Syd Publish time 28-11-2006 01:39 PM

Adat budaya melayu lama (pelbagai)

Sambas kekalkan budaya melayu lama


http://www.utusan.com.my/pix/1998/0524/Utusan_Malaysia/Gaya_Hidup/ls1_big.jpg
BERADAT...istiadat merenjis air mawar dalam satu majlis perkahwinan masyarakat Sambas.
--------------------------------------------------------------------------------

SAMBAS terletak kira-kira 250 kilometer di utara Kota Pontianak, Kalimantan, Indonesia. Ia merupakan sebuah destinasi pelancongan yang menarik terutama bagi mereka yang meminati sejarah. Kebupaten Sambas di zaman kegemilangannya mencatat banyak sejarah sebagai negeri Melayu yang diperintah oleh beberapa orang raja bermula dari tahun 1568 hingga 1944.

Menurut sejarah Indonesia lama, Sambas adalah sebuah kerajaan Melayu Islam yang sudah dikenali pada pertengahan abad ke-7 didirikan oleh orang Melayu, saudagar Arab dan Parsi iaitu sama dengan kerajaan Samudera serta Parsi di Sumatera.

Kerajaan Melayu Islam Sambas dikenali oleh pedagang kerana ia menjadi sebuah kota pelabuhan penting dalam dunia perdagangan di rantau ini ketika itu.

Pemerintahan beraja di Sambas bermula daripada Raden Sulaiman yang kemudiannya bergelar Sultan Mahmud Saifuddin berkahwin dengan anak seorang raja penganut Hindu Ratu Sepudoh yang memerintah wilayah sebelah pantai utara Kalimantan yang dikenali sebagai Kota Lama.

Disebabkan Raden Sulaiman menganut Islam, maka terjadilah perselisihan keluarga sehingga membuatkan Raden Sulaiman bersama isteri dan pengikut setianya berhijrah mencari tempat baru sehingga sampai ke satu tempat di satu kawasan indah dan strategik di cabang tiga mura sungai yang dikenali dengan nama Muara Ulakkan lalu mendirikan sebuah istana yang digelar Istana Kesultanan Sambas.

Budaya Islam banyak mempengaruhi kerajaan Sambas serta berkembang dengan pesatnya dalam pemerintahan Sultan Mohd. Tajuddin (Sultan Sambas Kedua) di mana setiap desa dibina surau serta pusat-pusat pengajian Islam.

Semasa pemerintahan Sultan Mohd Saifuddin II pada tahun 1866-1922 sebuah masjid besar dinamakan Masjid Jamek telah dibina dan merupakan masjid ketiga dibina di Sambas yang kukuh hingga kini.

Di Sambas masih terdapat istana lamanya, masjid serta makam raja-raja, taman gayung bersambut, rumah terapung di tepian Sungai Sambas, yang dikenali sebagai "lanting,'' perahu kajang - alatan pengangkutan tradisional serta kain songket tenunan Sambas yang terkenal halus buatannya.

Di sekitaran istana Sambas terdapat empat kompleks makam kesultanan kerajaan Melayu Sambas, iaitu kompleks makam Sultan Raden Sulaiman, Sultan Abu Bakar Tajuddin, Sultan Mohd. Saifuddin II dan beberapa kompleks makam lagi di Desa Dalam Kaum.

Kompleks makam Mohd Saifuddin II cukup besar dibangunkan pada tahun 1904 menggunakan tiang bekas bangunan istana di desa Tanjung Rengas untuk menempatkan makam baginda dan isterinya.

Sementara itu jika sempat berkunjung ke Pontianak kita akan dapat melihat Istana Amantubillah, Mempawah di bawah pemerintahan daerah tingkat 11 Kebupaten Mempawah.

Antara budaya yang masih diamalkan hingga kini, termasuklah adat naik tojang, adat gunting rambut, tari selodang mayang, tarian mandi-mandi dan acara robok-robok.

Adat naik tojang adalah upacara kesyukuran pasangan suami isteri, selepas bayinya berusia 40 hari.

Selepas selesai upacara tersebut barulah bayi itu dibenarkan keluar rumah.
Pages: [1]
View full version: Adat budaya melayu lama (pelbagai)


ADVERTISEMENT