noor_hannah Publish time 29-11-2006 09:44 PM

BERBALAS PANTUN DI KEBUN BUNGA

wokeyy.. sebagai memenuhi permintaan warga HG.. kak noor nak buka medan berbalas pantun untuk warga HG di sini..

penyertaan terbuka kepada semua.. since ianya sekadar suka2 dan santai.. tapi mestilah ada kaitan dgn pokok / bunga / tumbuhan..

setiap penyertaan, kak noor bagi 10 keledek.. tapi mestilah PANTUN BERKUALITI.. ingat tu!!

3sya Publish time 29-11-2006 10:35 PM

Reply #1 noor_hannah's post

pantun dua kerat jer bley...:)

hehehe

3sya Publish time 29-11-2006 10:44 PM

Pergi bersiar bersama suamiku
tapi terjumpa ayah dan bonda
mawar putih bunga kesukaan ku
apa kah bunga kegemaran anda..?


p/s - bley gitu kak noor..??

noor_hannah Publish time 30-11-2006 12:21 AM

Originally posted by 3sya at 29-11-2006 10:44 PM
Pergi bersiar bersama suamiku
tapi terjumpa ayah dan bonda
mawar putih bunga kesukaan ku
apa kah bunga kegemaran anda..?


p/s - bley gitu kak noor..??


bley lah.. ni sapa nak jawab ni??

Mas916 Publish time 30-11-2006 08:23 AM

Originally posted by 3sya at 29-11-2006 10:44 PM
Pergi bersiar bersama suamiku
tapi terjumpa ayah dan bonda
mawar putih bunga kesukaan ku
apa kah bunga kegemaran anda..?


p/s - bley gitu kak noor..??


mai saya jawap...

hati gembira ingin bertemu
bila bertemu menjadi kaku
mawar putih bunga kesukaanmu
melur semerbak pujaan hatiku...

dee_la Publish time 30-11-2006 10:16 AM

Kak Noor, ini pantun dari deela plak,

Bunga-bungaan memang mengancam
Boleh ditengok di Forum Cari
Hati gembira menjadi muram
kalau tak membelek bungaku sehari

CivicSI Publish time 30-11-2006 10:24 AM

Tak sangka pulak ramai yang pandai pantun....

noor_hannah Publish time 30-11-2006 10:51 AM

tu ;lah civic.. kena layan ni.. sbeab dari dulu ramai yg pmkak noor suruh buka thread pntun ni.. dah janji lepas raya..ni terlajak lak nak raya haji..

dee_la Publish time 30-11-2006 11:08 AM

cepatlah kengkawan....
dah tak sabar dah nak berpantun nie...
walaupun deela tak berapa pandai, nak gak test...

afyyzuul Publish time 30-11-2006 11:43 AM

Originally posted by Mas916 at 30-11-2006 08:23 AM



mai saya jawap...

hati gembira ingin bertemu
bila bertemu menjadi kaku
mawar putih bunga kesukaanmu
melur semerbak pujaan hatiku...


hati gembira ingin bertemu
bila bertemu terubat rindu
mawar putih bunga kesukaanmu
berkali memandang tak pernah jemu

Julia06 Publish time 30-11-2006 12:21 PM

try test tgk

Mari pegike kuala jati
Pergi pula di pagi hari
Alangkah riang rasa di hati
Melihat helicorniakukian berseri   :pompom:

gucci Publish time 30-11-2006 04:42 PM

macam ni gucci pun nak berpantun lah....

Awan mendung sehari-hari
Hujan turun mencurah kebumi
Melur sejambak yang dipuja hati
Habis dipetik anak sendiri!

afyyzuul Publish time 30-11-2006 04:50 PM

Originally posted by gucci at 30-11-2006 04:42 PM
macam ni gucci pun nak berpantun lah....

Awan mendung sehari-hari
Hujan turun mencurah kebumi
Melur sejambak yang dipuja hati
Habis dipetik anak sendiri!

Gucci,
Macam frust aje bunyi pantun tu. Tp tak per ni balasan nya..

Melur sejambak yang dipuja hati
Habis dipetik anak sendiri
Patah tumbuh hilang berganti
Tambah baja , berbunga le lagi. :o:lebai:

gucci Publish time 30-11-2006 05:19 PM

Originally posted by afyyzuul at 30-11-2006 04:50 PM


Gucci,
Macam frust aje bunyi pantun tu. Tp tak per ni balasan nya..

Melur sejambak yang dipuja hati
Habis dipetik anak sendiri
Patah tumbuh hilang berganti
Tambah baja , berbunga le lagi ...


hehehe...anak lelaki gucci si Adam tu memang suka bunga melur tu...abah dia ajar petik!

CivicSI Publish time 30-11-2006 05:24 PM

Originally posted by afyyzuul at 30-11-2006 04:50 PM


Gucci,
Macam frust aje bunyi pantun tu. Tp tak per ni balasan nya..

Melur sejambak yang dipuja hati
Habis dipetik anak sendiri
Patah tumbuh hilang berganti
Tambah baja , berbunga le lagi ...



Nak try masuk jugak lah...


Melur sejambak yang dipuja hati,
Habis dibawak orang berlari,
Patah tumbuh hilang tak berganti,
Pergilah ke sg buloh silalah beli selori..

he he ehe

gucci Publish time 30-11-2006 05:27 PM

Originally posted by Julia06 at 30-11-2006 12:21 PM
try test tgk

Mari pegike kuala jati
Pergi pula di pagi hari
Alangkah riang rasa di hati
Melihat helicorniakukian berseri   :pompom:


Pergi kuala jati di pagi hari
Alangkah riang rasa dihati
Walaupun helicorniamu kian berseri
Tidak terlawan seri ros mini gucci!


hehehe...

gucci Publish time 30-11-2006 05:28 PM

Originally posted by CivicSI at 30-11-2006 05:24 PM




Nak try masuk jugak lah...


Melur sejambak yang dipuja hati,
Habis dibawak orang berlari,
Patah tumbuh hilang tak berganti,
Pergilah ke sg buloh silalah beli selori..

he he ehe


wakaka...kelakarnye civic!

CivicSI Publish time 30-11-2006 05:29 PM

Originally posted by gucci at 30-11-2006 05:27 PM



Pergi kuala jati di pagi hari
Alangkah riang rasa dihati
Walaupun helicorniamu kian berseri
Tidak terlawan seri ros mini gucci!


hehehe...


nak nyampuk jugak....


Ke kuala linggi membeli pokok cili,
Bukan kepalang rasa terperi,
Heleconia Gucci berseri-seri,
apakah dimakeupnya setiap hari ??

CivicSI Publish time 30-11-2006 05:30 PM

Originally posted by gucci at 30-11-2006 05:28 PM



wakaka...kelakarnye civic!


agaknya dapat keledeks tak ??

nazurah Publish time 30-11-2006 06:17 PM

adoi..pepetang ni takde plak idea nk berpantun. dah habis dicurahkan kat writers room. tak bleh jadi ni...balik ni nk asah semula bakat berpantun ni...cewahhh
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: BERBALAS PANTUN DI KEBUN BUNGA


ADVERTISEMENT