minah_ronggeng Publish time 28-12-2008 11:23 PM

nak wat internship neyh kene wat resume gak eyh???

lolo Publish time 29-12-2008 12:33 AM

Reply #141 minah_ronggeng's post

of course la kena ada resume...

minah_ronggeng Publish time 29-12-2008 11:18 AM

Balas #142 lolo\ catat

budak baru belaja...hehehe...

still tak usha tmpat agi...

lolo Publish time 29-12-2008 10:29 PM

Reply #143 minah_ronggeng's post

huhuhu....smala, kita pn bru blajar...blum wat pn lg internship heheheh

mizz_aurora Publish time 31-1-2009 05:15 PM

aku da g praktikal sem lps

1st situation:
kilang ni kt blkg umah aku... jln kaki je g tmpt kje.. lunch hour siap blk umah, mkn kt umah... :P
mmg save gle.. tp kt ctu xbest lgsg.. :mad: dr 1st week - 5th week aku kne cuci2 gagang public phone. :mad: wt packaging utk company tu.. kne test circuit motherboard public phone.. mmg bnd yg ntah pape..:@ :@ last2 aku hangen, dlm 5 mggu tu aku apply tmpt laen..

2nd situation:
alhamdullilah dpt tmpt laen.. aku g ctu.. elaun pon lbey..:P :Pkje agk pnt sket la tp.. tp aku dpt la blaja byk bnd..

Syd Publish time 23-3-2010 10:44 AM

Bancuh air, salin fotostat
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2010/03/23

Pelajar amali buat tugas remeh

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mendedahkan ada pelajar universiti yang menjalani latihan praktikal diberi tugasan remeh, termasuk membuat salinan fotostat dan membancuh minuman untuk pegawai atasan.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan, berkata pihaknya juga menerima aduan daripada pelajar terbabit bahawa latihan yang dijalani kurang berkesan dalam membantu mereka membuat persediaan memasuki pasaran kerja.
Beliau berkata, antara punca utama masalah itu ialah disebabkan pihak universiti atau Kementerian Pengajian Tinggi tidak menyediakan sukatan latihan sebagai garis panduan standard untuk diikuti syarikat yang menerima pelajar berkenaan. “Ketika ini, tiada perundangan atau peraturan yang mewajibkan syarikat menyediakan latihan industri kepada pelajar universiti, sebaliknya mereka memberi kerjasama sebagai tanggungjawab sosial,” katanya kepada Berita Harian.

Bagaimanapun, katanya, masalah timbul kerana pihak syarikat tidak jelas apakah output sebenar serta pengisian yang dikehendaki sepanjang tempoh latihan itu.

“Syarikat besar mungkin tiada masalah kerana ada modul latihan sendiri. Namun, kebanyakan syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) tidak mempunyai modul itu dan terpaksa pandai-pandai sendiri memikirkan bentuk latihan kepada pelajar terbabit selama mereka menjalani latihan tiga atau empat bulan.

“Lebih memburukkan keadaan ialah pihak universiti tidak melaksanakan pemantauan secara berkala menyebabkan latihan industri dijalani pelajar sambil lewa saja. Keadaan ini tidak boleh berterusan kerana jika pelajar hanya menjalani latihan secara rambang, dikhuatiri hasilnya nanti tidak seperti yang diharapkan,” katanya.
Shamsuddin berkata, perkara itu pernah dibangkitkan dalam perbincangan antara pihak industri, kementerian dan universiti, tetapi sehingga kini tiada tindakan lanjut diambil.

Malah, katanya, masalah silibus itu ialah antara kekangan yang menyebabkan sebahagian industri keberatan atau tidak berminat untuk bekerjasama menyediakan latihan praktikal kepada pelajar universiti.

Beliau berharap pihak universiti atau kementerian dapat mengeluarkan segera templat silibus yang standard untuk panduan semua syarikat supaya program latihan itu memanfaatkan pelajar dan industri.

Katanya, kekangan lain yang turut dihadapi pihak syarikat ialah ketiadaan insentif tertentu sebagai galakan, di samping risiko menanggung beban sekiranya pelajar mengalami kemalangan ketika menjalani latihan.

“Bagi mengatasi kekangan ini serta menggalakkan penyertaan lebih banyak syarikat, kerajaan disaran memberi insentif seperti potongan cukai, terutama kepada syarikat yang membayar elaun latihan kepada pelajar, manakala pihak universiti wajar menyediakan perlindungan insurans kepada semua pelajar yang menjalani latihan industri,” katanya.

akiraAlisya Publish time 21-7-2010 08:40 PM

xtau nak wat practikal kt mana.....arghhhh.....

bawaku_terbang Publish time 22-7-2010 01:00 PM

pratikel ni mmg kene buat or kos yg korg amek suruh buat?
kalo kos tu xde pratikel,mknenye x yah wat pratikel le eh?

popoyan Publish time 6-8-2010 02:59 PM

mikasa Publish time 7-8-2010 08:37 AM

ada dapat offer buat part time management job lepas abis internship.....mungkin sebab diorg puas hati dengan hasil kerja aku...

codenamekidz Publish time 8-8-2010 01:13 AM

Reply 148# bawaku_terbang


   klo kos ko xde..means x payah buatbut if ko saja2 nak buat pon boleh....

kos aku mmg kene buat...
selama 6 bulan but aku dpt kurangkan jd 4 bulan jerk..
herm....xtau nak wat kat mane

miss_loyal Publish time 15-10-2010 05:00 PM

company kami menerima budak internship..

kalau boleh secepat mungkin dalam bidang Multimedia
boleh guna illustrator dan photoshop.

Sila emel ke xdms@gmail.com

mikasa Publish time 15-10-2010 11:35 PM

aku nak resign keje part time tempat aku praktikal dulu tapi bos nampak reluctant untuk lepaskan . dia kata dapat datang sejam seminggu pun ok lah ( masa sign offer letter 15jam seminggu)

serba salah pulak aku sekarang....

kaishi Publish time 25-10-2010 03:56 PM

aku tension...:'(

lepas aku dah bagi confirmation, dah tolak yang mane yang patot, boleh plak tempat aku nak praktikal ni main tarik tali,

mula2 bagi elaun 600.00, lepas tu, tetiba dia bagi alasan, management tak nak bagi elaun sebab aku cuma diploma,...ok lagi..

ni, dia suruh aku start praktikal bulan 1 pulak..

addoii!!!!!!!!!!! bukan memilih, tapi aku serabut la, bile masa nak convo kalau tangguh2 mcm ni..:'(

aPeS Publish time 22-11-2010 08:47 PM

Ada tak sapa-sapa yang nak ambil student civil engineering buat praktikal around bulan May 2011 - Julai 2011?? Aku tengah dok mencari-cari lagi tempat nak buat internship ni..

Harap ada yang membantulah ye..

Tq..

snizars Publish time 14-12-2010 03:58 PM

ada tak syarikat atau kedai mana2 ambil pelajar praktikal grafik peringkat sijil area kl jun 2011.

aaba Publish time 10-1-2011 02:24 PM

kawan dlu praktikal kat Petronas kerteh.. bawah syarikat ethlene polyethylene malaysia sdn bhd.. kalau petronas scholar dpt rm500 elaun... kalau bukan scholar kene pandai2 ngejas n mintak ngan training centre... atas budi bicara...

biasanya jarang dia amik non scholar.. tp ade gak hok nasib baik dpt....

anizarina Publish time 11-1-2011 02:53 PM

Kompeni kawan rina mencari budak pektikal...PETRONAS ...

PM rina for more info k

ashralph7 Publish time 21-1-2011 01:25 PM

cik rina, sy dah PM tq..:)

cekiah Publish time 21-1-2011 06:00 PM

salam.

kepada sesiapa yang ada info berkenaan pengambilan pelajar praktikal di mana2 institusi,hospital,company atau makmal,tolong bantu saya.saya pelajar mikrobiologi.saya perlukan maklumat secepat yang mungkin.please ya.

kalau bahagian agriculture atau research pun ok gak..

sila hubungi email saya zakiah_mhd@yahoo.com

trima kasih
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9
View full version: INTERNSHIP / PRACTICAL TRAINING


ADVERTISEMENT