irzalanny Publish time 29-11-2006 01:54 PM

mari buat diari berantai berjudul: "Diari Seorang Lelaki"

29 November 2006

Hari ini hari Rabu. Aku bangun awal pada pagi tadi...sekarang ni masih cuti lagi. Aku ingat nak tengok wayang tengok cerita Nana Tanjung. Tetapi Awal menelefonku katanya nak ajak main bowling...mula-mula aku kata tak nak sebab nak tengok Nana Tanjung arahan Profesar Maiden tu kat pawagam, tapi bila dia kata adik perempuannya pergi sama aku pun batalkan niat dan ikut sajalah cadangan awal tu. Boleh tahan juga adik perempuan sahabatku itu, ironinya..namanya pun Nana juga. Ingat nak mintak nombor telefon dia, tapi...dah abangnya dah ada kat situ...segan jugak rasanya...mungkin aku boleh mandapatnya secara curi-curi..mcm mana ni ya...ngantuk pulak...nantilah aku fikir

noraidil_06 Publish time 30-11-2006 09:29 PM

29 NOVEMBER 2006.

Pagi2 lagi aku dah bangun...tak tau apa nak dibuat. teringat pulak pada sahabat aku Haikal, ermm baik aku ajak dia main bowling. Lama jugak rasanya aku tak main bowling. Nana adik aku pulak nak ikut. Ok la jugak, the more the merrier.

Kami janji nak jumpa di bowling Bangsar Park. Sampai je ke tempat bowling aku perasan yg si Haikal asyik duk jeling2 kat adik aku Nana. Aku dah biasa tengok org nak usha2 adik aku. sbb dia lawa. tapi kwn aku sendiri nak "try"... ermmmm

noraidil_06 Publish time 1-12-2006 03:22 PM

1-December-2006

Buat pertama kali aku terpaksa berbohong pada Awal pasal Nana. Aduhai, aku terpaksa create cerita pasal kakak sy

LLM Publish time 2-12-2006 02:26 PM

2 Disember 2006

Aku menerima panggilan telefon daripada Syafiq. Emaknya membuat ragam lagi. Sampaikan Hazliza bakal tunangannya jatuh kepitaman. Aku memang tak faham langsung dengan pe'el ibu Syafiq. Dengan bahasa yang begitu menawan kalbu makcik ini selalu memarahi Syafiq.

Aku kasihan mendengar ujaran seperti "kau membangsat lagi ye???", "laknat perangai kau", "anak bertuah mak buat lawak gampang" dan sebagainya senantiasa dilontar kepada Syafiq.

Adakah rakan baikku itu anak pungut, anak jenglot atau pun toyol? Masakan ibu kandungannya bisa menggunakan ayat yang sungguh menawan kalbu ketika berbicara dengan anaknya itu.

Entahlah, aku cuma boleh bersimpati...

noraidil_06 Publish time 3-12-2006 06:02 PM

i p cuti2 malaysia kat rompin, dua hari. so x sempat tengok pc. ni nak sambung, kalau larat.

alahai LLM, yg ko sambung ceriti si syafik kat cni, apa hal hehehe

LLM Publish time 3-12-2006 10:45 PM

4 DISEMBER 2006

Memang suasana di tepi pantai itu petang semalam sungguh indah. Tok wan pulak sibuk bercerita pasal atuk ketika kami bersiar-siar di tepi pantai.

Tiba-tiba handphone aku berdering. Alamak, ni nombor rumah Syafiq. Aku menjawap. Mak Syafiq rupa-rupanya. Dia memberitahu aku bahawa Syafiq telah kepitaman. Akibat...apa lagi, penangan isi mulut Mak Syafiq, bekas bini paksaan lanun Selat Melaka. Apa ke tak, asyik-asyik mulut makcik ini dengan frasa 'HOI anak bertuah, kau suka buat bangsat dan onar. Kau memang pelawak gampang' boleh kepitaman satu kampung akibatnya itu. Aduhai, aku pun buat kali ke 25.6 juta menasihatkan mak Syafiq supaya menapis mulutnya itu.

Makcik ni menjawap dengan perkataan "Makcik paham, nak. Memang makcik mulut kira tahap laknat sikit.."
Ahh..aku pun berasa nak pitam mendengar ayat-ayat itu.

Aku terus melangkahkan kaki menuju ke kedai video game dengan kepala yang penuh migrain. Sebelum itu aku terus memadamkan handphone aku. Malas aku nak melayan kerenah jelmaan Nyi Loro Kidul@mak Syafiq lagi. Silap haribulan aku pulak menjadi korban 'Ratu Laut China Selatan' itu..

noraidil_06 Publish time 4-12-2006 10:17 AM

aku konfius (x de kena-mengena dgn cerita di atas)

noraidil_06 Publish time 4-12-2006 10:57 AM

aku konfius (x de kena-mengena dgn cerita di atas)

LLM Publish time 5-12-2006 04:38 PM

6Disember 2248

Tiba-tiba aku terbangun. Aku rasa aku bukan kat rumah lagi. Di manakah aku? Tempat ini nampaknya macam sebuah stesen angkasa lepas. Tapi jauh lebih moden. Seorang lelaki berbaju dan bertopeng besi datang mendekati aku. Aku berasa cemas..

Dia berkata, "Awak jangan cemas. Sebenarnya awak telah diculik oleh seorang penjenayah angkasalepas ketika awak tidur dan telah dibawa merentasi masa sebanyak 242 tahun kehadapan.."

Aku berasa terkejut dan meraung sakan. "Ahhhhh!!!!Tidak!!!!!" Lelaki itu dengan sedaya upaya cuba menenangkan aku. "Cuba bertenang. Nasib baik awak selamat. Kami telah berjaya menangkap penjenayah angkasalepas itu sebelum dia sempat membunuh awak. Malangnya mesin merentas masa telah hancur di dalam kejadian tembak-menembak. Maaf, awak terperangkap di zaman saya buat selama-lamanya. Saya tak boleh kata apa-apa kecuali menasihati awak supaya menerima kejadian ini dengan reda. Sekarang awak berada di stesen polis angkasalepas yang berada di orbit planet Jupiter, koloni Bumi yang terbesar di galaksi kita"

Berjam-jam aku duduk termenung. Semua pegawai di stesen angkasalepas itu cuma boleh memandang dengan perasaan simpati. Lelaki berbaju dan bertopeng besi itu datang mendekati aku. " Jadi apa rancangan awak sekarang ini?"

Dengan penuh keazaman aku pun menyatakan keinginan aku untuk menyertai pasukan polisnya. Maklumlah, semua kehidupan lampau aku sudah berakhir secara mendadak. Tok wan, Syafiq dengan maknya yang bermulut laknat dan Haikal sudah lama meninggal beratus-ratus tahun yang dulu.

Lelaki itu berasa kagum dengan ketabahan hatiku. Dia mengangguk tanda setuju. "Siapa nama awak?" aku bertanya. "Saya Polis Angkasa Gaban" dia menjawab dengan penuh semangat.

Kemudian aku diberi peralatan dan pakaian uniform yang serupa dengan Gaban. Aku dengan penuh keseronokan mula memakainya. Terubati sedikit kerinduanku terhadap tok wan dan semua orang yang aku telah tinggalkan.

"Baiklah, mari kita turun ke Jupiter untuk membuat sedikit latihan" ujar Gaban. Kami pun pergi ke tapak pelancaran stesen angkasa untuk berlepas.

"Cuba awak berikan arahan kepada penguasa stesen" jemput Gaban. Dengan penuh bangga aku menekan butang interkom dan berkata "HANTAR KE PLANET!"

Dengan ini bermulalah babak baru di dalam kehidupan aku sebagai bakal wira angkasalepas di bawah tunjuk ajar Polis Angkasa Gaban.

Inilah lumrah hidupku. Penuh dengan pelbagai kejutan..

[ Last edited byLLM at 5-12-2006 07:40 PM ]

LLM Publish time 5-12-2006 07:25 PM

Originally posted by evita_ina at 5-12-2006 09:12 PM
:off:arini baru 5 aribulan..knp da 6 aribulan tuh LLM:off:

baca cite tu betul betul. 6 Disember Tahun 2248. Dia dah diculik masa tidur dan di bawa time travel ke abad 23 :pmuka::off:

LLM Publish time 5-12-2006 07:29 PM

:off:woii..bagilah unsur sci-fi sikit..:gado:

LLM Publish time 5-12-2006 07:36 PM

ok ok,ampun..ampun... jangan maree, kak :tq::off:

[ Last edited byLLM at 5-12-2006 09:40 PM ]

LLM Publish time 11-12-2006 11:20 AM

12 DISEMBER 2006

Aku melihat jam sudah masuk pukul 12 tengah malam. Kepala aku sakit sikit. Dengan tiba-tiba tanpa bermotif, aku mengaum seperti seekor harimau. Kemudian aku menguak macam kerbau. Selepas tu aku berbaring di atas katil. Tension. Bosan. Aku bukak komputer aku dan terus melayari laman web www.ntahapa-apa.com

Gaban..tiba-tiba perkataan itu terpacul keluar dari mulut aku. Siapakah dia Gaban itu? Gaban di dalam mimpi aku? Aku terus pergi ke www.google.com dan membuat pencarian...

Space Cop Gaban..satu rancangan popular zaman kanak-kanak dulu..cis a/l haprak a/p buang karan saja aku
buat carian google..

Aku nak tidur. Memang hari ini tahap bosan aku memang menggampangkan..

noraidil_06 Publish time 12-12-2006 11:22 AM

12-Disember-2006

Aku terus kompius. ina pun dah jangkit dgn LLM.Tidakkkkkkkkkkkkkk

evita_ina Publish time 12-12-2006 04:42 PM

12 DISEMBER 2006

keychain Hp tuh aku kasi Haikal..dua2 skeli..pastuh Haikal mampuskn aku dgn kata2
"ko ni kaan..nana elok2 kasi hadiah..ko kasi plak kat haku..kalo aku kasi org lain plak..ko suka?..:cak:"
terfikir dibenakku yg bijak ni..jd..aku putuskn pakai dua2..mm nmpk pelik..bkn sket..byk..pelik sgt..jap aku nak tgk skeli lagi.......Ya Allah..da buang tabiat aku ni..huh..takperla..seskali jd pelik apa salahnya..
hehe..:cool:

aku pegi make up rambut arini..takderla kaler2 tu..bukan..:no:..rambut aku cm da panjang..lepas bahu..ingaatker nak stylo cm Johnny Depp lam 'the pirates of carribean'..tp cm serabai lak..aku belek2 mjlh kat situy..seb baik ade satu gambo johnny depp yg hair style hidup2 cm aku nak...:clap:

jd kat sini aku nak melayan kronologi style rambut aku hehe..:kerek::devil:
http://i3.photobucket.com/albums/y83/lonelyasyou/Johnny%20Depp/142hm.jpghttp://i132.photobucket.com/albums/q26/evita_ina/picsecretwindow-1.jpghttp://en.epochtimes.com/news_images/2006-11-8-depp-71385656.jpghttp://www.flare.com/images/25th/sep04_johnny_depp.jpghttp://www.stars-de-cinema.com/stars/hommes/johnny-depp.jpg

lepas dipotong..beginilah hasilnya..jeng jeng jeng...:cak::cool:
http://exotica.blogg.se/images/sleepyhollow_1152107495.jpg

knpla aku rase style ni sungguh segar dan bergaya..:cool:..kaylah..aku nak melayan forum plak..:bgrin:

[ Last edited byevita_ina at 12-12-2006 10:24 PM ]

LLM Publish time 13-12-2006 03:53 PM

13 Disember 2006

Aku pergi ke kedai kopi Embok Tumirah hari ini untuk sarapan pagi. Nasi lemak dengan kopi o. Sungguh menggiurkan. Yam yam!

Sampai saja ke kedai kopi aku terus duduk dan memesan makanan aku. Embok Tumirah, tuan punya kedai nampak aku dan terus menyapaku dengan ramah, "HOI! Anak bertuah, lama makcik tak nampak. Ko apa kabar?"

Aku tersenyum melihat kerenah Embok Tumirah, makcik tua kelahiran Riau. Mulut makcik ni aku rasa mak Syafiq pun boleh kalah.

Selepas makan aku balik dan beristirehat di ruang tamu. Umpama ular kekenyangan aku melingkar di ruang tamu...

LLM Publish time 14-12-2006 07:00 PM

13 Disember 2006

Malam itu aku tiba-tiba dikejutkan oleh panggilan talipon dari kawan Syafiq. Syafiq telah membunuh tunangnya, Hazliza dan kemudian dia membunuh diri. Semua ini berlaku di hadapan mata mak Syafiq. Aku berasa terkejut dan jatuh terjelepuk di atas katil bilik tidur aku. Mak Syafiq menjadi gila melihat kejadian itu. Dia sekarang berada di wad pskiatrik.

Oh, TIDAAAAAAKKKK...Aku hampir kepitaman.

LLM Publish time 16-12-2006 11:32 PM

Yang kes Syafiq pergi bunuh Hazliza dan mak dia jadi mereng tu bukan idea aku. Penulis thread 'mari buat cerita berantai' tu yang bawak cerita ke tahap situ :o:

Akhirnya, aku pun bertukar menjadi seorang polis angkasa lepas :geram:

[ Last edited byLLM at 17-12-2006 01:43 AM ]

irzalanny Publish time 19-12-2006 06:14 PM

Originally posted by LLM at 14-12-2006 07:00 PM
14 Disember 2006

Malam itu aku tiba-tiba dikejutkan oleh panggilan talipon dari kawan Syafiq. Syafiq telah membunuh tunangnya, Hazliza dan kemudian dia membunuh diri. Semua ini berlaku di hadapa ...


15 Disember 2006

Aku tidak pasti sama ada perkhabaran yang disampaikan oleh kawan Shahfik semalam benar atau tidak, akhirnya aku mendail nombor telefon Shafik yang sudah lama juga tidak aku hubungi..sebenarnya...aku berasa seram dan bercampur lucu pun adasebab kita tidak pasti yang akan menjawab sebentar nanti adakah benar memang Shafik atau jelmaan rohnya, dengana anggapan bahawa dia betul-betul telah membunuh diri dan tunangnya...seperti yang aku telah dengar semalam. Dan Shahfik menjawab dengan berangnya, "Aku masih hiduplah!!!!Kau ingat yang jawab ni, hantu dia ker"...dan aku bukan main lagi tergelak sakandi depan sahabat yang sudah lam atidak ku hubungi itu. Kemudian aku bertanyakan Shahfik adakah dia telah bertunang dengan seoarang perempuan bernama Hasliza, dan dia menidakkan berita itu.

"Kami hanya berkawan. Kami tidak akan bertunang dan aku telah memberitahu kepada ibuku berkali-kali tentang itu". Katanya lagi, ramai yang tersalah tafsir akan hubungannya dengan kawan perempuannya itu, termasuk ibunya sendiri.

Apabiala dia menyebut tentang ibunya, aku teringatkan seorang perempuan separuh umur yang baik tetapi mempunyai penyakit saraf kerana sering memaki-maki orang di sekelilingnya.

"Adakah dia berambah o.k?" tanyaku padanya antara dengar dan tidak kerana risau pertanyaan ku akan menyinggung perasaannya. Jawpannya cukup melegakanku, kata sahabatku itu ibunya mengalami penyakit berkaitan saraf dan anatara lain kesan sampingannya ialah dia akan memaki orang di sekeliling tanpa ibunya sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat demikian, tetapi penyakitnya itu semakin pulih sejak akhir-akhir ini..dia tidak lagi memaki orang lain, tetapi hanya kepada anaknya sendiri.

Hmm .... sekurang-kurangnya ada berita baik yang aku dengar pada hari ini.

[ Last edited byirzalanny at 19-12-2006 06:18 PM ]

irzalanny Publish time 19-12-2006 06:15 PM

Originally posted by LLM at 16-12-2006 11:32 PM
Yang kes Syafiq pergi bunuh Hazliza dan mak dia jadi mereng tu bukan idea aku. Penulis thread 'mari buat cerita berantai' tu yang bawak cerita ke tahap situ :o:

Akhirnya, aku pun bertukar menjad ...


Semuanya masih hidup....saya telah menghidupkan mereka semula.:off:

Sila lihat http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=246148&extra=page%3D1&page=3 , utk maklumat lanjut.

[ Last edited byirzalanny at 19-12-2006 06:17 PM ]
Pages: [1] 2 3
View full version: mari buat diari berantai berjudul: "Diari Seorang Lelaki"


ADVERTISEMENT