my^fluffy Publish time 18-12-2007 07:32 PM

portable storeroom for gardening tools

hai...

kat mana saya nak beli potable storeroom...yang biasanya org letak kat halaman rumah...untuk simpan gardening tool

mizahanan Publish time 18-12-2007 07:48 PM

Reply #1 my^fluffy's post

selalu saya tgk iklan kt the star.. ade cth gambo lagi..
yg ni ke maksud awak?

http://www.hi-gardensheds.com/listspec02.gif

http://www.hi-gardensheds.com/

[ Last edited bymizahanan at 18-12-2007 08:00 PM ]

Arwen Publish time 18-12-2007 08:13 PM

pernah gi eneos kat one utama tak?
kat tingkat bawah eneos tu arwen pernah nampak ada showroom utk portable storeroom ni...

ataupun mungkin boleh contact this company....dulu arwen beli shade sail untuk porch pun dgn this comp. and diorang pun dealer untuk this product...

Qb Products Sdn. Bhd.
No. 9, Jln PJU 3/46, Sunway Damansara Technology Park..

website dier :www.qbfab.com.my
contact no. 03-7803 3380/3368/3818
or 017-2498822 (Mr. Eddie WK Wong)

try ler call kalo berminat...

ps:
(mod, arwen tak sure boleh ke idak arwen letak add and contact no. diorang nih tapi kalo takleh just delete jerlah)
takde niat nak promote or whatever sbb mmg takde berkaitan pun just pernah jadi customer diorang nih beberapa tahun yg lepas..

[ Last edited byArwen at 20-12-2007 07:08 PM ]

my^fluffy Publish time 23-12-2007 05:28 PM

thanks cos bagi info...nanti saya try call tanya dealer kat ipoh ada tak..

mizahanan Publish time 25-12-2007 07:26 AM

rooting powder

http://i154.photobucket.com/albums/s274/mizahanan07/home%20gardening/IMG_0075.jpg

mizahanan Publish time 27-12-2007 02:42 PM

crystal soil

http://i154.photobucket.com/albums/s274/mizahanan07/home%20gardening/IMG_0002-3.jpg

yg hitam hb beli kt klsentral - rm5

yg putih beli kt tanah merah - rm4.90

rileks Publish time 9-1-2008 12:49 PM

Originally posted by 4u2luv at 6-8-2007 03:02 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif


akum..
bleh ko bg tau skit cara nak guna benda ni..
maklum la ...saya ni baru blajar nak mhijaukan laman umah;P

keratan batang yg kita kerat dr pokok asal tu ..celup kan dlm powder ni ..than tanamkan je kedlm tanah..

sori..lama tak bukak thread ni.

semenjak 2 menjak lama dah tak tgk pokok

Syd Publish time 21-1-2008 03:31 PM

Pagar hiasan aksesori laman
Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@nstp.com.my


http://img256.imageshack.us/img256/4720/pagarnz6.jpg
PAGAR hiasan serlah karakter landskap taman.


Konsep boleh disesuaikan dengan keluasan taman

REKAAN dalam seni bina landskap pastinya lengkap hasil gabungan beberapa bentuk komposisi yang terdiri daripada landskap kejur, landskap lembut, pencahayaan dan perabot sebagai hiasan selain aksesori taman.

Rekaan landskap kejur adalah kekal, tidak boleh diubah kedudukannya seperti wakaf dan air terjun buatan, manakala landskap lembut pula daripada jenis tumbuhan digunakan. Elemen ini memainkan peranan penting dalam pembentukan sesebuah laman.

Selain itu, pencahayaan sama ada cahaya matahari atau penggunaan lampu taman membantu menyerikan laman. Jenis dan saiz perabot laman yang digunakan menguatkan lagi karakter dan identiti landskap, serta satu ciri kepada bentuk serta corak sesebuah laman.

Pengurus Operasi Puncak Flora Management Sdn Bhd, Mohd Farizal Md Desa, berkata aksesori taman seperti pagar hiasan membantu menyerikan kawasan rumah terutama bagi pemilik yang tidak mempunyai idea menyerikan taman mereka.

揂ntara aksesori yang disediakan untuk kegunaan laman ialah pagar plastik berwarna warni boleh disesuaikan dengan konsep yang dikehendaki. Jika sukakan gaya Inggeris, boleh menggunakan pagar berwarna putih sesuai dengan konsep berkenaan.

http://img153.imageshack.us/img153/862/pagar2oh2.jpg
MUDAH pasang antara faktor pelaris pagar hiasan.

揇i Amerika, pagar hiasan jenis ini banyak digunakan bagi taman berkonsepkan 慶ountry

Syd Publish time 28-1-2008 03:24 PM

Tip: Kelebihan sungkupan pada tanaman


http://img292.imageshack.us/img292/2586/sungkupanmz2.jpg
SUNGKUPAN dapat menjadi bahan hiasan atau dekor pada pangkal pokok selain menutup permukaan tanah yang kosong.



RAMAI menyatakan bagus dan perlu kita letakkan bahan sungkupan pada tanaman sama ada ditanam dalam pasu atau tanah. Benarkah? Mari kita sama-sama berkongsi sejauh mana kebenarannya.

Biasanya bahan yang biasa kita lihat di pasaran seperti sabut kelapa yang dikisar dan diproses contohnya, sesuai kita jadikan bahan sungkupan. Ia dapat mengekalkan kelembapan tanah ke atas tanaman kerana bahan berkenaan mampu memperlahankan kesan sejatan tatkala kita menyiram pokok ke atas permukaan tanah.

Antara kebaikan lain, ia bertindak menghalang percikan tanah atau butiran baja yang kita letakkan pada pangkal pokok terpercik keluar apabila kita menyiram. Berikutan itu sungkupan pada pangkal pokok menghalang kerosakan pada akar pokok muda.



Bahan sungkupan yang dihasilkan secara organik yang boleh kita hasilkan sendiri mampu berfungsi seperti dimaksudkan di atas adalah hampas tebu. Tambahan, ia menggalakkan aktiviti dan kehadiran mikro organisma dalam tanah seperti cacing, secara semula jadi mampu memperbaiki struktur udara dalam tanah dan memperbaiki sumber nutrien bagi tujuan pertumbuhan akar pokok yang sihat.

Selain itu, sungkupan juga dapat dijadikan bahan hiasan atau dekor pada pangkal pokok terutama tanaman dalam pasu yang menampakkan lebih menarik dan kemas dari hanya terus kelihatan permukaan tanah yang kosong.

S_Anuar Publish time 14-2-2008 02:21 PM

Baja Organik.

http://bgreenfertilizer.googlepages.com/seaweed500.jpg/seaweed500-medium.jpg
Baja B'GREEN Seaweed adalah campuran organik ekstrak rumpai laut terpilih dalam membekalkan nutrien seimbang kepada tanaman untuk tujuan pertumbuhan, pembungaan dan pengeluaran buah yang sihat. Ia kaya dengan mineral organik, hormon pertumbuhan semulajadi, vitamin, asid amino dan nutrien tambahan yang amat diperlukan oleh tanaman. Ia amat sesuai untuk semua jenis tanaman berdaun, bunga dan buah-buahan.

Maklumat lanjut layari website http://bgreenfertilizer.googlepages.com/homeofbgreen

[ Last edited byS_Anuar at 8-5-2008 11:06 AM ]

S_Anuar Publish time 14-2-2008 02:36 PM

B'GREEN Bloom & Fruit - baja cecair separa organik

http://bgreenfertilizer.googlepages.com/bloom500.jpg/bloom500-medium.jpg

B'GREEN Bloom & Fruit - baja cecair separa organik

Baja B'GREEN Bloom & Fruit adalah baja separa organik
yang dapat merangsang pertumbuhan akar, bunga dan buahyang sihat kepada tanaman. Ia diperkaya dengan mikronutrienyang amat diperlukan oleh tanaman. Ia amat sesuai untuk semua jenis tanaman sayuran jenis buah, pokok bunga-bungaan dan pokok buah-buahan.

Maklumat lanjut layari website http://bgreenfertilizer.googlepages.com/homeofbgreen

[ Last edited byS_Anuar at 8-5-2008 11:07 AM ]

S_Anuar Publish time 14-2-2008 02:42 PM

B'GREEN Neem Emulsion


http://bgreenfertilizer.googlepages.com/neem250.jpg/neem250-medium.jpg

B'GREEN Neem Emulsion - BIO-DEGRADABLE ! NON TOXIC! EFFECTIVE!
B'GREEN Neem Emulsion adalah berasaskan minyak semambu yang digunakan sebagai bio-pestisid. Kajian mengesahkan ia mampu mengawal 400-500 spesis serangga perosak. Pelbagaiserangga perosak kepada tanaman terutamanya belalang, kumbang dan serangga penghisap cecair tumbuhan seperti 'aphid', 'white flies' dan 'spider mite' boleh dikawal dengan menggunakan produk ini.

Nota : Penyelidikan terkini juga telah mengesahkan produk berasaskan minyak semambu juga boleh bertindak sebagai 'nematicide' dan'fungicide'

Maklumat lanjut layari website http://bgreenfertilizer.googlepages.com/homeofbgreen

[ Last edited byS_Anuar at 8-5-2008 11:08 AM ]

S_Anuar Publish time 3-6-2008 11:18 AM

Alat Hiasan Taman.

Pasu ni seakan-akan kayu balak, boleh dihias dgn pokok-pokok bunga.
Harganya tak la mahal sangat bawah RM25. Berkenan tapi tak tau nak
letak mana.

http://farm4.static.flickr.com/3114/2546322519_f1fcbf5f10.jpg

http://farm3.static.flickr.com/2135/2547144398_971a53b005.jpg

mizahanan Publish time 21-6-2008 07:15 AM

pH soil tester

http://farm4.static.flickr.com/3276/2595782111_db545a96fd.jpg

S_Anuar Publish time 20-8-2008 03:16 PM

Originally posted by haniman at 9-1-2007 10:47 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Laaaaaa, tadi ingatkan bekas letak telur :geram:

Kira boleh la juga kalau nak guna bekas teloq tu....
apa kata org, emmm kitar semula....
jimat ler sikit dari membeli bekas2 yg canggih manggih tu:lol: :lol:

gond Publish time 19-10-2008 09:44 AM

Aku dah cuba baja organik nie...

Dalam masa 1 minggu lebih pokok bunga dah cantik.....

Harganya pun tak mahal sangat RM4.50 jer... cuba lah....

atau kau orang boleh layari website company nie

http://www.agro-green.net

SELAMAT MEMCUBA:victory:


Maaf aku tak boleh nak upload gambar la... kenapa..?


http://www.geocities.com/d**/d**comel/hahahha.jpgimageshack.us/img513/1782/bajasq2.png
http://www.geocities.com/d**/d**comel/hahahha.jpgimageshack.us/img513/bajasq2.png/1/w466.png

[ Last edited bygond at 19-10-2008 09:56 AM ]

puterikhaleeda Publish time 23-10-2008 03:28 PM

pagar plastik yg tinggi tu nak beli kat mana ek?

razifah Publish time 30-10-2008 09:38 AM

Originally posted by puterikhaleeda at 23-10-2008 03:28 PM http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
pagar plastik yg tinggi tu nak beli kat mana ek?


dari ari tu ifa tgk puteri mencari..maaflah...memang tak pernah tgk yg jenis tinggi nyer...

pakupayung21 Publish time 30-10-2008 10:37 PM

saya pon x penah jumpa yg tinggi
kalu nak kena wat sundri kot..huhu

razifah Publish time 31-10-2008 12:15 PM

Originally posted by pakupayung21 at 30-10-2008 10:37 PM http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
saya pon x penah jumpa yg tinggi
kalu nak kena wat sundri kot..huhu

atau kena tempah kan PP...:D
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 11 12 13
View full version: TOOLS & ACCESSORIES


ADVERTISEMENT