pages: [1]
View full version: Kelab sukan bermotor di daerah @ Johor


ADVERTISEMENT