qqq Publish time 27-11-2006 03:33 AM

UNSUR/ELEMENT

Lazimnya bila disebut unsur bagi materi, jawapan yang muncul pada fikiran kita 'atom'. Nama atom sebagai binaan-binaan materi sudah biasa kita dengar, namun begitu tidak sedikit yang jahil tentang perinciannya, termasuklah saya. Moga dengan penyertaan sahabat-sahabat sekalian menumpahkan ilmu dan kefahaman bagi orang lain, sekurang-kurangnya saya. Kita mulakan dengan atom terlebih dahulu.


Apa yang saya tahu atom adalah berupa galaksi dari beberapa unsur lain. Secara kasarnya, ada tiga unsur lain yang membentuk satu atom, iaitu:

-Proton (+)
-Neutron (N)
-Elektron (-)

Setiap tiga unsur tadi membawa muatan berupa tenaga. Proton membawa caj positif, neutron membawa caj neutral dan Elektron membawa caj negatif.

Kedudukan partikal proton dan neutron sangat dekat(atau memang melekat satu sama lain?) dan menjadi inti atau pusat bagi sebuah atom. Sementara elektron mengitari pusat(Proton dan neutron) itu tadi. Kalau diibaratkan, seperti bumi(elektron) yang mengitari matahari(proton dan elektron). Setahu saya, ada tiga lapis kitaran(dalam istilah sainsnya disebut 'shell) elektron. Ertinya, ada tiga lingkaran orbit yang mengelilingi inti atom.

Ini penjelasan ringkas dari saya tentang atom. Ada dua soalan yang ingin saya tanyakan:

Apakah partikal proton dan elektron saling melekat?Dan, apakah hanya terdapat tiga lingkaran bagi semua atom?
Kalau ada sesiapa yang ada jawapan, tolong kongsikan.. Harap penjelasan dalam bahawa Malaysia. Maaf, saya tak reti berbahasa Eng. Dulu sekolah asyik monteng jer. Hehehe..

qqq Publish time 27-11-2006 06:02 AM

Irfani: Sebelumnya kami menyebutkan bahawa pemindahan tenaga adalah dalam bentuk pelanggaran,pada perspektif lain.barangkali kaedah pemindahan ini juga berbeza-beza yang mana jika pemindahan ini berlaku dengan cepat maka suatu zarah tersebut akan lebih laju.Mungkin ada yang boleh memberi pandangan atau klue-klue..

Pertamanya, maaf sebab memindahkan nukilan posting sdr Irfani ke thread ini, kerana saya merasakan ia lebih sesuai disembangkan di sini. Terima-kasih tak terhingga atas penjelasan sdr Irfani. Tentu ramai yang mengambil manfaat atas usaha sdr itu. Semoga keinginan anda untuk berkongsi pengetahuan dapat anda teruskan. Insyaallah..

Apakah benar sesuatu interaksi atom, misalnya pemindahan tenaga berlaku dengan cara perlanggaran? Mungkin ada yang boleh confirmkan hal ini?

Sephiroth Publish time 27-11-2006 12:28 PM

Proton dan Electon tak boleh dekati antara satu sama lain. Kalau terjadi, kedua2nya akan memusnahkan diri sendiri.

Neutron pula tak ada cas tersendiri (negative ataupun positive) dan kedua2 Electron dan Proton akan mengelilinginya. Saya rasa daya tarikan kpd Neutron akan menyebakan Proton dan Electron tidak tercabut dr landasan orbit dia, sama spt tarikan graviti dr Matahari memastikan Planet2 tak terkeluar dr orbit masing2.

Saya tak pasti mengenai pemindahan tenaga secara pelanggaran itu. :hmm:

Atomic_Omnikid Publish time 27-11-2006 04:22 PM

sephiroth,kenapa elektron dengan proton akan memusnahkan diri sendirinya apb bercantum,adaka ini akan menghasilkan satu atom baru,menghasilkan tenaga nuklear?

irfani Publish time 27-11-2006 09:12 PM

"Apakah benar sesuatu interaksi atom, misalnya pemindahan tenaga berlaku dengan cara perlanggaran? Mungkin ada yang boleh confirmkan hal ini? "-qqq.

"Setiap tiga unsur tadi membawa muatan berupa tenaga."-qqq.

Pada pandangan saya atau pun apa yang saya tahu.Pertamanya,elektron mengikat kepada proton yang bercas postif itu dengan sifat negatifnya.Ikatan inilah yang menyebabkan wujudnya tenaga/penyimpanan tenaga.Dan apabila penguraian ikatan ini berlaku,ia akan membebaskan sejumlah tenaga.Bagi unsur yang bersifat mudah untuk melepaskan elektron pada petala/shell terluarnya,maka ia bersifat reaktif.Semakin tinggi potensinya untuk melepaskan elektron ini semakin tinggi pula kereaktifanya.Sifat kereaktifan ini bergantung kepada dua faktor,pertamanya ialah saiz atom dan yang kedua ialah jarak antara elektron di petala teluar dengan proton yang berada di pusat atom tersebut.

Saiz atom ditentukan oleh jumlah proton bagi suatu2 unsur.Unsur dibahagikan dengan jumlah proton yang terkandung di dalamnya.Semakin banyak proton semakin besar pula saiz sesuatu atom tersebut.Maka semakin tinggilah daya ikatan antara pusat atom dan elektron valens(elektron yang berada di petala teluar suatu atom).

Elektron valens memainkan peranan untuk menentukan kereaktifan sesuatu atom kerana elektron yang berada di petala teluar inilah yang paling berpotensi untuk terlepas dari orbitnya apabila suatu tindakbalas berlaku.Ini disebabkan kerana elektron valens masih tidak sempurna atau tidak stabil.Dengan itu ia mudah terlepas.

Keduanya ialah jarak antara elektron valens dengan nuklues/pusat atom/kumpulan proton2.Elektron-elektron dikumpulkn dengan jumlahnya yang tertentu di dalam orbit2 yang seperti qqq sebutkan iaitu shell.Shell ini mempunyai kuantiti2 elektron yang tertentu.2n^2(dua n kuasa 2) adalah rumus untuk kita mengethaui jumlah elektron yang terkandung di dalam suatu2 shell,n itu ialah shell yang keberapa?.Contohnya,pada shell pertama mengandungi 2 elektron,shell 2=8 elektron,shell 3=18 elektron dsb.Bilangan shell tidak terbatas,ia tertakluk kepada jumlah elektron yang ada pada satu2 unsur.Jumlah elektron satu2 unsur pula bergantung kepada jumlah proton yang ada.Jumlah proton dan elektron bagi suatu unsur adalah sama tetapi masih tidak stabil sehingga seluruh elektron dlm seluruh shell ini telah stabil/ mencapai konfigurasi elektron gas adi samaada melalui pertambahan ataupun pengurangan elektron.

Di dalam setiap shell ini pula,ada pula subshell di dalamnya.(s,p,d,f).Elektron-elektron di susun di dalam subshel-subshell ini.Setiap subshell-subshell ini mempunyai bentuk-bentuknya yang tersendiri.( dah tak ingat,kene refer buku balik..)

[ Last edited byirfani at 27-11-2006 09:22 PM ]

irfani Publish time 27-11-2006 09:32 PM

"Apakah benar sesuatu interaksi atom, misalnya pemindahan tenaga berlaku dengan cara perlanggaran? Mungkin ada yang boleh confirmkan hal ini? "-qqq.

Saya rasa sangkaan saya ni tak betul lah.Hehehe..tapi saya rasa ada satu jenis pemindahan tenaga antara atom-atom yang lebih realistik.Terima kasih qqq kerana mengingatkan saya tentang hal ni.

Jadi kita dapat tahu dari penjelasan di atas,bahawa penerimaan dan pemindahan elektron kepada satu unsur kepada unsur yang lainlah yang menyebabkan wujudnya pemindahan tenaga.
Pengaliran tenaga ini di gunakan untuk memindahkan dan menerima elektron antara atom-atom pada satu alur.Sy dah tak ingat penjelasn ni yang diterangkan oleh lectrr sy tapi saya rasa inilah sautu penjelasan yang sangat tepat.

[ Last edited byirfani at 27-11-2006 09:38 PM ]

qqq Publish time 28-11-2006 02:18 AM

Pertamanya, ucapan terima kasih atas perkongsian para sahabat semua.. Kita lanjukan dengan persoalan lain.

Apakah sesebuah elektron dapat berpindah dari satu atom kepada atom yang lain?

Bagaimana perhubungan antara satu atom dengan atom yang lain? Apakah yang mengikatnya? Apakah yang menolaknya atau membatasinya hingga terpisah?

qqq Publish time 28-11-2006 02:33 AM

qqq: Apakah partikal proton dan elektron saling melekat?

Alamak, saya dah salah soalan. Maksud saya, apakah proton dengan neutron saling melekat?

Proton dan elektron, secara rasionalnya tidak bercantum kerana antara keduanya memiliki caj yang bertentangan. Kalau pun berlaku percantuman, sebuah partikal harus mengalah untuk dikuasai oleh partikal yang satu lagi. Misalnya, partikal elektron harus membuang caj negatifnya untuk bercantum dengan partikal proton, yang kemudiannya elektron itu bukan lagi dinamakan elektron kerana kehilangan sifat/caj negatifnya.

Sephiroth Publish time 28-11-2006 08:25 AM

Originally posted by Atomic_Omnikid at 27-11-2006 04:22 PM
sephiroth,kenapa elektron dengan proton akan memusnahkan diri sendirinya apb bercantum,adaka ini akan menghasilkan satu atom baru,menghasilkan tenaga nuklear?

Satu negatif cas dan satu lagi positive cas. Apa akan terjadi kalau kedua2nya mengentap antara satu sama lain?

Tenaga spt kilat dan petir terhasil bila cas negatif bergerak ke arah cas positif bumi (ataupun terbaliknya ke? ). Kedua2 negatif dan positif MESTI wujud utk mencetuskan tenaga.

Kalau nak tahu lebih, cari maklumat mengenai Nuclear Fusiondan Nuclear Fission dlm Internet.

Atomic_Omnikid Publish time 28-11-2006 08:42 PM

Originally posted by qqq at 28-11-2006 02:18
Pertamanya, ucapan terima kasih atas perkongsian para sahabat semua.. Kita lanjukan dengan persoalan lain.

Apakah sesebuah elektron dapat berpindah dari satu atom kepada atom yang lain?

Bagai ...

memang boleh,menurut buku teks Kimia Ting4/5 , sesuatu elektron akan menerima,berkongsi atau mendermakan elektron utk mencapai kedudukan gas adi (kumpulan 18),kerana susunan elektron gas adi adlah plg stabil kerana sudah mencapai susunan oktet,elekton valens=8 kecuali helium yg mencapai duplet hasil drpd pemindahan atom ini barulah mengasilkan ion,molekul dan sebatian

qqq: Apakah partikal proton dan elektron saling melekat?

Alamak, saya dah salah soalan. Maksud saya, apakah proton dengan neutron saling melekat?

Proton dan elektron, secara rasionalnya tidak bercantum kerana antara keduanya memiliki caj yang bertentangan. Kalau pun berlaku percantuman, sebuah partikal harus mengalah untuk dikuasai oleh partikal yang satu lagi. Misalnya, partikal elektron harus membuang caj negatifnya untuk bercantum dengan partikal proton, yang kemudiannya elektron itu bukan lagi dinamakan elektron kerana kehilangan sifat/caj negatifnya.


bukan cas yg sama menolak satu sama lain..:nyorok:

Satu negatif cas dan satu lagi positive cas. Apa akan terjadi kalau kedua2nya mengentap antara satu sama lain?

Tenaga spt kilat dan petir terhasil bila cas negatif bergerak ke arah cas positif bumi (ataupun terbaliknya ke? ). Kedua2 negatif dan positif MESTI wujud utk mencetuskan tenaga.

Kalau nak tahu lebih, cari maklumat mengenai Nuclear Fusiondan Nuclear Fission dlm Internet.



:) :)

:):)

irfani Publish time 28-11-2006 08:43 PM

"Apakah sesebuah elektron dapat berpindah dari satu atom kepada atom yang lain?"-qqq

Boleh.Untuk mencapai kestabilanya,satu atom harus memindahkan atau menerima elektron.Ikatan ionik adalah ikatan yang terbentuk antara ion-ion iaitu atom2 yang telah mengalami proses penerimaan dan pemindahan elektron.Bagi atom yang menerima elektron dinamai sebagai ion negatif dan bagi atom yang mendermakan elektron membentuk ion positif.Ion postif adalah atom yang cenderung untuk mendermakan elektron,ia mempunyai elektron kurang dari empat atau separuh dari jumlah elektron di shell yang terakhir.Manakal ion negatif adalah atom yang cenderung untuk menerima elektron,ia mempunyai lebih dari separuh dari bilangan elektron di shell yang terakhir(valens shell).Ia bersifat elektronegatif,iaitu atom ini yang bersifat elektronegatif;yakni cenderung untuk memjadi ion negatif.Begitu sebaliknya,atom yang cenderung untuk menjadi ion positif dinamai dengan elektropositif.

[ Last edited byirfani at 28-11-2006 08:46 PM ]

Atomic_Omnikid Publish time 28-11-2006 08:58 PM

http://ccinfo.ims.ac.jp/periodic/periodic.jpg

terdpt 103 unsur yg diketahui manusia,1-92 adalah semulajadi,93-103 adalah buatan manusia,saya pon tak pasti sebenarnya....


MorE

qqq Publish time 29-11-2006 01:30 AM

Terima kasih sdr Irfani atas jawaban sdr. Dari situ kita dapat tahu bahawa elektron(-) adalah sebahagian dari 'alat' interaksi antara sesebuah atom. Mungkin ada alat-alat lain sebagai bahan interaksi antara atom? Proton, neutron?

qqq Publish time 29-11-2006 02:12 AM

Atomic: bukan cas yg sama menolak satu sama lain..

qqq: Proton dan elektron, secara rasionalnya tidak bercantum kerana antara keduanya memiliki caj yang bertentangan. Kalau pun berlaku percantuman , sebuah partikal harus mengalah untuk dikuasai oleh partikal yang satu lagi. Misalnya, partikal elektron harus membuang caj negatifnya untuk bercantum dengan partikal proton, yang kemudiannya elektron itu bukan lagi dinamakan elektron kerana kehilangan sifat/caj negatifnya.

"Kalau pun berlaku.."adalah andaian atas rasional. Atas andaian rasional juga boleh merumuskan bahawa ia tidak mungkin berlaku kerana caj yang kekal dan berbeza sepertimana yang disebut pada awal perenggan. Atas fakta sains, saya belum menemukan penjelasan ini..

Saya kira, situasi sdr Atomic dengan penguasaan BI, masih student dll menjadikan sumber rujukan termasuk buku-buku lebih luas berbanding saya. Justru itu, diharapkan sdr Atomic dapat menumpahkannya pengetahuan sdr sekaligus merungkai persoalan-persolan yang cuba kita berbangkit di sini..

Ada persoalan buat sdr, atau juga yang lain; Bolehkah sebuah partikal berrubah sifatnya menjadi partikal lain? Misalnya neutron berubah menjadi proton, atau elektron berubah menjadi neutron?

qqq Publish time 30-11-2006 03:45 AM

Bagaimana, atau sejauh mana efek haba dan bunyi terhadap atom? Apakah kepanasan dan getaran sekadar memberi efek kepada susunan atom pada molekul, atau kepanasan dan getaran memberi efek juga kepada sub-atom(proton, elektron dan sbgnya..)?

Pada thread cahaya, sdr Irfani sedikit-sebayak ada menjelaskan tentang efek kepanadan/haba pada molekul. Harap sdr dapat melanjutkan lagi tentang kesannya kepada susunan atom molekul, atau sub-atom..

Atomic_Omnikid Publish time 30-11-2006 01:01 PM

saya ader satu lagi soalan yang hendak dikemukakan, mengikut jadual berkala Kumpulan 2 (logam alkali bumi/alkaline metal) mempunyai dua petala,kita amik Berilium dlm kumpulan tersebut ia mempunyai 4 elektron dan susunan elektron 2.2 yg mempunyai 2 elektron valens tetapi kenapakah ia tidak lengai spt gas adi yg juga mempunyai 2 elektron valens,helium?

qqq Publish time 1-12-2006 07:28 AM

Keberadaan quark dan anti-quark sebagai unsur

Apa itu quark dan anti-quark? Quark dan anti-quark adalah unsur yang keberadaannya lebih halus dari atom, juga lebih halus dari sub-atomic(proton, neutron dan elektron). Quark dan anti quark adalah unsur yang membina sub-atom. Berikut adalah susunan quark serta anti quark bagi membentuk sub-atomic:

q + -q = meson
q + q + q = baryon

Elektron adalah dari kumpulan meson. Sementara, proton dan neutron dari kumpulan baryon.

Ada juga kombinasi q dari famili lain, misalnya kombinasi q + q + q + q + q = pentaquark. Namun, saya masih kabur tentang hal ini. Ini adalah ringkasan hasil bacaan rambang saya. Sila betulkan jika ada kesilapan..

Atomic_Omnikid Publish time 1-12-2006 11:21 AM

Originally posted by Atomic_Omnikid at 30-11-2006 13:01
saya ader satu lagi soalan yang hendak dikemukakan, mengikut jadual berkala Kumpulan 2 (logam alkali bumi/alkaline metal) mempunyai dua petala,kita amik Berilium dlm kumpulan tersebut ia mempunyai...

tak ader org sudi jawab soalan haku :(


Keberadaan quark dan anti-quark sebagai unsur

Apa itu quark dan anti-quark? Quark dan anti-quark adalah unsur yang keberadaannya lebih halus dari atom, juga lebih halus dari sub-atomic(proton, neutron dan elektron). Quark dan anti quark adalah unsur yang membina sub-atom. Berikut adalah susunan quark serta anti quark bagi membentuk sub-atomic:

q + -q = meson
q + q + q = baryon

Elektron adalah dari kumpulan meson. Sementara, proton dan neutron dari kumpulan baryon.

Ada juga kombinasi q dari famili lain, misalnya kombinasi q + q + q + q + q = pentaquark. Namun, saya masih kabur tentang hal ini. Ini adalah ringkasan hasil bacaan rambang saya. Sila betulkan jika ada kesilapan..



gluon ialah benda yg mengikat 2 quark together spt daya elektrostatik mengikat subatom together, tapi aku masih tak paham apakah yg dimaksudkan dgn atomic color,spin,half integer..

and adakah quark ini terdiri drpd string?

Atom --> subatom --> quark -->String

adakah carta alir ini betul.. ?

irfani Publish time 6-12-2006 01:47 PM

"Mungkin ada alat-alat lain sebagai bahan interaksi antara atom? Proton, neutron? "

Salam.Saya tak dapat menjawab persoalan ini.Saya cuma tahu elektron sahaja yang berperanan sebagai interaksi antara atom.Mungkin ada sahabat2 lain yang dapat membantu..

qqq Publish time 9-12-2006 03:19 AM

Sekiranya kita menyelami dunia atom, dapat kita rumuskan bahawa setiap atom memiliki bakat dalam dirinya. Setiap atom terkandung 'pengetahuan' dan 'keupayaan' dalam dirinya. Apakah bakat itu lahir dengan kesadaran dirinya, sepertimana manusia yang umumnya membuat pilihan, bergerak dll, atau berupa program yang tersusun siap untuk dilaksanakan setiap ketika..

Untuk menyelami dunia atom, ada perlunya kita melepaskan fikiran kita dari sebab-musabab yang kasar. Kita harus melepaskan bayangan bahawa sebuah atom air menjadi wap kerana 'seorang manusia telah menjerang air di dalam kendi'.Bayangan tangan berkerja, atau api memanaskan air harus anda hilangkan dalam fikiran anda. Jika ini dapat dapat anda pisahkan, bermakna fiikiran anda terhadap dunia atom lebih real, dan anda dapat melahirkan maklumat dari sudut yang berbeza..

...yang ada adalah dunia atom. Sana-sini adalah atom, dunia dipenuhi dengan atom dan bukan tangan atau api yang berkerja.
Pages: [1] 2
View full version: UNSUR/ELEMENT


ADVERTISEMENT